Anda mungkin seorang yang suka melakukan aktiviti yang sihat seperti bersenam. Namun begitu, adakah cara anda bersenam itu betul? Tahukah anda, bersenam secara berlebih lebihan boleh menjurus kepada kecederaan. Jika anda bersenam secara berat pada hari ini, seelok-eloknya selang seli kan dengan senaman yang lebih ringan pada keesokan harinya.
Antara kesalahan yang sering dilakukan ketika bersenam ialah:-
Bersenam dengan perut kosong
- Apabila anda bersenam
dengan perut kosong, ianya agak mustahil untuk tubuh anda membakar lemak
dengan baik. Ini adalah kerana karbohidrat diperlukan ketika proses
pembakaran lemak. Sekiranya ia tidak didapati, otot anda akan bekerja
sendiri ketika proses tersebut, dan akan menyebabkan kerosakan pada otot dan bukan untuk membinanya.
Tidak melakukan pemanasan badan
- Ramai yang tidak
memberi sepenuh perhatian terhadap perkara ini. Sedangkan pemanasan
badan adalah perkara yang amat penting untuk mengelakkan kecederaan
terhadap otot-otot anda. Peruntukkan sekurang-kurangnya 5 minit untuk
memanaskan badan sebelum anda melakukan apa-apa senaman.
Tidak dilakukan secara konsisten
- Untuk mendapatkan
sesuatu hasil daripada senaman yang dilakukan, ia perlu dilakukan dengan
konsisten. Ramai yang menganggap senaman boleh dilakukan apabila
dirasakan perlu sahaja, sedangkan ia memerlukan penjadualan yang khas
untuk anda melakukannya.
Tidak menjaga pemakanan
- Ada juga pendapat yang
menyatakan bahawa apabila anda sudah melakukan senaman, anda bebas untuk
memakan apa sahaja. Ia sememangnya tidak benar. Penjagaan pemakanan
adalah penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh anda.
Tidak dilakukan secara berperingkat
- Senaman adalah
merupakan suatu proses. Anda tidak boleh secara tiba-tiba mengerah otot
anda daripada melakukan suatu yang diluar kemampuan. Lakukannya secara
berperingkat dan cuba untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa.
Jadi, renung balik..adakah selama ini kita mengamalkan cara senaman yang betul.