Friday, November 28, 2014

HERNIA || Jenis, Penyebab dan Cara Rawatannya

Apa itu hernia ?

HERNIA atau dikenali juga sebagai  burut atau angin pasang lebih dikenali sebagai penyakit lelaki, kerana hanya orang lelaki mempunyai bahagian khusus dalam rongga perut (abdomen) untuk mendukung fungsi alat kelaminnya. Hernia ialah suatu benjolan tidak normal bagi organ dalaman melalui pembukaan normal atau tidak normal. Hernia biasanya berlaku pada pangkal paha yang dinamakan inguinal hernia dan femoral hernia. Hernia juga boleh berlaku di kawasan pertengahan bahagian depan abdomen dan ini dikenali sebagai epigastric (bahagian atas pada abdomen), paraumbilical (atas dan bawah umbilicus) dan umbilical hernia (pada umbilicus).


Bahagian hernia terdiri dari cincin, pundi (kantong) dan isi hernia itu sendiri. Isi hernia iaitu usus, ovarium dan jaringan penyangga usus (omentum). Bila ada bahagian yang lemah dari lapisan otot dinding perut, maka usus dapat keluar ke tempat yang tidak seharusnya, yakni boleh ke diafragma (sempadan antara perut dan dada), boleh juga di lipatan paha atau di pusat.

Biasanya hernia tidak menyebabkan sakit. Namun, akan terasa sakit bila isi hernia tersepit oleh cincin hernia. Infeksi akibat hernia menyebabkan penderita merasakan sakit yang hebat dan infeksi tersebut akhirnya menjalar dan meracuni seluruh tubuh. Jika sudah terjadi keadaan seperti itu, maka harus segera ditangani oleh doktor kerana dapat mengancam nyawa penderita.Hernia dapat terjadi pada semua umur, baik tua maupun muda. Pada kanak-kanak atau bayi, lebih sering disebabkan oleh kurang sempurnanya proses vaginalis untuk menutup seiring dengan turunnya testis atau buah zakar. Biasanya yang sering terkena hernia adalah bayi atau anak laki-laki. Pada orang dewasa, hernia terjadi kerana adanya tekanan yang tinggi dalam rongga perut dan kelemahan otot dinding perut kerana faktor usia.

Tekanan dalam perut yang meningkat adalah disebabkan oleh batuk yang kronik, susah buang air besar, adanya pembesaran prostat pada lelaki, serta orang yang sering mengangkat barang-barang berat. Penyakit hernia akan meningkat sesuai dengan penambahan umur. Hal tersebut dapat disebabkan oleh lemahnya jaringan penyangga usus atau kerana adanya penyakit yang menyebabkan tekanan di dalam perut meningkat.

Mungkin ramai di kalangan masyarakat yang tahu tentang gejala awal penyakit hernia, namun seringkali tidak menyedarinya. Pada awalnya, gejala yang dirasakan oleh penderita adalah berupa keluhan benjolan di lipatan paha. Biasanya akan timbul bila berdiri, batuk, bersin, meneran atau mengangkat barang-barang berat. Benjolan dan keluhan sakit itu akan hilang bila penderita berbaring.

Hernia akan berbahaya jika sudah terjadi sepitan isi hernia oleh cincin hernia. Pembuluh darah di daerah tersebut lama-kelamaan akan mati dan akan terjadi penimbunan racun. Jika terus dibiarkan, maka racun tersebut akan menyebar ke seluruh daerah perut sehingga boleh menyebabkan terjadinya infeksi (jangkitan) di dalam tubuh.

Sebenarnya tidak semua hernia harus dilakukan pembedahan. Bila jaringan hernia masih dapat dimasukkan kembali, maka tindakannya adalah hanya menggunakan penyangga (penyokong) atau korset untuk mempertahankan isi hernia yang telah teralih kedudukannya kepapa asal. Pada anak-anak atau bayi, reposisi spontan dapat terjadi kerana cincin hernia pada anak lebih kenyal (elastik). Bila sudah tidak dapat diperbetulkan balik kedudukannya, maka satu-satunya tindakan yang harus dilakukan adalah melalui pembedahan.


Punca Hernia

Berdasarkan penyebab terjadinya, hernia dapat di kategorikan seperti berikut :
1. Faktor baka atau hernia bawaan (congenital) dan hernia dapatan (akuisita).
2. Faktor menurut posisinya, hernia boleh dibezakan menjadi hernia inguinal, umbilical, femoral, diafragma dan masih banyak lagi nama lainnya.

Jenis-jenis atau peringkat hernia

1. Boleh dikurangkan – Kandungan hernia boleh ditolak masuk ke dalam.

2. Tidak boleh dikurangkan – Pembengkakan tidak boleh dikurangkan walaupun diberi tekanan menggunakan tangan.

3. Halangan – Sekunder kepada irreducibility dan edema, pesakit mungkin mengalami halangan pada bahagian usus. Dalam kes sebegini, pesakit akan mengalami rasa kembung pada abdomen, muntah dan sembelit. Ini merupakan pembedahan kecemasan.

