KEDATANGAN haid tiga atau empat kali setahun adalah sesuatu yang
membimbangkan kaum wanita, kerana kitaran haid yang tidak teratur sering
dikaitkan dengan masalah kesuburan. Bahkan, wanita yang mengalami haid
terlalu kerap dan panjang juga sebenarnya menghadapi masalah sakit puan
kerana fenomena ini akan menyebabkan mereka menopaus sebelum waktunya.
Menurut
Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan,
Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Dr Adilah Ahmat, kitaran haid dipengaruhi
hormon kewanitaan, iaitu estrogen dan progesteron iaitu proses
penyediaan lapisan endometrium (lapisan paling dalam uterus) untuk
kehamilan. Jika kehamilan tidak berlaku, dinding ini akan runtuh dan
dibuang sebagai haid. Kitaran haid berlaku pada purata 28 hari atau 26
hingga 35 hari.
Manakala pendarahan haid pula biasanya berlaku
dalam tempoh tiga hingga lima hari. Kitaran haid terbahagi kepada dua
fasa, iaitu folikular (permulaan pendarahan hingga ovulasi berlaku) dan
proliferatif (selepas ovulasi). Perubahan corak kitaran haid berpunca
daripada perubahan jumlah dan masa pengeluaran hormon oleh kelenjar
tiroid, adrenal, pituitari dan hipotalamus yang menyebabkan ovari lambat
atau tidak mengeluarkan telur.
Tanpa ovulasi, haid biasanya
tidak berlaku. Namun dalam sesetengah keadaan, hormon boleh menyebabkan
pendarahan yang tidak menentu masa dan jumlah sama ada terlalu sedikit
atau banyak. Bahkan, masalah berat badan yang terlalu kurus atau gemuk
antara faktor lazim yang mengganggu proses ovulasi, selain gangguan
emosi, tekanan, tempoh penyembuhan daripada penyakit atau pembedahan
turut menyebabkan kitaran haid tidak teratur.
Malah kelenjar
tiroid, pituitari dan adrenal boleh menyebabkan sesuatu hormon
dikeluarkan terlalu sedikit atau sebaliknya. Pernah mengalami haid,
walaupun sekali, bermakna wanita itu mempunyai rahim, ovari (yang
mengeluarkan hormon estrogen dan progesteron) serta laluan keluar
(vagina) yang telus.
Ramai menyangka haid yang jarang berlaku
disebabkan saluran fallopio tersumbat. Sebenarnya masalah ini berkait
rapat dengan hormon, bukan struktur laluan haid. Menurut Dr Adilah lagi,
oleh kerana kitaran haid tidak teratur berpunca daripada gangguan
proses kematangan dan pengeluaran telur, ia secara tidak langsung
menjadi petanda wanita berkenaan mengalami masalah kesuburan.
Ini
kerana jika tidak berlaku ovulasi untuk satu pusingan haid, bermakna
tiada peluang untuk hamil pada pusingan berkenaan. Pada golongan ini,
ovulasi hanya berlaku pada pusingan tertentu, malah ada kemungkinan
ovulasi berlaku sangat jarang atau tidak terjadi langsung.
Bagaimanapun,
haid yang tidak teratur tidak mengakibatkan pertambahan berat badan.
Anggapan haid tersekat (jarang berlaku) boleh menyebabkan pengumpulan
kotoran dalam badan dan berat badan bertambah adalah salah. Sebaliknya,
berat badan berlebihan atau terlalu kurus menjadi punca kitaran haid
tidak teratur. Masalah gemuk juga dikaitkan dengan penyakit Sindrom
Polisistik Ovari (PCOS).
Wanita dengan PCOS biasanya mengalami
berat badan berlebihan, haid tidak teratur, petanda berlebihan hormon
androgen (kulit berminyak dan berjerawat, rambut berlebihan pada kawasan
misai dan janggut), serta masalah kesuburan. Mereka juga menghadapi
risiko mendapat penyakit kencing manis dan penebalan lapisan endometrium
secara berterusan.
Rawatan paling popular adalah rawatan jangka
pendek menggunakan hormon estrogen dan progesteron untuk mengembalikan
haid. Bagi mereka yang lama tiada haid, pil hormon progesteron boleh
diambil untuk beberapa hari. Manakala pil hormon berkombinasi
(mengandungi hormon estrogen dan progesteron) diambil oleh wanita yang
haidnya tidak menentu dan mengalami pendarahan banyak. Pil ini bertindak
seperti hormon, iaitu merangsang penebalan dan pematangan lapisan
endometrium.
Rawatan selanjutnya pula akan diberi mengikut punca
masalah dan keperluan setiap individu. Contohnya bagi wanita yang
mengalami masalah berat badan, doktor akan merancang corak pemakanan dan
senaman untuk mereka. Manakala bagi wanita belum berkahwin atau tidak
mahu anak, pil hormon berkombinasi perlu diambil untuk beberapa bulan.
Wanita yang mengalami masalah untuk hamil pula disaran menjalani rawatan
kesuburan bagi merangsang pengeluaran telur serta ubat sampingan.
