Google+ Followers

Wednesday, December 30, 2015

Cara Mengawal Diabetis Semasa Hamil

Gerunnya bila dengar ibu-ibu hamil terpaksa minum air GULA. Sebenarnya, ia adalah salah satu cara bagi doktor untuk mengesan kencing manis yang dialami oleh ibu mengandung. So, boleh lah ibu hamil yang disahkan kencing manis itu mengawalnya. Perkara utama yang harus di ambil berat semasa hamil juga adalah pengambilan gula dalam makanan seharian...(alamak....sungguhku tak sanggup).

Kencing manis ketika mengandung atau‘gestational diabetes‘ adalah masalah kesihatan paling kerap dialami oleh ibu hamil. 70% daripada ibu yang menghidap kencing manis ketika mengandung ini biasanya akan pulih lepas bersalin tapi kebanyakan mereka akan menghidap diabetis jenis kedua di kemudian hari.

Kenapa perlu mengawal kencing manis semasa hamil ini ya?? haaa...jangan pandang remeh atau buat tak tahu saja ya. Jikalau anda menghidap kencing manis semasa hamil, silalah ambil langkah-langkah untuk mengawalnya. Kerana kencing manis semasa hamil ini boleh memudaratkan dan membahayakan keadaan ibu dan bayi. 

Mesti mommies nak tahu bagaimana ibu hamil ini boleh menghidap kencing manis kan?? Actually, semasa hamil, badan ibu sepatutnya menghasilkan kadar insulin yang lebih tinggi daripada biasa bagi memenuhi keperluan ibu dan bayi terutama di trimester 2 dan 3. Jika kadar insulin yang dihasilkan kurang, ia akan menyebabkan kandungan gula dalam darah terlalu banyak. Itulah yang menyebabkan kencing manis bagi ibu hamil ini.

Jom kita lihat pula apakah kesannya kepada ibu dan bayi. 

KESAN PENYAKIT KENCING MANIS KEPADA IBU HAMIL

  • mudah mendapat jangkitan pada faraj
  • berisiko menghidap diabetes untuk sepanjang hidupnya
  • luka bersalin akan lambat sembuh jika menghidap kencing manis
  • berisiko bersalin secara pembedahan atau cesarean kerana saiz bayi yang terlebih besar

KESAN PENYAKIT KENCING MANIS KEPADA BAYI DALAM KANDUNGAN

  • risiko bayi meninggal semasa dalam kandungan
  • kelahiran bayi secara pre-mature atau pra-matang
  • apabila bayi menjadi terlalu besar, akan mengalami kesukaran semasa bersalin
  • berisiko tinggi untuk menjadi obesiti dan menghidap kencing manis
  • masalah kesihatan selepas bersalin seperti hipoglisemia (gula rendah) dan juandice atau demam kuning
  • kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetes berbanding dengan kehamilan biasa 


TANDA ATAU SIMPTOM KENCING MANIS SEMASA HAMIL

  • ibu hamil akan terasa cepat penat dan keletihan
  • sering membuang air kecil secara sedikit
  • luka dan lebam di badan yang lambat untuk sembuh
  • dahaga yang melampau
  • rasa keinginan yang tinggi untuk memakan makanan yang manis
  • penglihatan yang kabur

CARA MENGAWAL KENCING MANIS SEMASA HAMIL

  • Biasanya doktor akan suruh kawal pemakanan dan kurangkan makanan berkarbohidrat tinggi dan tinggi gula. Patuhi arahan doktor.
  • Anda juga mungkin perlu ambil suntikan insulin
  • Digalakkan juga amalkan senaman ringan setiap hari
  • Mengamalkan makanan yang kaya dengan Zinc, B-complex dan Magnesium di mana zinc sangat penting untuk bantu buah pinggang hasilkan lebih banyak insulin bagi atasi masalah kalis insulin
Apa yang paling utama semasa anda hamil adalah apa yang anda makan. Selalu tak dengar istilah "makan untuk dua orang"? Kebanyakan dari kita selalu mengambil kesempatan dari istilah itu.

Senaman juga penting bagi ibu-ibu yang menghidap kencing manis semasa hamil ini. Senaman dapat membantu untuk membakar kalori berlebihan dalam badan.

Selain itu, pengambilan supplemen juga perlu dititikberatkan. Ini adalah penting untuk menutupi kekurangan nutrien dalam badan.

Antara supplemen yang  amalkan sepanjang kehamilan adalah SET HAMIL SHAKLEE yang organik dan semulajadi.

