Google+ Followers

Wednesday, September 10, 2014

Tips Penjagaan Powerbank Dengan Betul

 Sebut sahaja powerbank, pasti ramai yang tahu di era teknologi ini kan. Ada yang jenis silinder lah, petak lah, dan macam-macam lagi keluaran powerbank yang mambang jumpa di pasaran. 


TIPS : 4 Cara Penjagaan Powerbank Dengan Betul
Namun, adakah anda semua tahu Cara Penjagaan Powerbank dengan betul supaya tahan lebih lama ? Di sini, mambang nak kongsikan beberapa tips penjagaan powerbank kepada anda.

Simpan Powerbank dalam Kereta !

Jangan simpan powerbank anda dalam kereta. Ini kerana biasanya suhu dalam kereta akan mencecah 40 Celsius atau lebih tinggi apabila berjemur di bawah matahari dan suhu tinggi ni akan mengurangkan lifespan powerbank anda. Kekadang ada sahaja antara kita yang malas untuk membawa keluar powerbank berjalan-jalan bersama kita, maka ditinggalkannya di dalam kereta. Betul tak ? Hehehe

TIPS : 4 Cara Penjagaan Powerbank Dengan Betul | Mambang.my


Menggunakan Car Charger Port yang Berkualiti

Jika nak charge powerbank anda dengan Car Charger, sila pastikan car charger anda jenis yang berkualiti. Low kualiti car charger biasa output current dia tak stable dan senang merosakkan circuit powerbank. Selalu menggunakan car charger yang low kualiti jugak salah satu battery phone anda cepat kembung.

Simpan Powerbank dalam Bag Ketika Mengecas

Jangan charge phone anda dgn powerbank dan simpan dlm bag. Ini disebabkan apabila anda charge phone anda dengan powerbank dalam bag, udara panas yang dikeluarkan daripada powerbank dan phone tidak dapat disingkirkan sebab udara dalam bag dalam keadaan tertutup. Selain tu, charge dalam bag akan menyebabkan kabel-kabel terhimpit dan cable anda akan cepat rosak. Try charge dalam keadaan terbuka.

TIPS : 4 Cara Penjagaan Powerbank Dengan Betul, powerbank, murah


Cas Powerbank Menggunakan USB Port dari Laptop/DVD Player/PC

Jangan charge powerbank anda dengan menggunakan USB port dari laptop atau PC ataupun DVD Player. Ini adalah kerana output dari USB port alat-alat tersebut terlalu rendah dan anda kena ambil masa yang lebih panjang utk mengecas powerbank anda.
Sumber:  daripada emel

- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:- 
Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185 
Call/whatsapp/sms : 012-3925240 
Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare 
emel: mia_idora2000@yahoo.com
Fully Design By izza sakura