Showing posts with label MEALSHAKE. Show all posts
Showing posts with label MEALSHAKE. Show all posts

Tuesday, December 16, 2014

Apa Nak Buat Jika Anak Kerap Demam Malam?

Assalamualaikum...
Cuaca  sekarang nie tak menentu. Sekejap panas..sekejap hujan. Kat rumah nie habis terkena demam. Kat klinik pon penuh dengan pesakit yang demam. Perubahan cuaca adalah faktor utama demam. Kalau kita yang besar nie taklaa runsing mana kalau demam. Bimbang sangat bila time anak-anak yang demam.

Semua ibu bapa yang berhadapan dengan gelaja anak demam tentu akan berasa resah. Apatah lagi, anak kerap demam malam.
Ketika di siang hari, si kecil ini cukup aktif namun tiba-tiba demam di malam hari. Selalunya ibu bapa tidak mendapat tidur yang mencukupi kerana anak demam malam ini kebiasaannya lebih banyak meragam!

Demam sebenarnya merupakan reaksi tubuh kepada jangkitan virus atau bakteria. Bahagian dalam otak yang disebut hypothalamus berfungsi mengawal suhu badan. Hypothalamus akan bertindak meningkatkan suhu badan sebagai cara melawan jangkitan.Oleh itu,suhu badan yang meningkat akan menyebabkan organisma asing yang masuk ke badan tidak boleh bertahan sekaligus menjadikan anak anda demam.

Bagaimanapun, bukan semua demam memerlukan ubat. Jika anak anda masih aktif,makan dan minum susu, tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Dalam masa tiga ke lima hari demamnya akan kebah. Anak demam malam juga tidak mengancam nyawa kecuali darjah kepanasannya sungguh tinggi.Pada waktu itulah anak demam malam ini mungkin menjadi petanda masalah kesihatan yang lebih serius.

Berikut merupakan cara meredakan demam malam anak anda:

1. Pastikan Anak Anda Betul-Betul Demam

Suhu badan manusia berubah-rubah mengikut waktu dan keadaan badan.Oleh itu dapatkanlah termometer bagi menyukat suhu anak- anak. Termometer yang digalakkan ialah termometer digital, kerana lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, kerana ketepatannya sedikit berkurangan. Suhu badan biasanya adalah diantara 36- 37.4 darjah celcius. Ketahui tahap demam anak anda berpandukan suhu berikut:
  • Demam ringan: 37.5-38.4 darjah celcius
  • Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius
  • Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius
(Demam itu sendiri tidak merbahaya kepada otak manusia melainkan apabila suhu melebihi 41.5 darjah celcius.)

2. Lakukan Kaedah ‘Sponging’

‘Sponging’ atau menjelumkan kepala anak anda merupakan salah satu alternatif untuk menurunkan suhu anak demam malam. Cara untuk melakukan ‘sponging’ ini adalah:

Sediakan air suam dalam besen dan 3 helai tuala kecil.
* Rendamkan tuala dan perahkan airnya.
* Kemudian,lapkan air suam pada kepala anak perlahan- lahan menggunakan tuala pertama dan biarkan.
* Lapkan air suam pada pada kedua- dua ketiak anak menggunakan tuala kedua dan biarkan di celah ketiak.
* Akhir sekali,lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga serta biarkan seketika.
* Ulangi cara tersebut dan lakukan selama 30 minit.

3. Berikan Anak Anda Ubat Demam Mengikut Dos Dan Waktu Yang Ditetapkan
Ubat paracetamol atau lebih dikenali sebagai panadol merupakan ubat untuk melegakan demam, menahan sakit dan mengurangkan radang.Dakwaan bahawa paracetamol akan berkumpul di dalam hati dan merosakkan hati adalah tidak benar, jika diberi mengikut sukatan dan jangkawaktu yang ditetapkan.

Ubat ini selamat untuk bayi seawal usia 2 bulan dan boleh digunakan oleh kanak- kanak serta orang dewasa. Tetapi pastikan ubat yang diberikan tidak melebihi 4 dos sehari.Sekiranya dos pertama diberi pada jam 6 pagi, berikan dos seterusnya pada jam 12 tengahari, 6 petang dan jangan lupa berikan dos yang terakhir diantara jam 11-12 tengah malam. Jika ibubapa mematuhi waktu ini,anak demam malam boleh tidur dengan selesa dan suhu malamnya tidak terlalu tinggi.