Namun bagi ibu hamil yang menghidap kencing manis, supplemen yang utama yang perlu anda amalkan ialah seperti berikut:
 
 

1.ESP

ESP Soy Protein Isolate Powder sangat sesuai untuk ibu hamil yang mempunyai kencing manis atau diabetes. Ini kerana Index Glisemik nya sangat rendah iaitu hanya 39 dan lebih rendah dari beras perang. Dengan pengambilan ESP Shaklee badan lebih mudah dan cepat menukarkan gula tersebut kepada tenaga dan juga mengelakkan hypoglicemia. ESP dapat memberi rasa kenyang dan juga tenaga berpanjangan.
  

2. B-COMPLEX

 
B-Complex Shaklee adalah vitamin B lengkap bersama FOLIC ACID. Jika anda mempunyai kencing manis dan merancang untuk hamil, ambil asid folik tambahan (5 miligram setiap hari) semasa anda sedang mencuba hendak hamil dan pada tiga bulan pertama kehamilan.

Mengambil asid folik tambahan akan mencegah bayi anda daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik.
 

3. VITALEA

 
 
Vita-Lea adalah multivitamin lengkap dengan zat besi yang diperlukan oleh ibu hamil. 
Ia mempunyai sistem penyerapan bioaktif bagi memastikan peningkatan penyerapan asid folik kritikal.

Mesti IBU-IBU biasa dengar mencegah adalah lebih baik dari merawat kan? So, adalah lebih baik jika kita memastikan tahap gula dalam darah dikawal dengan baik sebelum hamil dan anda akan berada dalam keadaan yang lebih baik untuk mengawalnya sepanjang kehamilan anda. Ini akan mengurangkan risiko masalah kesihatan bertambah bagi anda dan bayi.


"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"

 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-
 Nor Azimah binti Deraman
 SID: 1069185
 Call/whatsapp/sms : 012-3925240
 Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare
 emel: mia_idora2000@yahoo.com
 COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

Wednesday, December 23, 2015

Tips Memilih Kolagen Yang Terbaik


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..
Apa khabar korang semua di luar sana. Diharap semuanya sihat-sihat semua yer...
Haaa hari ini hakak ingin bagi beberapa tips kecantikan untuk mak dara dan anak dara semua.
ok, tips arini adalah berkaitan dengan macam mana nak memilih kolagen yang terbaik untuk kita. Di pasaran sekarang, kita tak tahu yang mana satu nak pilih. Banyak sangat kan jenis-jenis kolagen. 

Faktor utama korang ambil kolagen adalah semestinya nak kulit muka nampak flawless gitu kan..Jadi di sini akak nak bagi tips dan cara nak memilih kolagen di pasaran.



Tips Memilih Kolagen Yang Terbaik Untuk Anda


1. Lebih baik pilih dalam bentuk makanan atau cecair daripada disuntik. Ini memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapam ke dalam tubuh. Suntik-suntik nie guren plak kan...

2. Pilih size kolagen sekurang-kurangnya 1000 dalton dan ke bawah. Microfine size membantu penyerapan yang baik kerana size ini paling optimum diserap sel. Maka setiap kolagen yang diambil, 100% diserap dan memberi kesan yang lebih cepat.

3. Pastikan kolagen anda mempunyai antioksidaan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan.

4. Pastikan kolagen anda mempunyai elemen Vitamin B Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri.

5. Kolagen yang anda ambil mempunyai kandungan glucosamine untuk kesihatan sendi.

6. Pastikan kolagen anda mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin.

7. Pastikan kolagen anda mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelembapan yang berpanjangan.

8. Pastikan ia selamat dan tidak bertoksin!!

Shaklee Collagen Powder memenuhi kriteria pemilihan kolagen yang baik dan selamat. So, apa tunggu lagi??   Jom amalkan Shaklee Collagen Powder anda hari ini !!!


Kelebihan dan Kebaikan Shaklee Collagen Powder

Keunikan Collagen Shaklee ialah ia bertindak dalam tiga cara. Tidak seperti kolagen yang lain yang hanya tertumpu untuk keanjalan sahaja. Tiga cara yang dimaksudkan tadi ialah :-
  • Keanjalan
  • Penghidratan
  • Antioksidan
Jika amalkan betul betul, hasilnya memang lumayan! Anda akan perasan perubahan pada tekstur kulit. Yang paling nampak pada muka lah kan. Ini antara testimoni pengguna yang telah amalkan Shaklee Collagen Powder.
Nampakkan sebelumnya ada pigmentasi, kulit kusam dan nampak kasar. Tapi selepas itu tona kulit lebih sekata, lebih gebu dan halus! Bintik bintik hitam pun sudah tiada lagi. 

Jika anda berminat untuk amalkan kolagen yang selamat dan semulajadi, boleh laa pm/wasap ke 012 3925240. 


