![]() |
Penyakit Kayap |
- Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun berkurangan dan
- Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab seperti jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid).
Sepanjang hayat seseorang, lebih kurang 10% hingga 30% akan menghidapi penyakit ini.
Penyebab penyakit kayap adalah pengaktifan virus varicella zoster.
Virus ini mula menghuni badan seseorang pesakit apabila dia menghidapi
penyakit cacar air (chickenpox). Selepas cacar air sembuh, virus ini berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion). Apabila sistem imun menjadi lemah, ia menjadi aktif semula. Ia menyerang urat saraf dan manyebakan keradangan saraf tersebut.
Gejala dan Tanda
Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal).
Tanda terawal penyakit ini adalah rasa sakit, kebas dan panas di
bahagian urat saraf yang terlibat, demam, keletihan dan sakit kepala.
Simptom tersebut dialami sebelum tanda-tanda kulit timbul. Ia lazimnya
dialami oleh 80% pesakit. Ia akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari.
Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tanda pertama adalah
tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan. Selepas 1 hingga 2 hari,
timbul gelembong-gelembong air yang kecil. Air di dalam
gelembong-gelembong tersebut berwarna kekuningan. Dua hari kemudian, air
tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelembong-gelembong
tersebut akan kering. Kulit kering (crusts) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.
Selalunya doktor akan dapat mengenali penyakit kayap sekiranya pesakit
datang dengan tanda-tanda yang lazim bagi penyakit ini termasuk
gelembong-gelembong air pada urat saraf di satu bahagian badan. Namun
demikian, jikalau pesakit datang dengan tanda terawal tanpa tanda-tanda
pada kulit, doktor mungkin mengalami kesulitan untuk membuat diagnosa
penyakit ini.
Komplikasi
Komplikasi awal semasa adanya tanda-tanda kulit termasuk jangkitan
kuman bakteria pada gelembong-gelembong air pada kulit dan pendarahan di
dalam gelembong-gelembong tersebut. Kadang-kadang gelembong-gelembong
tersebut mungkin merebak ke kawasan yang lain. Ini selalunya berlaku
pada pesakit-pesakit yang mengalami kelemahan sistem imun.
Pesakit-pesakit tersebut juga mungkin mengalami tanda-tanda kulit untuk
jangka masa berpanjangan.
Jika kayap melibatkan bahagian muka, ia mungkin menyebabkan komplikasi kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf facial menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy). Kadang-kadang, kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) and usus (enterocolitis).
Setelah tanda-tanda kulit sembuh, bahagian kulit tersebut mungkin akan
menjadi parut. Komplikasi kronik yang lain lazimnya adalah post herpetic neuralgia
(kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa
yang panjang). Komplikasi tersebut selalunya dialami oleh
pesakit-pesakit yang lebih tua (lebih daripada 65 tahun). Kesakitan
berterusan ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Komplikasi kronik
yang lain termasuk komplikasi mata (keradangan mata dan menjadi buta)
dan komplikasi urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang).
Beberapa kaedah meredakan kesakitan penyakit ini termasuklah:
- Menyapu ubat seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembong-gelembong air
- Menggunakan ubat penahan sakit seperti non steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) seperti diclofenac dan
- Menggunakan ubat neuroaktif seperti amitryptiline.
Penggunaan ubat antiviral dalam masa beberapa jam selepas
gelembong-gelembong air timbul pada kulit dapat membantu mengelakkan
komplikasi, mengurangkan tempoh masa jangkitan dan menghadkan jangkitan
dari merebak. Ubat-ubat antiviral termasuk acyclovir, valacyclovir dan
famciclovir. Ubat-ubatan tersebut lazimnya diberikan untuk tempoh
seminggu. Kadang-kadang, pesakit-pesakit yang mengalami penyakit kayap
yang teruk berserta dengan sistem imun yang lemah akan memerlukan
rawatan di wad dengan ubat antiviral intravena.
Pesakit dengan penyakit kayap pada bahagian muka yang berdekatan dengan
mata perlulah mendapat rawatan segera daripada pakar mata. Pakar mata
akan memeriksa dan merawat mata pesakit tersebut untuk mengelakkan
komplikasi terutamanya menjadi buta.
