Tuesday, October 21, 2014

Petua Elak Anak Kencing Malam

Kencing malam, atau istilah perubatannya “enurisis” adalah perkara normal bagi kanak-kanak akibat ketidakupayaan mengawal pundi kencing. Kira-kira 40 peratus mereka kencing sewaktu tidur dan lebih merisaukan jika perkara itu berlarutan hingga usia meningkat remaja.

 

 Ia tindakan di luar kawalan dan sering dihadapi kanak- kanak berusia bawah tiga tahun. Kemungkinan bagi kanak-kanak berusia lima tahun menghadapi masalah itu ialah 20 peratus, usia enam tahun (10 peratus) manakala 10 tahun (lima peratus). Kencing malam masih dianggap normal bagi kanak- kanak bawah usia enam tahun. Biasanya kanak-kanak perempuan lebih mudah mengawal kencing berbanding lelaki. Kencing malam bagi orang dewasa dianggap serius kerana ini mungkin suatu penyakit dimana pundi kencing rosak atau sukar untu mengawal pundi kencing. 


Kekerapan membuang air kecil sebenarnya turut menentukan tahap kesihatan pundi kencing anda? Lebih sukar lagi, keinginan atau gesaan membuang air kecil bukan sekadar masalah kecil tetapi turut menjadi petanda anda berkemungkinan besar mengalami gejala dikenali pundi kencing terlalu aktif atau Overactive Bladder (OAB). Apa yang dikesali, majoriti mereka yang mengalami masalah kesihatan ini lebih sanggup menderita dalam diam daripada berkongsi dengan rakan-rakan rapat, keluarga mahupun pakar kesihatan. Alasan mereka adalah, malu atau menganggap ia sebahagian daripada kesan atau proses peningkatan usia. Masalah sukar kawal kencing (tincontinen) atau inkontinens itu turut menjejaskan kehidupan seharian. Ramai yang salah faham mengenai masalah ini apabila menganggap OAB sesuatu yang lumrah padahal ia sebenarnya boleh dirawat
Tindakan membiarkan masalah itu berlarutan sebaliknya boleh mengundang padah kerana ia menjejaskan kehidupan lelaki dan wanita pada semua peringkat umur. Kekerapan bermaksud pesakit OAB berulang ke tandas berkali-kali manakala terdesak/gesaan menjelaskan rasa terdesak untuk membuang air kencing yang sukar ditangguh. Bangun malam pula merujuk kepada perbuatan sering bangun malam untuk membuang air kecil. Antara semua tanda-tanda ini, kekerapan adalah gejala yang paling penting dalam membuat penilaian OAB. A kibatnya, mereka rasa tertekan, menyisihkan diri dan menghadkan aktiviti yang menyebabkan kesejahteraan dan kualiti hidup terjejas

 

Penyebab Kencing Malam:

                                            

  • Ruang pundi kencing yang kecil.

  • Gangguan tidur. Kebanyakan mereka yang kencing malam dikatakan tidur terlalu nyenyak. Walau bagaimanapun tiada bukti yang kukuh untuk menyokong pernyataan ini.

  • Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing diwaktu malam.

Tips Menangani Anak Yang Kencing Malam


  • Jangan benarkan anak anda minum/ menyusu botol sebelum tidur. Kalau nak bagi pun pastikan dia dah kencing dulu.. sebab takut lepas minum susu dalam botol dia terus tidur.

  • Disiplinkan anak anda untuk membuang air terlebih dahulu sebelum tidur.

  • Pada waktu malam, pastikan laluan untuk anak anda ke bilir air diterangi lampu & tidak salah juga jika membiarkan lampu bilir air terpasang, terutamanya bagi kanak-kanak yang takut pada kegelapan.

  • Kejutkan anak anda untuk bangun & buang air selepas 2 atau 3 jam mereka tidur. Ini adalah teknik latihan yang berpanjangan supaya mereka terbiasa dengan rutin tersebut. (kaedah ni saya tak kejutkan.. tapi sebelum tidur mesti pesan dekat anak supaya nak kencing bangun dan kejutkan ibu...alhamdulillah.. banyak membantu)

  • Gunakan sistem ganjaran atau penghargaan. Lepas anak bangun tidur, kalau dia tak kencing saya akan puji & berikan mereka sedikit ganjaran supaya berusaha untuk memperbaiki diri.