"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"

 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-
 Nor Azimah binti Deraman
 SID: 1069185
 Call/whatsapp/sms : 012-3925240 
ig: @mia_idora
Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare
 emel: mia_idora2000@yahoo.com
 COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

Wednesday, December 16, 2015

Tips Kecantikan || Cara Nak Kecilkan Liang Pori Wajah


 Kulit manusia mempunyai liang pori kerana ia merupakan tempat untuk rambut tumbuh dan liang peluh. Oleh itu, liang pori memang takkan boleh dihilangkan. Ia menjadi besar bila usia meningkat di mana kolagen dan protien dalam tubuh merosot. Semua orang inginkan kulit wajah yang licin dan gebu. Jadi macam mana cara untuk atasi masalah liang pori yang besar.


 
Liang pori yang lebih kecil membuat kulit anda kelihatan licin, lebih lembut, dan lebih muda. Terdapat beberapa perkara yang boleh membuat liang anda kelihatan besar yang boleh membuatkan kulit anda kelihatan kasar dan tidak sekata. Apabila anda mempunyai kulit lembut, anda tidak perlu mengenakan solekan pun kerana kulit wajah yang glowing anda itu pasti membuatkan mata yang memandang anda terpaku. Jadi saya ingin kongsikan beberapa tips kecantikan untuk mengecilkan liang pori wajah anda.
 
1. Mengambil Kolagen
Jika anda ingin mendapatkan liang pori wajah yang lebih kecil, anda benar-benar perlu mencari produk penjagaan kulit yang baik. Amat penting untuk mencari produk yang meningkatkan pengeluaran kolagen wajah. Cari barangan penjagaan kulit yang meningkatkan elastin dalam kulit anda. Dapatkan produk yang mengandungi kolagen untuk menganjalkan kulit wajah anda.



2. Ambil produk yang mengandungi Vitamin C

Vitamin C adalah bahan yang benar-benar perlu jika anda mahu liang kecil. Sebagai hakikatnya, vitamin C itu sendiri akan meningkatkan pengeluaran kulit baharu yang mengandungi kolagen dan elastin. Anda boleh mencari produk-produk yang mengandungi bahan itu atau anda boleh menggabungkan ia ke dalam diet harian anda atau mengambil vitamin sebagai makana tambahan setiap hari.



3. Buang sel kulit mati
Apabila sel-sel kulit mati tidak dibuang dari wajah anda, anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada liang pori yang lebih kecil. Anda perlu mencuci muka anda setiap hari.Cari pencuci muka dan pembersih yang mengandungi alpha hydroxy.



4. Buang sebum berlebihan
 
Sebum berlebihan, atau minyak boleh membesarkan liang anda. Kulit anda secara semulajadi akan menghasilkan sebum, kerana anda perlu sedikit daripada minyak itu. Jadi, anda perlu menggunakan pencuci muka yang boleh membuang minyak di wajah yang berlebihan, akan tetapi, cuba elak dari menggunakan produk yang kasar yang boleh merosakkan wajah anda. Terdapat beberapa topeng muka buatan sendiri anda boleh cuba buat.



5. Stimkan wajah anda 
 
Anda tidak perlu pergi ke spa untuk mendapatkan liang pori wajah yang lebih kecil. Rawatan wap sangat baik untuk wajah anda dan anda boleh buat di rumah. Apa yang anda perlukan adalah air panas, jus lemon, ais, dan tuala. Isi mangkuk besar dengan air panas dan letakkan muka anda di atasnya selama 3-5 minit. Selepas itu, letakkan beberapa jus lemon di atas kain tuala anda dan sapukan di seluruh muka anda. Bilas dengan air, kemudian sapu ais di seluruh kulit anda. Beri perhatian khusus kepada kawasan liang terbesar. Teruskan rawatan ini untuk setengah minit atau lebih . Liang anda akan menjadi lebih kecil dalam masa yang singkat.



6. Bersihkan wajah daripada sebarang solekan sebelum tidur
Ini adalah salah satu tip penjagaan kulit yang terbaik untuk membuat liang anda lebih kecil, tetapi majoriti wanita cenderung untuk mengabaikannya termasuk diri saya sendiri. Ada wanita yang malas untuk mencuci wajah mereka sebelum tidur dan merungut apabila liang pori wajah mereka besar. Jadi cuba untuk membersihkan wajah anda sekerap mungkin kerana bukan sahaja liang akan tersumbat dengan lebih cepat, tetapi jerawat juga akan tumbuh di wajah mulus anda.
 
