Friday, December 19, 2014

6 Kaedah Efektif Mengajar Anak Membaca

Mengetahui ada antara anak rakan anda yang boleh membaca seawal usia dua tahun pasti membuatkan anda  tertanya-tanya bagaimana ia boleh dilakukan.
Melihat sendiri kebolehan kanak-kanak itu membaca seolah-olah memberikan satu motivasi kepada anda sebagai ibu bapa untuk menjadikan anak anda juga pandai membaca pada awal usia.Saya ingin berkongsi dengan anda 6 kaedah efektif mengajar anak anda membaca dengan cepat yang dipetik dari Women Online magazine.


Kaedahnya adalah seperti berikut:


1. Mulakan dengan abjad kecil
Kalau anda mahu mengajar anak anda, mulakan dengan abjad kecil dalam pembacaan dan cara penulisan kerana ia lebih mudah. Sebagai contoh ajar ‘a’ dulu sebelum ‘A’. Anak anda perlu menguasai peringkat bentuk mudah sebelum bentuk yang lebih susah. Bila bentuk yang sama asyik diulang,maka ia akan menajamkan dan mengekalkan daya ingatan anak anda.

2. Mulakan dengan hurul vokal dahulu
Huruf vokal mempunyai bunyi yang lebih menarik dan boleh dibuat secara kreatif. Terdapat banyak cara sebenarnya namun cara yang paling popular adalah menyanyikan huruf vokal tu. Anda sebagai ibunya haruslah ‘sporting’ dengan cara menyanyi bersama-sama anak anda. Secara tidak langsung anak anda akan berasa seronok dan mudah untuk mengikuti.

3. Gunakan huruf berwarna
Huruf berwarna akan merangsang pemikiran mereka supaya lebih tajam dan mudah mengingati sesuatu. Bezakan setiap huruf yang diajar dengan warna yang berlainan. Contohnya ‘a’ warna merah, ‘e’ warna biru dan ‘o’ warna kuning. Teknik ini amat berkesan kerana anak merasa seronok untuk melihat perkara yang berwarna-warni. Bahan grafik yang berwarna dapat membantu menarik minat anak kecil.
4. Ulang bacaan
Banyakkan ulangan bila mula mengajar anak membaca, kerana anak kecil sukar untuk mengingati sesuatu yang baru dengan cepat, malah mereka juga cepat lupa. Jadi ulangan amat penting untuk memberi kesan yang lebih baik kepada ingatan kanak-kanak. Anda sebagai ibu bapa haruslah jangan mudah berputus asa dan jemu untuk mengajar anak anda.

5.Gunakan kaedah nyanyian
Anda bolehlah memuat turun lagu-lagu di dalam Internet yang berkaitan dengan ejaan dan bacaan kemudiannya menyanyi bersama anak anda. Ini kerana daya tarikan dalam nyanyian akan menarik minat anak kecil. Malahan ramai budak yang tidak kenal huruf lagi boleh menyanyi lagu yang mereka minat melalui kaedah hafalan. Jadikan senjata ini untuk anda menarik minat mereka.

6. Tampal abjad ABC di dinding bilik tidur
Terdapat banyak produk yang dijual di kedai buku yang mengandungi senarai A-B-C beserta gambar yang boleh anda beli kemudiannya tampal di bilik tidur anak anda. Setiap hari,anak anda akan nampak dan secara tidak sedar mereka akan hafal abjad tersebut. Anda juga boleh menggunakan kaedah yang sama dengan menampalkan tulisan Jawi.


SINDROM  LAMBAT MEMBACA

Biasanya kanak-kanak yang berumur tujuh tahun ke atas sudah tahu mengenal huruf, mengeja, membaca dan menulis. Bagaimana pula bagi mereka yang masih tidak mampu melakukan semua itu?
Sesetengah ibu bapa mungkin menganggap anak mereka yang mengalami masalah berkenaan lembap dan malas tanpa berusaha mengenal pasti punca masalah itu berlaku.

Jika anak anda berumur lima tahun ke atas yang tetapi masih tidak mampu mengeja dan menulis,mungkin ia disebabkan oleh sejenis sindrom yang dipanggil disleksia. Sindrom lambat membaca ini bukan satu penyakit berbahaya, tetapi kesannya boleh menyebabkan kanak-kanak ketinggalan dalam pembelajaran.

 

Apa itu Disleksia?

Disleksia disebabkan oleh kerosakan pada kebolehan otak untuk menterjemahkan imej tulisan kepada kefahaman. Ia juga dipanggil sebagai sindrom “lambat baca” di kalangan kanak-kanak.
Kanak-kanak disleksia adalah normal dari segi fizikal, pemikiran dan cara percakapan tetapi yang membezakan mereka daripada kanak-kanak lain ialah kesukaran membentuk satu kefahaman bagi sesuatu huruf serta menyebutnya.

Walaubagaimanapun,anda tidak perlu risau kerana rawatan bagi sindrom ini adalah dengan menyertai pelbagai jenis program pembelajaran bagi membentuk minat mereka untuk membaca dan menulis. Sokongan moral anda juga amat penting bagi kanak-kanak terbabit.

Kesimpulannya, peranan ibu bapa sangat penting dalam menarik minat anak untuk membaca sama ada dengan bahan bacaan atau teknik digunakan mestilah menarik dan ceria.Yang penting jangan paksa anak untuk membaca jika anak anda tidak mahu. Jadikan aktiviti membaca sesuatu yang menyeronokkan sehingga anak anda tertarik untuk membaca.Luangkan banyak masa bersama anak-anak walaupun anda sibuk dengan kerja seharian. Percayalah,pelaburan masa untuk permata hati anda sungguh berbaloi.

