Friday, October 31, 2014

OSTEMETRIX || Atasi Masalah Kebas Dan Kejang Otot

Pernah tak anda mengalami kebas-kebas pada tangan dan kaki? Mesti seksa bukan?..Haa jangan pandang remeh tau masalah ni...lupa..kebas nie macam2 orang panggil..ada panggil semut2..issh..macam2 kan..Masalah kebas boleh terjadi di mana-mana bahagian badan. Namun begitu masalah yang sering terjadi adalah masalah kebas tangan, kebas jari dan kebas kaki. Kalau saya, biasanya terjadi kat kaki bila duduk bersila lama-lama. Nak bangun tu bukan main susah lagi..Ingat masa kecik2 dulu..selalu kami bergurau sesama adik beradik. Saper yang kena kebas kaki...cepat2 pergi pijak kaki..haa mula laaa menangis...Oh ya!Masalah  kebas tangan, kebas jari dan kebas kaki ini boleh berpunca oleh pelbagai faktor. Ada kebas-kebas yang biasa dan ada juga kebas-kebas yang disebabkan oleh tanda-tanda penyakit kronik.


Kebas-kebas yang biasanya dialami adalah disebabkan jika berdiri atau duduk terlalu lama. Selalu jadi kan macam ni. Tambah-tambah lagi kalau orang-orang tua. Masalah ini adalah masalah biasa yang disebabkan faktor umur.

Punca Berlakunya Kebas

  • Kecederaan pada saraf akibat kemalangan
  • Kesan sampingan pada ubat
  • Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti pengambilan alkohol dan rokok
  • Jangkitan pada saraf periperi seperti kayap
  • Menghidap penyakit-penyakit seperti diabetis, migraine, multiple sclerosis, epilepsy, strok dan hypothyroidism
  • Berlakunya kekurangan vitamin dalam badan seperti kekurangan Vitamin B12
  • Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti pengambilan alkohol dan rokok
  • Saraf periperi tertekan disebabkan "hemiated disc" atau osteophytes yang terbentuk akibat proses degenratif
  • Cappel Tunnel Syndrom (Saraf Mendian tertekan di kawasan pergelangan tangan)
Masalah kebas-kebas juga sering dialami oleh pesakit kencing manis. Masalah kebas tangan. jari dan kaki bagi pesakit kencing manis juga dikenali sebagai neuropathy. Neuropathy adalah salah satu komplikasi kencing manis sekiranya kawalan gula dalam darah adalah kurang baik. Oleh itu, bagi pesakit kencing manis adalah penting untuk memastikan paras gula dalam darah adalah terkawal.
Masalah kebas juga boleh berlaku kepada wanita mengandung yang biasanya disertai dengan kekejangan. Keadaan ini merupakan salah satu tanda kekurangan kalsium. Oleh itu, wanita mengandung sangat disarankan untuk mengambil Kalsium bagi mengatasi masalah ini.



Namun jangan memandang ringan jika masalah kebas-kebas ini sering berlaku di bahagian tangan sehingga ke bahu dan dada. Kerana masalah kebas tangan seperti ini sering dikaitkan dengan tanda-tanda masalah jantung yang boleh membawa kepada stroke. Sekiranya anda mengalami masalah kebas seperti ini jangan bertangguh untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.

Pada usia 19 hingga 55 tahun lelaki dan wanita, sebanyak 1,000mg kalsium diperlukan setiap hari. Bagi mereka yang berusia lebih 55 tahun, sebanyak 1,200mg kalsium diperlukan bagi memastikan fungsi tubuh yang optimum.

Jadi untuk mengatasi masalah kebas ini, anda disarankan mengambil Kalsium. Salah satu antara produk Shaklee yang mempunyai Kalsium yang tinggi adalah OSTEMATRIX

 


Istimewanya Ostematrix ialah ia lengkap dengan Magnesium yang membantu tubuh memelihara paras kalsium, Vitamin D yang menggalakkan penyerapan kalsium dan fosforus. Kajian ada menunjukkan pengambilan kalsium beserta Vitamin D membantu;
  • merendahkan risiko diabetes tahap 2 terhadap mereka yang mempunyai pra-diabetes
  • menggalakkan tulang yang kuat
  • meningkatkan sistem imun
  • menyokong berat badan ideal dan meningkatkan potensi kehilangan berat badan

Nak tau ...harga ostemetrix sangat berbaloi. Hanya rm61 untuk (120biji)  
Kalau tak cuba, maka tak tau sejauh mana keberkesanannya...Jadi dapatkan sekarang..sebelum terlambat...
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM" 

 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:- 
Nor Azimah binti Deraman
 SID: 1069185
 012-3925240
https://www.facebook.com/znzHealthcare
 emel: mia_idora2000@yahoo.com

 COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

Khasiat Air Kelapa Muda Yang Mesti Anda Tahu

Assalaamualaikum...dan salam ceria untuk semua. 

Di pagi jumaat yang penuh berkat ini, saya nak kongsikan tentang khasiat air kelapa muda. Sebenarnya, bila disebut kelapa...dari akar sampailah ke ujung daun pokok itu, ianya memberi manfaat yang berguna kepada mausia.