 

Kenapa Anda Perlu Mengambil Collagen Powder Dari Shaklee




Seperti yang semua orang tahu, kolagen ialah tisu penyambung yang membantu mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, sendi, tendon, gusi dan saluran darah. Dalam erti kata lain, kolagen boleh diumpamakan seperti gam yang menghubungkan setiap inci tubuh manusia


Lebih kurang 72% daripada kulit adalah kolagen
Lebih kurang 80% daripada tulang ialah kolagen
Kornea mata adalah kolagen
Kolagen melindungi organ perut, hati, jantung, paru-paru, saluran darah, otak dan lain2.

Apabila tubuh kita mempunyai cukup kolagen, tisu-tisu tubuh lebih kuat dan kukuh. Salah satu fungsinya ialah ia membantu mengecilkan semula liang-liang pori pada kulit. Contohnya cuba tengok kulit kanak-kanak..pipi mereka licin je kan, mana ada nampak liang pori langsung..sebab kolagen terbentuk secara semulajadi dalam tubuh manusia tapi hanya sehingga usia mencecah 25 tahun sahaja..selepas itu kolagen mula merosot dan akibatnya kulit dan otot semakin kendur, hilang keanjalan..

Manfaat Shaklee Collagen Powder



# Merupakan kolagen dari sisik ikan merah iaitu sumber kolagen yang lasak & elastik, kepaduan sel, tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan & mempunyai jisim molekul yang sangat rendah

# Jisim molekul yang sangat rendah lebih kurang 1000 Dalton membolehkan penyerapan unggul dengan berkesan didalam usus
# Shaklee menambah 7 ramuan aktif untuk meningkatkan keberkesanan kolagen selain kolagen ikan iaitu ekstrak kulit kerangan laut, biji Camellia Japonica, Pfaffia, Lactobacillus acidophilus serta vitamin C, B2 & B6

# Ekstrak Kulit kerangan laut mengandungi glukosamina sbg pelincir sendi, menghidrat & melegakan ketidakselesaan mata. Lactobacillus acidophilus meningkatkan penyerapan kolagen

# Ekstrak biji Camillia Japonica mengandungi asid oleik & isoflavin bg membekalkan nutrisi & penghidratan

# Ekstrak Pfaffia digunakan secara tradisional utk rawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon & meningkatkan tenaga dan prestasi

# Vitamin c menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas yg merosakkan kulit. Vitamin B2, B6 bergabung dgn karbohidrat, lemak & metabolisme protein utk membekalkan tenaga penting dlm proses pengeluaran kolagen dari dlm sel tubuh

Mengapa perlu amalkan ESP???


Protien adalah komponen penting yang ke-2 selepas air bagi tubuh manusia. Tubuh kita memerlukan protin untuk bina dan baik pulih tisu-tisu tubuh. Setiap sel perlukan protin untuk kekal hidup, sihat. Dengan adanya protin yang mencukupi, sel-sel mati dapat disingkirkan dan diganti dengan pembinaan sel-sel baru. Protin juga adalah bahan utama dalam pembentukan organ-organ serta komponen utama kepada hormon manusia.

Kekurangan protien akan menyebabkan kelemahan sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, hilang kepejalan otot, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon.

ESP merupakan sumber protin yang akan membekalkan 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Protin ni sangat penting untuk kesihatan kulit ye...



Manfaat ESP



~ Awet Muda. Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ dan kulit. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada rahsia awet muda.


~ Keremajaan kulit. Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan keserian kulit wajah dan kepejalan otot, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan memudarkan parut.


~ Memperbaiki pigmentasi. Mengurangkan masalah rambut beruban dan gugur, membaiki masalah pigmentasi kulit, kedutan dan kesan-kesan penuaan.


~ Pembekal tenaga. Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan system imun. Mencegah migraine, insomnia dan tekanan.


~ Membaiki memori. Menguatkan kualiti memori, vitality, dorongan dan ransangan seksual.



Kelebihan set ini ia bukan saja boleh membantu mengecilkan liang pori malah boleh atasi jeragat, parut, kulit menggeleber, mata panda, masalah rambut gugur dan kebanyakan masalah-masalah kulit lain akibat penuaan.


"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM" 

 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-
 Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185 
Call/whatsapp/sms : 012-3925240 
Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare
ig :@mia_idora
 emel: mia_idora2000@yahoo.com
 COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

Wednesday, December 9, 2015

CARA MUDAH ATASI MASALAH SUKAR TIDUR MALAM || INSOMNIA

 Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda tentang masalah sukar tidur malam atau dikenali dengan INSOMNIA. Pernahkah anda mengalami masalah ini? Saya pernah mengalami masalah seperti ini. Sampai ke pagi tak boleh lelapkan mata. Padahal tak fikir apa-apa pon. Bila siang hari mula laaa rasa penat dan letih, jadi tak dapat nak fokus pada kerja.