Thursday, December 18, 2014

Ketahui Punca Bayi Anda Terkena Penyakit Jantung

Penyakit jantung sering dikaitkan dengan orang yang sudah berumur. Namun,ramai yang tidak tahu bahawa penyakit jantung juga boleh menyerang kanak-kanak atau bayi.

Kadangkala penyakit jantung ini boleh diketahui ketika bayi dilahirkan. Bahkan ada juga yang diketahui ketika bayi tersebut berumur 2-3 minggu.Sebagai ibu bapa, anda tentunya mahukan yang terbaik untuk anak anda dan ingin melihatnya membesar seperti kanak-kanak normal yang lain dengan sihat. Kali ini saya mahu berkongsi tips dengan anda aripada satu majalah onlne tentang penyakit jantung pada bayi supaya anda dapat mengelak dan merawat sekiranya bayi anda menghadapi penyakit jantung tersebut.

Jenis-Jenis Penyakit Jantung:


Jantung berlubang tanpa kebiruan

Ventricular septal defect (VSD) – Darah melencong dari ventrikal kiri ke saluran paru-paru kerana terdapat lubang di antara dinding ventrikel kiri dan kanan. Lubang yang kecil biasanya tertutup secara sendiri.

Atrial septal defect (ASD) - Lubang di antara atrium kanan dan kiri.

Atrio-ventricular septal defect (AVSD) - Selalunya dikaitkan dengan Sindrom Down.

Sakit jantung jenis biru (cyanotic heart defects)

Transposition of great arteries (TGA) - Pembuluh darah aorta dan pulmonari arteri bertukar tempat dan keluar dari ventrikal secara salah sekaligus menyebabkan pengaliran darah secara terbalik lalu tubuh bayi akan biru kerana darah tidak mengalir ke paru-paru dan kembali ke badan semula.

Fallot tetralogy - Ia melibatkan VSD dan penyempitan injap pulmonari yang menyebabkan kekurangan pengaliran darah ke paru-paru.

Kecacatan jantung jenis sumbatan

Pulmonary stenosis (PS) – Ia berlaku apabila penyempitan di injap atau di arteri pulmonary.
Aortic stenosis (AS) - Injap aorta yang sempit yang akan memberi bebanan ke atas ventrikal kiri.

Punca Bayi Menghidap Penyakit Jantung

  • Ibu yang merokok ketika hamil.
  • Si ibu minum ubat yang tidak dibenarkan oleh doktor ketika hamil.
  • Terkena radiasi.
  • Masalah genetik atau keturunan.

Tanda-Tanda Penyakit Jantung

Kebanyakan kes melibatkan kanak-kanak dapat dikesan sejurus lahir tetapi ada yang tidak menunjukkan sebarang tanda. Antara gejalanya adalah :
  • Pernafasan dan pergerakan nadi yang laju.
  • Degupan jantung yang laju.
  • Lebam-lebam biru pada kulit.
  • Berat badan yang tidak bertambah dan selalu sakit.
  • Keletihan melampau atau bernafas kencang semasa makan atau menyusu.
  • Pembesaran terbantut.
  • Warna lidah dan kuku yang kebiruan
  • Sesak nafas ketika bermain atau menyusu
Sebagai ibu bapa,jangan mudah melatah sekiranya anak anda mengalami penyakit. Sebaliknya anda harus kuat dah bertahan kerana anak anda sangat memerlukan sokongan dan bantuan daripada anda.Jika bayi anda mempunyai potensi menghidapi penyakit jantung, segeralah menemui doktor dan dapatkan rawatan sewajarnya. Masa depan si manja anda sangat berharga.

Wednesday, December 17, 2014

6 Cara Berkesan Basmi Anai-Anai

Assalamualaikum...
Hari ini saya nak berkongsi tips tentang bagaimana nak membasmi atau nyahkan anai-anai. Haa...siapa yang suka kalau kat rumah ada anai-anai kan...Anai-anai ibarat macam musuh dalam selimut laaa...kenapa saya kata macam tu...haaa sebab anai-anai diam-diam jer menyerang rumah kita...lebih-lebih lagi rumah kayu..sedar tak sedar dah nak roboh rumah barulaa tahu dimakan anai-anai. 


Anai -anai merupakan serangga perosak yang berwarna putih. Kebiasaannya anai-anai ini akan memakan kayu yang sudah lapuk. Namun, terdapat juga kes anai-anai makan kayu yang masih elok dan baik seperti yang terdapat di tiang atau bumbung rumah yang sememangnya berasaskan kayu.

Sarang anai-anai adalah di dalam tanah dan dipanggil busut  kerana anai-anai sukakan tempat yang lembab, dingin dan terlindung.Anai-anai menimbulkan masalah besar jika ia menyerang rumah anda kerana ia boleh merosakkan perabut, syiling rumah, pakaian, dokumen dan lain-lain lagi.

Tempat kebiasaan anai-anai bersarang:

  • Kerangka pintu.
  • Kerangka tingkap.
  • Parquet atau lantai kayu.
  • Skirting kayu.
  • Siling rumah.
  • Binaan kabinet kayu.
  • Wardrobes.
  • Stor.

