Assalamualaikum...salam ceria buat semua...
Hari ini saya ingin kongsikan kepada anda semua tentang kebaikan berbekam. Sebenarnay saya dapat menyaksikan sendiri bagaimana kaedah berbekam dilakukan pada tubuh badan seseorang. Memang saya tak nafikan bahawa saya memang tak dapat tengok darah sebab mabuk darah. Hari ini saya dapat saksikan sendiri mak saya melakukan keadah berbekam. Rupa-rupanya, ianya amat mudah sekali..tapi saya masih tak berani nak buat sendiri...
KAEDAH
rawatan bekam, yang wujud sejak zaman purba Greek ribuan tahun, semakin
diyakini terutama di negara-negara Islam sebagai kaedah perubatan yang
dikatakan dapat membantu menyembuhkan penyakit terutama yang kronik.
Bekam
adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari
permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para
sahabat.
Diperkuatkan
dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia
dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala
penyakit.
Di
Malaysia, walaupun rawatan bekam semakin meluas terutama di pusat-pusat
rawatan bekam dan pusat rawatan kecantikan, namun masih terdapat
kebimbangan dalam kalangan masyarakat untuk mengamalkannya.
Keadaan
ini timbul berikutan terdapat kekeliruan daripada andaian-andaian
negatif antaranya perempuan tidak perlu berbekam kerana akan
mempercepatkan proses menopaus, berbekam akan menyebabkan darah
bertambah kurang, ketagihan untuk berterusan melakukan bekam selain
tidak yakin kaedah itu mampu menyembuhkan penyakit terutama
penyakit-penyakit kronik.
Berbekam banyak MANFAAT di antaranya:
- Dapat mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam pengubatan
- Meningkatkan daya tahan tubuh badan
- Mencuci darah (Buang Toksid) dan melancarkan peredaran darah.
- Dapat mengatasi kemalasan,kelesuan dan banyak tidur
- Sangat berkesan mengatasi racun
- Bermanfaat mengatasi luka-luka berdarah
- Dapat mengatasi sakit kepala,migrain dan sakit gigi
- Menajamkan penglihatan , peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan mata menjadi kabur.
- Membantu meringankan tubuh. Darah kotor dan toksid yang berada di bawah kulit membuatkan badan menjadi berat dan malas.
- Mengatasi gangguan tekanan darah.
- Membantu memecahkan lemak.
- Membantu buang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
- Merawat berbagai jenis penyakit yg tidak boleh diubati dengan kaedah rawatan moden
- Awet Muda
- Merawat masalah lemah syahwat ( tenaga batin ).
BEKAM DAPAT MERAWAT PENYAKIT YANG BERPUNCA DARI RACUN DAN SIHIR
Dari
ka'ab bin malik r.a beliau meriwayatkan bahawasanya seorang perempuan
yahudi menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi s.a.w di
khaibar,Baginda bertanya "Apakah ini?" wanita itu menjawab "Hadiah."
wanita itu cukup berhati-hati supaya tidak sampai mengatakanya
sedekah,sehingga Baginda tidak mau memakanya sama sekali.
