Assalaamualaikum w.b.t...
Hari ini adalah hari terakhir bagi tahun kalendar Islam 1435Hijrah. Pada tahun ini 30 Zulhijjah 1435H jatuh pada 24 November 2014
(Jumaat) dan 1 Muharram 1436H jatuh pada 25 November 2014 (Sabtu). Bulan di mana catatan buku amalan kita ditutup dan digantikan dengan buku amalan yang baru.
Jadi sebelum buku amalan saya ditutup, saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon kemaafan kepada semua orang termasuklah yang membaca entri saya ini. Jadi untuk peringatan bersama marilah kita sama-sama membaca kedua-dua doa akhir tahun (1435H) dan doa awal tahun (1436H) ini supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT, insya Allah….
Jadi sebelum buku amalan saya ditutup, saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon kemaafan kepada semua orang termasuklah yang membaca entri saya ini. Jadi untuk peringatan bersama marilah kita sama-sama membaca kedua-dua doa akhir tahun (1435H) dan doa awal tahun (1436H) ini supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT, insya Allah….
Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa
ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya
syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu
kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan
kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan
dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku
melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak
redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam
keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau
mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa
itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau
redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian
itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha
Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau
menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku
kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu
kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan
mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1436 (Hari Jumaat malam Sabtu).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali
selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram,
Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah
dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu
kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan
kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi,
yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu
yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan
kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari
syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga
pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan
usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha
Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih
dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami
Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan
sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
14 perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram): |
- Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
- Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
- Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
- Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
- Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
- Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
- Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
- Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
- Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
- Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
- Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
- Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
- Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
- Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Kisah Hijrah Rasulullah s.a.w :
RASULULLAH s.a.w berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira'. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad s.a.w, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.
Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada
sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima
perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda
segera akur.
Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan
kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum
kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.
Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah s.a.w mengarahkan pengikutnya
supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu
dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan
harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.
Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di
Makkah, Rasulullah s.a.w diberitahu kaum kafirun Makkah merancang
membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah
daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk
memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan
Madinah pada waktu malam.
Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq
(ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.
Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib
(ra). Baginda memberitahunya: “Saya akan berhijrah tetapi anda perlu
mengambil tempat saya di rumah.” Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti
permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.
Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW).
Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur
di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak
dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila
fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya
Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.
Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu.
Rasulullah (SAW) dan Abu Bakar (as) keluar dari Makkah pada malam itu
juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu
tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr,
Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan
Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga
hari mereka berada dalam gua itu.
Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah
(SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan
Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi
oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT
membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan
Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke
Makkah.
Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as)
meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka,
Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai
untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka
meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka
tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada
Allah SWT.
Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan
Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat
menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya
gagal.
Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan
sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka
dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya
akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.
Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk
Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita
mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang
baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW).
Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di
tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.
Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya
diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk
menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di
Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat
kelibat lelaki mereka sanjungi itu.
Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara
Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat
Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala
perintah Allah SWT.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah
adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa
bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.