Showing posts with label OSTEMETRIX. Show all posts
Showing posts with label OSTEMETRIX. Show all posts

Friday, November 14, 2014

Tips Mengatasi Sembelit Selepas Bersalin

Assalaamualaikum...dan salam  ceria buat semua..
Sembelit selepas bersalin adalah salah satu perkara yang sering berlaku di kalangan ibu-ibu. Satu perlima daripada ibu-ibu mengalami masalah ini selepas hamil. 

Sembelit ialah satu keadaan di mana kita sukar untuk membuang air besar atau jarang membuang air besar. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Bagi orang yang mempunyai kesihatan yang normal, sepatutnya boleh membuang air besar sekurang-kurangnya sekali setiap hari.


Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit:

• Kurang serat dalam diet.
• Kurang aktiviti fizikal terutamanya di kalangan warga tua.
• Pengambilan ubat-ubatan (terutamanya herba).
• Penyalahgunaan julap.
• Kebiasaan menahan untuk membuang air besar.
• Kekurangan air.
• Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
• Masalah dengan kolon dan rektum.
• Masalah dengan fungsi usus.
 

Adakah membuang air besar selepas bersalin menyakitkan?

Lazimnya tidak. Anda mungkin mendapati bahagian antara anus dan perineum anda terasa kebas. Ini adalah disebabkan saraf di dalam dan mengelilingi vagina anda telah melonggar akibat kelahiran.Ini bermakna anda tidak mempunyai sensasi sangat di tempat itu apabila menggerakkan usus untuk pertama kali.

Perasaan takut akan membuatkan anda rasa lebih tak selesa. Ia boleh memaksa anda mengetatkan otot apabila yang paling diperlukan adalah otot mengendur. Cubalah alihkan perhatian dengan membaca buku atau majalah semasa di dalam tandas.

Anda tidak akan mengoyakkan jahitan atau merosakkan sesuatu dengan menggerakkan usus. Adalah lebih memudaratkan jika anda tidak ke tandas sebab konstipasi akan melonggarkan lantai pelvis anda.

Bagaimana saya boleh meredakan sembelit selepas bersalin?

Mula dengan rutin makan dan minum secara teratur sebaik saja anda melahirkan bayi anda. Cuba makan makanan berserat tinggi, terutama sekali buah-buahan, dan minumlah banyak cecair.

Cecair akan membuat najis anda lebih lembut dan senang untuk dilepaskan. Atmosfera dalam hospital adalah sangat kering dan anda boleh ternyahhidratkan tanpa disedari. Selain itu, menyusui bayi boleh membuat anda dahaga, jadi anda perlu banyak minum.

Bangunlah dari katil sebaik saja anda bersalin dan bawa berjalan secara dekat dan kerap di keliling wad jika anda masih di hospital, atau semasa di rumah. Berduduk atau berbaring untuk masa yang lama akan membuatkan sembelit lebih teruk.

Apabila perasaan hendak ke tandas mula datang, jangan pula tidak mengendahkannya. Duduk sepenuhnya, jangan menenggek. (Ada ibu-ibu yang tidak suka duduk pada tandas hospital.)

Luruskan belakang anda dan angkat lutut anda supaya lebih tinggi dari punggung. Jika boleh, letakkan kaki anda atas bangku supaya lebih tinggi dan pijak dengan jari kaki kaki. Letakkan siku anda atas lutut.

Tujuannya ialah supaya berada dalam posisi yang paling mirip dengan mencangkung sebab ini cara yang paling baik untuk menggerakkan usus. Setengah wanita mendapati lebih senang menggunakan bekas najis bayi apabila kembali ke rumah atas sebab ini!

Sekarang, rebahkan diri, kemudian duduk tegak beberapa kali untuk menggerakkan otot-otot perut anda. Anda patut boleh merasa otot-otot mengetat dan mengendur.

Ambil tuala wanita dan lipat dua, letakkannya atas perineum anda dan tutup sebarang jahitan, jika ada, dan tekan dari depan supaya tidak terlucut. Membuat sebegini membantu menyokong lantai pelvis dan meyakinkan anda yang jahitan anda tidak akan koyak (ingatlah - ini tak akan berlaku!).

Bila saraf-saraf di dalam perineum anda sudah sembuh, anda mungkin terasa sakit bila menggerakkan usus. Ini adalah kerana perineum dan lantai pelvis turut bergerak ke bawah bila anda meneran. Menahan bahagian ini akan mengelakkannya daripada berlaku dan akan banyak melegakan kesakitan.