Kesan
sampingan berbeza mengikut jenis rawatan dan pengambilan hormon
kesuburan boleh menyebabkan lebih satu telur dikeluarkan dan risiko
mendapat kehamilan kembar (dua atau lebih) boleh berlaku. Pengambilan
pil hormon biasanya menyebabkan rasa loya dan pening. Penghidap PCOS
pula berdepan risiko mendapat ovarian hyperstimulation syndrome. Segera
berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan fizikal termasuk tekanan
darah, berat badan, ketinggian, kelenjar tiroid, dada dan abdomen.
Bagi
wanita yang melakukan hubungan seks, pemeriksaan dalaman juga boleh
dilakukan seperti ultrasound ke atas rahim dan ovari serta ujian darah.
Ini untuk memastikan gangguan ini bukan disebabkan penyakit lain.
Sumber Dr Adilah Ahmat - Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI)
Ada banyak faktor yang menyebabkan haid tak teratur. Antaranya ialah:
1. Berat badan tak stabil
Gurlz ni kategori (kenderaan berat ikut kiri) hehe.. Jangang marah gurau je. Kalau badan korang senang naik,secara automatik hormon korang tak stabil. Bila hormon tak stabil, haid pun susah datang. Darah kotor dalam badan susah nak dibuang. Tak bagus untuk kesihatan ni.. Jadi cuba jaga ape yang korang makan tu. Cara terbaik ialah turunkan berat badan secara sihat.
2. Pola makan
Selalu jadi kat awek-awek yang nak berdiet selalu ni ha. Diet tapi tak kena gaya. Sampai tahap berdiet yang teramat sangat, konon nya tak nak makan nasi (aneroxia), tapi bila makan je nak muntah. Badan tak leh nak accept makanan lagi (bulimia) atau pun korang terlalu obses untuk berdiet secara sihat, ni semua boleh kacau kitar haid.. Jangan sampai badan korang merajuk dengan korang ok.
3. Melakukan aktiviti yang berat
Tak boleh buat kerja berat-berat. Korang kena dapatkan rehat yang cukup bila tarikh untuk period tu semakin hampir. Tiap-tiap bulan kan dah kira kat kalendar. Jadi take note bila masa korang akan period. Walaucam manapun korang masih lagi digalakkan bersukan. Setakat berjogging atau berbasikal tu ok je. Dapat jugak melancarkan peredaran darah korang.Ye dak
4. Stres
Kalau korang selalu tertekan, selalu berpenyakit, selalu makan ubat. tak mustahil la period korang selalu lambat. Semua tu boleh menyebabkan menyebabkan hormon tak stabil. Hormon ni sangat penting untuk menstruasi.
5. Menyusu
Ni bagi yang dah kawin dan ade baby je la. Kalau dah ade baby tapi menyusu baby tu lebih dari setahun pun period jadi tak teratur gak.
6. Masalah kesihatan
Ni masalah ovum tak nak lepaskan telur dari rahim. Telur tu mesti cukup matang dulu sebelum dilepaskan. Ni memang kita tak boleh nak elak. Nak detect pun tak tau lagu mana nak buat. Kalau rasa dah lama sangat tak mai period, elok la p jumpa doktor. Doktor akan buat kemoterapi dengan menggunakan radiasi dekat pungkok.
Suplemen Cadangan Untuk Membantu Melancarkan Kitar Haid
GLA COMPLEX digunakan
untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka
yang menopause. Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin texture, skin repair dan buat skin glowing.
Testimoni 1#
Testimoni 2#
Testimoni 3#
Menurut sumber dari web healthy by nature , antara sebab-sebab haid tidak teratur adalah:-
Pertambahan atau penggurangan berat badan yang mendadak
Terlebih bersenam
Pemakanan tidak sihat (atau diet yang terlalu tinggi dalam karbohidrat)
Merokok
Penggunaan dadah
Penggambilan kafein yang tinggi
Pengambilan alkohol secara berlebihan (mengganggu fungsi hati dalam metabolisma estrogen dan progesteron)
masalah dalam pemakanan (eating disorder)
tekanan yang meningkat
Sindrom ovari polisistik (PCOS)
Rahim tidak normal (fibroid / sista / polip / endometriosis)
Ketidakseimbangan hormon
ubat-ubatan
kimoterapi
Baru-baru ini melahirkan anak, keguguran, atau D & C
Breastfeeding
Make Money at : http://bit.ly/adflywin
Make Money at : http://bit.ly/adflywin
Menurut sumber dari web healthy by nature , antara sebab-sebab haid tidak teratur adalah:-
Pertambahan atau penggurangan berat badan yang mendadak
Terlebih bersenam
Pemakanan tidak sihat (atau diet yang terlalu tinggi dalam karbohidrat)
Merokok
Penggunaan dadah
Penggambilan kafein yang tinggi
Pengambilan alkohol secara berlebihan (mengganggu fungsi hati dalam metabolisma estrogen dan progesteron)
masalah dalam pemakanan (eating disorder)
tekanan yang meningkat
Sindrom ovari polisistik (PCOS)
Rahim tidak normal (fibroid / sista / polip / endometriosis)
Ketidakseimbangan hormon
ubat-ubatan
kimoterapi
Baru-baru ini melahirkan anak, keguguran, atau D & C
Breastfeeding
Make Money at : http://bit.ly/adflywin
Make Money at : http://bit.ly/adflywin











