Hari ini saya nak kongsikan satu artikel sumber perubatan Rasulullah s.a.w dan bahaya akibat dari pemakanan.
Ubat-ubatan yang Disyari’atkan Allah dan Rasul-Nya dan diamalkan oleh Rasulullah SAW
Berikut
ini sebahagian daripada rawatan melalui penawar yang ditunjukkan oleh
al-Quran dan al-Sunnah seperti Madu, habbatus sauda (Jintan Hitam), Air
Zam-Zam dan Minyak Zaitun yang Insya Allah dapat menyembuhkan berbagai
macam penyakit dengan izin Allah Ta’ala:
1. MADU:
Allah Ta’ala berfirman,”Dari
perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di
dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya
pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi
orang yang memikirkan” (QS. An Nahl : 69)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ”Kesembuhan
itu ada pada tiga hal, iaitu dalam pisau pembekam, meminumkan madu,
perawatan dengan besi panas (kayy). Dan aku melarang umatku melakukan
rawatan dengan besi panas” (HR. al Bukhari no. 5681)Dalam sebuah riwayat lain disebutkan,”Alaykum bisy syifaa-ayna al ‘asali wal qur-aani” yang artinya “Hendaknya kamu menggunakan dua macam penawar; madu dan al Qur’an”
(HR. Ibnu Majah dan al Hakim dalam Sahih-nya, beliau berkata, Hadis ini
sahih sesuai dengan sistem periwayatan al Bukhari dan Muslim, dan
disetujui oleh al-Zahabi.
Dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu
secara marfu’)Imam Ibnu Qayyim al Jauziyah mengatakan, “Madu memiliki
banyak khasiat. Madu dapat membersihkan kotoran yang terdapat pada
usus, pembuluh darah, dapat menetralisir kelembaban tubuh, baik dengan
cara dikonsumsi atau dioleskan, sangat bermanfaat untuk lanjut usia dan
mereka memiliki keluhan pada dahak atau yang metabolismenya cenderung
lembab dan dingin” (Metode Pengobatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
sallam, hal. 42-43)
2. HABBATUSSAUDA (JINTAN HITAM):
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Sesungguhnya di dalam habbatus sauda (jinten hitam) terdapat penyembuh bagi segala macam penyakit kecuali kematian” (HR. al Bukhari no. 5688 dan Muslim no. 2215, ini lafazhnya Muslim, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)
Imam Ibnu Qayyim al Jauziyah berkata: ‘Jintan hitam memiliki banyak sekali khasiat. Erti dari sabda Nabi, “Penawar segala jenis penyakit“, seperti firman Allah, “Menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Rabb-nya“,
yakni segala sesuatu yang boleh hancur. Banyak lagi ungkapan-ungkapan
sejenis. Jinten hitam memang berkkhasiat mengobati segala jenis
penyakit dingin, bisa juga membantu kesembuhan berbagai penyakit panas
karena faktor temporal’ (Metode Pengobatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
sallam, hal. 365)
3. AIR ZAM-ZAM:
Dari Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Air zam-zam itu penuh berkah. Ia makanan yang mengeyangkan (dan obat bagi penyakit)”(HR.
Muslim IV/1922, yang terdapat di dalam kurung adalah menurut riwayat al
Bazzar, al Baihaqi dan ath Thabari dan sanadnya shahih, lihat Majma’uz
Zawaa-id III/286).Imam Ibnu Qayyim rahimahullah menceritakan
pengalamannya berkaitan dengan cara menyembuhkan penyakitnya dengan air
zam-zam yang dikombinasikan dengan method ruqyah dari al-Quran ini,’
Pada suatu ketika aku pernah jatuh sakit, tetapi aku tidak menemukan
seorang dokter atau ubat penyembuh. Lalu aku berusaha merawat dan
menyembuhkan diriku dengan surah al-Fatihah, maka aku melihat pengaruh
yang sangat menakjubkan. Aku ambil segelas air Zamzam dan membacakan
padanya surat al Faatihah berkali-kali, lalu aku meminumnya hingga aku
mendapatkan kesembuhan. Selanjutnya aku bersandar dengan cara tersebut
dalam merawat berbagai penyakit dan aku merasakan manfaat yang sangat
besar. Kemudian aku beritahu kepada orang banyak yang mengeluhkan suatu
penyakit dan banyak dari mereka yang sembuh dengan cepat’ (Zaadul Ma’aad
IV/178 dan al Jawaabul Kaafi hal. 23)
4. MINYAK ZAITUN:
Allah Ta’ala berfirman,“..
yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu)
pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah Timur (sesuatu) dan tidak
pula di sebelah Barat” (QS. An Nur : 35). Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Makanlah oleh kalian minyak (zaitun) dan poleskan dengannya, kerena sesungguhnya minyak (zaitun) itu dari pohon yang diberkahi”
(HR. Ahmad III/497, at Tirmidzi no. 1851 dan Ibnu Majah no. 3319,
dishahihkan oleh Syaikh al Albani dalam Shahiih at Tirmidzi
II/166)Sumber Bacaan: Kaedah Pengubatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah.
Sekarang kita sentuh tentang apakah bahaya jika terlampau banyak makan.
10 BAHAYA DISEBABKAN MAKAN
Kesan sampingan
dan bahaya makan minum sering dilapurkan dan ia diakui sendiri oleh
pakar perubatan bahawa punca penyakit yang diidapi oleh masyarakat
manusia dan ada yang membawa kematian khususnya masyarakat moden hari
ini, ia berpunca daripada banyak makan daripada kekurangan makanan.
Penyakit-penyakit seperti darah tinggi, lemah jantung, kencing manis dan
lain-lain semuanya berpunca daripada lebih makan atau tidak mengawal
makanan dengan cara yang betul.
Oleh sebab itu Nabi SAW
mengingatkan bahawa; “Tiada suatu tempat yang dipenuhi oleh anak Adam
yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu memakan
sekadarnya. Hendaklah kamu mengisi perut dengan hanya sepertiga ruang
makanan dan sepertiga lagi dengan air dan sepertiga lagi dengan nafas
(ruang udara)” –(Riwayat At Tirmizi dan Ahmad).Hadis di atas di samping
menganjurkan agar menghadkan kadar makan dan minum, Nabi SAW juga
mengingatkan tentang bahaya perut jika ia diisi dengan tanpa had.
Difahamkan daripada hadis di atas juga bahawa perut kita hanya selamat
jika ia diisi dengan makanan satu pertiga sahaja. Tetapi jika ia
dipenuhi dengan makanan melebihi ruang itu, maka kemungkinan besar ia
merbahaya kepada kesihatan kita sendiri.
Oleh sebab itu
Imam Al Ghazali dalam Minhajul ‘Abidin menjelaskan terdapat 10 bahaya
berpunca daripada lebihan makanan. Di antara bahaya-bahaya makan minum
tanpa had itu ialah;
1. BANYAK MAKAN BOLEH MENYEBABKAN HATI MENJADI KERAS DAN MEMADAMKAN CAHAYANYA.
Dalam
sebuah hadis yang agak masyhur bahawa Nabi SAW mengingatkan; “Hati anak
Adam ditempa bentuknya mengikut makan dan minum”. Ertinya bentuk dan
sifat hati itu berpunca daripada makan minum.
Dalam hadis
lain Nabi SAW bersabda lagi, maksudnya; “Janganlah kamu mematikan hati
dengan banyak (berlebih) makan dan minum, walau pun yang halal. Kerana
hati itu ibarat tumbuh-tumbuhan, ia akan mati jika terlalu banyak
disirami air”.
Dalam Al Quran pula Allah mengingatkan agar
jangan makan makanan secara belebihan sehingga walau pun dengan makan
minum yang halal. Firman Allah, maksudnya; “Makan minumlah kamu, tetapi
jangan berlebihan” –(Surah Al ‘Araf ayat 31).
Hukama’ pula
ada berkata; “Perut itu umpama kuali yang berada di bawah hati, bila ia
mendidih asapnya akan terkena pada hati. Jika banyak asap, ia akan
kotor dan menjadi hitam”. Ertinya bahan kimia daripada makanan itu
menghasilkan toksid yang boleh membinasakan hati dan jantung.
2. BANYAK MAKAN MENYEBABKAN HATI MENJADI RESAH DAN MERUNTUN ANGGOTA KE ARAH PERKARA SIA-SIA DAN MAKSIAT.
Seorang
yang sentiasa kenyang sentiasa lupa daratan. Segala pancainderanya,
seperti mata, telingan, lidah dan kemaluannya cenderung untuk melakukan
perkara haram. Tetapi bila perut lapar, semua anggota menjadi aman dan
tenteram daripada runtutan maksiat, hatta perkara fudhul (tidak
berfaedah).
