Google+ Followers

Tuesday, November 11, 2014

Cara Merawat Keputihan Semasa Hamil

Keputihan adalah masalah yang kerap dialami oleh wanita. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang sedang hamil dimana akan berlaku perubahan hormon semasa kehamilan yang akan menyebabkan peningkatan pengeluaran cairan vagina serta penurunan pH. Ketidakstabilan ini juga adalah antara punca utama yang yang memungkinkan tercetusnya masalah keputihan di kalangan wanita yang hamil.



Keputihan ketika seseorang wanita itu sedang hamil boleh dikategorikan sebagai normal jika cairan yang keluar berwarna jernih atau sedikit kekuningan dan kental seperti lendir dengan tidak disertai bau dan kegatalan. Namun jika cairan yang keluar disertai bau, gatal, rasa nyeri ketika membuang air kecil dan warnanya pula telah bertukar kehijauan atau bercampur sedikit darah maka keputihan tersebut boleh dikatakan sebagai abnormal dan risiko ianya mengganggu atau membawa kemudaratan kepada kesihatan ibu dan janin tidak terkawal.Maka rawatan yang sesuai semasa kehamilan amat diperlukan segera bagi mengelakkan perkara –perkara yang tidak diingini.


Jangkitan pada bahagian faraj agak biasa berlaku semasa hamil. Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans. Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita dan secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan anda mungkin tidak tahu ia berada dalam badan anda.

Namun ia menjadi satu masalah apabila terdapat ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan mikro-organisme lain dalam badan kita. Anda lebih berkemungkinan mengalami keputihan jika:
  • Anda hamil. Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.
  • Anda memakai pakaian yang ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seperti seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin, lantas menggalakkan pertumbuhan keputihan.
  • Anda menggunakan mandian buih berwangian atau pelapik seluar dalam beraroma yang mungkin menyebabkan ketidakselesaan.
  • Anda mengambil antibiotik. Antibiotik boleh mengganggu keseimbangan di antara mikro-organisme baik dan jahat yang tinggal di dalam perut anda.
  • Anda mengalami kencing manis atau diabetes gestasi yang tidak dikawal dengan baik.

Walaupun keputihan tidak dikategorikan sebagai penyakit yang berjangkit melalui hubungan seksual, anda boleh mengalaminya jika suami anda mengalaminya. 

Bahaya keputihan ketika hamil serta kesan terhadap bayi

Kulat dan bakteria merupakan antara mikro oranisma yang paling dominan dalam masalah keputihan abnormal ketika hamil.Kandidiasis atau jangkitan kulat kandida adalah penyebab keputihan terbanyak yang dialami wanita hamil, diikuti oleh jangkitan bakterial vaginosis,trikomoniasis dan gonorrhoea.


Keputihan abnormal yang dialami wanita hamil boleh membahayakan kehamilan ibu dan keselamatan janin jika tidak diberikan perhatian khusus dalam kesegeraan merawatnya.


Berikut adalah antara beberapa bahaya dan kemudaratan yang boleh berlaku jika seseoarang wanita mengalami keputihan yang abnormal sewaktu hamil :

1. Chlamydia


Keputihan yang dibawa oleh Chlamydia dapat menyebabkan berlakunya kelahiran pra matang pada bayi akibat pecahnya selaput ketuban sebelum tiba waktunya. Selain itu juga boleh mengakibatkan keguguran malahan kematian ibu dan janin jika tidak segera ditangani dengan serius.

2. Kuman Herpes Simpleks
 

Keputihan yang disebabkan oleh kuman Herpes Simpleks dapat menyebabkan radang pada otak bayi (ensefalitis).

3. Candida Albican

Keputihan yang disebabkan oleh kulat Candida dapat meningkatkan risiko berlakunya (epilepsi) pada bayi.

4. Kuman HPV


Keputihan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan gangguan penafasan dan gangguan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan kematian.

5. Neisserea Gonorrhoea


Keputihan yang disebabkan oleh Neisserea Gonorrhoeae dapat menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan buta.

 

Bilakah saya harus berjumpa doktor?

Jika anda rasa anda mengalami keputihan, beritahulah doktor anda. Jangan menderita dalam diam. Doktor anda mungkin akan memeriksa kawasan di sekitar faraj untuk mengenalpasti masalah sebenarnya. Jika beliau tidak pasti samada itu adalah keputihan, beliau akan mencadangkan ujian makmal dilakukan, di mana sedikit cairan akan diambil daripada faraj dan dihantar ke makmal. 