Kemudian Nabi s.a.w dan sahabat-sahabatnya pun makan, tiba-tiba Baginda bersabda "Hentikan," kemudian Baginda bertanya kpd wanita itu, "Apakah engkau telah meracuni kambing ini?" wanita itu menjawab,"Ya," Nabi Muhammad s.a.w bertanya "Kenapa?", wanita itu menjawab " Aku ingin sekiranya engkau seorang pendusta, orang ramai akan segara boleh beristirehat dari kedustaanmu,tetapi seandainya engkau seorang Nabi maka itu tidak akan merbahaya bagimu," Maka Nabi s.a.w berbekam tiga bekaman ditengkuk serta memerintahkan para sahabatnya supaya berbekam. Maka mereka pun berbekam,tetapi sebahagian dari mereka meninggal. (HR BUKHORI)
Kemudian Nabi s.a.w dan sahabat-sahabatnya pun makan, tiba-tiba Baginda bersabda "Hentikan," kemudian Baginda bertanya kpd wanita itu, "Apakah engkau telah meracuni kambing ini?" wanita itu menjawab,"Ya," Nabi Muhammad s.a.w bertanya "Kenapa?", wanita itu menjawab " Aku ingin sekiranya engkau seorang pendusta, orang ramai akan segara boleh beristirehat dari kedustaanmu,tetapi seandainya engkau seorang Nabi maka itu tidak akan merbahaya bagimu," Maka Nabi s.a.w berbekam tiga bekaman ditengkuk serta memerintahkan para sahabatnya supaya berbekam. Maka mereka pun berbekam,tetapi sebahagian dari mereka meninggal. (HR BUKHORI)
Rasulullah sendiri melakukan bekam setiap kali baginda tidak sihat
Bekam merupakan
salah satu warisan perubatan Islam yang dianjurkan oleh Rasullullah
buang darah kotor dari badan. Dalam bahasa Arab juga dikenali sebagai
'Al-Hijamah' bermaksud satu kaedah pembersihan darah atau angin dengan
megeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan dengan
berbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buloh, gelas
atau yang paling moden dengan menggunakan alat vakum moden yang bersih
dan suci hama.
Bekam JUGA bagus
Untuk Penyakit-Penyakit Berikut:- Sakit Kepala, Sakit Belakang, lumbago,
Slip disc Sakit Urat, Sakit Bengkak-bengkak badan, Lengu-lenguh badan,
sakit sendi, kurang selera makan Kebas-kebas kaki atau tanganatau
sereban Sakit Bahu, Resdung, Bagus untuk bersihkan darah Buang angin
dalam badan Kembung, Sebu, dll.
Ada yang
menyatakan bahawa pesakit kronik seperti kencing manis tidak boleh
menjalani rawatan bekam kerana dibimbangi menyebabkan luka sukar untuk
disembuhkan.
Ibrahim
berkata pendapat itu tidak benar, kerana beliau sendiri telah merawat
pesakit kencing manis kronik melalui bekam dan pesakit telah menunjukkan
kesan yang positif melalui kaedah itu.
Katanya,
seseorang pesakit kencing manis sukar sembuh pada luka yang terdapat di
kakinya kerana kandungan gula dalam darah telah menyumbat pembuluh
darah hingga menyebabkan kaki menjadi kebas, saraf tidak dapat berfungsi
kerana darah tidak dapat dihantar ke kawasan itu.
Yang
akan menyembuhkan luka itu ialah antibodi yang terdapat di dalam darah
bersih dan apabila pengaliran darah telah tersumbat, ia tidak dapat
sampai ke tempat yang luka.
“Perlu
dikeluarkan toksin itu dan secara perlahan-lahan darah bersih akan
mengalir ke kawasan luka, yang akan menjadi antibodi terbaik berbanding
antibiotik untuk menyembuhkannya.
“
Dengan berbekam akan membuka laluan-laluan darah tersebut jika dilakukan dengan betul,” katanya.
Untuk
pesakit kronik, bekam harus dilakukan secara teratur melalui konsultasi
yang betul bagi menyembuhkannya. Ia berbeza bagi setiap individu.
Manakala bagi yang tidak mempunyai penyakit kronik digalakkan melakukan
rawatan bekam sekurang-kurangnya tiga bulan sekali bagi membuang darah
kotor untuk melancarkan pengaliran darah bersih.
Dari Ibnu 'Abbas r.a., dia bercerita: "Nabi Allah s.a.w. bersabda:
"Sebaik-baik hamba adalah tukang bekam, mengeluarkan darah dan meringankan tulang rusuk serta memperjelaskan pandangan."
(Sunan Abni Majah)
"Sebaik-baik hamba adalah tukang bekam, mengeluarkan darah dan meringankan tulang rusuk serta memperjelaskan pandangan."
(Sunan Abni Majah)