Ok, air kelapa muda sangat banyak khasiatnya. Rasanya pun sangat sedap dimunim...lebih2 lagi time cuaca panas. Sesetengah restoran telah mempelbagaikan cara penyediaan air kepala muda. Ada dibuat puding, kelapa bakar, aiskrim dan abc kelapa muda.....semua yang saya sebutkan itu memang sedap2 dan menjadi kegemaran saya.
kelapa bakar

Pokok kelapa sememangnya terkenal dengan seribu satu kegunaan. Selain daripada itu, airnya juga turut memberikan khasiat kepada tubuh badan manusia. Antara kebaikan air kelapa terhadap tubuh badan anda adalah……
 
(1) Khasiat air kelapa membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.

(2) Air kelapa mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Selain itu, khasiat air kelapa juga boleh dijadikan minuman tenaga.

(3) Air kelapa juga adalah merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.

(4)  Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.

(5) Khasiat yang ada didalam air kelapa membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.

(6) Air kelapa boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.

(7) Khasiat air kelapa turut membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.

(8) Air kelapa turut boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.

(9) Seorang peminum air kelapa juga akan meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.

(10) Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.

(11) Khasiat air kelapa terkenal untuk membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.

(12) Air kelapa membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.

(13) Khasiat air kelapa turut digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.

(14) Khasiat air kelapa membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah di dalam tubuh seseorang.

Jadi, tak rugi sebenarnya minum air kelapa muda nie yer..pasni bleh laa tanam sendiri pokok kelapa kat tepi umah..yang jenis renek2 tu..nak ambil buah tak payah panjat2 lagi dah...
 

Thursday, October 30, 2014

ALFAFA COMPLEX BFF SETIAP WANITA

Alfafa sebenarnya sangat sinonim dengan wanita. Kenapa saya kata begitu? Yerlaa...alfafa ni kan merupakan tumbuhan yang mempunyai 1001 khasiat dan fungsinya. Ianya boleh dikatakan sebagai teman setia setiap wanita atau kawan rapat kepada kaum hawa. Apa taknya...macam2 khasiat alfafa untuk wanita. Klau tak percaya tanyalah kepada wanita2 di luar sana yang telah consume alfafa. Dari peringkat remaja sampai kepada dewasa.


Alfafa Complex boleh dikatakan sebagai kacip fatimah moden. Haaa bila sebut pasal kacip fatimah ni..paham2 jer laaa...yang longgar2 tu...jadi semakin ketat uolls!!woow...hebatkan...ini kerana alfafa mengandungi phytoestrogens yang bertindak sebagai kacip fatimah. Maka secara tidak langsung dapat membantu dalam hubungan suami isteri. Suami akan bertambah-tambah sayang...confirm tak lain u....hihi

Jika terdapat masalah arlegik dan ekzema, memang elok sangat2 ambil alfafa. Selain daripada itu juga, alfafa menjadi peneman setia untuk remaja yang mengalami masalah keputihan dan memberi kelegaan semasa datang haid. Kebiasaan, ramai remaja yang mengalami masalah senggugut. Saya masih ingat ketika saya pada zaman2 study dulu...memang mengalami maslah senggugut yang teruk. Sampai nak pergi kelas pon xlarat. Tapi time tu belum lagi ada jodoh dengan Shaklee ni...so takde laa consume alfafa...rugi plak rasanya...huhuhu


Bagi wanita yang lepas bersalin, alfafa membantu dalam memulihkan urat selepas bersalin. Kan setiap lepas bersalin beribu urat2 badan wanita putus. Jadi urat2 yang putus tersebut perlulah dipulihkan balik...Badan nak pakai lama u...Jangan duk biar gitu jer tau..Bagi ibu2 yang menyusukan anak pula, alfafa membantu para ibu memperbanyakkan susu (milk booster)..best kan..dapat berganda2 kebaikan dengan alfafa. Semasa dalam pantang, alfafa membantu sistem percernaan yang mana ianya melegakan masalah sembelit. Yang pasti, bila consume alfafa kenalah minum air yang banyak. Bagi ibu2 yang menyusukan anak, ia menyebabkan payudara menjadi kendur. Untuk mengatasi masalah ini, alfafa dapat membantu menegangkan payudara anda. Ia juga merawat masalah kencing kotor di kalangan ibu2.

Haaaa...memang patut pun alfafa jadi BFF kepada wanita kan...Lagipun harga ALFAFA COMPLEX yang berpatutan. Lupa plak..lagi satu khasiat alfafa adalah pelengkap kepada SET SLIM. Sebab itu ia merupakan satu produk yang mesra pengguna. Jadi tak rugilah sebenarnya kalau setiap rumah ada alfafa nie...memang sangat2 berbaloi...Apa tunggu2 lagi...dapatkan peneman setia anda sekarang...Hubungi saya untuk pembelian dan konsultasi PERCUMA alfafa.



"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM" 

 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. 

- Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-
 Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185 
 012-3925240 
 https://www.facebook.com/znzHealthcare
 mia_idora2000@yahoo.com 

 COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

Makanan Yang Paling Baik Untuk Orang Yang Perut Buncit

Assalaamualaikum...