Cara Mengesan Kehadiran Anai-Anai

  • Laluan Anai-anai
Anda dapat mengesan laluan anai-anai pada dinding rumah yang biasanya muncul keluar dari kerangka pintu atau tingkap, dari skirting lantai atau dari perabot. Laluan ini selalunya bersaiz pensil. Terowong laluan anai-anai yang dirosakkan akan dibaiki oleh anai-anai dengan cepat dalam masa sejam sahaja atau lebih.
  • Kesan Perubahan Warna “Texture Color” Pada Bahan Kayu
Sekiranya terdapat perubahan warna kayu pada pada lantai paquet, kerangka pintu, kerangka tingkap dan sebagainya, itu menunjukkan kehadiran anai-anai di situ. Contohnya warna yang berubah dari coklat gelap kepada coklat cerah.
  • Kehadiran Kelkatu
Satu lagi tanda kehadiran anai-anai adalah apabila anda melihat banyaknya kelkatu keluar dari tempat tertentu. Kelkatu akan keluar dari kawasan sarangnya bagi membina koloni yang baru.
  • Rekahan atau Lubang
Dengan menggunakan pemutar skru, cucuk dan ketuk perlahan-lahan untuk mengesan lubang pada kayu. Bezakan bunyi yang keluar dari ketukan anda. Lihat dengan teliti jika terdapat sebarang rekahan pada tepi kerangka berkayu di rumah anda dan suluh dengan lampu suluh jika terdapat selut berpasir di dalam rekahan tersebut.
  • Bunyi Anai-anai – “Tik-Tik-Tik”
Pasang telinga anda pada bunyi tik-tik tik kerana bunyi tersebut adalah berpunca daripada aktiviti anai-anai yang sedang memecahkan struktur kayu. Kadangkala ia juga menghempaskan kepalanya pada kayu bagi memberikan isyarat bahaya pada rakan-rakan yang lain yang juga menghasilkan bunyi tik-tik-tik.

6 Cara Membasmi Anai-Anai 


1. Minyak Tanah
Caranya cukup mudah iaitu semburkan minyak tanah di kayu yang telah diserang anai-anai dan juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini.Untuk kesan yang lebih omptimum,tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah itu.

2. Tembakau
Tembakau berkesan terhadap anai-anai tetapi untuk kesan yang lebih efektif,anda boleh anda boleh mencampur tembakau tersebut dengan air lalu dibiarkan semalaman agar memperoleh larutan tembakau. Kemudian,semburkan air campuran itu pada kayu yang diserang dan juga sarang anai-anai itu.

3. Air Cucian Beras
Ramai yang tidak tahu air pertama daripada basuhan beras dapat mencegah anai-anai. Caranya mudah sahaja,siramkan air tersebut di sekeliling sarang anai-anai itu.

4. Air Kapur Sirih
Air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi anai-anai kerana sifat panas dari kapur tidak disukai anai-anai kerana ia memiliki kulit yang tipis dan lembut. Oleh itu,siramkan air kapur sirih ke kayu yang diserang dan juga sarangnya.

5. Garam Dapur
Campurkan garam dengan air dan juga tembakau. Biarkan semalam dan semburkan air di tempat yang berkemungkinan diserang anai-anai. Anda juga boleh menaburkan sahaja garam itu di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garamnya hanya dibahagian permukaan sahaja.

6. Racun
Pilihan yang terakhir yang boleh anda lakukan adalah beli sahaja racun anai-anai di pasaran. Namun, pastikan racun tersebut digunakan mengikut aturan. Pastikan anai-anai dihapuskan daripada bermaharajalela di dalam rumah anda untuk menyelamatkan harta benda dan mengelakkan daripada menanggung kerugian.  Selamat mencuba.

Tuesday, December 16, 2014

Apa Nak Buat Jika Anak Kerap Demam Malam?

Assalamualaikum...
Cuaca  sekarang nie tak menentu. Sekejap panas..sekejap hujan. Kat rumah nie habis terkena demam. Kat klinik pon penuh dengan pesakit yang demam. Perubahan cuaca adalah faktor utama demam. Kalau kita yang besar nie taklaa runsing mana kalau demam. Bimbang sangat bila time anak-anak yang demam.

Semua ibu bapa yang berhadapan dengan gelaja anak demam tentu akan berasa resah. Apatah lagi, anak kerap demam malam.
Ketika di siang hari, si kecil ini cukup aktif namun tiba-tiba demam di malam hari. Selalunya ibu bapa tidak mendapat tidur yang mencukupi kerana anak demam malam ini kebiasaannya lebih banyak meragam!

Demam sebenarnya merupakan reaksi tubuh kepada jangkitan virus atau bakteria. Bahagian dalam otak yang disebut hypothalamus berfungsi mengawal suhu badan. Hypothalamus akan bertindak meningkatkan suhu badan sebagai cara melawan jangkitan.Oleh itu,suhu badan yang meningkat akan menyebabkan organisma asing yang masuk ke badan tidak boleh bertahan sekaligus menjadikan anak anda demam.

Bagaimanapun, bukan semua demam memerlukan ubat. Jika anak anda masih aktif,makan dan minum susu, tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Dalam masa tiga ke lima hari demamnya akan kebah. Anak demam malam juga tidak mengancam nyawa kecuali darjah kepanasannya sungguh tinggi.Pada waktu itulah anak demam malam ini mungkin menjadi petanda masalah kesihatan yang lebih serius.

Berikut merupakan cara meredakan demam malam anak anda:

1. Pastikan Anak Anda Betul-Betul Demam

Suhu badan manusia berubah-rubah mengikut waktu dan keadaan badan.Oleh itu dapatkanlah termometer bagi menyukat suhu anak- anak. Termometer yang digalakkan ialah termometer digital, kerana lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, kerana ketepatannya sedikit berkurangan. Suhu badan biasanya adalah diantara 36- 37.4 darjah celcius. Ketahui tahap demam anak anda berpandukan suhu berikut:
  • Demam ringan: 37.5-38.4 darjah celcius
  • Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius
  • Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius
(Demam itu sendiri tidak merbahaya kepada otak manusia melainkan apabila suhu melebihi 41.5 darjah celcius.)