Berkata Ustaz Abu Jaafar Rahimullahu ta’ala,
bahawa perut itu, jika ia lapar, anggota lain menjadi kenyang (tidak
ingin) terhadap segala perkara yang tidak baik. Tetapi jika ia kenyang,
maka segala anggota lain menjadi lapar (teringin) kepada sesuatu tanpa
batas dan banyaklah perkara yang dituntutnya. Kesimpulannya, menurut
Imam Al Ghazali, setiap perbuatan, ucapan serta tindak-tanduk seseorang
lebih banyak dipengaruhi oleh makan minum.
Jika makan yang
haram, maka yang terhasil daripada anggota dan pancainderanya adalah
perkara haram juga. Jika makan yang halal, yang terhasilnya adalah
perkara baik dan manfaat serta keuntungan di dunia dan akhirat. Tapi
jika makan belebihan, walaupun halal, ia mendatangkan kesan sampingan
yang memudharatkan pula.
3. BANYAK MAKAN AKAN MELEMAHKAN AKAL DAN TERHALANG DARIPADA MENJADI CERDIK.
Benar
sekali apa yang disebut oleh Imam Ad Daraqutni; “Bila engkau ingin
sesuatu dari keperluan dunia dan akhirat, maka janganlah engkau makan
dahulu sehingga perkara yang engkau ingin itu tercapai atau berhasil.
Kerana makan itu akan merubahkan fikiran menjadi lemah.Bukti itu telah
dialami oleh banyak orang yang mempraktikkannya”.
4. BANYAK MAKAN MENYEBABKAN KURANG IBADAH.
Banyak
makan menyebabkan badan menjadi berat, mata mengantuk, anggota badan
lesu dan lemah. Walau pun dipaksa untuk melakukan sesuatu, tetapi tidak
berdaya lagi, kecuali hanya tidur seperti bangkai terbuang.
Diceritakan
bahawa Nabi Yahya as pernah bertemu dengan iblis sedang membawa sesuatu
serupa joran (alat memancing). Nabi Yahya bertanya; “Untuk apa engkau
bawa alat ini”. Jawab iblis; “Inilah syahwat untuk aku pancing anak-anak
Adam”. Tanya Nabi Yahya lagi; “Adakah aku juga hendak engkau pancing?”.
Jawb iblis; “Tidak ada peluang. Tetapi pernah pada suatu malam, engkau
makan agak banyak. Maka aku dapat memancing kamu sehingga engkau terasa
berat untuk mengerjakan solat”. Kata Nabi Yahya; “Kalau macam itu, mulai
hari ini aku tidak lagi mahu makan kenyang sepanjang hidup aku”. Kata
iblis dengan penuh kesal; “Betapa menyesalnya aku kerana membuka rahsia
ini. Mulai hari ini kami golongan iblis tidak akan menceritakan lagi
rahsia ini kepada sesiapa pun”. Ada pun kisah Nabi Yahya terlebih makan
itu cuma berlaku sekali sahaja dalam hidupnya.
Cubalah
bayangkan, bagi orang yang sentiasa kenyang pada setiap malam. Tentu
sekali bukan sahaja malas, bahkan terasa rugi untuk bangun beribadah
malam. Bila terjaga pada waktu malam sayang sekali untuk tinggalkan kain
selimut dan tilam empuk untuk bangun beribadah kepada Allah.
Berkata
Syied Sofwan Rahimullah; “Ibadah itu umpama perusahaan (perniagaan)
yang menguntungkan. Warungnya adalah berkhalwat dan barang perniagaannya
ialah berlapar”. Ertinya jika kita tidak berlapar, maka kita ibarat
peniaga yang membuka warung yang kosong.
5. BANYAK MAKAN AKAN MENGHILANGKAN KEMANISAN DALAM BERIBADAH.
Seperti
seorang seniman yang sedang asyik menumpukan kepada kanvas lukisannya,
ia pasti lupa alam sekelilingnya. Setelah selesai dihasilkan lukisannya,
ia akan terasa suatu kepuasan. Demikian juga dengan badah yang
dilakukan dengan tekun dan khusyuk, akan terasa sedap dan nikmat.