Hari ni saya nak share entri tentang pemakanan yang baik bagi orang-orang yang mempunyai masalah perut buncit. Kalau orang lelaki yang berperut buncit biasanya adalah yang lepas kawin kan...orang cakap senang hati, makan dan minum dijaga...hihiihi..tu alasan diorang laaaa...padahal boleh jer kawal masalah perut buncit ni kan. 



Opppss...sori yer kaum adam..wanita pon sebenarnya tak kurang juga yang berperut buncit...bukan sebab hamil tau...kalau hamil memanglaa perut buncit kan..itu memang orang tak hairan laaa...Kadang2 bila berjalan ke mana2 ramai yang duk tegur..dah berapa bulan pragnent..nak pakai baju pon dah tak muat......hiihihi...biasalaa tu kan. Jadi macam mana cara kita nak mengatasi masalah ini. Macam2 petua boleh kita amal sebenarnya...


Salah satu cara untuk mengawal dan mengatasi masalah perut buncit adalah dengan kaedah menjaga dan mengawal pemakanan. Ok, di sini saya senaraikan jenis makanan yang boleh membakar lemak.
 
  • Cendawan 

     

 - Cendawan sangat bagus untuk pembakaran lemak kerana ia merupakan satu-satunya sumber tanaman semulajadi untuk penghasilan vitamin D yang berfungsi sebagai nutrisi penting untuk menyerap kalsium. Seseorang yang kekurangan vitamin D pada kebiasaannya akan memiliki lebih banyak lemak terutamanya pada bahagian perut.

  • Pisang 

- Kandungan kadar kalium yang tinggi dalam buah pisang membantu untuk membuang lebihan berat air yang berada di dalam tubuh anda. Apabila tubuh anda mempunyai terlalu banyak natrium, secara semulajadi ia akan menyimpan air sebanyak yang boleh di dalam tubuh. Jadi, dengan menggantikan kalium, ia akan memerah keluar air tambahan. Sumber lain untuk anda mendapatkan kalium termasuk betik, kentang dan limau.


  • Teh hijau 

- Ia mengandungi sebatian yang mampu meningkatkan tahap metabolisme seseorang, untuk memudahkan proses pembakaran lemak. Penyelidik di Switzerland mendapati bahawa peminum teh dapat membakar 226 kalori setiap hari berbanding orang yang tidak meminumnya. Malangnya, 1 cawan saja belum cukup, sekurang-kurangnya anda perlu mendapatkan antara 4-5 cawan setiap hari untuk melihat hasilnya.


  • Telur

 - Ianya mengandungi kadar vitamin B12 yang tinggi, penting untuk proses penghancuran lemak. Selain itu juga, ia turut mengandungi protein yang akan membuatkan anda berasa kenyang. Ini akan membantu terhadap diet pemakanan anda.


  • Peanut butter 

- Kandungan niacin yang berada didalamnya akan menjaga saluran sistem pencernaan dengan baik. Tetapi, ia juga mengandungi banyak lemak. Jangan sesekali mengambilnya lebih daripada 2 sudu pada setiap hari.

 

  • Kacang/Almonds

 - Hasil kajian di Purdue Universiti menunjukkan seseorang yang memakan kacang akan berasa kenyang lebih lama berbanding orang yang memakan nasi. Ini dapat membantu untuk anda menghadkan jumlah pengambilam makanan yang anda ambil setiap hari. 


Diharap, ianya menjadi panduan kepada anda untuk mengawal masalah kempis perut. Selain itu juga, anda bolehlah mengambil HERBA LAX SHAKLEE di mana membantu anda untuk kempiskan perut yang buncit.


Untuk maklumat lanjut, Sila hubungi saya...

Nor Azimah Deraman
SID:1069185
0123925240
mia_idora2000@yahoo.com

COD AREA KOTA MARUDU,PITAS

Wednesday, October 29, 2014

AIR TERJUN TERCANTIK DI DUNIA

Assalaamualaikum...

Hari nie saya nak share gambar-gambar air terjun yang tercantik di dunia. Yerlaa pemandangan air terjun nie sebenarnya dapat menenang hati...betul tak..tapi ada jugakkan yang fobia dengan air terjun. Biasanya time cuti saya akan bawa anak2 and fmaly berkelah dan mandi manda kat kawasan air terjun...kat Malaysia jer laa...belum berkesempatan untuk sampai kat kawasan air terjun tercantik di dunia....insyaAllah suatu hari nanti, harap2 dapat laa sampai kat sana...hihhihi...Jom kita layan gambar2 air terjun tercantik di dunia.


1.Air Terjun Niagara

Terletak di sempadan Canada dan USA. Walaupun bukan dalam kategori tertinggi atau terlebar, namun ia dianggap air terjun tercantik terdapat di mukabumi. Menjadi tarikan pelancong paling popular, Air Terjun Niagara juga dikenali sebagai “Honeymoon Capital of the World”.


2. Air Terjun Angel di Venuzuela

Dengan ketinggian 979 meter,Air Terjun Angel di Venezuela merupakan air terjun paling tinggi di dunia. Memandangkan tiada perhubungan jalanraya, ia hanya dapat dilawati dengan menggunakan bot atau ekspedisi berjalan-kaki.