4. Galakkan Anak Minum Air Dengan Banyak
Kebiasaannya anak demam malam akan mengalami suhu yang tinggi pada sebelah malam. Oleh itu,letakkanlah sebotol air di tepi katil anak- anak dan segelas cawan. Jika anak- anak boleh memahami, beritahu dia supaya menghabiskan segelas air dalam masa 1 jam contohnya. Mintalah dia minum sedikit- sedikit, tetapi kerap.

Jika anak masih kecil, anda sebagai ibubapa haruslah rajin memberikan anak minum sedikit- sedikit tetapi kerap. Contohnya setiap 10-15 minit, suapkan 2-3 sudu air kepadanya. Alternatif lain adalah anda boleh masakkan makanan yang mempunyai kandungan air yang banyak seperti sup ayam, bubur dan lain- lain.

5. Pakaikan Anak Anda Dengan Pakaian Nipis
Ibu bapa digalakkan memakaikan anak- anak mereka dengan baju yang nipis supaya haba boleh keluar terutamanya anak demam malam. Pakaian yang tebal akan meningkatkan suhu badan anak- anak. Kain kapas sangat digalakkan kerana ia dapat menyerap peluh dengan baik dan anak- anak anda juga lebih selesa.

Bahaya Demam Malam

Sebagai ibu bapa,anda harus memastikan anak anda tidak mengalami suhu tinggi berterusan.Jika demam anak anda juga disertai dengan muntah, cirit birit, sakit kepala atau lesu, tidak mahu makan dan tidak aktif, ini petanda anak anda memerlukan rawatan segera. Demam yang dialami mungkin menjadi petanda kepada masalah kesihatan lebih serius dan tidak boleh dipandang ringan.
Ini adalah kerana demam malam adakalanya membawa kepada simptom masalah kesihatan yang lebih serius seperti limfoma dan leukemia, namun pola demam itu berbeza. Antaranya adalah demam berterusan tanpa mengira siang atau malam. Demam dengan suhu tinggi juga membimbangkan kerana bagi sesetengah kanak-kanak ia boleh menyebabkan sawan dan kerosakan otak walaupun demam bukanlah penyakit yang serius.

Petua Tradisional Menurunkan Suhu Anak Demam

  • Daun Bunga Raya
Bayi dan anak-anak kecil yang demam akan merengek dan buat perangai sebab tak selesa dengan keadaan suhu badannya yang panas.
Ambilkan beberapa helai daun bunga raya dan ramaskan daun tersebut sehingga hancur dan keluar lendirnya. Kemudian sapukan pada kepala dan ubun-ubun anak anda Ulang beberapa kali sehingga demam anak anda kebah.
  • Kelapa Muda
Anda boleh juga cuba berikan anak anda minum air kepala muda dua kali sehari sekiranya demam anak anda berpanjangan dan masih tidak mahu kebah biarpun dah beberapa kali makan ubat. InsyaAllah, suhu badan panas itu akan mulai turun.
  • Bawang Merah
Tumbuk beberapa biji bawang merah dan ambil air perahannya. Sapukan pada badan anak yang demam. Selain itu,anda juga boleh mencampurkan bawang yang telah ditumbuk itu dengan sedikit minyak kelapa dan lumurkan ke badan anak terutamanya bahagian punggung dan dada.
  • Ubi Kayu
Mungkin anda tidak tahu bahawa ubi kayu dapat menurunkan suhu badan yang panas.Caranya dengan mengambil sebuku ubi kayu, kupas kulitnya dan cuci bersih. Kemudian parut ubi kayu tersebut. Parutan ubi itu kemudiannya ditempekkan ke dahi anak anda. apabila parutan ubi itu sudah kering, gantikan dengan yang baru sehingga suhu panas tu menurun ke paras biasa.
  • Air Asam Jawa
Jika anak anda diserang demam kuat dan sukar untuk mendapatkan rawatan dengan segera, anda bolehlah cuba meredakan demam tu dengan menjaramkan kepalanya dengan air asam jawa.Caranya adalah ambil sedikit asam jawa, ramaskan dengan sedikit air. Selepas itu sapukan pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan air asam jawa tu kering dengan sendiri.Lakukan berulang kali sehingga demam anak anda kebah.
  • Sirih Pinang
Sediakan beberapa helai daun sirih dan sebiji buah pinang. Lalu,tumbukkan kesemua bahan itu sehingga hancur lumat dan campurkan dengan sedikit air suam. Sapukan pada kepala anak anda yang demam. Lakukan tiga kali sehari sehingga demam anak reda.


Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda di bawah ini, ia bermakna anak anda memerlukan rawatan serius daripada doktor.
  • Kelenjar leher bengkak
  • Mata merah
  • Tidak fokus
  • Ruam
  • Muntah
  • Pening kepala
  • Menangis dan merengek
  • Sensitif pada cahaya
  • Tidak boleh bergerak disebabkan badan sakit
Sekiranya suhu anak demam malam masih tinggi dalam 2-3 hari, bawalah berjumpa dengan doktor bagi memastikan si manja anda tidak mengidap penyakit berbahaya seperti demam denggi atau meningitis iaitu radang pada otak.
kredit

Cadangan Suplemen Shaklee Untuk Anak Yang Kerap Demam

1.Mealshake

Mealshake ini merupakan supplement yang terbaik untuk anak. Ini kerana ia mengandungi protein dan multivitamin yang diperlukan oleh badan anak untuk membesar dengan kuat dan sihat.

Antara Khasiat Mealshake ialah:

- Meningkatkan sistem imun anak, jadi anak jarang deman dan lebih sihat serta sukar dijangkiti penyakit

- Meningkatkan selere makan anak

- Membatu mengurangkan masalah eczema

- Membantu mengurangkan partu pada kulit anak

- Membantu mengurangkan sembelit anak

- Membantu mencantikan struktur kulit yang bermasalah
Dengan consume mealshake, bukan demam jer sembuh ..tapi dapat lagi meningkatkan selera makan anak-anak. Berat badan anak pon semakin bertambah...syok kan...
Jadi ibubapa diluar sana yang inginkan suplemen yang terbaik buat si manja anda, mealshakes adalah pilihan yang terbaik..
So, jangan malu..jangan segan..hubungi saya untuk dapatkan Mealshakes hari ini....



 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-

 Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185 
012-3925240
 https://www.facebook.com/znzHealthcare 
mia_idora2000@yahoo.com 

 COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"

Monday, November 24, 2014

Pemakanan Yang Seimbang Untuk Kanak-Kanak Pra Sekolah

Kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi di dalam pemakanan mereka untuk perkembangan yang sihat dan optimum dari semua aspek iaitu intelek, fizikal, emosi, rohani dan sosial. Kebanyakkan nutrien diperolehi dari pelbagai jenis makanan dan perlu diambil dalam kuantiti yang sesuai. Pengambilan nutrien yang tidak seimbang akan mengakibatkan pelbagai masalah kepada kanak-kanak seperti masalah kurang berat badan, obesiti dan anemia. Jadi guru perlu merancang menu makanan yang seimbang mengikut piramid makanan supaya murid-murid prasekolah mendapat khasiat pemakanan yang secukupnya. Berikut merupakan jenis-jenis nutrien yang diperlukan oleh badan, :-

a) Karbohidrat
Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.

b) Protein
Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada binatang. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

c) Lemak
Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.

d) Galian
Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

e) Vitamin
Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh.

f) Serat
Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.
Makanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana ia membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan. Selain itu,ia juga membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental serta dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan. Makanan yang berkhasiat juga menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja.

Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu kanak-kanak mendapat semua nutrien yang diperlukan. Pilih gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia

Pengambilan pemakanan yang kurang atau berlebihan boleh membawa kesan serius terhadap tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Masalah Ini mungkin merangkumi nutrien utama seperti protein, karbohidrat, lemak, termasuk juga vitamin dan mineral. Tanpa mengira sama ada kanak-kanak kekurangan atau berlebihan berat badan, mahupun mempunyai berat badan normal, mereka masih boleh mengalami masalah kekurangan mikronutrien seperti zat besi, kalsium, iodin.
 


Amalan pemberian makanan yang kurang sihat akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan berat badan atau terbantut serta boleh menjejaskan perkembangan kognitif. Sering kali, kanak-kanak ini juga akan mengalami kekurangan pelbagai vitamin dan mineral, yang paling umum adalah zat besi, iodin dan Vitamin A. Kanak-kanak yang kurang berat badan lebih kerap jatuh sakit kerana mempunyai daya tahan lebih rendah terhadap jangkitan.