Saya telah cuba tetapi masih tidak berjaya. Apa yang patut saya lakukan?

Menolak dan meneran tidak akan membantu sembelit dan mungkin menyebabkan kesakitan. Tapi ia tidak akan mengoyakkan jahitan anda. Cubalah teknik berikut (bergelar "menyangga dan membonjol"!) untuk membantu anda menggerakkan usus tanpa meneran.
  • Letakkan tangan atas perut.
  • Tarik otot perut anda ke dalam supaya perut mengempis dan pinggang melebar. Ini diberi nama "menyangga".
  • Sekarang buat yang sebaliknya - tolak otot perut anda keluar ke dalam tangan anda - anda akan terasa hendak menyebut "uggghh" apabila melakukan ini (buatlah secara perlahan jika anda khuatir ada orang yang mendengar!). Ini diberi nama "membonjol".
  • Buatlah lebih kurang 10 sangga dan bonjol, kemudian akhirinya dengan satu bonjol yang panjang (lebih kurang tiga hingga lima saat). Relakskan lantai pelvis anda semasa melakukan ini. Pergerakan usus akan berlaku ketika anda membonjol.

  • Jika ini tidak berlaku, jangan pula meneran. Buat beberapa sangga dan bonjol lagi, kemudian cuba lagi.

  • Jika tiada apa yang berlaku, buatlah beberapa senaman lantai pelvis, tinggalkan tandas dan cuba lagi kemudian.
Anda akan mendapati bahawa jika anda makan sesuatu atau meminum segelas besar air atau jus, anda akan merasakan desakan yang lebih kuat untuk ke tandas. Ini selalunya berlaku dalam 15 hingga 30 minit kemudian.

Sebaik saja anda sudah makan dan minum, jangan duduk, pergi bawa berjalan-jalan dekat-dekat dahulu.

Jika tiada apa-apa berlaku selepas tiga hari, anda mungkin menghidapi sembelit sementara jadi beritahu doktor anda dan dia mungkin mengesyorkan ubat julap. Julap adalah berguna dan selamat untuk mendapatkan kelegaan jangka pendek. Ia bertindak dengan merangsang ritma natural usus anda, tapi boleh menyebabkan kekejangan perut.

Selalunya doktor anda akan mengesyorkan julap cecair untuk diminum sebagai langkah pertama.

Jika ini kurang berkesan menjelang tiga atau empat hari, supositori atau enema pakai buang yang kecil boleh membantu. Adalah penting bagi anda meminta doktor mempreskripsikan julap, dan tidak membelinya sendiri di kedai, sebab keperluan anda bergantung kepada samada anda mengambil ubat-ubat lain, atau jika anda menyusu badan.

Untuk mencegah sembelit secara jangka panjang:

  • Sedari dan bertindaklah atas desakan-desakan badan anda - jangan terlalu sibuk sehingga tidak menyedari tanda-tanda saran yag ada.
  • Elakkan ubat yang mempunyai kesan sampingan sembelit - ini termasuk beberapa pil penahan sakit, jadi bertanyalah kepada doktor anda.
  • Makan pada masa yang tetap dengan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, dan minumlah banyak cecair.
  • Pastikan anda membuat senaman setiap hari seperti berjalan cergas dengan membawa bayi dalam kereta tolak.

  • Beritahu doktor jika anda menghidapi buasir atau rekah-rekah anus, yang bolah membuat sembelit menjadi lebih teruk.

 sumber

Cadangan Untuk Mengatasi Sembelit Selepas Bersalin

Walau bagaimanapun, para ibu boleh mengambil supplemen yang boleh membantu mengurangkan sembelit selepas bersalin. Supplemen yang disarankan adalah supplemen yang mengandungi magnesium iaitu OSTEMATRIX Shaklee.
 
 Magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis iaitu satu proses dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus dan menolak makanan ke perut. Pengambilan supplemen ini juga perlu disertakan dengan meminum air yang banyak.
 
Ostematrix membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan terutama pada anda yang mempunyai luka jahitan. 
 

OSTEMATRIX Shaklee boleh membantu anda untuk:
(1) Tidur malam lebih lena.
(2) Menghilangkan bisa pada kaki dan menyegarkan badan.
(3) Mengelakkan sakit pinggang serta rasa kebas.
(4) Melawaskan sistem penghadaman terutamanya untuk memudahkan anda ‘membuang’ pada hari keesokannya.
 