3.Air Terjun Victoria 

Adalah antara paling cantik di dunia. Airnya yang menderu turun membasahi hutan hijau berserta kehadiran hidupan liar menimbulkan satu pemandangan yang mengasyikkan.



4. Gullfoss Falls

Air terjun terbesar di benua Eropah dan tercantik di Iceland, Gullfoss Falls menjadi bualan dalam cerita dan misteri masyarakat tempatan. Ia juga punca pembentukan ‘Golden Circle’, tempat di mana terdapat kumpulan geiser (pancutan air panas) dan kolam air panas yang menjadi tumpuan pelancong.

5. Upside Down Falls

 Sesuai dengan namanya,Upside Down Falls yang terletak di Gunung Konahuanu, pulau Oahu, Hawaii sangat unik. Ini kerana apabila menerima hujan yang mencukupi, air terjunnya hanya sempat turun beberapa meter sahaja. Angin kencang di kawasan gunung akan meniup air yang turun ke bawah menjadi titisan kecil berterbangan ke atas.

6. Giessbach Waterfalls

 Kerap dipaparkan dalam poskad sebagai tarikan destinasi pelancongan benua Eropah, keindahan Giessbach Waterfalls di Switzerland kekal popular hingga ke hari ini. Pemandangan bertambah indah bila ia dikelilingi oleh tasik berair jernih bak kristal dan gunung ganang yang diliputi salji.
Lower Falls berada di tepi sungai Yellowstone dalam kawasan terkenal Grand Canyon, USA. Dengan dikelilingi oleh batu-batu gunung berapi dan kawasan pergunungan, ia menawarkan pemandangan yang cukup indah.

7. Aspat River Falls

 Aspat River Falls terletak di kawasan iklim sejuk daerah Kodar, Russia. Pengunjung yang datang ke sini akan terpukau dengan keindahan rupabentuk air terjunnya. Kerana memiliki permukaan cerun yang curam, Stalin pernah mendirikan kem tahanan di sekitar kawasan tersebut.


PHYTOCOL -ST MEMBANTU MENURUNKAN PARAS KOLESTROL


 Phytocol-ST™ adalah satu produk baru Shaklee yang telah dilancarkan pada JUN 2014. Ia ialah rumusan proprietari yang dapat menghalang penyerapan kolesterol oleh tubuh. Ianya adalah formula proprietari yang membekalkan 2,000mg Fitosterol setiap hari. 


Apa itu Fitosterol?

 
-Fitosterol dirujuk sebagai sterol dan stanol tubuhan yang ditemui dalam membran sel tumbuh-tumbuhan. Ia juga boleh ditemui dalam kuantiti yang kecil dalam pelbagai tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Dianggarkan 200-400 mg sterol tumbuhan dan lebih kurang 50g stanol tumbuhan kita makan setiap hari.Untuk memperolehi 2000mg Fitosterol, kita kena makan 200 biji lobak merah, 70 keping roti gandum dan 425 biji tomato setiap hari…aauucchh...larat ke nak makan banyak tu kan?lagi tinggi kosnya kan..lagi bagus ambil Phytocol-ST jer kan…Lagipun bahan-bahan  yer yang terbukti secara klinikal, dan disokong oleh lebih 80 kajian, berkesan dalam merendahkan paras kolesterol LDL secara semula jadi. Ia dirumus daripada campuran sterol & stanol mengikut saranan Istitut Kesihatan Kebangsaan (NIH)


PHYTOCOL-ST berfungsi menurunkan kolestrol secara semulajadi. KOLESTROL yang tinggi akan menyebabkan saluran darah tersumbat. Apabila badan kita mempunyai kadar kolestrol yang tinggi, ia akan menyebabkan banyak masalah dan penyakit pada badan kita. Antara penyakit yang disebabkan oleh kadar kolestrol tinggi adalah seperti berikut:-
  • Serangan jantung
  • Angin ahmar/ Strok
  • Penyakit hati
  • Ketidaksuburan


Kenapa Bahaya Kolestrol dalam badan?

Kolestrol baik sebenarnya telah terhasil dalam badan kita secara semulajadi.. Namun, dengan pengambilan makanan yang mempunyai kadar kolestrol yang tinggi, ia akan menghasilkan Kolestrol jahat dan kolestrol jahat ini lah yang akan menjadikan kadar kolestrol dalam badan kita berlebihan dan boleh menyumbatkan salur darah dalam badan kita.

Kolesterol merupakan molekul sejenis lemak dalam aliran darah. Dalam kadar normal atau kurang dari dari 200 mg/dl. Ada dua jenis kolesterol, yakni low-density lipoprotein (LDL) yang dikenal sebagai kolesterol jahat. LDL berfungsi mengalirkan kolesterol ke seluruh tubuh. Kelebihan LDL menyebabkan penumpukan lemak di dinding arteri. Sementara itu jenis lemak lain adalah high density lipoprotein (HDL), yang memiliki fungsi berlawanan dengan LDL.


APAKAH KEISTIMEWAAN PHYTOCOL-ST?