  • Jangan hukum atau memarahi mereka. Kanak-kanak yang kencing malam tidak melakukannya dengan sengaja. Jadi tugas kita adalah untuk sama-sama menangani masalah tersebut.

  • Beritahu anak anda kenapa mereka tidak boleh kencing ditempat tidur. Ajar mereka tentang kebersihan, hukum najis, tentang kuman yang mudak membiak, tilam yang berbau busuk & sebagainya lagi.

  • Alas tilam dengan plastik atau pad yang lebar bagi mengelakkan dia terkencing dan tembus ditilam seperti yang selalu di gunakan di hospital-hospital.

  • Luangkan sedikit masa bersama anak-anak sebelum mereka tidur. Berikan pelukan atau belaian. Ini bukan saja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, malah dapat menjadikan kanak-kanak itu lebih tenang & meransang perkembangan otak mereka semasa tidur.

Paling penting, ibubapa haruslah bersabar & sentiasa berfikiran positif. Adakalanya untuk menghentikan tabiat kencing malam ini agak memakan masa, jadi berilah anak anda peluang. Kalau kita tak sabar sapa lagi yang nak bagi semangat kat anak² kitakan... mereka perlukan sokongan.. lagipun kencing malam biasanya adalah tak disengajakan mungkin mereka keletihan main ditaska atau baru nak mula free pampers.

Siapa saja yang mengalami masalah nie memang tahu betapa letihnya nak menjemur tilam tu setiap hari.. Ada gak yang tak jemur, cuma pakai febreze jer.. tapi sure ker kuman-kuman tuh dah hilang..Nak disuruh pakai lampin.. ishh.. dah tahap baby giant dah budak tuh…. Lagipun, sampai berapa tahun nak kena beli pampers nie..hehe.. tak tahulah saya.. tapi tak cuba manalah nak tahu kan..


Petua:

1. Cuba cari sarang semut. Sarang tu biasanya dibuat dari pasir atau tanah. Tak tahulah kan kalau ada sarang semut yang diperbuat dari bahan-bahan lain. Ambil sedikit tanah dari sarang tu dan campurkan dengan sedikit air.Setelah itu palitkan sikit campuran tanah bercampur air tu kat perut dan belakang bahagian anak yang sering kencing malam. Sambil palit tu elok juga dibaca selawat Nabi tiga kali sambil menarik nafas. Mudah-mudahan berkesan.


2. Menyediakan ramuan madu lebah. Perahkan sikit air limau nipis di atas sadu sutu kecil madu lebah dan suruh anak kecil tu minum. Amalan ni perlu dilakukan pada setiap hari sebelah pagi dan sebelum tidur. Mudah-mudahan budak kecil tu nanti akan berhenti kencing malam atau sekurang-kurangnya kencing dia pada sebelah malam semakin lama semakin kurang sehingga dia pandai nak control.



3. Petua yang nie paling best..dan lucu sebab saya pernah amalkan untuk anak saya. Ambil pepatung yang hidup tu..kemudian letak dekat pusat anak anda..bagi ia gigit sikit pusat anak anda...tak tau betul ke tak...tapi alhamdulillah berkesan untuk anak2 saya...diorg menangis sebab takut dan bukan yer sakit sangat pon...hihiihi...nak tahu berkesan ke tidak bolehlaa cuba sendiri...


walau apapun kaedah untuk mengelak anak anda kencing malam, bagi saya yang terbaik ialah dengan melatihnya bagi menghentikan kebiasaan tersebut.Antara caranya ialah dengan mengehadkan pengambilan airnya pada waktu petang, memastikannya membuang air kecil sebelum tidur (sepertimana yang anda lakukan) dan membangunkannya untuk buang air sekali lagi pada jangka waktu yang pertama kebiasaannya anda mendapati tilamnya basah akibat kencing.


"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM" 



 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-
 Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185
 Call/whatsapp/sms : 012-3925240 
Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare
 emel: mia_idora2000@yahoo.com 

COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

Fully Design By izza sakura