Jom baca  testimoni berikut:-
 
 Testimoni 1:
Testimoni 2:
 

Testimoni 3:


 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-

 Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185 
012-3925240
 https://www.facebook.com/znzHealthcare 
mia_idora2000@yahoo.com 

 COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"

Friday, November 7, 2014

Ostematrix Atasi Masalah Simpul Biawak

Assalaamualaikum..salam ceria buat semua..
Pernah tak anda semua mengalami masalah kekejangan otot ataupun lebih dikenali sebagai simpul biawak dan ada juga yang panggil simpul mengkarung. Apapun yang dipanggil, ia sebenarnya adalah kekejangan otot. Ini boleh terjadi dengan tiba-tiba sahaja dan pada bila-bila masa. Saya juga pernah mengalaminya selama mengandung dulu...Aduuuii..memang seksa. Nak bangun pun tak boleh. Ada juga yg terjadi ketika tidur. Buat beberapa saat, otot betis bagai ditarik dengan tegang sehingga menimbulkan kesakitan yang amat sangat. Tetapi ia semakin reda apabila bahagian tersebut diurut seketika.



Kekejangan otot kaki adalah masalah biasa yang sering di alami oleh ibu hamil bermula dari trimester kedua. Ianya tidak di klasifikasikan sebagai penyakit selagi ianya tidak berlaku terlalu kerap. Akan tetapi, apabila kekejangan kaki terlalu kerap terjadi anda di nasihatkan untuk terus merujuk dan berjumpalah dengan doktor.

Kebiasaanya, kekejangan otot kaki berlaku pada waktu malam dan ketika sedang lena tidur. Antara sebab berlakunya kekejangan otot kaki pada ibu hamil adalah kerana kandungan yang semakin membesar akan menyebabkan otot kaki yang penat dan saluran darah terganggu untuk sampai ke kaki. Selain itu, ia juga berlaku disebabkan dehidrasi, kekurangan mineral, magnesium, pottasium, calsium dan sodium serta kurangnya pengaliran darah ke kaki akibat posisi kaki semasa tidur yang tidak baik.

Tips untuk mengurangkan kekejangan otot kaki 


Antara tips yang boleh anda lakukan untuk elakkan dan kurangkan terjadinya kekejangan otot kaki adalah seperti :

1. Minum air yang mencukupi sekurang-kurangnya 1.5Liter sehari untuk elakkan dehidrasi.

2. Elakkan mandi dengan air sejuk pada waktu malam.

3. Rendamkan kaki dengan air panas (air suam) untuk merehatkan otot kaki.

4. Regangkan sendi di kedua-dua belah pergelangan dan jari kaki  ketika sedang berehat menonton TV,  makan malam ataupun duduk berbual. 

5. Kekejangan kaki pada ibu hamil biasanya berlaku di waktu malam, oleh itu, pakailah sarung kaki yang tebal dan pakai minyak panas ( minyak urut) bila perlu.

6. Akhir sekali, ambil supplemen untuk mencukupi keperluan kalsium, magnesium di dalam badan. Seperti Ostematrix Shaklee yang mengandungi Kalsium, Magnesium, Vitamin D yang sangat sesuai untuk ibu hamil.
Kandungan Di Dalam Ostematrix

Keistimewaan ostematrix Shaklee adalah : 

✔️Membantu Mengurangkan Risiko Osteoporosis yang di sebabkan oleh kekurangan kalsium pada tubuh.

✔️Membina tulang dan gigi yang kuat.

✔️Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal

✔️Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf

✔️Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah eradang dan kemurungan.*

Ostemetrix juga merupakan pelengkap bagi SET KEHAMILAN SHAKLEE.
Jadi para ibu hamil di luar sana perlulah mengambil nutrien lengkap untuk perkembangan bayi anda di dalam perut.

Jadi, siapa yang mempunyai masalah kekejangan otot bolehlah mengambil Ostematrix untuk mencegahnya.Hubungi saya untuk dapatkan Ostematrix hari ini. Konsaltasi tentang penggunaan produk adalah PERCUMA.  


