Thursday, October 30, 2014

Makanan Yang Paling Baik Untuk Orang Yang Perut Buncit

Assalaamualaikum...

Hari ni saya nak share entri tentang pemakanan yang baik bagi orang-orang yang mempunyai masalah perut buncit. Kalau orang lelaki yang berperut buncit biasanya adalah yang lepas kawin kan...orang cakap senang hati, makan dan minum dijaga...hihiihi..tu alasan diorang laaaa...padahal boleh jer kawal masalah perut buncit ni kan. 



Opppss...sori yer kaum adam..wanita pon sebenarnya tak kurang juga yang berperut buncit...bukan sebab hamil tau...kalau hamil memanglaa perut buncit kan..itu memang orang tak hairan laaa...Kadang2 bila berjalan ke mana2 ramai yang duk tegur..dah berapa bulan pragnent..nak pakai baju pon dah tak muat......hiihihi...biasalaa tu kan. Jadi macam mana cara kita nak mengatasi masalah ini. Macam2 petua boleh kita amal sebenarnya...


Salah satu cara untuk mengawal dan mengatasi masalah perut buncit adalah dengan kaedah menjaga dan mengawal pemakanan. Ok, di sini saya senaraikan jenis makanan yang boleh membakar lemak.
 
  • Cendawan 

     

 - Cendawan sangat bagus untuk pembakaran lemak kerana ia merupakan satu-satunya sumber tanaman semulajadi untuk penghasilan vitamin D yang berfungsi sebagai nutrisi penting untuk menyerap kalsium. Seseorang yang kekurangan vitamin D pada kebiasaannya akan memiliki lebih banyak lemak terutamanya pada bahagian perut.

  • Pisang 

- Kandungan kadar kalium yang tinggi dalam buah pisang membantu untuk membuang lebihan berat air yang berada di dalam tubuh anda. Apabila tubuh anda mempunyai terlalu banyak natrium, secara semulajadi ia akan menyimpan air sebanyak yang boleh di dalam tubuh. Jadi, dengan menggantikan kalium, ia akan memerah keluar air tambahan. Sumber lain untuk anda mendapatkan kalium termasuk betik, kentang dan limau.


  • Teh hijau 

- Ia mengandungi sebatian yang mampu meningkatkan tahap metabolisme seseorang, untuk memudahkan proses pembakaran lemak. Penyelidik di Switzerland mendapati bahawa peminum teh dapat membakar 226 kalori setiap hari berbanding orang yang tidak meminumnya. Malangnya, 1 cawan saja belum cukup, sekurang-kurangnya anda perlu mendapatkan antara 4-5 cawan setiap hari untuk melihat hasilnya.


  • Telur

 - Ianya mengandungi kadar vitamin B12 yang tinggi, penting untuk proses penghancuran lemak. Selain itu juga, ia turut mengandungi protein yang akan membuatkan anda berasa kenyang. Ini akan membantu terhadap diet pemakanan anda.


  • Peanut butter 

- Kandungan niacin yang berada didalamnya akan menjaga saluran sistem pencernaan dengan baik. Tetapi, ia juga mengandungi banyak lemak. Jangan sesekali mengambilnya lebih daripada 2 sudu pada setiap hari.

 

  • Kacang/Almonds

 - Hasil kajian di Purdue Universiti menunjukkan seseorang yang memakan kacang akan berasa kenyang lebih lama berbanding orang yang memakan nasi. Ini dapat membantu untuk anda menghadkan jumlah pengambilam makanan yang anda ambil setiap hari. 


Diharap, ianya menjadi panduan kepada anda untuk mengawal masalah kempis perut. Selain itu juga, anda bolehlah mengambil HERBA LAX SHAKLEE di mana membantu anda untuk kempiskan perut yang buncit.


Untuk maklumat lanjut, Sila hubungi saya...

Nor Azimah Deraman
SID:1069185
0123925240
mia_idora2000@yahoo.com

COD AREA KOTA MARUDU,PITAS
Fully Design By izza sakura