Assalamualaikum...
Tentu ramai kaum ibu di luar sana yang pening kepala memikirkan baju menyusu Muslimah yang murah dan sesuai dengan dirinya.
Apa yang selalu bermain di fikirannya adalah bagaimana hendak nampak
cantik dan bergaya, tetapi dalam masa yang sama tidak menganggu proses
penyusuan bayi terutama semasa berada di luar rumah. Jalan terbaik
adalah dengan memilih baju menyusu Muslimah yang sesuai untuk anda
menyusu walau di manapun anda berada. Baju menyusu ini turut dikenali
sebagai ‘nursing cloth’ atau ‘breastfeeding cloth’.
Tahukah
anda menyusu dapat mengeratkan hubungan anak dan ibu menerusi sentuhan
kulit serta pandangan mata ketika sedang menyusu? Ini secara tidak
langsung akan membentuk kasih sayang secara berpanjangan. Maka
jangan sekali-kali abaikan penyusuan kepada bayi. Kehadiran baju menyusu
Muslimah yang pelbagai di pasaran,maka tidak ada lagi alasan untuk kaum
ibu berhenti menyusu dengan alasan susah dan rasa malu hendak
menyusukan bayi ketika berada di luar rumah.
Namun,si ibu sangat digalakkan memilih baju menyusu yang mengikut
syariat Islam iaitu menutup aurat. Antara panduan yang boleh anda ikuti
adalah:
- Labuh dan longgar
Untuk memudahkan si ibu menyusukan bayi, anda disarankan untuk
memilih baju menyusu Muslimah yang labuh dan longgar tidak mengikut
susuk tubuh badan. Seperti kita sedia maklum, menyusu di khalayak ramai
mungkin memberikan sedikit ketidakselesaan kepada ibu. Oleh itu, dengan
baju menyusu Muslimah yang labuh dan longgar dapat memberikan keselesaan
kepada si ibu dan juga bayi.
- Baju mempunyai butang di hadapan
Baju menyusu yang mempunyai butang pada bahagian hadapan juga
memudahkan ibu menyusu. Selalunya pelapik dalam dijahit terus dengan
baju dan boleh diselak dengan mudah apabila hendak menyusu samada di
sebelah kiri atau pun sebelah kanan. Menariknya kreativiti pereka
kebanyakan baju menyusu sekarang baju menyusu muslimah tersebut direka
lebih moden supaya tidak nampak seperti baju menyusu.
Malah ada juga baju menyusu muslimah yang menggunakan zip sorok di
bahagian hadapan. Oleh itu,ketika anda mahu menyusu,anda Cuma perlu
menarik sahaja zip ke bawah dan sesuai dipakai dengan tudung
labuh. Diingatkan pemilihan bukaan menyusu bergantung kepada anda untuk
keselesaan menyusu dan juga untuk mengepam susu dengan selesa ketika
berada di tempat kerja dan sebagainya.
- Baju yang menyerap peluh
Dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap peluh akan mengalir cepat.
Kadangkala ibu menyusu akan berpeluh ketika menyusukan bayi. Rekabentuk
baju menyusu Muslimah yang baik adalah rekaan yang mementingkan
keselesaan ibu menyusu dengan kain yang sejuk dan tidak panas ketika
dipakai. Dalam erti kata lain, baju menyusu yang menyerap peluh.
Jadi, baju menyusu Muslimah yang diperbuat daripada fabrik kapas(cotton)
membantu menjadikan ibu lebih selesa ketika sedang menyusu bayi.
- Fabrik tidak jarang
Seharusnya baju menyusu Muslimah haruslah menggunakan material yang
tidak jarang dan sejuk. Sebelum anda membeli,pastikan anda mengetahui
jenis material dan fabrik yang digunakan. Ini bagi mengelak si ibu
terpaksa memakai alas baju sekaligus memberikan rasa kurang selesa
kepada anda.
- Pakai tudung labuh
Bagi ibu menyusu pemakaian tudung yang labuh akan memberi kelebihan
kepada ibu kerana anda dapat menyusukan bayi dalam keadaan yang agak
tertutup. Pemilihan baju, rekabentuk dan warna adalah penting dalam
mengekalkan imej ibu supaya selalu kelihatan anggun. Walaupun sudah
mempunyai anak para ibu masih tetap kelihatan bergaya dalam rekaan baju
menyusu Muslimah. Belilah baju menyusu Muslimah yang sesuai dengan diri
anda supaya anda dan bayi adan berasa lebih selesa.