4. Penjerutan – Sekiranya bekalan darah pada kandungan dalam pundi hernia dipotong, kandungan itu akan mati kerana tiada bekalan darah. Ini merupakan suatu kecemasan dan boleh meragut nyawa sekiranya tidak dibedah awal.

5. Keradangan hernia – Apabila kandungan pada pundi hernia mendapat jangkitan, ini dinamakan keradangan hernia. Ini berkemungkinan berlaku sekiranya hernia mengandungi apendiks yang radang. Ini juga memerlukan rawatan pembedahan kecemasan.

Apabila hernia berlaku pada bahagian lama parut selepas pembedahan, ini dikenali sebagai incisional hernia.


Simptom-simptom Hernia

Simptom yang biasa bagi hernia adalah pembengkakan yang tidak sakit pada peringkat awal, tetapi lama-kelamaan dan apabila hernia bertambah besar, kesakitan mula dirasai.Jangkamasa lama yang diambil untuk berdiri atau berjalan dan berasa tidak selesa. Pembengkakan akan meningkat dari segi saiz dan menonjol apabila batuk atau peregangan.

Biasanya pembengkakan boleh ditolak menggunakan tangan ke dalam rongga abdomen, tetapi apabila hernia bertambah besar, ini tidak mungkin boleh dilakukan lagi. 

Faktor-faktor yang menyebabkan hernia adalah:

1. Kelemahan pada dinding dalam perut seperti yang berlaku pada pesakit obes, lemak yang terdapat antara otot-otot mengasingkannya dan membuatkan ia lemah.
2. Peningkatan dalam tekanan intraabdominal seperti yang dilihat pada kanak-kanak dengan batuk kokol, orang tua dengan kelenjar prostat yang membesar menyebabkan kesukaran untuk buang air kecil, seseorang dengan batuk kronik atau sukar membuang air kecil disebabkan sembelit. Ia juga boleh berlaku pada pengangkat berat kerana jangka masa yang lama diambil untuk mengangkat berat.
3. Kadar kejadian hernia adalah lebih tinggi pada perokok disebabkan oleh kekurangan aktiviti kolagen.
4. Pada bayi ketidakmatangan adalah salah satu penyebab hernia. Hernia ini dikenali sebagai hernia sejak lahir (kongenital).

Cara Rawatan:

Selain daripada umbilical hernia yang kecil, bagi semua jenis hernia yang lain hanya terdapat satu rawatan iaitu pembedahan. Sama ada hernia akan menjadi berkurangan / halangan atau penjerutan, ini bergantung kepada saiz leher pada pundi hernia dan tidak bergantung kepada saiz hernia. Semakin sempit leher, kebarangkalian mendapat komplikasi adalah lebih tinggi.

Adalah dinasihatkan supaya tidak meletakkan syiling, tali pinggang dan lain-lain ikatan pada hernia kerana ini akan mengakibatkan hakisan pada kulit dan kebarangkalian mendapat halangan akan meningkat.

Masa untuk pembedahan:

Bagi kes umbilical hernia yang kecil (berlaku pada kelahiran), boleh menunggu sehingga umur antara tiga hingga empat tahun bagi ia menutup secara semula jadi. Kesemua hernia yang lain pula seelok-eloknya dibedah secepat mungkin bagi mengelakkan kejadian semula komplikasi.



* Hernia internal berada dalam tubuh dan tidak boleh dilihat secara mata kasar. Contohnya hernia diafragmatika di mana hernia terjadi akibat adanya di celah diafragma (otot pemisah antara bahagian perut dengan dada) kerana pembentukan diafragma yang tidak sempurna. Contoh lainnya adalah hernia hiatal esofagus, iaitu hernia terjadi melalui celah masuknya esofagus yang masuk dari rongga dada, serta banyak lagi jenis lainnya.

