Wednesday, December 10, 2014

Cara Nak Hilangkan Stretchmark Selepas Bersalin

Bagi ibu-ibu yang lepas bersalin, mesti anda agak rasa terkejut dengan stretch mark (rekahan pada kulit di perut). Yerlaa perut yang asalnya licin dah jadi pecah-pecah. Apa punca terjadinya stretch mark nie yer?
Stretchmark berlaku disebabkan oleh beberapa situasi yang memberi tekanan tambahan pada kulit kita seperti pertambahan berat badan secara tiba-tiba, kehamilan dan pertumbuhan berat badan yang drastik semasa remaja. Kadang-kadang semasa stretch mark juga berlaku ketika senaman di mana regangan badan dilakukan secara berlebihan.


 Kebiasaanya stretch mark yang paling ketara berlaku di bahagian perut yg timbul selepas bersalin. Ianya tidak akan hilang dengan sendiri tapi memerlukan rawatan dan usaha untuk menghilangkannya. Terdapat beberapa cara untuk menghilangkan stretch mark di sekiar perut menggunakan bahan-bahan yang boleh diperolehi di dapur rumah sahaja.
 

Berikut Adalah Cara Untuk Menghilangkan Stretchmark:-


1: Guna scrub aprikot
Ramai orang menggunakan scrub aprikot untuk menyingkirkan stretch mark daripada kulit mereka. Anda boleh baut sendiri scrub ini dengan cara:
• Sediakan Aprikot 2-3 biji
• Air suam untuk mencuci kulit daripada scrub
• Potong buah aprikot dan keluarkan biji.
• Lenyekkan buah-buahan untuk mendapatkan pes mereka.
• Tampal aprikot ini pada stretch mark anda.
• Biarkan selama kira-kira 15-20 minit.
• Basuh dengan air suam.
• Ulang setiap hari (pada mulanya anda boleh melakukannya dua kali sehari) selama sebulan.

  
2: Aloe Vera
Manfaat lidah buaya kini amat popular sebagai penawar pelbagai penyakit. Lidah buaya mengandungi kolagen tumbuhan yang sangat bagus untuk pembaikan kulit manusia. Seboleh yang mungkin gunakan gel yang diperolehi secara terus dari batang lidah buaya.
Cara untuk menggunakan lidah buaya sebagai rawatan stretch mark adalah seperti berikut :-
• Ambil daun lidah  buaya
• Buangkan duri daun lidah buaya dan buang kulit luarnya.
• Keluarkan gel melekit dari bahagian dalam daun.
• Sapukan terus gel aloe segar di stretch mark anda.
• Biarkan selama dua jam.
• Basuh dengan air.


3: Kentang
Kentang adalah makanan super kerana banyak komponen seperti asid lemak dan pelbagai fitokimia, seperti karotenoid dan polifenol. Ia juga mempunyai banyak vitamin dan mineral termasuk Vitamin-C, B​​-kompleks, kalium, magnesium, kalsium, fosforus dan zink. Oleh kerana kentang mampu merangsang kolagen dan sintesis elastin, ia berkesan boleh memulihkan semula sel-sel kulit stretch mark anda.
Cara menggunakan kentang untuk stretch mark adalah seperti berikut : -
• Ambil 1 biji Kentang (bersaiz sederhana)
• Potong kentang ke dalam kepingan bersaiz tebal.
• Ambil 1 keping dan sapu perlahan pada kawasan stretch mark anda. Pastikan jus dari kentang disapu di seluruh kwsn stretch mark.
• Biarkan selama 5-10 minit.
• Basuh dengan air suam.