  • Diperbuat daripada campuran bahan semulajadi yg mengandungi sterols & stanols tumbuhan yg dikenali sebagai 'phytosterols'.
  • Pengambilan 4 biji Phytocol-ST dalam sehari, adalah memenuhi keperluan 2000mg phytosterols yg diperlukan untuk menurunkan paras kolesterol manusia dewasa.
  • Kandungan phytosterols di dalam Phytocol-ST telah diperakui oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) untuk membantu menurunkan paras kolesterol.
  • Tidak mengandungi pewarna mahupun perisa tiruan.
  • Dijamin halal, selamat & berkesan. Tidak mempunyai kesan sampingan yg buruk.



 KEBERKESANAN PHYTOCOL-ST


Ethan Wang; Sales Diretor di Shaklee Malaysia sendiri telah mencuba tahap keberkesanan Phytocol-ST ini. Dalam masa 2 bulan sahaja, beliau telah berjaya menurunkan kadar kolesterol beliau sebanyak 22%! Wowww! Dan beliau sanggup menghentikan pengambilan supplemen Shaklee yg lain, semata-mata untuk membuktikan keberkesanan Phytocol-ST ni.. Malah beliau makan seharian dengan tak mengambil kira tahap kesihatan diet seimbang pun..






Jadi, jom turunkan paras kolesterol kita sebelum terlambat! Jangan tunggu sampai salur jantung kita 'tersumbat' dan stroke datang menyerang baru nak bertindak! Itu sudah terlambat!
HARGA RETAIL: RM197 sebotol Kuantiti: 120biji Tahan selama1 bulan

Bertindaklah hari ini secara semula jadi dengan Phytocol-ST.


"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM" 

 

- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-
 Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185 
 012-3925240 
https://www.facebook.com/znzHealthcare 
 mia_idora2000@yahoo.com

 COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

Tuesday, October 28, 2014

Alamak..Ujian Kehamilan Negatif Tetapi Haid Masih Belum Datang !!!

Apabila anda sedang mencuba untuk hamil, dan haid anda lambat tetapi ujian kehamilan tidak menunjukkan tanda positif, ini boleh membuatkan anda runsing dan keliru. Jika kitaran haid anda yang biasanya normal dan teratur tiba-tiba menjadi tidak teratur, atau terhenti, fikirkan apakah yang berubah dalam gaya hidup anda.


 Biasamya, bagi ibu2 yang sudah bersedia untuk hamil, mereka akan berasa gembira jika haid mereka sudah 2 minggu lewat daripada kebiasaannya. Tapi bila dibuat ujian UPT...ianya adalah negatif..memang sangat kecewa bukan..lebih2 lagi yang mengharapkan kehadiran cahaya mata pertama. Jadi, apakah sebenarnya punca-punca terjadi masalah tersebut?

Faktor Utama Haid Tidak Teratur ialah:-

* tekanan 

* senaman berlebihan 

* penurunan berat badan 

*penambahan berat boleh menjejaskan tahap hormon anda dan menganggu aturan haid.


Ovari anda biasanya mengeluarkan sebiji telur setiap hari, kira-kira 12 hingga 14 hari selepas hari pertama haid. Jika telur ini tidak disenyawakan, lapisan dalam uterus akan luruh dan haid anda akan bermula.

Jika ovari anda tidak mengeluarkan telur sebagaimana sepatutnya, maka uterus anda mungkin tidak menerima kesemua isyarat yang diperlukan untuk memulakan kitaran haid. Kadang kala wanita terpaksa mengambil ubat untuk membantu ovari dan uterus mereka berkomunikasi supaya mereka boleh mendapat haid yang teratur. 


Jika haid anda tidak datang lebih daripada tiga kali berturut-turut, dan ujian kehamilan menunjukkan negatif, doktor anda perlu membuat pemeriksaan untuk mengetahui puncanya. Ada dua kemungkinan di sini:

  • Anda mungkin mengalami polisistik ovari

 
Sindrom Policistik Ovari (Polycystic ovary syndrome - PCOS) berlaku apabila sesetengah hormon dalam kadar yang tinggi merangsang ovari anda supaya menghasilkan banyak folikel. Kesemua folikel ini tidak cukup matang untuk mengeluarkan telur. Oleh kerana anda belum berovulasi, anda juga tidak datang haid. Tanda-tanda lain PCOS termasuk pertumbuhan rambut yang berlebihan di bahagian muka, dada dan bawah abdomen, jerawat, dan kecenderungan peningkatan berat di bahagian pinggang.
  • Anda mungkin menghasilkan terlalu banyak hormon prolaktin

 
Jika anda menghasilkan prolaktin pada tahap yang tidak normal, anda mungkin tidak datang haid sekali atau dua kali. Seorang wanita biasanya mengeluarkan prolaktin apabila dia sedang menyusukan, maka kerana itulah haidnya terhenti pada waktu ini. Jika anda tidak hamil atau menyusukan, tetapi keluar susu daripada puting, maka prolaktin mungkin adalah penyebabnya.

Ada sebab-sebab lain mengapa haid anda mungkin menjadi tidak teratur atau terhenti. Contohnya, anda mungkin mengalami kesan sampingan daripada ubat yang sedang anda ambil.