Tidur yang lena dan nyenyak adalah satu keperluan hidup untuk mengekalkan tubuh kekal sihat dan cergas. Tanpa tidur yang lena di waktu malam, kualiti kesihatan kita akan terganggu dan pelbagai penyakit seperti jantung, ulser perut, tekanan perasaan (depression) dan juga Kanser.
'Ok, berikut saya kongsikan beberapa tips untuk atasi masalah sukar tidur malam.


Tips Untuk Mengatasi Masalah Susah Tidur Waktu Malam

1. Pastikan Suhu Blik Tidur Kita Di Bawah 21 Darjah Celcius

Cuaca sekarang ini memang tak menentu. Panas yang teramat kadang kala di waktu pagi akan menyebabkan haba tersekat sehingga ke malam hari dan menyebabkan bilik pun terasa panas. Bilik yang panas tidak akan membantu untuk mendapatkan tidur yang lena.

Maka, kita boleh memasang penghawa dingin atau aircond untuk memastikan suhu di bilik tidur sesuai dan dapat dikekalkan di bawah 21 darjah celcius kerana mengikut kajian suhu bilik optimum untuk tidur yang lena adalah antara 15 ke 20 darjah celcius.

2. Pastikan Jam Loceng, Telefon Bimbit dan Alatan Elektrik lain Berada Jauh dari Kepala Semasa Tidur 

Jangan letakkan alatan ini terutama telefon bimbit di tepi teling atau dibawah bantal. Sekiranya anda mengunakan alatan ini, Saya nasihatkan supaya letak jauh sikit. Maybe dalam 3-5 kaki daripada katil kita.Namun bagi anda yang mempunyai masalah sukar tidur waktu malam atau insomnia ini perlu mengambil langkah yang lebih berjaga-jaga.

3. Kurangkan Penggunaan Gadjet yang Memancarkan Cahaya Sebelum Tidur

Gadjet yang memancarkan cahaya seperti telefon bimbit, TV, iPad, Note, laptop dan lain-lain boleh menyekat pengeluaran hormon melatonin. Ini akan menjejaakan keupayaan kita untuk tidur lena dan meningkatkan risiko kanser.

Melatonin sangat penting dalam membantu menahan radikal bebas yang berbahaya dan melambatkan penghasilan estrogen yang menyumbang kepada kanser. So, bagi anda yang mempunyai masalah sukar tidur malam ini saya nasihatkan sebaiknya tutuplah semua gadjet sejam sebelum kita masuk tidur. Sebelum itu bolehlah mengamalkan aktiviti seperti membaca Al-Quran atau buku.

4. Pasangkan Tingkap Bilik dengan Langsir yang Berwarna Gelap

Mengikut kajian saintifik, sedikit cahaya yang paling kecil pun boleh menjejaskan kelenjar pineal yang menghasilkan melatonin dan serotonin iaitu hormon yang membantu kita untuk tidur dengan nyenyak.

Maka pastikan bilik tidur kita benar-benar gelap dan tiada lampu yang menganggu. Memasangkan langsir yang gelap dapat membantu menimbulkan mood untuk tidur. Selain itu, boleh juga memasangkan lampu mentol "low blue" di bilik tidur dan bilik air kerana ia tidak akan menganggu pengeluaran melatonin.
 

  CARA ATASI SUSAH TIDUR MALAM TANPA UBAT !!!

Bagi anda yang mempunyai masalah tidur malam ini, saya mencadangkan agar anda mengambil dua jenis supplemen atau vitamin ini yang dapat membantu mengembalikan semula tidur lena anda. Ia dapat membantu mengatasi kekurangan nutrien dan vitamin yang menyebabkan punca sukar tidur waktu malam.

"OsteMatrix dan Alfalfa bantu atasi Masalah Susah Tidur Waktu Malam"

OSTEMATRIX

Shaklee OsteMatrix Bukan Sekadar Kalsium Biasa

 

 

     Ostematrix mengandungi kalsium untuk keperluan harian yang diperlukan utk pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Kenapa saya kata ia bukan kalsium yang biasa-biasa?? Sebabnya OsteMatrix ini mengandungi magnesium, vitamin D, mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. 

Kenapa anda perlu memilih Shaklee OsteMatrix berbanding kalsium jenama lain?


