Saturday, October 25, 2014

Tips Mengesan Kecacatan Pada Rumah Baru

Assalaamualaikum dan salam sejahtera..
 
Selamat berhujung minggu semua. Hujung minggu ni biasanya ibu2 yang bekerja ambil peluang membersihkan dan mengemas rumah. Haaa...sebut pasal rumah ni..saya terfikir plak tentang apa yang perlu dilakukan kita lakukan apabila kita dah dapat kunci rumah daripada pihak pemaju. Yerlaa mesti excited nak deko rumah baru kan. Sebelum nak hias sana sini tu..kita hendaklah periksa dahulu samada ada tak sebarang kecacatan pada rumah yang baru kita terima kunci tu.
 


Kebiasaannya pihak pemaju akan memberi satu tenpoh untuk kita membuat inspection pada rumah dan kita boleh complaint apa sahaja kerosakan atau kekurangan yang ada baik di dalam atau di luar rumah. Semua ini adalah hak-hak kita sebagai pembeli maka periksalah sebaik-baiknya keadaan di dalam rumah tu yer. kalau mengikut peguam yang mengurus pembelian rumah saya, tempohnya lebih kurang 6 bulan dari tarikh penerimaan kunci rumah. So, dalam tempoh itu, kita boleh periksa mana-mana kerosakan atau kekurangan rumah tersebut. Maklumat ini yang berguna ini saya dapat dari Queen Of Butterfly .Diharap, ianya berguna  kepada bakal-bakal pembeli rumah atau yang dah hampir nak berpindah ke rumah baru.

PERALATAN yang diperlukan semasa check defect pada rumah.

  • Masking tape - Tape yang kaler putih/cream tu. Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda.
  • Marker Pen - Warna merah pun ok. Senang nampak tulis nombor dan problem atas masking tape.
  • Kertas A4 - Tulis kan senarai kecacatan atau defect itu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari.

Apa perkara penting yang perlu kita periksa?


A) Air.
1. Pastikan meter air ada dan berfungsi. Semua kepala paip, shower tu dan benda-benda yang sewaktu dengannya ada.
2. Tutup semua kepala paip, pastikan sambungan betul dan tiada yang tercabut/longgar.
3. Buka pili air pada meter dan biarkan air masuk ke dalam tangki sampai penuh. Kalau rajin boleh pergi panjat tengok tangki dulu.
4. Bila air dah penuh dalam tangki pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti, kalau tidak kemungkinan paip bocor sebelum sampai ke tangki.
5. Check air kat semua bilik air. Test satu persatu.
6. Drain pipe untuk aircond. Kena test masukkan air, takut tersumbat atau mungkin di tipu (paip tak sambung setakat gimmick je).
7. Mangkuk tandas kena test juga. Kalau air tak lancar, kemungkinan terdapat lebihan simen yang dibuang kedalamnya oleh kontraktor terbabit.


B) Elektrik
1. On kan main suis... kemudian on kan suis fius tu satu persatu...
2. Test Soket 3-pin tu satu persatu... guna tester atau lampu tidur kecik tu pun bleh... so kita bleh tau mana satu yang problem..
3. Test semua suis kat rumah tu, pastikan tiada yang ketat atau tak leh nak tekan...
4. Ketuk kat tepi semua soket/suis.. pastikan dah simen tepi tu.. takut ada ruang kosong, next time mudah pecah..


C) Jubin (Tiles)
1. Check satu persatu tile dalam rumah tu... kena ketuk, kalau bunyi kosong... pecahkan saja, minta pemaju tukar...
2. Kalau ader yang pecah sikit atau retak... minta tukar juga...
3. Kena check kat semua tempat, kat bawah sink/wash basin dan tempat tersorok...


D) Pintu dan Kunci
1. Tukar semua kunci depan dan belakang...sebab keselamatan, maybe dah diduplicate..
2. Tukar pintu belakang, pintu plywood tu tak leh caya... guna kunci yang ok skit.. double lock & dead lock..
3. Kalau tak tukar main gate, make sure gate tu tak boleh diangkat/cabut pada ensel tu...
4. Pintu kat pagar belakang tu kena kunci, pasang padlock yang weatherproof... jgn simpan tangga kat belakang rumah...
5. Sliding door... pasang penyendal keselamatan besi/kayu panjang...letak pada rel sliding tu supaya tak leh tolak drp luar...
6. Gunakan padlock yang berkualiti, bukan pasar malam punya... nanti rosak haru pulak tak boleh buka..
7. Padlock yang baik seperti ABUS & ABLOY mahal sgt.. guna kan YALE, SOLEX atau setara pun ok..


E) Grill besi atau Geriji
1. Design ikut budget.. tapi mesti yang agak kukuh, sebab ada design yang guna besi halus jer, mudah dipotong nanti..
2. Kunci mesti double lock.. boleh tambah selak atau kunci daripada dalam...
3. Telinga ker apa.. untuk pasang padlock tu mesti kukuh kat joint dia.. kat situ yang paling tak secure, guna tukul jer dah tercabut...
4. Mounting ke dinding, terutama tingkap mesti kuat.. skru mesti cukup kuat, kalau boleh guna besi yang ditanam dan weld ke tingkap..
5. Kalau guna grill yang boleh dibuka/safety tu.. pastikan tak boleh dibuka drpd luar... nanti mudah perompak pecah cermin dan buka..


F) Bumbung, atap atau ceiling (roof)
1. Kalau boleh naik ler atas tu, try tengok apa yang ada... mana ler tau ada benda asing atau defect kat situ...
2. Time hujan lebat, atau hujan.. tunggu dalam rumah atau check kat siling.. selalu time hujan lebat jer bocor atap tu..
3. pastikan tiada atap concrete tu yang retak atau pecah atau sumbing.. minta pemaju replace segera...
4. Kalau boleh masuk atas siling, sambil tengok tangki air.. tengok sekali joint kayu yang support bumbung tu..
5. Pastikan kayu tu elok keadaannya dan sambungan betul... bukan kayu terpakai/rosak atau yang disambung-sambung...
6. Pastikan dinding memisahkan rumah sebelah proper keadaannya, tiada lubang dan tiada retakan...


G) Tangki air
1. Kena naik atas siling, baru boleh check tangki air... yang penting tengok kekuatan support/penyokong kedudukan dia..
2. Tengok kat dalam tu, takut ada benda asing... masa install pemaju pakai letak jer.. bersihkan tangki air daripada kekotoran/batu/pasir...
3. Kalau ada plan nak install Outdoor filter, mereka akan servis bersihkan tangki air sekali.. so, minta pakar yang settelkan...
4. Paip limpah tu kena check juga, kalu pelampung rosak, air tu pegi mana...
5. Nak lagi best, pasang air kat meter... pastu check air masuk kat tangki, baru tau camner tangki tu function...

Haaaaa... inilah antara perkara-perkara penting yang you all kena periksa satu persatu dan teliti. Walau rumah tak semahal dan tak sebesar mana tapi itukan harta kita..Jadi biarlah kita berpuas hati...InsyaAllah..Lepas bolehlaa nak deko2 rumah yer..
Fully Design By izza sakura