4: Lemon
Lemon telah diiktiraf sebagai agen peluntur semula jadi yang sangat berkesan. Alfa hydroxy asid (AHA) dan vitamin C dalam lemon sangat cekap membuang kulit mati dan menjadikan stretch mark anda hilang dengan cepat.
Cara menggunakan lemon untuk menghilangkan stretch mark adalah seperti berikut:
• Ambil sebiji Lemon
• Potong lemon kepada 2 bahagian.
• Ambil separuh daripada lemon dan perlahan-lahan sapukan pada stretch mark anda.
• Perahkan sedikit demi sedikit jus dari lemon pada kawasan stretchmark
• lakukannya sekurang-kurangnya 10 minit.
• Kemudian basuh dengan air suam.
Untuk menjadikannya penawar stretch mark dengna lebih berkesan, anda boleh mencampurkan jus lemon dengan bahan-bahan lain dalam kuantiti yang sama (contohnya 1 sudu besar jus lemon dengan 1 sudu besar jus yang lain):
• Jus lemon dengan jus timun
• Jus lemon dengan jus kentang
• Jus lemon dengan jus tomato.

5.Vitamin E

Vitamin E adalah antioksidan yang kuat yang akan menembusi lapisan kulit anda dan membantu proses penyembuhan luka semula jadi semasa membuang parut di atasnya.
Bagaimana untuk menggunakan vitamin E untuk menghilangkan stretchmark?
Ambil 1 biji capsul vitamin E. Cucuk dengna jarum dan keluarkan minyak vitamin E dari kapsul dan sapu rata ke permukaan kulit di kawasan stretch mark.
Biarkan selama 40 min dan kemudian basuh dengna air bersih.

6: Putih Telur 
Putih telur mengandungi 40 protein yang berbeza jadi ianya menjadi sebab mengapa ia begitu bermanfaat untuk kesihatan kulit. Putih telur juga kaya dengan kolagen dan vitamin A dan dengan itu boleh merawat parut atau luka bakar dengan berkesan.
Keluarkan putih telur dengan memisahkan kuning telur dari telur.
• Pukul putih telur sedikit dengan garpu
• Sapukan pada kawasan stretchmark. Boleh juga dicmapurkan bersama dengan minyak zaitun
• Biarkan selama 15 minit
• Basuh dengan air.

7.ESP

ESP adalah serbuk protin dari Non GMO soya yang mengandungi protin untuk membina blok-blok asas sel-sel badan untuk menghasilkan dan memelihara agar kulit tiada cela.  Protein diperlukan untuk membaiki tisu dan pembinaan tisu baruSetiap sel memerlukan protein untuk mengekalkan kehidupan.Protein juga bahan utama yang digunakan untuk "menggantikan" sel-sel mati. Jadi sel-sel mati di bahgn perut yg menimbulkan stretch mark dapat dibuang dengan lebih berkesan.

8.Minum Cukup Air
Tiada ubat akan berfungsi dengan berkesan jika kulit anda tidak sentiasa terhidrat. Minum air yang mencukupi (sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari) Bukan sahaja kulit terhidrat malah badan akan ternyahtoksin dan juga mengembalikan keanjalan kulit.
Selain daripada menjaga kulit agar sentiasa terhidrat, anda juga perlu menjaga pemakanan. 

Kekurangan sumber nutrien dalam badan tidak boleh memberi manfaat sepenuhnya daripada krim, losyen, minyak, topeng atau apa-apa benda lain yang disapu pada kulit.
Mempunyai jumlah protein baik setiap hari seperti Kacang, ikan, putih telur, yogurt, kacang  kacang tanah, badam dan lain-lain serta mempunyai makanan yang tinggi Vitamin C dan E untuk menggalakkan pertumbuhan tisu kulit. Lada, jambu, sayuran hijau, brokoli, gooseberries, betik, oren, strawberi yang tinggi vitamin C. Bayam, kacang, kale, minyak zaitun, buah-buahan tropika seperti betik dan kiwi, gandum semua kaya dengan Vitamin E.

Elakkan lemak tepu dalam diet kerana ianya menambahkan berat dan obesiti yg boleh menyebabkan regangan kulit, menjadikan stretch mark bertmabah hodoh.



 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-

 Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185 
012-3925240
 https://www.facebook.com/znzHealthcare 
mia_idora2000@yahoo.com 

 COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"
Fully Design By izza sakura