Jika haid anda tidak datang, dan anda masih mendapat keputusan negatif daripada ujian kehamilan, atau kitaran haid anda terus menjadi tidak menentu anda dinasihatkan supaya merujuk dan jumpalah doktor.

TESTIMONI REVITALIZING SHAMPOO


Ramai para ibu di luar sana yang mengeluh apabila rambut mereka semakin gugur selepas melahirkan anak.  Saya sendiri pun pernah mengalami masalah rambut gugur. Kadang-kadang rasa takut bila sikat jer rambut...naaah..bergumpal rambut melekat kat sikat. Bukan itu saja, di lantai pon ada banyak rambut padahal hari2 duk sapu lantai. 

Apakah sebenarnya punca masalah rambut gugur ini? Sebenarnya, masalah rambut gugur selepas bersalin adalah normal. Ini disebabkan setelah bayi dilahirkan para ibu mengalami perubahan hormon. Ketika hamil, hormon estrogen meningkat, jadi hanya sedikit sahaja rambut yang gugur. Namun, setelah melahirkan anak, hormon estrogen menurun menyebabkan rambut mudah gugur ketika mandi atau ketika menyikat rambut.

Selain pengambilan makanan dan vitamin yang berkhasiat untuk menghalang masalah rambut gugur, pemilihan syampu juga amat penting. Penggunaan syampu yang betul juga dapat menangani masalah rambut gugur.

Testimoni di atas adalah terbukti bahawa penggunaan Revitalizing Shampoo Shaklee dapat membantu menangani masalah rambut gugur. Jadi, kepada anda yang mengalami masalah rambut gugur bolehlah mencuba REVITALIZING SHAMPOO. 

 Hubungi saya untuk pembelian produk di atas. Yang penting, anda akan dapat konsultasi penggunaan produk daripada saya secara PERCUMA.

 

 

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM" 


- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-
 Nor Azimah binti Deraman
 SID: 1069185
  012-3925240 
 https://www.facebook.com/znzHealthcare

mia_idora2000@yahoo.com

 COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

Monday, October 27, 2014

NutriWhite Vs Enfuselle || Mana Satu Menjadi Pilihan Anda

Assalaamualaikum..

Seperti yang kita sedia maklum, lambakan produk set kecantikan kulit di pasaran menjadikan kita pening untuk memilih produk yang mana satu paling sesuai dengan kulit muka kita. Jadi, saya syorkan kepada anda semua carilah produk yang betul2 selamat dan berkesan. Ramai di antara kita yang sudah maklum dengan produk Penjagaan Wajah Shaklee. Namun begitu, ramai yang masih keliru dengan perbezaan antara dua set produk ini. Jadi, di sini saya nak kongsikan apakah perbezaan di antara NutriWhite dan Enfuselle.

Cara yang pertama ialah anda hendaklah kenal pasti terlebih dahulu samada kulit muka anda berjerawat atau tidak dan Kulit Yang Sensitif.

a) SET NUTRIWHITE
 - Sesuai untuk kulit normal, tidak mempunyai masalah jerawat dan muka berminyak.

b) SET ENFUSELLE
-Sesuai bagai mereka yang mempunyai masalah kulit yang sensitif, berjerawat
Kemudian, sekiranya anda mempunyai masalah jerawat dan kulit sensitif, anda disarankan mengambil SET ENFUSELLE.

Seterusnya, kenalpasti samada kulit muka anda BERMINYAK atau KERING.

Berikut adalah produk yang disyorkan mengikut jenis kulit anda:-

  • BERMINYAK DAN JERAWAT/KULIT SENSITIF

    * Purifying Cleansing Gel

    *Purifying Toner

    *Balancing Moisturizer

    ♪ Purifying Cleansing Gel
    ♪ Purifying Toner
    ♪ Balancing Moisturizer
    - See more at: http://supplement4all.blogspot.com/2013/09/nutriwhite-vs-enfuselle-beza-dan-fungsi.html#sthash.FHAFeVLO.dpuf
    ♪ Purifying Cleansing Gel
    ♪ Purifying Toner
    ♪ Balancing Moisturizer
    - See more at: http://supplement4all.blogspot.com/2013/09/nutriwhite-vs-enfuselle-beza-dan-fungsi.html#sthash.FHAFeVLO.dpuf
  • KULIT KERING + JERAWAT/KULIT SENSITIF

           *Hydrating Cleansing Lotion

           *Hydrating Toner

           *Hydrating Moisturizer

 

Sekiranya anda TIDAK mempunyai masalah jerawat atau kulit normal, bolehlaa mencuba SET NUTRIWHITE iaitu:-

  • Gentle Deep Foaming Cleanser (Pencuci muka)

  • Soothing Radiance Whitening Softener (Toner)

  • Overnight Renewal Whitening Cream (Krim Malam)          


Diharap, pencerahan tentang perbezaan antara dua set produk tersebut dapat membantu sedikit sebanyak kepada anda untuk memilih produk yang sesuai untuk anda.
Hubungi saya untuk konsultasi tentang produk di atas secara PERCUMA.


"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"


 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-
 Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185 
 012-3925240 
 https://www.facebook.com/znzHealthcare 
mia_idora2000@yahoo.com 

 COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

Tips Mewujudkan Tabiat Tidur Yang Baik Bagi Bayi Anda

 Assalaamulaikum dan salam sejahtera...

