Anda ada ketuat??? Seumur hidup saya hanya pernah sekali ada ketuat pada
bahagian siku. Untuk makluman ketuat bukan sebab lahir-lahir terus ada
ketuat macam tanda lahir la pulak kan.
Ketuat sebenarnya bermula kerana virus menyerang pada kawasan yang diminati oleh virus bernama Human Papilloma.
Mungkin ini menyebabkan Human Papilloma mula hinggap pada kawasan luka
tersebut. Pada asalnya nampak seperti kematu biasa tapi lama kelamaan
dia makin sihat dari hari ke hari sejajar dengan “sihatnya” tubuh saya.
Seronok beliau!!!
Info diberitahu kepada saya oleh en WIKI :
Ketuat sebenarnya ada 150 jenis semuanya dan digolongkan dalam beberapa keluarga.
- Ketuat biasa
- Ketuat kaki (Plantar warts)
- Ketuat filiform (Filiform warts)
- Ketuat planar
- Ketuat kelamin Genital warts (AKU TAKDE KETUAT KAT SINI…SERIUS SUCI!!!! Jangan takut nak kahwin dengan aku!!!)
Cara Nak Buang Ketuat :
Menurut EN WIKI – terdapat beberapa cara nak buang ketuat
- Salap asid salisilik
- Terapi cryo
- Podophyllin
- Interferon & asid trichloracetic (TCA)
- Pembedahan membuang ketuat
Cara tradisional Untuk Membuang Ketuat:
- Bancuh abu ubat nyamuk dengan air. Sapukan pada ketuat setiap hari sehingga ianya hilang.
- Sapukan sedikit kapur sirih pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan kering beberapa minit dan jangan dibersihkan. Biasanya ketuat ini akan tanggal dengan sendirinya tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut.
- Ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang sate ke dalam minyak panas, kemudian titikkan pada ketuat tersebut. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat itu hilang.
- Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat. Biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat hilang dan gugur sendiri.
- Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.
- Ikat sekeliling ketuat dengan benang jahitan pembedahan, ketatkan ikatan dan simpulkan. Darah tidak akan mengalir lagi ke bahagian yang dikat itu dan ia akan gugur sendiri selepas seminggu.
Terima kasih untuk info ini dear...belum pernah dengar nama ketuat ni. Heheh
ReplyDeleteRawat kayap segera sebelum terjadi komplikasi yang teruk