Monday, December 8, 2014

Petua Awet Muda Dengan Ulam Raja

Ulam raja atau Cosmos Caudatus agak sinonim dengan masyarakat Melayu sejak dulu lagi. Biasanya ia dijadikan baik sebagai pembuka mahupun penambah selera. Namun, fungsinya tak terbatas setakat itu saja.

Khasiat lain ulam raja adalah menambahkan kandungan oksigen dalam darah. Penambahan oksigen ni akan melancarkan peredaran darah secara tak langsung.

Seterusnya, apabila kandungan oksigen telah mencapai keseimbangan, badan anda tentu akan terasa segar-bugar. :)
 
 
Ermmm... tapi, apa kaitannya pula dengan awet muda?



Begini, bila badan dah segar; kulit anda tentunya akan sihat dan tegang. Jadi, ketegangan kulit inilah yang menampakkan anda awet muda. Tak gitu? :)


Untuk itu, jika anda ingin kekal awet muda, ikutilah petua berikut;


1. Amalkan memakan ulam raja setiap hari.

2. Anda boleh memakannya secara mentah, dicelur dan kemudian cecah dengan sambal belacan, campurkan dalam masakan tertentu ataupun dibuat kerabu.

3. Namun begitu, pastikan anda memakannya kurang daripada secekak setiap hari. Ambillah ia secara sederhana saja.

Ok, jadi..kalau nak dapatkan petua awet muda secara semulajadi..bolehlah makan ulam raja....
Fully Design By izza sakura