Sebab apa yer perlu ambil  Shaklee OsteMatrix :

1. Kapletnya yang kecil dan disalut licin mudh ditelan 
2. Mengandungi 1,000 mg unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
3. Mengandungi 400 mg magnesium bagi kalsium untuk diserap ke dalam tulang untuk kekuatan tulang
4. Merangsang kalsium untuk diserap dengan efisien kerana mengandungi 400 IU vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium optimum
 
 

ALFAFA COMPLEX


 
Alfafa dikenali sebagai raja segala tumbuhan sebab ia merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya boleh mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah. Sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi potassium, vitamin A, C dan E serta kalsium, fosforus dan zat besi.
 
 Tolong jangan ambil remeh apabila anda sukar untuk tidur di waktu malam. Ianya seperti gunung berapi yang hanya tunggu masa untuk meletup dan memberi kesan buruk kepada kesihatan. In Shaa Allah, dengan beberapa petua yang saya kongsikan dapat membantu anda menangani masalah ini.
 
Jika anda ada sebarang pertanyaan jangan segan silu untuk hubungi saya : 012 3925240.
 
 

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"

 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-
 Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185
 Call/whatsapp/sms : 012-3925240
IG: @mia_idora
 Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare 
emel: mia_idora2000@yahoo.com
 COD AREA KOTA MARUDU, PITAS, KOTA KINABALU

Wednesday, December 2, 2015

CARA NAK CANTIK TANPA SUNTIKAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Ramai di antara wanita di luar sana sangat stress bila jerawat mula tumbuh di muka  ibarat cendawan tumbuh selepas hujan . Sangat malu lebih-lebih lagi kalau yang ada resdung..tumbuh jerawat batu di seluruh wajah.



Cuba bayangkan,  muka yang elok dan licin tiba-tiba di penuhi jerawat. Pelbagai ikhtiar dan cara untuk mengatasi masalah ini. Ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit hanya untuk kelihatan cantik.  Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes suntikan seperti botox yang boleh mendatangkan bahaya kepada kita. Memang gerun bila dengar kes-kes seperti itu. Jadi buat apa kita nak ambil risiko kepada diri kita sendiri....nak kelihatan cantik tapi memberi kesan yang buruk kepada kita.

Saya ada cara yang terbaik untuk nak bagi muka sentiasa berseri-seri dan bebas dari jerawat. 
Vitamin C Shaklee adalah selamat dan semujadi untuk anda.

 Kelebihan Sustained Release Vita-C Shaklee Sebagai Vitamin C Semulajadi

  • Membentuk kologen - Vitamin C merangsang pembentukan kolagen. Kolagen merupakan sebatian asas otot, tisu,gusi, rangka dan tulang rawan. Sekiranya kekurangan vitamin C kawasan ini akan cepat hilang elastik yang menyebabkan proses penuaan.
  • Kecantikan kulit - Kulit akan lebih cerah dan kurang berlaku masalah kulit kering dengan pengambilan vitamin C secara berterusan.
  • Sebagai anti oksidan yang kuat - vitamin merupakan antioksidan atau salah satu cara untuk melawan penyakit.
  • Membantu mencegah kanser - mampu meningkatkan interferon semulajadi atau daya ketahanan yang tinggi serta mampu merangsang pengeluaran T-cell untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan.
  • Meningkatkan sistem imun badan - membantu membina sel darah merah dalam tubuh untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, mengukuhkan sistem imun.
  • Membantu meningkatkan kesan pemulihan - membantu dalam penghasilan kulit baru, alergi dan memudarkan parut.
  • Memperbaiki Simpton pendarahan - Kekurangan vitamin C menyebabkan masalah gusi berdarah, kulit kasar, kulit ruam dan kulit kering.
  • Mengelakkan terjadinya insomnia - membantu fikiran lebih tenang, kurang stress dan masalah mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolestrol sihat - membantu megurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengahalang pendarah dalam hidung dan kapilari dari darah.

Kesan-kesan sekiranya kekurangan Vitamin C :

- Cepat letih dan lemah
- Sentiasa tertekan.
- Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar.
- Mudah diserang demam, batuk dan selsema.
- Wajah dan kulit lebih cepat nampak tua dari usia.
- Antibodi yang lemah.
- Sakit-sakit sendi.
- Kapilari atau salur darah cepat tersumbat.
- Luka lambat sembuh.
- Gigi kelihatan kuning terutama bagi perokok.
 
Jadi tak usah ragu dan bimbang kerana vitamin c shaklee ini  terbukti selamat dan semujadi... 
 

