Jangkitan ulat air atau nama lain yang biasa kita dengar ‘kaki makan 
air’ adalah satu penyakit kulit. Ia sering berlaku dan ramai orang akan 
mengalaminya sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Biasanya 
berlaku di kalangan lelaki dewasa dan remaja.
Apa Itu Ulat Air?
Ulat air merupakan kulapuk yang menimbulkan rasa gatal apabila ia 
menyerang kaki. Rasa gatal dan tak selesa ini mungkin akan bertambah 
jika anda terlibat dengan aktiviti berpeluh atau menggunakan stokin. 
Ulat air ini berpunca daripada kulapuk tricophyton yang berkembang di 
dalam air. Ulat air ini tidak berlaku di kalangan orang yang biasanya 
berkaki ayam kerana kadar lembapan,peluh dan juga kekurangan pengalihan 
udara yang baik pada kaki mewujudkan keadaan yang sangat sesuai bagi 
ulat air membiak. Namun, kadangkala ulat air ini boleh berlaku 
disebabkan kita menggunakan air yang tidak bersih untuk mencuci kaki 
ataupun tangan.
Tanda Ulat Air Menyerang
Kebiasaannya ulat air ini akan menyerang di celah-celah jari kaki 
atau tangan. Pada sebilangan orang, kulit di celah jari kaki akan 
mengelupas, merekah dan berkuping. Selain itu,kadang-kadang terdapat 
kemerahan dan juga lecetan pada tapak kaki dan di sepanjang bahagian 
tepi kaki. Perubahan kulit ini mungkin diikuti dengan rasa gatal.
Faktor Ulat Air Menyerang
- Kaki yang berpeluh.
 - Tabiat tidak mengeringkan kaki dengan baik selepas berenang atau mandi.
 - Memakai kasut dan sarung kaki yang ketat.
 - Iklim yang panas.
 
Cara Tradisional Mengubati Kutu Air
1. Ubi Kayu
Cara pertama untuk mengubati ulat air ini adalah menggunakan ubi 
kayu.Caranya, kupaslah kulitnya dan cuci hingga bersih. Seterusnya parut
 ubi kayu itu dan tampalkan kepada kulit yang terkena ulat air itu. 
Biarkan sehingga kering dan lakukan cara ini sehari sekali sehingga 
pulih.
2. Daun Keladi
Daun keladi juga boleh digunakan untuk mengubati ulat air. Hanya 
ambil kulit batangnya, kemudian jadikan pembalut pada kaki yang terkena 
ulat air tersebut.
3. Bawang Putih
Selain dapat mengubati sakit gigi, bawang putih juga dipercayai dapat
 mengubati ulat air kerana ia mempunyai khasiat antibiotik.Caranya mudah
 sahaja,hanya hiris bawang putih kemudian gosokkan ke tempat yang 
terkena ulat air beberapa kali sehari. Anda juga boleh menumbuk bawang 
putih sehingga lumat dan sapukan ke bahagian yang terkena ulat air. 
Lakukan langkah ini selama beberapa hari sampai sembuh.
4. Daun Sirih
Ambil lebih kurang 10 lembar daun sirih. Lumatkan atau hiriskan daun 
sirih tersebut mengguna pisau. Rebus ke dalam air mendidih,tambahkan 
sesudu garam dan tunggu sampai air berbau sirih. Angkat dan masukkan air
 rebusan ke dalam bekas. Kemudian tambahkan air biasa dengan air rebusan
 daun sirih tadi supaya boleh kaki anda boleh direndamkan (suam). 
Rendamkan kaki anda selama 10-15 minit. Lakukan cara ini selama tiga 
hari berturut-turut atau sehingga anda rasa ulat air tadi sembuh.
5. Garam
Khasiat garam juga dapat dimanfaatkan untuk mengubati ulat air. 
Caranya mudah sahaja,hanya campurkan air hangat dengan garam. Kemudian 
rendamlah kaki anda yang terkena jangkitan ulat air selama 15-20 minit. 
Campuran air suam dan garam memang terbukti dapat membunuh kuman dan 
bakteria.
6. Baking Soda
Selain digunakan untuk membuat kek, baking soda juga dapat digunakan 
untuk mengubati ulat air. Campurkan baking soda ke dalam air hangat, 
lalu rendamlah kaki anda selama 15-20 minit. Kemudian cuci sehingga 
bersih kaki anda. Lakukan cara ini secara teratur selama beberapa hari 
atau sehingga kaki anda sembuh dari ulat air.
7. Minyak Kelapa
Cukup sapukan ke kawasan kulit yang terkena ulat air beberapa kali 
sehari. Lakukan cara ini selama beberapa hari sehingga ulatairnya 
sembuh.
Penjagaan Diri Sekiranya Terkena Ulat Air
- Letakkan krim anti kulat pada tempat yang terjejas sebanyak dua hingga tiga kali sehari untuk tiga minggu. Teruskan penggunaan ubat sehingga jangkitan ulat air itu pulih.
 - Basuh kaki anda setiap hari selepas melakukan aktiviti.
 - Keringkan kaki anda dengan sempurna, terutamanya di celah jari kaki anda.
 - Sandal adalah yang paling sesuai dalam cuaca panas. Elakkan daripada memakai kasut yang ketat.
 - Pakai sarung kaki yang diperbuat daripada kain kapas dan tukarnya setiap hari atau secara lebih kerap jika ianya menjadi lembap.
 - Jika boleh,berkaki ayam apabila di rumah.
 - Renjiskan serbuk anti kulat ke dalam kasut anda pada waktu siang.
 