2. Lakukan Kaedah ‘Sponging’

‘Sponging’ atau menjelumkan kepala anak anda merupakan salah satu alternatif untuk menurunkan suhu anak demam malam. Cara untuk melakukan ‘sponging’ ini adalah:

Sediakan air suam dalam besen dan 3 helai tuala kecil.
* Rendamkan tuala dan perahkan airnya.
* Kemudian,lapkan air suam pada kepala anak perlahan- lahan menggunakan tuala pertama dan biarkan.
* Lapkan air suam pada pada kedua- dua ketiak anak menggunakan tuala kedua dan biarkan di celah ketiak.
* Akhir sekali,lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga serta biarkan seketika.
* Ulangi cara tersebut dan lakukan selama 30 minit.

3. Berikan Anak Anda Ubat Demam Mengikut Dos Dan Waktu Yang Ditetapkan
Ubat paracetamol atau lebih dikenali sebagai panadol merupakan ubat untuk melegakan demam, menahan sakit dan mengurangkan radang.Dakwaan bahawa paracetamol akan berkumpul di dalam hati dan merosakkan hati adalah tidak benar, jika diberi mengikut sukatan dan jangkawaktu yang ditetapkan.

Ubat ini selamat untuk bayi seawal usia 2 bulan dan boleh digunakan oleh kanak- kanak serta orang dewasa. Tetapi pastikan ubat yang diberikan tidak melebihi 4 dos sehari.Sekiranya dos pertama diberi pada jam 6 pagi, berikan dos seterusnya pada jam 12 tengahari, 6 petang dan jangan lupa berikan dos yang terakhir diantara jam 11-12 tengah malam. Jika ibubapa mematuhi waktu ini,anak demam malam boleh tidur dengan selesa dan suhu malamnya tidak terlalu tinggi.

4. Galakkan Anak Minum Air Dengan Banyak
Kebiasaannya anak demam malam akan mengalami suhu yang tinggi pada sebelah malam. Oleh itu,letakkanlah sebotol air di tepi katil anak- anak dan segelas cawan. Jika anak- anak boleh memahami, beritahu dia supaya menghabiskan segelas air dalam masa 1 jam contohnya. Mintalah dia minum sedikit- sedikit, tetapi kerap.

Jika anak masih kecil, anda sebagai ibubapa haruslah rajin memberikan anak minum sedikit- sedikit tetapi kerap. Contohnya setiap 10-15 minit, suapkan 2-3 sudu air kepadanya. Alternatif lain adalah anda boleh masakkan makanan yang mempunyai kandungan air yang banyak seperti sup ayam, bubur dan lain- lain.

5. Pakaikan Anak Anda Dengan Pakaian Nipis
Ibu bapa digalakkan memakaikan anak- anak mereka dengan baju yang nipis supaya haba boleh keluar terutamanya anak demam malam. Pakaian yang tebal akan meningkatkan suhu badan anak- anak. Kain kapas sangat digalakkan kerana ia dapat menyerap peluh dengan baik dan anak- anak anda juga lebih selesa.

Bahaya Demam Malam

Sebagai ibu bapa,anda harus memastikan anak anda tidak mengalami suhu tinggi berterusan.Jika demam anak anda juga disertai dengan muntah, cirit birit, sakit kepala atau lesu, tidak mahu makan dan tidak aktif, ini petanda anak anda memerlukan rawatan segera. Demam yang dialami mungkin menjadi petanda kepada masalah kesihatan lebih serius dan tidak boleh dipandang ringan.
Ini adalah kerana demam malam adakalanya membawa kepada simptom masalah kesihatan yang lebih serius seperti limfoma dan leukemia, namun pola demam itu berbeza. Antaranya adalah demam berterusan tanpa mengira siang atau malam. Demam dengan suhu tinggi juga membimbangkan kerana bagi sesetengah kanak-kanak ia boleh menyebabkan sawan dan kerosakan otak walaupun demam bukanlah penyakit yang serius.

Petua Tradisional Menurunkan Suhu Anak Demam

  • Daun Bunga Raya
Bayi dan anak-anak kecil yang demam akan merengek dan buat perangai sebab tak selesa dengan keadaan suhu badannya yang panas.
Ambilkan beberapa helai daun bunga raya dan ramaskan daun tersebut sehingga hancur dan keluar lendirnya. Kemudian sapukan pada kepala dan ubun-ubun anak anda Ulang beberapa kali sehingga demam anak anda kebah.
  • Kelapa Muda
Anda boleh juga cuba berikan anak anda minum air kepala muda dua kali sehari sekiranya demam anak anda berpanjangan dan masih tidak mahu kebah biarpun dah beberapa kali makan ubat. InsyaAllah, suhu badan panas itu akan mulai turun.
  • Bawang Merah
Tumbuk beberapa biji bawang merah dan ambil air perahannya. Sapukan pada badan anak yang demam. Selain itu,anda juga boleh mencampurkan bawang yang telah ditumbuk itu dengan sedikit minyak kelapa dan lumurkan ke badan anak terutamanya bahagian punggung dan dada.
  • Ubi Kayu
Mungkin anda tidak tahu bahawa ubi kayu dapat menurunkan suhu badan yang panas.Caranya dengan mengambil sebuku ubi kayu, kupas kulitnya dan cuci bersih. Kemudian parut ubi kayu tersebut. Parutan ubi itu kemudiannya ditempekkan ke dahi anak anda. apabila parutan ubi itu sudah kering, gantikan dengan yang baru sehingga suhu panas tu menurun ke paras biasa.
  • Air Asam Jawa
Jika anak anda diserang demam kuat dan sukar untuk mendapatkan rawatan dengan segera, anda bolehlah cuba meredakan demam tu dengan menjaramkan kepalanya dengan air asam jawa.Caranya adalah ambil sedikit asam jawa, ramaskan dengan sedikit air. Selepas itu sapukan pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan air asam jawa tu kering dengan sendiri.Lakukan berulang kali sehingga demam anak anda kebah.
  • Sirih Pinang
Sediakan beberapa helai daun sirih dan sebiji buah pinang. Lalu,tumbukkan kesemua bahan itu sehingga hancur lumat dan campurkan dengan sedikit air suam. Sapukan pada kepala anak anda yang demam. Lakukan tiga kali sehari sehingga demam anak reda.


Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda di bawah ini, ia bermakna anak anda memerlukan rawatan serius daripada doktor.
  • Kelenjar leher bengkak
  • Mata merah
  • Tidak fokus
  • Ruam
  • Muntah
  • Pening kepala
  • Menangis dan merengek
  • Sensitif pada cahaya
  • Tidak boleh bergerak disebabkan badan sakit
Sekiranya suhu anak demam malam masih tinggi dalam 2-3 hari, bawalah berjumpa dengan doktor bagi memastikan si manja anda tidak mengidap penyakit berbahaya seperti demam denggi atau meningitis iaitu radang pada otak.
kredit

Cadangan Suplemen Shaklee Untuk Anak Yang Kerap Demam

1.Mealshake

Mealshake ini merupakan supplement yang terbaik untuk anak. Ini kerana ia mengandungi protein dan multivitamin yang diperlukan oleh badan anak untuk membesar dengan kuat dan sihat.

Antara Khasiat Mealshake ialah:

- Meningkatkan sistem imun anak, jadi anak jarang deman dan lebih sihat serta sukar dijangkiti penyakit

- Meningkatkan selere makan anak

- Membatu mengurangkan masalah eczema

- Membantu mengurangkan partu pada kulit anak

- Membantu mengurangkan sembelit anak

- Membantu mencantikan struktur kulit yang bermasalah
Dengan consume mealshake, bukan demam jer sembuh ..tapi dapat lagi meningkatkan selera makan anak-anak. Berat badan anak pon semakin bertambah...syok kan...
Jadi ibubapa diluar sana yang inginkan suplemen yang terbaik buat si manja anda, mealshakes adalah pilihan yang terbaik..
So, jangan malu..jangan segan..hubungi saya untuk dapatkan Mealshakes hari ini....



 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-

 Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185 
012-3925240
 https://www.facebook.com/znzHealthcare 
mia_idora2000@yahoo.com 

 COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"

Monday, December 15, 2014

Khasiat Sireh Cina Atau Ketumpang Air

Assalamualaikum...
Hari ini saya nak kongsikan satu artikel tentang khasiat pokok sireh cina atau sesetengahnya dikenali sebagai sireh Bunian. Sebenarnya pokok sireh cina ini ini banyak terdapat di halaman rumah saya. Sebelum ini saya tak tahu bahawa tumbuhan ini banyak khasiatnya. Ia banyak tumbuh di tepi dan di dalam pasu bunga. Ingatkan ia tumbuhan liar biasa, jadi saya cabut jer laa untuk membersihkan halaman rumah dan pasu bunga dari tumbuhan liar ini..yerlaa menyemak jer kan...huhu..

Jom kita tengok apa khasiat di sebalik tumbuhan liar ini...
Selain Ketumpang dan sireh cina, pokok ini pokok ini turut di kenali sebagai sireh laut, sireh pasir, sireh air dan sireh bunian.

Pokok ini sebenarnya ada dijual di kedai sinsei cina tetapi dalam bentuk yang telah dikeringkan dan dijual RM10 untuk 100gram.(mahal juga tu sebenarnya) - See more at: http://kezoom.blogspot.com/2014/12/keistimewaan-pokok-ketumpang-air-atau.html#.VI69yns26dQ
Haaa..nie dia pokok Sireh Cina...pernah tak korang tengok atau jumpa pokok nie...pokok ini juga dikenali sebagai sireh bunian. Yang menariknya, saya pernah tengok orang jual pokok ini kat Tamu Kota Marudu. Dari situ baru saya tahu bahawa pokok ini boleh di makan dan dijadikan ulam. Kat kedai ubat cina pon ada dijual pokok ini yang sudah dikeringkan.

Ketumpang air atau mudah dikenali sebagai sirih cina yang nama saintifiknya ialah Gynura Procumbeus ini banyak khasiatnya yang tidak diketahui ramai. Sifatnya yang hidup dikawasan yang lembab seperti tepi-tepi longkang membuatkan orang ramai tidak mengambil tahu tentang khasiatnya. Untuk pengetahuan umum, warna putih yang terdapat dibawah daun sirih ini adalah anti bacteria

 Selama ini saya buang sahaja kerana ingatkan pokok ni sama dengan rumput rumpai yang tumbuh dalam pasu bunga kita.  Dipercayai dengan meminum  jus ketumpang air  ni khasiatnya seperti berikut:
  • penawar sakit sendi dan perut
  • reumatisme
  • jusnya mengelakkan jangkitan pada mata
  • cirit-birit
  • batuk
  • jangkitan pada pundi kencing

Ada juga yang saya terbaca diartikel-artikel yang menceritakan  pokok ketumpang air ni boleh dibuat ulam, dimasak air bersama udang dan juga digoreng seperti kita menggoreng kangkong.