Testimoni pengguna VITAMIN C SHAKLEE
 

 
 
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"

 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:- 
 Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185 
Call/whatsapp/sms : 012-3925240
ig : @mia_idora
 Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare
 emel: mia_idora2000@yahoo.com
 COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

Friday, December 19, 2014

6 Kaedah Efektif Mengajar Anak Membaca

Mengetahui ada antara anak rakan anda yang boleh membaca seawal usia dua tahun pasti membuatkan anda  tertanya-tanya bagaimana ia boleh dilakukan.
Melihat sendiri kebolehan kanak-kanak itu membaca seolah-olah memberikan satu motivasi kepada anda sebagai ibu bapa untuk menjadikan anak anda juga pandai membaca pada awal usia.Saya ingin berkongsi dengan anda 6 kaedah efektif mengajar anak anda membaca dengan cepat yang dipetik dari Women Online magazine.


Kaedahnya adalah seperti berikut:


1. Mulakan dengan abjad kecil
Kalau anda mahu mengajar anak anda, mulakan dengan abjad kecil dalam pembacaan dan cara penulisan kerana ia lebih mudah. Sebagai contoh ajar ‘a’ dulu sebelum ‘A’. Anak anda perlu menguasai peringkat bentuk mudah sebelum bentuk yang lebih susah. Bila bentuk yang sama asyik diulang,maka ia akan menajamkan dan mengekalkan daya ingatan anak anda.

2. Mulakan dengan hurul vokal dahulu
Huruf vokal mempunyai bunyi yang lebih menarik dan boleh dibuat secara kreatif. Terdapat banyak cara sebenarnya namun cara yang paling popular adalah menyanyikan huruf vokal tu. Anda sebagai ibunya haruslah ‘sporting’ dengan cara menyanyi bersama-sama anak anda. Secara tidak langsung anak anda akan berasa seronok dan mudah untuk mengikuti.

3. Gunakan huruf berwarna
Huruf berwarna akan merangsang pemikiran mereka supaya lebih tajam dan mudah mengingati sesuatu. Bezakan setiap huruf yang diajar dengan warna yang berlainan. Contohnya ‘a’ warna merah, ‘e’ warna biru dan ‘o’ warna kuning. Teknik ini amat berkesan kerana anak merasa seronok untuk melihat perkara yang berwarna-warni. Bahan grafik yang berwarna dapat membantu menarik minat anak kecil.
4. Ulang bacaan
Banyakkan ulangan bila mula mengajar anak membaca, kerana anak kecil sukar untuk mengingati sesuatu yang baru dengan cepat, malah mereka juga cepat lupa. Jadi ulangan amat penting untuk memberi kesan yang lebih baik kepada ingatan kanak-kanak. Anda sebagai ibu bapa haruslah jangan mudah berputus asa dan jemu untuk mengajar anak anda.

5.Gunakan kaedah nyanyian
Anda bolehlah memuat turun lagu-lagu di dalam Internet yang berkaitan dengan ejaan dan bacaan kemudiannya menyanyi bersama anak anda. Ini kerana daya tarikan dalam nyanyian akan menarik minat anak kecil. Malahan ramai budak yang tidak kenal huruf lagi boleh menyanyi lagu yang mereka minat melalui kaedah hafalan. Jadikan senjata ini untuk anda menarik minat mereka.

6. Tampal abjad ABC di dinding bilik tidur
Terdapat banyak produk yang dijual di kedai buku yang mengandungi senarai A-B-C beserta gambar yang boleh anda beli kemudiannya tampal di bilik tidur anak anda. Setiap hari,anak anda akan nampak dan secara tidak sedar mereka akan hafal abjad tersebut. Anda juga boleh menggunakan kaedah yang sama dengan menampalkan tulisan Jawi.


SINDROM  LAMBAT MEMBACA

Biasanya kanak-kanak yang berumur tujuh tahun ke atas sudah tahu mengenal huruf, mengeja, membaca dan menulis. Bagaimana pula bagi mereka yang masih tidak mampu melakukan semua itu?
Sesetengah ibu bapa mungkin menganggap anak mereka yang mengalami masalah berkenaan lembap dan malas tanpa berusaha mengenal pasti punca masalah itu berlaku.

Jika anak anda berumur lima tahun ke atas yang tetapi masih tidak mampu mengeja dan menulis,mungkin ia disebabkan oleh sejenis sindrom yang dipanggil disleksia. Sindrom lambat membaca ini bukan satu penyakit berbahaya, tetapi kesannya boleh menyebabkan kanak-kanak ketinggalan dalam pembelajaran.

 

Apa itu Disleksia?

Disleksia disebabkan oleh kerosakan pada kebolehan otak untuk menterjemahkan imej tulisan kepada kefahaman. Ia juga dipanggil sebagai sindrom “lambat baca” di kalangan kanak-kanak.
Kanak-kanak disleksia adalah normal dari segi fizikal, pemikiran dan cara percakapan tetapi yang membezakan mereka daripada kanak-kanak lain ialah kesukaran membentuk satu kefahaman bagi sesuatu huruf serta menyebutnya.