Pernahkah anda terfikir bahawa masa tidur bayi adalah berubah-ubah dari mula dilahirkan sehingga kanak-kanak. Kalau dari pengalaman saya sendiri, waktu berpantang adalah waktu yang amat mencabar kesabaran ibu2. Ini kerana waktu tidur bayi dan ibu adalah berbeza. Kebiasaannya bayi akan berjaga pada waktu tengah malam dan kadang2 sampai ke pagi. Biasanya ibu2 tidak dapat tidur yang cukup ketika kerana terpaksa berjaga malam samada untuk menyusukan bayi atau menguruskan bayi.Haaaa... time kita nak tidur dia pulak berjaga dan start nak main2 dengan kita...


Waktu berpantang, mata ibu2 dah boleh jadi beruang coala..yerlaa tak cukup tidur. Time malam laa bayi merengek samada lapar, tukar lampin ataupun nak dapat perhatian. Tapi perkara sebegini tidaklah berlarutan sebenarnya. Bayi mempunyai perubahan masa tidur mengikut perkembangan umurnya. Jadi ibu2 di luar sana tak perlu risau yer...Itulah sebenarnya pengalaman berharga menjadi seorang ibu. Jom kita tengok macam mana cara untuk menidurkan bayi anda dengan selamat.

Corak tidur bayi  pada usia 0 hingga 3 Bulan

Bayi yang baru lahir akan banyak tidur – kira-kira 17 hingga 18 jam sehari pada beberapa minggu pertama dan 15 jam sehari menjelang bulan ketiga. Walau bagaimanapun, mereka tidur tidak lebih daripada tiga hingga empat jam pada satu-satu masa, sama ada pada waktu siang atau waktu malam.

Ramai ibu bapa risau mengenai risiko kematian pada masa beberapa bulan pertama usia bayi. Apa yang disarankan ialah supaya semasa ia berusia enam bulan ke bawah, bayi tidur pada waktu malam di dalam kot yang terletak di sebelah katil ibu bapa. Saranan lain termasuklah:
  • Letakkan bayi anda dalam keadaan telentang, bukannya meniarap atau disisinya.
  • Letakkan dia dengan kakinya rapat dengan hujung kot supaya dia tidak dapat menggeliang-geliut mengelungsur masuk ke dalam selimut.
  • Pastikan suhu bilik bayi anda adalah di sekitar 24 atau 25 darjah C.
  • Bagi kain-kain alas katil, gunakan cadar dan selimut yang berongga dan bukannya duvet.
  • Periksa yang bayi anda tidak terlalu panas atau terlalu sejuk dengan merasa bahagian perutnya: jika dia terlalu panas, alihkan selimut; jika dia sejuk, selimutkannya. Jangan memeriksa di bahagian tangan atau kakinya sebab adalah normal bagi bahagian-bahagian itu berasa sejuk.

Walaupun sesetengah bayi tidur sepanjang malam seawal lapan minggu, kebanyakan bayi belum boleh melakukan sebegini sehingga mereka berusia lima atau enam bulan, atau lebih lewat dari itu. Jika anda mahu bayi anda tidur sepanjang malam, anda boleh membantunya dengan mengajarnya tabiat tidur yang baik seawal mungkin.

Bagaimanakah anda boleh mewujudkan tabiat tidur yang baik

Berikut adalah beberapa perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk membantu bayi anda tidur pada usia ini:
  1. Belajar mengenal pasti tanda-tanda yang menunjukkan dia sudah letih
Semasa usia enam hingga lapan minggu, bayi anda tidak boleh berjaga lebih daripada dua jam pada satu-satu masa. Jika anda lewat menidurkannya, dia akan terasa terlalu letih dan tidak akan dapat lena dengan mudah.

Lihatlah tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda sudah mengantuk. Adakah dia menggosok matanya, menarik telinganya atau menunjukkan lingkaran hitam di bawah matanya? Jika anda mengesan tanda-tanda ini atau tanda mengantuk yang lain, cuba letakkan dia ke dalam kot atau raga kendongnya.

Lama-kelamaan anda akan memahami secara intuitif mengenai ritma dan pola harian bayi anda dan akan tahu bila masanya dia sudah bersedia untuk tidur.  
 
2.Mula mengajarnya perbezaan di antara siang dan malam 
 
Sesetengah bayi suka berjaga pada waktu malam (anda mungkin dapat petandanya semasa anda hamil dahulu) dan kadangkala bayi anda akan berjaga apabila anda baru sahaja lena. Hari-hari pertama selepas kelahiran, anda tidak akan dapat menangani ini. Tetapi apabila bayi anda berusia kira-kira dua minggu, anda sudah boleh mengajarnya membezakan malam daripada siang.
Apabila dia giat dan berjaga pada waktu siang, bermainlah dengannya sekerap mungkin, pastikan rumah anda dan biliknya cerah dan terang, dan jangan risau mengenai kebisingan biasa seperti telefon, TV atau mesin basuh. Jika dia suka tidur semasa sedang menyusu, kejutkan dia. Pada waktu malam, cuba jangan bermain dengannya apabila anda masuk ke biliknya untuk menyusukannya. Pastikan cahaya dalam rumah dan bunyi-bunyi bising di tahap minima, dan jangan terlalu banyak bercakap dengannya. Tidak lama lagi, dia akan tahu bahawa waktu malam ialah waktu untuk tidur.  
 