Vaksin bagi menghalang penyakit herpes zoster boleh diambil individu
yang berumur 60 tahun ke atas dan tiada kontraindikasi kepada vaksin
tersebut.
Antara petua untuk merawat kayap adalah seperti berikut:-
Petua 1.
Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta
campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena
kayap. Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam
masa beberapa hari.
Petua 2.
Menggunakan daun pokok duit2 yang ditumbuk hancur kemudian ambil daunnya
serta air perahannya ditekap pada tempat yang kena kayap dan dibengkung
semalaman.
Petua 3.
Ubat makan dan ubat sapu, cucuk pun ada. penyakit ni sesiapa pun boleh
dapat termasuk doktor juga. Doktor saya kata stress pun boleh menjadi
penyebab. Saya memula terkena tak tahu pun itu kayap dan memangla masa
tu tengah stress sesangat, jumpa doktor barulah tahu. Alhamdulillah
seminggu dah kering.
Petua 4. (Untuk kayap setompok).
Menggunakan daun delima ditumbuk lumat + bedak sejuk (tanpa pewangi)
tampal kat tempat kayap itu. 3 Hari je dah kering, alhamdulillah. Tapi
makan kena jaga-jaga sakit takut nanti rasa berbisa dan gatal. Yang
penting skali bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia
tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia
akan terluka dan kembali merebak.
Petua 5.
Pucuk daun bunga melur , Pucuk daun buah delima , Daun setawar dan Pucuk
daun mambu. Semua daun di atas di tumbuk atau di belender dan di
campurkan dengan bedak sejuk dan di bancuh pekat. Di sapu atau tampal
pada kayap tersebut.(tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap hari sehingga
baik. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makan
gatal, goreng-goreng tak boleh makan, hanya rebus, stim atau bakar.
Petua 6.
Guna jenis ubi, lupa plak nama ubi tu seakan2 keledek di gosok kat
simen/lesung batu, ambil pati dia dan sapu di tempat kayap tersebut,
alhamdulillah kering 2,3 hari lepas tu..cuba rujuk orang2 tua tentang
ubi.
Petua 7
Guna akar rumput kerbau, basuh dan celup dalam bedak sejuk sapu pada tempat yang kena tu.
Petua 8.
Menggunakan garam bukit (rock salt). cara merawat dengan ambil sedikit
garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh
larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. amal 2 kali sehari sebelah
pagi dan malam.Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam
segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum
(sunnah rasul).. ini adalah rawatan secara dalaman & luaran,
insaAllah penyakit kayap sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk
jerawat, gatal serta penyaki-payakit kulit yang lain.
Petua ke 9.
1. Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah.
2. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi tu.
3. Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap.
Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik.
Anda juga dilarang makna makanan seperti berikut :
- Jangan makan makanan berminyak.
- Buah tempatan tak boleh makan.
- Tak boleh dengar orang goreng lauk, dan tak boleh goreng sebarang benda pun.
- Tak boleh kena sabun.
- Tak boleh makan buah@sayur yang menjalar/berjalur (contohnya tembikai,timun,labu)
- Tak boleh makan makann yang gatal contohnya (seafood,ayam,telur)
Anda juga boleh merawat kayap menngunakan GARLIC SHAKLEE..
Garlic pula adalah
anti-virus semulajadi, anti-bakteria dan meningkatkan sistem pertahanan
badan daripada dijangkiti bakteria. Maka, pengambilan Garlic adalah
sangat membantu dalam merawat penyakit kayap ini. 2biji Garlic Shaklee
bersamaan dengan 2 ulas bawang putih segar
sumber
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE?
HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN
LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN
DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"
- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
-
Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-
Nor Azimah binti Deraman
SID: 1069185
012-3925240
https://www.facebook.com/znzHealthcare
mia_idora2000@yahoo.com
COD AREA KOTA MARUDU, PITAS
Baca maklumat bawah tu mendaftar shaklee plak he he sempat lg..
ReplyDeletepetua / nasihat ini sangat berguna untuk kita ketahui... dan amalkan...
ReplyDelete