"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"

 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-

 Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185 
012-3925240
 https://www.facebook.com/znzHealthcare 
mia_idora2000@yahoo.com 

 COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

Friday, October 31, 2014

OSTEMETRIX || Atasi Masalah Kebas Dan Kejang Otot

Pernah tak anda mengalami kebas-kebas pada tangan dan kaki? Mesti seksa bukan?..Haa jangan pandang remeh tau masalah ni...lupa..kebas nie macam2 orang panggil..ada panggil semut2..issh..macam2 kan..Masalah kebas boleh terjadi di mana-mana bahagian badan. Namun begitu masalah yang sering terjadi adalah masalah kebas tangan, kebas jari dan kebas kaki. Kalau saya, biasanya terjadi kat kaki bila duduk bersila lama-lama. Nak bangun tu bukan main susah lagi..Ingat masa kecik2 dulu..selalu kami bergurau sesama adik beradik. Saper yang kena kebas kaki...cepat2 pergi pijak kaki..haa mula laaa menangis...Oh ya!Masalah  kebas tangan, kebas jari dan kebas kaki ini boleh berpunca oleh pelbagai faktor. Ada kebas-kebas yang biasa dan ada juga kebas-kebas yang disebabkan oleh tanda-tanda penyakit kronik.


Kebas-kebas yang biasanya dialami adalah disebabkan jika berdiri atau duduk terlalu lama. Selalu jadi kan macam ni. Tambah-tambah lagi kalau orang-orang tua. Masalah ini adalah masalah biasa yang disebabkan faktor umur.

Punca Berlakunya Kebas

  • Kecederaan pada saraf akibat kemalangan
  • Kesan sampingan pada ubat
  • Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti pengambilan alkohol dan rokok
  • Jangkitan pada saraf periperi seperti kayap
  • Menghidap penyakit-penyakit seperti diabetis, migraine, multiple sclerosis, epilepsy, strok dan hypothyroidism
  • Berlakunya kekurangan vitamin dalam badan seperti kekurangan Vitamin B12
  • Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti pengambilan alkohol dan rokok
  • Saraf periperi tertekan disebabkan "hemiated disc" atau osteophytes yang terbentuk akibat proses degenratif
  • Cappel Tunnel Syndrom (Saraf Mendian tertekan di kawasan pergelangan tangan)
Masalah kebas-kebas juga sering dialami oleh pesakit kencing manis. Masalah kebas tangan. jari dan kaki bagi pesakit kencing manis juga dikenali sebagai neuropathy. Neuropathy adalah salah satu komplikasi kencing manis sekiranya kawalan gula dalam darah adalah kurang baik. Oleh itu, bagi pesakit kencing manis adalah penting untuk memastikan paras gula dalam darah adalah terkawal.
Masalah kebas juga boleh berlaku kepada wanita mengandung yang biasanya disertai dengan kekejangan. Keadaan ini merupakan salah satu tanda kekurangan kalsium. Oleh itu, wanita mengandung sangat disarankan untuk mengambil Kalsium bagi mengatasi masalah ini.



Namun jangan memandang ringan jika masalah kebas-kebas ini sering berlaku di bahagian tangan sehingga ke bahu dan dada. Kerana masalah kebas tangan seperti ini sering dikaitkan dengan tanda-tanda masalah jantung yang boleh membawa kepada stroke. Sekiranya anda mengalami masalah kebas seperti ini jangan bertangguh untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.

Pada usia 19 hingga 55 tahun lelaki dan wanita, sebanyak 1,000mg kalsium diperlukan setiap hari. Bagi mereka yang berusia lebih 55 tahun, sebanyak 1,200mg kalsium diperlukan bagi memastikan fungsi tubuh yang optimum.

Jadi untuk mengatasi masalah kebas ini, anda disarankan mengambil Kalsium. Salah satu antara produk Shaklee yang mempunyai Kalsium yang tinggi adalah OSTEMATRIX

 


Istimewanya Ostematrix ialah ia lengkap dengan Magnesium yang membantu tubuh memelihara paras kalsium, Vitamin D yang menggalakkan penyerapan kalsium dan fosforus. Kajian ada menunjukkan pengambilan kalsium beserta Vitamin D membantu;
  • merendahkan risiko diabetes tahap 2 terhadap mereka yang mempunyai pra-diabetes
  • menggalakkan tulang yang kuat
  • meningkatkan sistem imun
  • menyokong berat badan ideal dan meningkatkan potensi kehilangan berat badan

Nak tau ...harga ostemetrix sangat berbaloi. Hanya rm61 untuk (120biji)  
Kalau tak cuba, maka tak tau sejauh mana keberkesanannya...Jadi dapatkan sekarang..sebelum terlambat...
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM" 

 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:- 
Nor Azimah binti Deraman
 SID: 1069185
 012-3925240
https://www.facebook.com/znzHealthcare
 emel: mia_idora2000@yahoo.com

 COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

Fully Design By izza sakura