* Hernia eksternal. Dari jenis hernia ini yang paling sering dijumpai adalah hernia inguinalis yang muncul di lipat paha dan hernia umbilikalis yang muncul di daerah pusat. Bayi umumnya mengalami hernia eksternal yang boleh dikesan secara mata kasar kerana kelihatan secara langsung. Proses terjadinya hernia eksternal pada bayi umumnya disebabkan penyakit kongenital, yakni penyakit yang muncul ketika bayi dalam kandungan dan umumnya tidak diketahui penyebabnya. Secara umum bayi laki-laki lebih sering mengalami hernia dibandingkan perempuan kerana proses penurunan testis/ buah pelir (buah zakar) yang merupakan organ reproduksinya dijadikan lebih kompleks. Hernia pun lebih sering terjadi pada bayi prematur (tidak cukup bulan), sebab pada saat kelahirannya proses penurunan testis dan pembentukan ligamen belum sempurna.
Hernia inguinalis :
* Pada bayi laki-laki terjadi kerana kegagalan proses penutupan pundi (kantung) yang menutupi testis. Ketika di dalam kandungan, testis turun dari bahagian perut ke bawah dan berhenti setibanya di skrotum (kantung pelir). Proses penurunan ini di mulai waktu bayi masih berada dalam kandungan. Ketika turun, testis akan membawa selaput dari perut ke bawah sehingga membentuk kantung. Ketika lahir cukup bulan, umumnya proses perpindahan testis ini sudah selesai. Namun pada beberapa bayi, proses penutupan hingga menjadi ligamentum (jaringan ikat) tidak berjalan sempurna yang akhirnya menyisakan lubang . Lubang inilah yang nantinya boleh menimbulkan herniasi. Bila hanya berisi cairan saja disebut hidrocele. “Pada hernia inguinalis, paling biasa ditemukan di sebelah kanan, sekitar 67 % , selebihnya sebelah kiri,” jelas Cosmas. * Pada bayi perempuan hernia terjadi melalui proses seperti ini : seperti halnya bayi laki-laki, bayi perempuan pun mengalami proses pembentukan organ tubuh bahagian bawah yang hampir sama. Namun, bila laki-laki mengalami proses penurunan testis, maka perempuan tidak. Hernia umbilikus : Pada bayi laki-laki dan perempuan hernia umbilikus terjadi bila penutupan umbilikus (bekas tali pusat) tidak sempurna. Seharusnya, bila penutupan membuat umbilikalis tetap terbuka. Bila hal ini terjadi, tentu akan menyisakan lubang sehingga usus boleh keluar masuk ke daerah tersebut.

CARA MENGESAN HERNIA

* Merasa  benjolan
Yang perlu diketahui, secara umum hanya dapat mengesan hernia eksternal, kerana hernia internal terjadi dalam tubuh dan sukar dikesan. Mengesani keberadaan hernia pada orang dewasa juga jelas lebih mudah berbanding pada bayi. Ketika buang air misalnya, orang dewasa boleh merasakan adanya benjolan di bahagian perut yang umumnya lebih terasa. Namun pada bayi, meskipun terasa ada yang tidak selesa pada tubuhnya, ia tidak boleh mengungkapkannya dengan jelas. Itulah mengapa hernia pada bayi lebih sulit dikesan sehingga memerlukan ketelitian orang tua. Walaupun sulit, lihat dan rabalah bahagian lipat paha atau pusat si bayi. Hernia eksternal umumnya akan diketahui dari munculnya benjolan di bahagian tersebut.


 Bagaimana Mengesan Hernia:

1. Reponible : Benjolan di daerah lipat paha atau umbilikus tampak keluar masuk (kadang-kadang terlihat menonjol, kadang-kadang tidak). Benjolan ini membezakan hernia dari tumor yang umumnya menetap. Ini adalah tanda yang paling sederhana dan ringan yang boleh dilihat dari hernia eksternal. Boleh dilihat secara mata kasar dan diraba, bahagian lipat paha dan umbilikus akan terasa besar sebelah. Labia adalah bahagian paling luar dari alat kelamin perempuan.

2. Irreponible : benjolan yang ada, baik di lipat paha mahu pun di daerah pusat. Pada hernia inguinalis misalnya, air atau usus atau omentum (penggantungan usus) masuk ke dalam rongga yang terbuka kemudian tersepit dan tidak boleh keluar lagi. Di fasa ini, meskipun benjolan sudah lebih menetap tapi belum ada tanda-tanda perubahan penyakit pada anak.

3. Incarcerata : benjolan  kerana sudah terjadi sumbatan pada saluran makanan sudah terjadi di bahagian tersebut. Tidak hanya benjolan, keadaan masalah kesihatan pada bayi pun mulai berubah dengan munculnya mual, muntah, perut kembung, tidak boleh buang air besar dan tidak mahu makan.

4. Strangulata : ini adalah peringkat hernia yang paling parah kerana pembuluh darah sudah tersepit. Selain benjolan dan gejala masalah kesihatan pada peringkat incarcerata, gejala lain juga muncul, seperti demam dan dehidrasi. Bila terus didiamkan lama-kelamaan pembuluh darah di daerah tersebut akan mati dan akan terjadi penimbunan racun yang kemudian akan menyebar ke pembuluh darah. Sebagai akibatnya, akan terjadi sepsis iaitu beredarnya kuman dan toxin di dalam darah yang dapat mengancam nyawa si bayi. Besar kemungkinan bayi tidak akan boleh tenang kerana merasakan sakit yang luar biasa.

Fully Design By izza sakura