 
 
3.Berikan dia peluang untuk tidur dengan sendiri

Apabila dia berusia enam hingga lapan minggu, anda boleh cuba memberi peluang kepada bayi anda untuk tidur dengan sendiri. Cara terbaik melakukannya ialah dengan meletakkannya di katil semasa dia sedang mengantuk, tetapi masih berjaga.

Bagaimana anda menidurkan bayi anda adalah penting. Anda mungkin merasakan bahawa apa yang anda lakukan semasa hari-hari permulaan itu tidak mempunyai kesan yang berpanjangan, tetapi sebenarnya ada. Bayi sedang belajar bagaimana untuk tidur. Jika anda dodoikan bayi anda untuk tidur setiap malam pada lapan minggu permulaan, dia akan mahu didodoi setiap kali. Inilah sebabnya sesetengah pakar tidak menyokong anda mendodoi atau menyusukan bayi anda untuk tidur, walaupun dia masih di usia yang muda. Untuk mewujudkan cara tidur bayi yang mantap, anda perlu menggunakan strategi yang sama setiap malam.
.

Cara Melatih Bayi Tidur Dengan Baik

Anda perlu mengajar bayi anda sedikit demi sedikit bagaimana untuk tidur sepanjang malam. Para pakar tidak sependapat mengenai cara terbaik untuk melakukannya dan terdapat pelbagai falsafah yang bercanggah. Beberapa cara penyelesaian utama digariskan di bawah.

Penyelesaian 1
Bayi anda boleh dilatih untuk memperolehi tabiat tidur yang baik seawal usia enam minggu. Caranya ialah mewujudkan rutin tidur malam dan tidur siang yang konsisten, dan meletakkan bayi di atas katilnya semasa dia masih berjaga. Selagi anak anda boleh tidur dengan sendiri, anda boleh melayan panggilannya pada waktu tengah malam atau semasa tidur di siang hari. Gantikan sebarang asosiasi tidur yang bergantung kepada kehadiran anda (apa saja yang memerlukan anda berada di situ seperti dodoian atau penyusuan) dengan barang lain yang akan berada di situ semasa bayi anda terjaga (seperti selimut kegemarannya).

Penyelesaian 2
Anda mahu melakukan yang terbaik untuk anak anda dan membantunya membentuk tabiat tidur yang baik merupakan sebahagian daripadanya. Anak anda belum faham lagi mengenai apa yang terbaik untuknya dan akan menangis jika dia tidak mendapat apa yang dia mahukan. Matlamat anda ialah membantunya tidur dan belajar tidur dengan sendiri.

Penyelesaian 3
Latihkanlah bayi anda untuk tidur dengan sendiri serta dapat menenangkan dirinya sendiri apabila dia terjaga. Anda boleh membantunya membezakan antara malam dan siang dari mula dengan mengadakan penyusuan malam dalam keadaan senyap dan tenang, manakala di waktu siang, mengejutkannya jika dia tidur terlalu lewat. Lama-kelamaan dia akan belajar untuk menyimpan tidur panjangnya untuk waktu malam. Jika dia terjaga, gunakan suara anda untuk menenangkannya tetapi lebihkan tempoh masa antara jarak waktu anda mendekatinya. Ini akan membantunya belajar tidur dengan sendiri.

Penyelesaian 4
Bantu bayi anda untuk relaks dan biar dia tahu bagaimana menenangkan dirinya sendiri. Jangan biarkan dia "meluahkan tangisannya," tetapi jangan pula terus pergi kepadanya apabila dia mula merengek. Tunggulah beberapa minit dan pastikan dia benar-benar terganggu dan terjaga, barulah masuk ke biliknya, meyakinkannya dan menenangkannya tanpa mengangkatnya keluar dari kot atau raganya. Sebaliknya, usap dan tenangkannya dengan menggunakan tangan anda dan bercakaplah dengannya. Pada mulanya, pergi kepadanya setiap beberapa minit, tetapi lama-kelamaan panggilkan namanya saja dari luar bilik. Adalah satu idea yang baik untuk mewujudkan rutin waktu tidur yang tenang dan menyokong yang meliputi cerita pengantar tidur, mandian dan lain-lain.

Penyelesaian 5
Bina sikap tidur yang positif dalam anak anda dengan sentiasa menyokongnya selain memberikannya persekitaran yang tenang dan relaks yang akan membuat dia mengantuk. Dia akan belajar menganggap tidur sebagai sesuatu yang menyeronokkan, dan bukan sesuatu yang ditakuti.

Tidak terdapat cara yang "betul" untuk menggalakkan anak anda tidur sepanjang malam. Anda perlu memilih penyelesaian yang sesuai bagi anda dan keluarga anda. Diharap tips ini dapat menjadi panduan buat anda yang baru bergelar ibu di luar sana..InsyaAllah..



Fully Design By izza sakura