Tapi saya belum mencubanya, lepas ini insyaallah nak try jugak...Anda juga boleh mencubanya selepas ini yer...
Selain Ketumpang dan sireh cina, pokok ini pokok ini turut di kenali sebagai sireh laut, sireh pasir, sireh air dan sireh bunian.

Pokok ini sebenarnya ada dijual di kedai sinsei cina tetapi dalam bentuk yang telah dikeringkan dan dijual RM10 untuk 100gram.(mahal juga tu sebenarnya) - See more at: http://kezoom.blogspot.com/2014/12/keistimewaan-pokok-ketumpang-air-atau.html#.VI69yns26dQ

Sunday, December 14, 2014

Panduan Memilih Baju Menyusu Yang Sopan dan Selesa

Assalamualaikum...
Tentu ramai kaum ibu di luar sana yang pening kepala memikirkan baju menyusu Muslimah yang murah dan sesuai dengan dirinya.
 
contoh baju menyusu yang sopan dan selesa
Apa yang selalu bermain di fikirannya adalah bagaimana hendak nampak cantik dan bergaya, tetapi dalam masa yang sama tidak menganggu proses penyusuan bayi terutama semasa berada di luar rumah. Jalan terbaik adalah dengan memilih baju menyusu Muslimah yang sesuai untuk anda menyusu walau di manapun anda berada. Baju menyusu ini turut dikenali sebagai ‘nursing cloth’ atau ‘breastfeeding cloth’.

Tahukah anda menyusu dapat mengeratkan hubungan anak dan ibu menerusi sentuhan kulit serta pandangan mata ketika sedang menyusu? Ini secara tidak langsung akan membentuk kasih sayang secara berpanjangan. Maka jangan sekali-kali abaikan penyusuan kepada bayi. Kehadiran baju menyusu Muslimah yang pelbagai di pasaran,maka tidak ada lagi alasan untuk kaum ibu berhenti menyusu dengan alasan susah dan rasa malu hendak menyusukan bayi ketika berada di luar rumah.
 
Namun,si ibu sangat digalakkan memilih baju menyusu yang mengikut syariat Islam iaitu menutup aurat. Antara panduan yang boleh anda ikuti adalah:
  • Labuh dan longgar
Untuk memudahkan si ibu menyusukan bayi, anda disarankan untuk memilih baju menyusu Muslimah yang labuh dan longgar tidak mengikut susuk tubuh badan. Seperti kita sedia maklum, menyusu di khalayak ramai mungkin memberikan sedikit ketidakselesaan kepada ibu. Oleh itu, dengan baju menyusu Muslimah yang labuh dan longgar dapat memberikan keselesaan kepada si ibu dan juga bayi.
  • Baju mempunyai butang di hadapan
Baju menyusu yang mempunyai butang pada bahagian hadapan juga memudahkan ibu menyusu. Selalunya pelapik dalam dijahit terus dengan baju dan boleh diselak dengan mudah apabila hendak menyusu samada di sebelah kiri atau pun sebelah kanan. Menariknya kreativiti pereka kebanyakan baju menyusu sekarang baju menyusu muslimah tersebut direka lebih moden supaya tidak nampak seperti baju menyusu.
Malah ada juga baju menyusu muslimah yang menggunakan zip sorok di bahagian hadapan. Oleh itu,ketika anda mahu menyusu,anda Cuma perlu menarik sahaja zip ke bawah dan sesuai dipakai dengan tudung labuh. Diingatkan pemilihan bukaan menyusu bergantung kepada anda untuk keselesaan menyusu dan juga untuk mengepam susu dengan selesa ketika berada di tempat kerja dan sebagainya.
  • Baju yang menyerap peluh
Dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap peluh akan mengalir cepat. Kadangkala ibu menyusu akan berpeluh ketika menyusukan bayi. Rekabentuk baju menyusu Muslimah yang baik adalah rekaan yang mementingkan keselesaan ibu menyusu dengan kain yang sejuk dan tidak panas ketika dipakai. Dalam erti kata lain, baju menyusu yang menyerap peluh. Jadi, baju menyusu Muslimah yang diperbuat daripada fabrik kapas(cotton) membantu menjadikan ibu lebih selesa ketika sedang menyusu bayi.
  • Fabrik tidak jarang
Seharusnya baju menyusu Muslimah haruslah menggunakan material yang tidak jarang dan sejuk. Sebelum anda membeli,pastikan anda mengetahui jenis material dan fabrik yang digunakan. Ini bagi mengelak si ibu terpaksa memakai alas baju sekaligus memberikan rasa kurang selesa kepada anda.
  • Pakai tudung labuh
Bagi ibu menyusu pemakaian tudung yang labuh akan memberi kelebihan kepada ibu kerana anda dapat menyusukan bayi dalam keadaan yang agak tertutup. Pemilihan baju, rekabentuk dan warna adalah penting dalam mengekalkan imej ibu supaya selalu kelihatan anggun. Walaupun sudah mempunyai anak para ibu masih tetap kelihatan bergaya dalam rekaan baju menyusu Muslimah. Belilah baju menyusu Muslimah yang sesuai dengan diri anda supaya anda dan bayi adan berasa lebih selesa.

Saturday, December 13, 2014

Cara Merawat Gatal Dan 'Kerak' Di kepala Bayi

Assalamualaikum...
Kebiasaannya, bayi yang baru lahir kadang kala terdapat daki atau kerak di kepala. Bukan orang dewasa sahaja yang mengalami gatal kulit kepala, si comel anda juga boleh mengalaminya.

