Sunday, November 16, 2014

Menangani Kanak-Kanak Yang Hyperaktif

Assalamualaikum..dan salam sejahtera

Pernahkah anda berhadapan dengan kanak-kanak hyperaktif. Kadang-kadang ibubapa tidak menyedari bahawa anak mereka adalah tergolong di kalangan kanak-kanak hyperaktif.

Menurut Jamilah (2005), masalah hiperaktif ini adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu tetapi masih mempunyai tumpuan yang singkat mengikut kata 

Sandra (2008) yang telah menjelaskan terdapat dua jenis masalah kanak-kanak kurang tumpuan iaitu Attention Deficit Disorder (ADD) atau masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif dan Attention Deficit Hiperactivity Disorder (ADHD) atau masalah kurang daya tumpuan dengan hiperaktif. Menurut Sandra lagi untuk masalah ADD atau ADHD adalah bersifat fisiologi dan biologi. Manakala menurut Sheila & Samsilah (2006), ADHD adalah satu keadaan yang meletakkan kanak-kanak yang mengalaminya mempunyai masalah tingkah laku yang terlampau aktif dan impulsif. (Sumber)

 

kebanyakan kanak-kanak yang dikatakan terlalu lasak oleh ibu bapa masih boleh dikawal dan mematuhi disiplin sekiranya proses dan cara berkenaan dilakukan dengan betul.
Tetapi keadaan itu menjadi lebih sulit dan tidak terkawal bagi ibu bapa apabila keadaan lasak terbabit menjadi tidak terkawal.

Malah, anak tidak mendengar kata, asyik dengan aktiviti, terlalu resah, tidak boleh duduk diam hampir dalam semua situasi (di tadika, klinik, kedai atau taman permainan) serta tidak boleh menumpukan perhatian kepada sesuatu aktiviti memerlukan pemerhatian sewajarnya.

 

Antara sikap kanak-kanak hiperaktif:

  • Degil
  • Suka membantah
  • Suka melanggar peraturan terutama di sekolah
  • Mudah leka dan tidak memberi tumpuan terhadap sesuatu hal
  • Sering kali merasa tidak puas hati
  • Sering tertekan
  • Menghadapi masalah dalam pelajaran dan hubungan sosial
  • Cepat takut dan risau
  • Suka berpeluh dan mengalami masalah sakit perut atau cirit birit.


Hiperaktif dikategorikan kepada tiga tahap iaitu :


Berkelakuan terlalu aktif
Tahap aktiviti motor yang tinggi iaitu sentiasa bergerak ke sana ke mari, berlari tanpa rasa penat, tidak boleh duduk diam dan sentiasa gelisah. Kanak-kanak yang berkelakuan seperti suka berlari, memanjat perabot dan tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai kanak-kanak hiperaktif.

Kurang tumpuan
Tidak boleh menumpukan perhatian pada guru di sekolah atau tadika dan tidak berupaya menghabiskan tugas diberikan atau aktiviti permainan. Biasanya, mereka mudah beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan lain dan sering kali tidak mendengar apabila
orang cuba bercakap dengannya dan tidak boleh duduk bermain dengan lama seperti kanak-kanak lain.

Mengikut dorongan hati 
Tingkah laku impulsif dan memenuhi kehendak diri dengan segera. Biasanya, mereka tidak suka menunggu giliran dalam permainan dan suka mengganggu orang lain. Tindakannya di luar kawalan, cepat berubah melakukan sesuatu dan tidak mengikut arahan.

Masalah ADHD atau Hiperaktif (attention-deficit/hyperactivity disorder) ini juga cenderung berlaku pada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Kurang tumpuan terhadap pelajaran menyebabkan mereka lewat menerima dan membantutkan pencapaian pendidikan. Masalah ini kerap alami kanak-kanak prasekolah dan ia boleh menjejaskan pencapaian bidang pelajaran pada peringkat awal kanak-kanak.


Suplemen Cadangan Untuk Kanak-Kanak Hyperaktif


Menurut Dr Zubaidi hj Ahmad, pemakanan bernutrisi sangat baik untuk kanak-kanak. Banyak kajian telah membuktikan bahawa pemakanan yang berzat dan bernutrisi menggalakkan perkembangan otak dan mengurangkan stress.

Bagi kanak-kanak hyperaktif, berikan omega-3 setiap hari selama 6 bulan dan ia dapat mengurangkan keresahan, agresif, mereka dapat menyiapkan kerja serta meningkatkan prestasi akademik.

Omega Guard Shaklee adalah salah satu suplemen yang dapat membantu meningkatkan perkembangan otak kanak-kanak. Ini kerana Omega Guard kaya dengan Omega-3, DHA dan EPA.

Ibubapa seharusnya mengelakkan dari memberikan anak-anak mereka makanan ringan. Dalam kajian yang dilakukan oleh Unit Psikiatri University Of Bristol, UK pada tahun 2009, mendapati anak-anak yang diberi makanan ringan seawal usia 4 tahun menyumbang kepada masalah tingkahlaku dan hyperaktif.

Hubungi saya untuk dapatkan OMEGA GUARD hari ini, Kalau nak tahu, bulan nie bulan PROMOSI OMEGA..so cepat-cepat grab..memang harga berbaloi-baloi bulan nie....


 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-

 Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185 
012-3925240
 https://www.facebook.com/znzHealthcare 
mia_idora2000@yahoo.com 

 COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"


Fully Design By izza sakura