APA ITU PENYAKIT SLE
Penyakit lupus atau Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)
adalah penyakit autoimun di mana sistem kekebalan tubuh keliru
menyerang jaringan sihat. Penyakit Lupus Eritematosus Sistemik (SLE) yang dikenali juga sebagai
'LUPUS'. Penyakit ini adalah keradangan kronik yang disebabkan sistem
pertahanan badan (autoimun) yang tidak normal melawan tisu badan
sendiri. Hal ini menyebabkan peradangan kronis jangka
panjang. Dari segi bahasa, Eritematosus artinya kemerahan,
sedangkan sistemik berarti tersebar luas diberbagai organ tubuh, tetapi
dalam pembicaraan sehari-hari SLE disebut lupus saja (Philips, 1996;
Heru, 2002).
RASA PENAT
Pakar perubatan Dr H.Tan memberitahu bahawa ciri-ciri wujud SLE adalah berlainan antara seorang pesakit dengan pesakit yang lain.
"Kira-kira 80 peratus daripada pesakit SLE mengalami sakit sendi dan otot selain ruam di kulit. Mereka juga rasa lemah-lemah serta tidak sihat.
"Pada kemuncaknya, pesakit SLE akan mengalami selesema dan ini mungkin diiringi demam, keletihan dan sakit otot. Bagi wanita, simptom ini mungkin lebih teruk sebelum pusingan haid dan sebab itulah simptom itu kadangkala disalahsangka sebagai tekanan stres sebelum haid," kata beliau.
Menurut pakar itu lagi, gejala yang biasanya timbul dalam kes SLE adalah artritis (radang dan sakit sendi) di tangan, kaki dan juga lutut.
Terdapat juga keletihan dan ruam pada kulit (termasuk muka dan badan).
Pakar perubatan Dr H.Tan memberitahu bahawa ciri-ciri wujud SLE adalah berlainan antara seorang pesakit dengan pesakit yang lain.
"Kira-kira 80 peratus daripada pesakit SLE mengalami sakit sendi dan otot selain ruam di kulit. Mereka juga rasa lemah-lemah serta tidak sihat.
"Pada kemuncaknya, pesakit SLE akan mengalami selesema dan ini mungkin diiringi demam, keletihan dan sakit otot. Bagi wanita, simptom ini mungkin lebih teruk sebelum pusingan haid dan sebab itulah simptom itu kadangkala disalahsangka sebagai tekanan stres sebelum haid," kata beliau.
Menurut pakar itu lagi, gejala yang biasanya timbul dalam kes SLE adalah artritis (radang dan sakit sendi) di tangan, kaki dan juga lutut.
Terdapat juga keletihan dan ruam pada kulit (termasuk muka dan badan).
Antara gejala-gejala SLE:
*ruam pipi (malar rash)
*ruam merah pada kulit (discoid rash)
*peka terhadap cahaya (photosensitivity)
*luka sekitar mulut (oral ulcers)
*artitris (radang sendi)
*radang pada selaput sereus (serositis)
*kelainan pada ginjal (renal disorder)
*kelainan fungsi saraf (neurologic disorder)
*kelainan darah (hematologic disorder)
*kelainan pasa sistem kekebalan tubuh (immunologic disorder)
SISTEM IMUN
Menurut pakar-pakar perubatan, SLE adalah penyakit yang muncul dari sistem imum badan itu sendiri.
"Dalam SLE, sistem imum badan jadi tidak seimbang mengakibatkan badan memberi reaksi terhadap tisu yang sihat. Itulah sebabnya simptom SLE boleh berbeza (dari satu individu dengan individu yang lain).
"Penyakit ini juga disebabkan jenis ubat yang diambil," kata Dr Tan.
Kata beliau SLE diklasifikasikan sebagai penyakit reumatik sendi dan boleh melibatkan beberapa organ dalam badan seperti buah pinggang.
PENYEBAB SLE
Faktor-faktor yang menyebabkan SLE sebenarnya tidak diketahui walaupun ada kajian menunjukkan kemungkinan wujudnya faktor genetik.
Kata Dr Tan, SLE adalah 10 kali lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita daripada lelaki.
"SLE sukar untuk diberi diagnosis. Kadangkala pesakit LUPUS perlu merujuk beberapa orang doktor barulah penyakit ini dapat dikenalpasti.
"Simptomnya yang sama dengan penyakit lain menyebablan SLE sukar diberi diagnosis. Tiada ujian yang spesifik bagi menentukan sama ada seseorang itu menghidapi SLE.
"Ia bukan luar biasa bagi seseorang itu menghidapi SLE selama berbulan atau bertahun sebelum beliau mengetahui dirinya mempunyai diagnosis penyakit itu," kata Dr Tan.
Katanya doktor hanya dapat memberi diagnosis setelah meneliti riwayat perubatan pesakit dan dibantu analisis ujian rutin makmal serta juga beberapa ujian khas berkaitan dengan status imun pesakit.
"Terdapat 11 kriteria untuk diagnosis. Jika pesakit mempunyai empat daripada kriteria ini termasuk ujian darah, maka beliau boleh dikatakan mempunyai diagnosis positif SLE," terang beliau.
MEMBAWA MAUT
Pakar-pakar reumatologi memberitahu bahawa penyakit SLE boleh membawa maut.
Yayasan SLE Amerika menyatakan komplikasi daripada penyakit itu menyebabkan beribu-ribu pesakit mati di seluruh dunia setiap tahun.
Tetapi diagnosis awal serta pengurusan penyakit yang lebih baik telah membolehkan ramai pesakit menjalani kehidupan yang normal. Malangnya bagi ramai yang menghidapi penyakit ini mereka terpaksa menjalani kehidupan yang mengganggu kualiti hidup.
'PENAWAR' BAGI LUPUS
Pakar-pakar perubatan berkata tidak ada 'penawar' bagi SLE untuk ketika ini.
Tetapi terdapat rawatan bagi mengawal simptom dan penyakit ini. Terapinya bergantung pada organ yang terlibat serta tahap penyakit ini.
Kata Dr Tan, pesakit yang mempunyai simptom SLE seharusnya berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
"Mereka (pesakit) perlu menerangkan keseluruhan riwayat perubatan mereka walaupun tiada gejala yang timbul ketika itu. Doktor mungkin memerlukan pesakit menjalani ujian tambahan dan merujuk pesakit kepada pakar reumatologi dan pakar dermatologi," katanya.
Maklumat yang lebih mengenai SLE boleh didapati dari www.lupus.org.
"Rehat yang lebih juga merupakan bahagian penting dalam pengurusan penyakit ini," tambah beliau.
-- BERNAMA (kredit)