Selesai ibadah akan terasa suatu kepuasan.
Saidina Abu
Bakar berkata; “Sejak aku menganut Islam, belum pernah perut aku kenyang
dengan makanan. Kerana aku ingin mendapat kemanisan dan kepuasan dalam
beribadah. Juga belum pernah aku kenyang dengan minuman, kerana aku
sangat rindukan Allah”.Saidina Abu Bakar ialah salah seorang sahabat
Nabi SAW yang mendapat maqam (tingkatan) mukasyafah. Ini seperti mana
diakui oleh Nabi SAW sendiri, maksudnya; “Tiada yang melebihi kamu
Saidina Abu Bakar dalam rasa mekanisan beribadah puasa dan solat.
Sesungguhnya ia ialah kerana sesuatu yang tersimpan di dalam dadanya
(takwa)”.
Inilah tanda dan sifat orang yang telah mendapat
maqam mukasyafah kerana mengurangkan makan dan minum.Kata Addoroni,
saat aku merasa amat manis sekali dalam ibadah ialah semasa perutku
rapat dengan belakangku (terlalu amat lapar).
6. BANYAK MAKAN SEMBARANGAN MAKANAN AKAN MUDAH TERJERUMUS KEPADA SYUBHAT ATAU MUDAH MENDEKATI PERKARA HARAM.
Menurut
Imam al-Ghazali, barang halal itu datang kepada kamu hanya sekadar
untuk menjadi bekalan sahaja. Seperti mana disebut oleh Nabi SAW,
maksudnya; “Sesungguhnya yang halal itu tiada datang kepada kamu,
melainkan sekadar untuk menjadi bekal dan sekejab sahaja. Tetapi yang
haram itu datang kepada kamu bertimbun-timbun”.
Banyak
makan makanan syubhat menimbulkan was-was dalam hati. Sukar menghafal
ilmu dan mudah lupa. Oleh sebab itu dalam hadis riwayat Bukhari bahawa
Rasulullah SAW mensifatkan, di antara halal dengan haram ada di
tengahnya perkara syubhat. Walau pun perkara syubhat belum haram, tetapi
ia lebih mendekati ke arah haram dan termasuk perkara larangan, bagai
taman larangan kawasan istana. Kerana, siapa yang suka meniti di atas
syubhat, lambat laun ia akan terjerumus kepada haram. Bagi orang wara’
perkara syubhat dijauhinya bagai menjauhi perkara haram.
7. BANYAK MAKAN MENYEBABKAN TIMBUL PELBAGAI PERKARA BURUK
.Di antara perkara buruk atau kesan sampingan berpunca daripada banyak makan ialah;
a).
Hati dan badan menjadi penat kerana sebuk berusaha mencari perbelanjaan
untuk tujuan menyediakan makanan yang lazat-lazat dan mahal-mahal
perencah dan resepinya.
b). Badan akan menjadi penat dan
letih dalam mencari pelbagai resepi, menyiapkan pelbagai jenis masakan,
mencuci alat-alat yang telah diguna untuk makan dan sebagainya.
c).
Menghabiskan masa, fikiran, dan pertimbangan untuk mengimbangkan resepi
agar terasa lazat. Kerana bimbangkan risiko kekurangan salah satu
bahan, nanti kurang sedap.
d). Selepas makan, kesibukan
itu bersambung lagi, seperti kena mencuci gigi, menyiapkan peralatan
selepas makan seperti kertas tisu, menghidang makan ringan sebagai
pencuci mulut dan lain-lain.
e). Jika perut allergic
terpaksa pula pergi ke jamban. Menghadapi risiko kesan sampingan seperti
terkena penyakit darah tinggi, lemah jantung atau kencing manis dan
lain-lain, maka terpaksa pula jumpa doktor dan sediakan ubat sepanjang
masa.
f). Selalu rugi di bidang agama seperti;
i).
Banyak makan menjadikan seseorang malas beribadah atau melambat-lambat
sembahyang, kerana terasa penat akibat perut terlalu kenyang. Jika
ibadah pun telah mengurangkan perkara-perkara sunat.
ii).
Orang yang banyak makan akan sentiasa hendak membuang air kecil atau air
besar atau sentiasa kentut. Oleh sebab itu wudhuknya tidak dapat kekal.