Doktor anda mungkin akan mempriskripsikan ubat jenis pessari atau krim anti kulat yang sesuai digunakan pada tahap kehamilan anda. Anda mungkin memerlukan rawatan penuh selama tujuh hari untuk menghapuskan keputihan dengan sempurna. Walau bagaimanapun, jika anda dalam trimester pertama, doktor anda mungkin tidak mahu mempriskripsikan apa-apa setakat itu. 

Jika anda diberikan ubat jenis pessari, anda juga mungkin diberi alat untuk memasukkan ubat itu ke dalam faraj. Jika ini berlaku, berhati-hati supaya tidak memberi tekanan kepada serviks, iaitu bahagian leher uterus (rahim) anda. Anda mungkin lebih suka memasukkannya dengan perlahan-lahan menggunakan jari sendiri. 

Keputihan boleh jadi sukar untuk dihapuskan apabila anda hamil. Rawatan yang berkesan bagi wanita yang tidak hamil mungkin tidak berkesan pada anda. Bincanglah dengan doktor anda sebelum menggunakan apa-apa ubat yang boleh dibeli di pasaran. Ia bukan sahaja mahal, malah tidak semestinya berkesan dan mungkin tidak sesuai digunakan semasa hamil. Jangan ambil ubat yang anda harus telan untuk merawat keputihan. Kita masih belum tahu samada ianya selamat diambil ketika hamil. 

Adakah apa-apa rawatan di rumah yang boleh saya cuba?

Sesetengah cadangan berikut mungkin boleh membantu:
  • Sapukan yogurt asli dengan bakteria hidup ke dalam dan di sekeliling faraj.
  • Pakai seluar dalam kapas, seluar panjang yang longgar atau kain.
  • Jangan berendam dalam mandian panas terlalu lama kerana ini menyediakan persekitaran yang hangat dan lembap yang sangat sesuai untuk pembiakan kulat. Jangan gunakan mandian buih yang mempunyai wangian juga.
  • Lap punggung hingga ke bahagian hadapan sehingga benar-benar kering selepas anda ke tandas.
  • Pastikan faraj anda cukup basah sebelum anda bersama suami.

ATASI KEPUTIHAN DENGAN GARLIC COMPLEX

Untuk rawatan keputihan secara semulajadi dan selamat, saya sarankan agar anda mencuba satu produk Shaklee iaitu GARLIC COMPLEX. Ia berfungsi sebagai antibiotik semulajadi yang mampu memusnahkan bakteria keputihan

Shaklee Garlic Complex dibuat dari bawang putih jenis premium bebas dr racun perosak dan ditanam secara organik di US. Dihasilkan secara eksklusif pd suhu bilik tanpa haba utk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif.
 
Setiap tablet Shaklee Garlic Complex mengandungi 500mg ekstrak garlic tulen yg menyamai 1 ulas bawang putih segar. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. Hanya 2 biji setiap hari selepas breakfast..Garlic Complex mampu mengatasi masalah keputihan anda...haaaa mudah kan..Tak perlu risau lagi masalah keputihan ni....
Anda mungkin dapati keputihan datang dan pergi sepanjang kehamilan. Walaupun ia mengambil masa untuk dihapuskan dan agak tidak menyelesakan...Jadi, ibu2 hamil yang mempunyai masalah keputihan boleh hubungi saya untuk dapatkan Garlic Complex hari ini...Sayangi diri dan bayi anda...


 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-

 Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185 
012-3925240
 https://www.facebook.com/znzHealthcare 
mia_idora2000@yahoo.com 

 COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"

33 comments:

  1. Kalau xrawat keputihan dari awal mungkin akan membahayakan diri..keputihan boleh menyebabkan kulat semakin merebak dikawasan vagina..ngeri pulak kalau nk bercerita tapi tu lah sesiapa yang mengalami msalah ni cepat2 rawat ye

    Tip Awet Muda

    ReplyDelete
  2. Penjagaan ms v mmg sgt penting, ok.. wanita, sila take note.. ;)

    ReplyDelete
  3. rawat keputihan anda dengan set keputihan shaklee...cegah sebelum parah

    ReplyDelete
  4. jangan biarkan masalah keputihan anda melarat.. jika terdapat tanda-tanda keputihan ketika hamil segeralah merawatnya untuk kepentingan kesihatan anda dan juga bayi yang dikandung..

    KEPENTINGAN OMEGA GUARD KEPADA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

    ReplyDelete

  5. Kita makan alfafa, pun ok jugak bagi yg tak pregnant.. :)


    Siapa saya?

    ReplyDelete
  6. Preggy mommy elok amek garlic dan yg xpreggy alfalfa ye. Alfalfa mantopp!!