Namun, usah bimbang kerana ia bukanlah satu penyakit merbahaya dan anda mampu mengubatinya. Dalam usia bayi yang masih muda, penjagaan rambut dan kebersihan kulit kepala perlu diberikan keutamaan.

Sesetangah bayi yang dilahirkan mempunyai masalah gatal kulit kepala dan mungkin juga ada kerak di kulit kepala. Kerak di kulit kepala bayi biasanya berbentuk seperti bersisik-sisik tebal, berminyak, dan berwarna kuning di dahi dan bahagian atas kepala bayi. Kerak kepala atau ‘cradle cap’ ini akan terkupas sendiri dan menjadi kepingan nipis seperti kelemumur, jika ia sudah kering
.
Gatal kulit kepala dan kerak di kulit kepala kerap berlaku pada beberapa bulan di awal usia bayi .  Kebiasaannya ia akan hilang dengan sendirinya kira-kira ketika bayi sudah berusia 12 bulan, namun ada sesetengah bayi yang mengalaminya dalam jangka masa yang panjang.

Apakah punca kulit kepala bayi gatal dan berkerak?
Ia dipengaruhi oleh hormon androgen yang dibawa dari ibu ketika masih dalam kandungan. Hal ini menyebabkan kelenjar lemak menjadi aktif. Kelenjar lemak  keluar dari tempat yang sama dengan keluarnya rambut. Kelenjar lemak yang sangat aktif dapat mengeluarkan lemak dan menimbulkan lapisan yang menjadi kerak di kepala bayi.Masalah ini tidak mengganggu pertumbuhan rambut bayi. Kerak di kulit kepala bayi tidak berjangkit tetapi ia mungkin menyebabkan gatal kulit kepala pada bayi.

Bahan- bahan yang anda perlukan untuk merawat kerak di kulit kepala bayi:
Minyak kelapa
Produk mandian bayi
Air suam
Sikat rambut yang bergigi  halus
Baby oil atau hair lotion
  • Minyak kelapa
Jika bayi anda mengalami kerak di bahagian kulit kepala, sapukan minyak kelapa di bahagian yang ada kerak. Biarkan semalaman agar kerak pada kulit kepala bayi menjadi lembut. Cuci rambut bayi pada keesokkan harinya dengan air suam sehingga bersih. Usapkan air suam perlahan- lahan sambil membersihkan kerak di kulit kepala sudah terkupas.
  • Gunakan produk mandian bayi
Gunakan syampu dan sabun mandian khusus untuk bayi kerana kulit bayi masih sensitif dengan bahan kimia yang digunakan di dalam produk rambut orang dewasa. Syampu bayi akan membantu membersihkan kulit kepala bayi yang mempunyai kerak tadi.
  • Air suam
Gunakan air suam untuk memandikan bayi anda. Hal ini akan membantu untuk melembutkan dan membersihkan kerak yang terdapat pada kulit kepala bayi.
  • Sikat rambut yang bergigi halus
Sikat rambut bayi dengan menggunakan sikat yang bergigi halus. Sikat secara berhati-hati dan perlahan-lahan agar kulit kepala bayi tidak sakit sambil menanggalkan kerak yang masih ada di kulit kepala.
  • Baby oil atau hair lotion
Baby oil juga boleh digunakan untuk membersihkan kerak yang ada di kulit kepala bayi. Letakkan baby oil pada tuala kecil kemudian usapkan perlahan-lahan pada bahagian kepala bayi anda.

Hati-Hati Infeksi! 
  • Ketika anda mencuci kerak di kulit kepala bayi anda, seharusnya anda berhati-hatilah kerana bimbang jika akan terjadi infeksi pada kulit kepala bayi.
  • Jangan tanggalkan kerak di kulit kepala bayi dengan menggunakan kuku kerana kulit kepala bayi boleh terluka dan menimbulkan risiko infeksi.
  • Jika anda menjumpai tanda-tanda infeksi, seperti timbul ruam-ruam merah, bawalah bayi anda berjumpa doktor. Anda mungkin akan disarankan untuk menggunting rambut bayi dan meletakkan antiseptik. Kredit
Diharap, tips di atas dapat dijadikan panduan dan membantu ibubapa bagi menangani masalah kerak di kepala bayi anda.

Friday, December 12, 2014

Punca Gatal Celah Kaki || Angkara Ulat Air

Jangkitan ulat air atau nama lain yang biasa kita dengar ‘kaki makan air’ adalah satu penyakit kulit. Ia sering berlaku dan ramai orang akan mengalaminya sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Biasanya berlaku di kalangan lelaki dewasa dan remaja.


Apa Itu Ulat Air?

Ulat air merupakan kulapuk yang menimbulkan rasa gatal apabila ia menyerang kaki. Rasa gatal dan tak selesa ini mungkin akan bertambah jika anda terlibat dengan aktiviti berpeluh atau menggunakan stokin. Ulat air ini berpunca daripada kulapuk tricophyton yang berkembang di dalam air. Ulat air ini tidak berlaku di kalangan orang yang biasanya berkaki ayam kerana kadar lembapan,peluh dan juga kekurangan pengalihan udara yang baik pada kaki mewujudkan keadaan yang sangat sesuai bagi ulat air membiak. Namun, kadangkala ulat air ini boleh berlaku disebabkan kita menggunakan air yang tidak bersih untuk mencuci kaki ataupun tangan.