Ertinya, ia tidak mampu kekal dalam keadaan suci, iaitu sentiasa berada
dalam wudhuk. Sedangkan orang yang sentiasa berwudhuk, menurut hadis,
ia sentiasa diampuni dosa oleh Allah sepanjang ia berwudhuk.
iii).
Banyak makan menyebabkan kurang tahan beriktikaf atau tidak dapat
berlama-lama dalam mesjid, kerana keluar untuk keperluan cari makan atau
kerana terbatal wudhuk (sentiasa kentut) atau kerana hendak buang air
kecil atau air besar.
iV). Orang yang banyak makan ia tidak tahan berpuasa, kerana tidak tahan berlapar.
Demikian beberapa kelemahan keburukan orang yang banyak makan dan ia merupakan satu kerugian.Sesungguhnya puasa, iktikaf, dawamut toharah (sentiasa
berkeadaan suci - sentiasa berwudhu', termasuk juga menjaga kebersihan
pakaian pada diri) dan lain-lain itu merupakan perkara yang menjadi
ibadah dan mendapat pahala. Sedangkan banyak makan, menyebabkan peluang
untuk berada dalam keadaan ibadah dan mendapat pahala menjadi terganggu
oleh kesan sampingan akibat makan banyak seperti perasaan malas,
mengantuk, terkentut, buang air kecil dan besar (menyebabkan tidak tahan
berada dalam keadaan sentiasa wudhu') dan lain-lain.
Kerana itu
Nabi SAW mengingatkan, maksudnya; “Punca segala penyakit ialah rakus
atau lahap dalam makan dan punca segala ubat ialah berpantang”.
Malik
bin Dinar pernah berkata; “Wahai saudara ahli Basrah, disebabkan makan
terlalu banyak, maka kita terpaksa kerap pergi ke tandas, tempat yang
hina. Ertinya kita dimalukan oleh Tuhan. Oleh sebab itu, maka aku amat
inginkan sekiranya diberi rezki oleh Tuhan, cuma cukup untuk menjilat
lidah sahaja pada batu krikil”.Oleh itu orang yang Cuma menghabiskan
masa untuk fakir makan dan minum sahaja, maka semua urusan yang
dilakukan (untuk mencari makanan) hanya semata-mata untuk keduniaan dan
tidak ada apa-apa bahagian untuk di akhirat. Kerana apa yang diusahakan
semata-mata untuk menghasilkan najis dan mengakibatkan pula badan lesu,
menanggung penyakit dan masa (umur) tebuang percuma sahaja.
8. BANYAK MAKAN MENYEBABKAN AMAT SAKIT KETIKA SAKARATUL MAUT DAN URUSAN PERHITUNGAN DI AKHIRAT MENJADI RUMIT.
Dalam
hal ini Nabi SAW ada mengingatkan; “Berat atau ringannya sakit
sakaratulmaut itu bergantung kepada sedikit atau banyaknya kenikmatan
dunia yang kita ambil. Jika banyak kenikmatan dan kesenangan dunia yang
kita ambil dan nikmat, maka beratlah kita hadapi sakit sakaratul maut,
kerana sedih dan sayang untuk meninggalkan dunia yang telah
mendarah-daging bagi kita”.
9. BANYAK MAKAN MENYEBABKAN KURANGNYA GANJARAN DI AKHIRAT, KERANA NIKMATNYA TELAH DITERIMA DI DUNIA.
Firman
Allah, maksudnya; “Dan ingatlah hari ketika orang-orang kafir
dimasukkan ke dalam neraka, kepada mereka dikatakan; ‘Kamu telah
menghabiskan rezki dan kesenanganmu yang baik di dunia dan kamu telah
pun bersenang-senang dengannya, maka pada hari ini dibalas pula dengan
azab yang menghinakan. Kerana kamu dahulu di dunia sombong dan fasiq
tanpa hak” –(Surah Al Ahqaaf ayat 20).Jika kita hanya mengambil dan
menggunakan nikmat dunia semata-mata untuk merasakan kesenangan di
dunia, maka akibatnya nikmat di akhirat akan dikurangkan oleh Allah.