Walaubagaimanapun,anda tidak perlu risau kerana rawatan bagi sindrom ini adalah dengan menyertai pelbagai jenis program pembelajaran bagi membentuk minat mereka untuk membaca dan menulis. Sokongan moral anda juga amat penting bagi kanak-kanak terbabit.

Kesimpulannya, peranan ibu bapa sangat penting dalam menarik minat anak untuk membaca sama ada dengan bahan bacaan atau teknik digunakan mestilah menarik dan ceria.Yang penting jangan paksa anak untuk membaca jika anak anda tidak mahu. Jadikan aktiviti membaca sesuatu yang menyeronokkan sehingga anak anda tertarik untuk membaca.Luangkan banyak masa bersama anak-anak walaupun anda sibuk dengan kerja seharian. Percayalah,pelaburan masa untuk permata hati anda sungguh berbaloi.

Thursday, December 18, 2014

Ketahui Punca Bayi Anda Terkena Penyakit Jantung

Penyakit jantung sering dikaitkan dengan orang yang sudah berumur. Namun,ramai yang tidak tahu bahawa penyakit jantung juga boleh menyerang kanak-kanak atau bayi.

Kadangkala penyakit jantung ini boleh diketahui ketika bayi dilahirkan. Bahkan ada juga yang diketahui ketika bayi tersebut berumur 2-3 minggu.Sebagai ibu bapa, anda tentunya mahukan yang terbaik untuk anak anda dan ingin melihatnya membesar seperti kanak-kanak normal yang lain dengan sihat. Kali ini saya mahu berkongsi tips dengan anda aripada satu majalah onlne tentang penyakit jantung pada bayi supaya anda dapat mengelak dan merawat sekiranya bayi anda menghadapi penyakit jantung tersebut.

Jenis-Jenis Penyakit Jantung:


Jantung berlubang tanpa kebiruan

Ventricular septal defect (VSD) – Darah melencong dari ventrikal kiri ke saluran paru-paru kerana terdapat lubang di antara dinding ventrikel kiri dan kanan. Lubang yang kecil biasanya tertutup secara sendiri.

Atrial septal defect (ASD) - Lubang di antara atrium kanan dan kiri.

Atrio-ventricular septal defect (AVSD) - Selalunya dikaitkan dengan Sindrom Down.

Sakit jantung jenis biru (cyanotic heart defects)

Transposition of great arteries (TGA) - Pembuluh darah aorta dan pulmonari arteri bertukar tempat dan keluar dari ventrikal secara salah sekaligus menyebabkan pengaliran darah secara terbalik lalu tubuh bayi akan biru kerana darah tidak mengalir ke paru-paru dan kembali ke badan semula.

Fallot tetralogy - Ia melibatkan VSD dan penyempitan injap pulmonari yang menyebabkan kekurangan pengaliran darah ke paru-paru.

Kecacatan jantung jenis sumbatan

Pulmonary stenosis (PS) – Ia berlaku apabila penyempitan di injap atau di arteri pulmonary.
Aortic stenosis (AS) - Injap aorta yang sempit yang akan memberi bebanan ke atas ventrikal kiri.

Punca Bayi Menghidap Penyakit Jantung

  • Ibu yang merokok ketika hamil.
  • Si ibu minum ubat yang tidak dibenarkan oleh doktor ketika hamil.
  • Terkena radiasi.
  • Masalah genetik atau keturunan.

Tanda-Tanda Penyakit Jantung

Kebanyakan kes melibatkan kanak-kanak dapat dikesan sejurus lahir tetapi ada yang tidak menunjukkan sebarang tanda. Antara gejalanya adalah :
  • Pernafasan dan pergerakan nadi yang laju.
  • Degupan jantung yang laju.
  • Lebam-lebam biru pada kulit.
  • Berat badan yang tidak bertambah dan selalu sakit.
  • Keletihan melampau atau bernafas kencang semasa makan atau menyusu.
  • Pembesaran terbantut.
  • Warna lidah dan kuku yang kebiruan
  • Sesak nafas ketika bermain atau menyusu
Sebagai ibu bapa,jangan mudah melatah sekiranya anak anda mengalami penyakit. Sebaliknya anda harus kuat dah bertahan kerana anak anda sangat memerlukan sokongan dan bantuan daripada anda.Jika bayi anda mempunyai potensi menghidapi penyakit jantung, segeralah menemui doktor dan dapatkan rawatan sewajarnya. Masa depan si manja anda sangat berharga.
Fully Design By izza sakura