Tanda Ulat Air Menyerang

Kebiasaannya ulat air ini akan menyerang di celah-celah jari kaki atau tangan. Pada sebilangan orang, kulit di celah jari kaki akan mengelupas, merekah dan berkuping. Selain itu,kadang-kadang terdapat kemerahan dan juga lecetan pada tapak kaki dan di sepanjang bahagian tepi kaki. Perubahan kulit ini mungkin diikuti dengan rasa gatal.

 

Faktor Ulat Air Menyerang

  • Kaki yang berpeluh.
  • Tabiat tidak mengeringkan kaki dengan baik selepas berenang atau mandi.
  • Memakai kasut dan sarung kaki yang ketat.
  • Iklim yang panas.

Cara Tradisional Mengubati Kutu Air


1. Ubi Kayu
Cara pertama untuk mengubati ulat air ini adalah menggunakan ubi kayu.Caranya, kupaslah kulitnya dan cuci hingga bersih. Seterusnya parut ubi kayu itu dan tampalkan kepada kulit yang terkena ulat air itu. Biarkan sehingga kering dan lakukan cara ini sehari sekali sehingga pulih.

2. Daun Keladi
Daun keladi juga boleh digunakan untuk mengubati ulat air. Hanya ambil kulit batangnya, kemudian jadikan pembalut pada kaki yang terkena ulat air tersebut.

3. Bawang Putih
Selain dapat mengubati sakit gigi, bawang putih juga dipercayai dapat mengubati ulat air kerana ia mempunyai khasiat antibiotik.Caranya mudah sahaja,hanya hiris bawang putih kemudian gosokkan ke tempat yang terkena ulat air beberapa kali sehari. Anda juga boleh menumbuk bawang putih sehingga lumat dan sapukan ke bahagian yang terkena ulat air. Lakukan langkah ini selama beberapa hari sampai sembuh.

4. Daun Sirih
Ambil lebih kurang 10 lembar daun sirih. Lumatkan atau hiriskan daun sirih tersebut mengguna pisau. Rebus ke dalam air mendidih,tambahkan sesudu garam dan tunggu sampai air berbau sirih. Angkat dan masukkan air rebusan ke dalam bekas. Kemudian tambahkan air biasa dengan air rebusan daun sirih tadi supaya boleh kaki anda boleh direndamkan (suam). Rendamkan kaki anda selama 10-15 minit. Lakukan cara ini selama tiga hari berturut-turut atau sehingga anda rasa ulat air tadi sembuh.

5. Garam
Khasiat garam juga dapat dimanfaatkan untuk mengubati ulat air. Caranya mudah sahaja,hanya campurkan air hangat dengan garam. Kemudian rendamlah kaki anda yang terkena jangkitan ulat air selama 15-20 minit. Campuran air suam dan garam memang terbukti dapat membunuh kuman dan bakteria.


6. Baking Soda
Selain digunakan untuk membuat kek, baking soda juga dapat digunakan untuk mengubati ulat air. Campurkan baking soda ke dalam air hangat, lalu rendamlah kaki anda selama 15-20 minit. Kemudian cuci sehingga bersih kaki anda. Lakukan cara ini secara teratur selama beberapa hari atau sehingga kaki anda sembuh dari ulat air.

7. Minyak Kelapa
Cukup sapukan ke kawasan kulit yang terkena ulat air beberapa kali sehari. Lakukan cara ini selama beberapa hari sehingga ulatairnya sembuh.

Penjagaan Diri Sekiranya Terkena Ulat Air

  • Letakkan krim anti kulat pada tempat yang terjejas sebanyak dua hingga tiga kali sehari untuk tiga minggu. Teruskan penggunaan ubat sehingga jangkitan ulat air itu pulih.
  • Basuh kaki anda setiap hari selepas melakukan aktiviti.
  • Keringkan kaki anda dengan sempurna, terutamanya di celah jari kaki anda.
  • Sandal adalah yang paling sesuai dalam cuaca panas. Elakkan daripada memakai kasut yang ketat.
  • Pakai sarung kaki yang diperbuat daripada kain kapas dan tukarnya setiap hari atau secara lebih kerap jika ianya menjadi lembap.
  • Jika boleh,berkaki ayam apabila di rumah.
  • Renjiskan serbuk anti kulat ke dalam kasut anda pada waktu siang.
kredit

Thursday, December 11, 2014

Apakah Petanda Jika Badan Kurang Kolagen

Assalamualaikum...


Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.
Tanda-tanda Penuaan:
kulit kusam
tak bermaya
tiada seri
kulit kedut 
mula kendur pigmentasi kulit
cepat letih dan lesu 
sakit badan dan sendi
mudah lupa
kurang penglihatan

Apa itu kolagen?
Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.
Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.
Kolagen I : 
Terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
Kolagen II:
Tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
Kolagen III: 
Reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
Kolagen IV: 
Membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
Kolagen V: 
Permukaan sel, rambut dan uri. Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.


Kedudukan kolagen pada kulit manusia

Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.  
Kredit 

Suplemen Shaklee Untuk Mengekalkan Kolagen Dalam Badan

Siapa yang tak suka kalau umur 50 tahun dikatakan macam umur 30 tahun...mesti senyum sampai ke telinga kan? Berjalan dengan anak..orang cakap macam adik beradik...hihihi..mesti syok kan..Jadi nak awet muda, selain senyum dan hati sentiasa tenang, anda juga mestilah mengambil suplemen yang dapat mengekalkan kolagen dalam badan kita. Jadi apa kata anda mencuba Collagen Powder Shaklee. Hubungi saya untuk dapatkannya hari ini....

 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-

 Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185 
012-3925240
 https://www.facebook.com/znzHealthcare 
mia_idora2000@yahoo.com 

 COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"

 


Fully Design By izza sakura