Diriwayatkan
bahwa suatu masa Khalid Ibnu Walid menghidangkan makanan yang enak-enak
kepada Saidina Umar. Lalu Saidina Umar berkata; “Makan yang enak ini
kita akan makan sekarang, tetapi bagaimana dengan nasib orang –orang
fakir di kalangan sahabat Muhajirin yang meninggal dunia, kerana belum
pernah kenyang makan roti yang dibuat daripada sya’ir (iaitu gandum yang
amat murah harganya)”. Khalid menjawab; “Ya, Amirul Mukminin, bagi
mereka sudah ada syuga. Sekarang mereka sudah mendapat ganjarannya”.
Kata Saidina Umar lagi; “Kalau begitu, mereka sudah dapat syurga,
sedangkan kita baru dapat makanan yang enak ini. Amat celakalah kita,
kerana di antara kita dengan mereka berbezaan amat jauh sekali”.
Saidina
Umar amat faham tentang peringatan Rasulullah SAW, bahawa jika
seseorang itu telah mendapat nikmat dunia dan bermewah-mewah dengannya,
nanti di akhirat ganjarannya akan berkurangan.
Diriwayatkan
bahawa suatu hari Saidina Umar merasa dahaga. Lalu ia meminta air
daripada seorang sahabat yang ada berdekatan dengannya. Sahabat itu pun
menghulurkan kepadanya air yang di dalamnya bercampur beberapa butir
buah kurma sehingga air itu terasa manis. Sebaik-baik sahaja Saidina
Umar menghirup seteguk air itu, lalu ia bagaikan tersentak dan bersuara;
“Aduh...”. Tapi sahabat itu menyangka Saidina Umar tersentak kerana air
itu kurang manis. Dia pun berkata; “Ya, Amirul
Mukminin….seboleh-bolehnya aku inginkan agar air itu cukup terasa manis,
tetapi jika ia kurang manis, aku minta maaf…”. Balas Saidina Umar; “Aku
tersentak itu bukan kerana tawar, tetapi kerana terlalu manis”. Selepas
itu dengan nada terharu Saidina Umar menyambung lagi; “Kalaulah tidak
kerana ada Hari Akhirat, maka aku akan bersama-sama kamu
bersenang-senang menikmati kehidupan di dunia ini”.
10. MAKAN MERUMITKAN SOAL JAWAB DI AKHIRAT.
Bahaya
makan terakhir ialah mengakibatkan seseorang itu akan menghadapi saat
rumit ketika berhadapan dengan soal jawab di akhirat.Walau pun memakan
rezeki yang halal, tapi jika di akhirat kita disoal siasat oleh Allah di akhirat tentang daripada mana kita perolehi yang halal itu dan
ia diperhitungankan satu persatu. Jika kita memakan makanan yang
syubhat, kita akan disalahkan, kerana hanya ingin bersenang-senang.
Sedangkan hal ehwal keadaan jiran, orang miskin dan lain-lain orang yang
susah, tanpa dibantu, itu akan ditanya kelak oleh Allah kepada kita.
Sesiapa
yang tidak membantu orang yang memerlukan bantuan, sedangkan ia mampu,
maka ia dianggap tidak tergolong sebagai umat Islam.
Sebuah
hadis bahawa Nabi SAW bersabda amat tegas sekali, maksudnya; “Siapa
yang tidak memikirkan urusan sesama Muslim, ia dianggap bukan golongan
mereka (bukan golongan Muslim)” -(Riwayat Al Hakim dari Ibnu Mas’ud).
Oleh
itu, dalam hidup ini, kita selaku umat Islam telah tersedia memikul
amanah, sama ada amanah masyarakat atau amanah diri dan keluarga. Jadi,
tidak pantaslah setiap hari kita cuma memikirkan tentang makan dan
mengisi perut sahaja. Kerana kita mempunyai tanggungjawab yang lebih
besar terhadap keluarga dan masyarakat.
Memang dalam hidup
ini, lebih-lebih lagi untuk mengisi tugas dan tanggungjawab terhadap
Allah dan juga masyarakat, kita perlukan badan sihat. Badan yang sihat,
terbina daripada makanan minum yang baik dan berzat. Memang makanan itu
perlu, tetapi janganlah sampai makan terlalu berlebihan sehingga
melupakan tanggungjawab lain yang lebih utama.
KREDIT
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"
-
Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-
Nor Azimah binti Deraman
SID: 1069185
Call/whatsapp/sms : 012-3925240
Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare
emel: mia_idora2000@yahoo.com
COD AREA KOTA MARUDU, PITAS