    AKU TAK NAK STRESS

    ReplyDelete
  7. Kecewa betul kalau ade keputihan ni.. rimas kan? Tu yang nak konsisten alfalfa skrg ni... Orang preggy jgn makan tau...

    Nak tips mata cantik??? >>> Tips Tingkatkan Kesihatan Mata Agar Lebih Sihat Dan Cantik Bak Artis Korea

    ReplyDelete
  8. Takutnya keputihan masa mengandung. Salah satu petua nak hilangkan keputihan masa mengandung ialah jagan makan roti kerana roti mempunyai yis..


    Makanan untuk tingkatkan kesuburan pesakit PCOS

    ReplyDelete
  9. Keputihan memang perkara yang paling ditakuti wanita. Masalah keputihan jangan dianggap enteng, ianya boleh membawa kepada kanser dan cyst yang kita takutkan. Amalkan pengambilan garlic untuk tolong atasi keputihan anda.

    Sanggup Tinggalkan Mak Dirumah Hanya Kerana Mak Sakit Lutut

    ReplyDelete
  10. Sygi lah miss v anda.heheee...rimas kalau keputihan menganggu kan...alhamdulillah sejak consume shaklee.keputihan xde...dulu2 ade tpi dlm kuantiti yg sikit.tu pun dah rimas...

    ReplyDelete
  11. Keputihan yang kronik boleh mengundang kanser..jadi cegahlah sebelum terlambat

    :: anmashealthcare.blogspot.com ::

    ReplyDelete
  12. Keputihan ketika hamil bukan sahaja undang rasa kurang selesa, malah kalau ia jadi lebih teruk boleh jadi berbau dan jangkitan.

    ReplyDelete
  13. Saya lebih suka ambik garlic shaklee rasanya..lebih senang bagi saya..

    ReplyDelete
  14. penjagaan miss V adalah penting untuk wanita, mencegah sblm terlambat

    ReplyDelete
  15. Garlic memang bagus untuk merawat masalah keputihan. Ambil juga Vitamin C. Gandingan kedua-duanya memang berkesan, InsyaAllah.

    Tips Hilangkan Angin Dalam Badan

    ReplyDelete
  16. Bahayanya keputihan ni.Para wanita sila beri perhatian dengan kesihatan miss V anda.Kalau yg sedang mengandung tu lagi la kena jaga lebih lagi.x nak jangkitan



    turunkan berat badan dengan berkesan

    ReplyDelete
  17. Pilihan bijak unuk ibu hamil...bg yang tak hamil, boleh juga ambik bersama alfalfa..superb!!!

    ReplyDelete
  18. keputihan yang tak dirawat boleh menjejaskan hubungan suam isteri juga..jadi isteri bolehlah berhati-hati..

    ReplyDelete
  19. Bukan je kecantikan dan kebersihan kulit wajah kena jaga.. Kecantikan dan kebersihan miss v pun sama tau..

    Boleh Ke Minum Air Sejuk Semasa Hamil

    ReplyDelete
  20. Keputihan merupakan salah satu masalah biasa yang terjadi di kalangan wanita hamil.. Bagus amalkan Garlic ni. Sy pun dah cuba. Tapi, kalau teruk sgt, kwn2 jangan lupa pastikan refer pd doktor yer..Tak blh dibiarkan..^_^

    Bekerja dari Rumah dengan Income Tetap Bukan Lagi Anganan Kosong

    ReplyDelete
  21. Jom cegah sebelum terlambat...sygilah diri dan org tersyg...good info :)

    http://mummyfarisharyyan.blogspot.com

    ReplyDelete
  22. thanks for info... haritu adalah amalkan garlic juga tpi hubby dok beli brand naturalle... sama gak kot fungsinya...

    ReplyDelete
  23. thanks semua info tips keputihan di saat hamil

    ReplyDelete
  24. keputihan ternyata bisa melanda ibu hamil ya

    ReplyDelete
  25. Salam admin. Tumpang Iklan:-

    Sayangi dan hargai suami anda. Jangan biarkan suami cari lain atau makan luar.
    Ikuti blog kami untuk promosi istimewa sekarang.
    Hanya untuk 10 pelanggan terawal.
    Wanita cantik bermula dari diri :)

    [BESARKAN BUAH DADA, BESARKAN PUNGGUNG, RAWAT KEPUTIHAN, KETATKAN FARAJ, KEMBALI DARA]

    ReplyDelete
  26. Saya pakar dalam merawat masalah keputihan. Untuk info lanjut www.wasap.my/601112188169

    ReplyDelete

Fully Design By izza sakura