Masalah pemakanan berlebihan timbul apabila kanak-kanak mengambil terlalu banyak makanan, khususnya yang tinggi kalori, dan kurang bersenam. Seorang kanak yang mempunyai berat badan berlebihan berkemungkinan akan menjadi remaja atau dewasa dengan berat badan berlebihan mahupun obes kelak. Kita semua tahu bahawa berat badan berlebihan merupakan satu faktor risiko penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser. Berat badan berlebihan atau obesiti juga boleh mengakibatkan kanak-kanak mempunyai tanggapan imej yang negatif terhadap fizikal badan dan kurang keyakinan diri. Pengambilan nutrien berlebihan juga boleh menjejaskan kesihatan akibat pengambilan mikronutrien seperti vitamin larut lemak (A,D, E dan K) secara berlebihan, tanpa mendapatkan nasihat profesional yang betul. Mikronutrien seperti vitamin boleh berkumpul di dalam tisu lemak dan akan menyebabkan ketoksikan.

Apakah pelaburan yang terbaik buat anak anda? adakah pakaian yang cantik dilihat sahaja..pastinya ramai ibu bapa yang mula membuka mata akan kepentingan memberikan keperluan untuk kesihatan anak-anak selain pakaian yang cantik juga permainan yang cukup hebat....

 
PELABURAN TERBAIK UTK ANAK2 adalah:


MealShake

 

# Mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan
# Kaya dengan sumber kalsium dan protein
# Amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat
# Pilihan protein soya terbaik anda

OmegaGuard


  # Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
Memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan

#Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi
# Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
# Meningkatkan sistem imunisasi
 Hanya yang TERBAIK dari sumber SEMULAJADI untuk si manja
 Mengekalkan kesihatan atau memperbaiki taraf kesihatan
kredit 


 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-

 Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185 
012-3925240
 https://www.facebook.com/znzHealthcare 
mia_idora2000@yahoo.com 

 COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"

Saturday, October 18, 2014

Awas!! Mealshake Tidak Selamat Untuk Bayi Anda

Alamak!!...rupa-rupanya Mealshake Shaklee tidak selamat untuk anak anda. Opppss!!...jangan mudah melatah...sebenarnya Mealshake adalah tidak sesuai untuk kanak-kanak 1 tahun dan ke bawah. Mealshake sememangnya salah satu produk Shaklee untuk kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas. Malah orang dewasa juga boleh mengambil Mealshake untuk menambah berat badan. Bagi ibu-ibu yang belum pernah melihat atau kenal mealshake ni, mealshake adalah berbentuk serbuk. Rasanya sangat lazat...iaitu perisa vanilla. Sebab itulah kanak-kanak amat mengemarinya. Boleh dibancuh dengan susu, air dan juga dibuat aiskrim vanila. 

Mealshake merupakan multivitamin yang terdiri daripada 19 vitamin dan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Ia juga terdiri daripada sumber serat dan protien. Kalau nak tahu..mula2 saya jatuh cinta dengan Shaklee ni adalah disebabkan oleh mealshake...betul...waktu tu saya tercari-cari vitamin untuk anak2 saya yang kurang selera makan....alhamdulillah...lepas consume mealshake, anak2 dah mula berselera untuk makan. Lagi syok berat badan anak2 pon bertambah.


Mengapa anak di bawah 1 tahun tidak selamat untuk mengambil Mealshake? Ini kerana perut bayi atau kanak-kanak di bawah umur 1 tahun adalah tidak mempunyai sistem penghadaman yang matang. Jadi kita sebagai ibubapa kenalaa alert...dan mesti tahu cara pengambilan Mealshake untuk anak anda.

Bagi kanak-kanak satu tahun ke atas, saiz cadangan pengambilan mealshake adalah sebanyak 34gram sehari bersamaan 1 sudu. Selain itu juga, mealshake juga membantu mengatasi masalah sembelit, demam dan selsema. Masalah asthma dan batuk serta ekzema juga dapat diatasi dengan pengambilan mealshake. Jadi tidak hairanlah ibu2 diluar sana memilih mealshake umtuk anak2 mereka. 

Usah tunggu lagi, mencegah lebih baik dari mengubati..dapatkan mealshake sekarang untuk kesihatan anak anda..


"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"

 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:- Nor Azimah binti Deraman SID: 1069185 Call/whatsapp/sms : 012-3925240 Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare emel: mia_idora2000@yahoo.com 
COD AREA KOTA MARUDU, PITAS
Fully Design By izza sakura