Apakah Jaundis?
Penyakit
Jaundis merujuk kepada kehadiran warna kuning di
bahagian kulit dan bahagian putih mata disebabkan
terlalu banyak mendapan bilirubin di dalam badan.
Bilirubin dihasilkan secara berterusan di dalam
badan tetapi ia disingkirkan dengan cepat oleh hati dan
dibebaskan di dalam najis. Jaundis tidak akan berlaku selagi
bilirubin dapat disingkirkan dari badan dengan cepat
berbanding penghasilannya di dalam badan. Jaundis
berlaku disebabkan kehadiran bilirubin yang
berlebihan dan tidak dapat disingkirkan oleh hati.
Ia mungkin akibat pengeluaran bilirubin yang
berlebihan atau bilirubin disingkirkan dengan perlahan oleh
organ hati.
Jenis-jenis jaundis
Adalah penting untuk mengenali jenis-jenis jaundis. Setiap jenis jaundis menyebabkan kesan dan mempunyai rawatan yang berbeza.Jaundis Normal/Physiologic
Biasa
terjadi kepada bayi baru lahir.Kadarnya adalah lebih tinggi berlaku
pada ethnik tertentu seperti Cina, Jepun, Korea (Asia). Bayi yang kurang
menyusu beberapa hari selepas dilahirkan dan tidak kerap membuang air
besar juga mudah mendapat jaundis. Apabila bilirubin berkumpul di dalam
najis bayi dan tidak dibuang, ia akan beredar kembali ke sistemnya.
Kekerapan membuang najis dapat merendahkan tahap bilirubin. Mula kelihatan selepas hari 2 - 4 selepas lahir dan biasanya hilang sendiri selepas 1 ke 2 minggu.
Bagi bayi yang kurang menyusu, ibu perlu mendapatkan nasihat cara dan teknik untuk menyusu bayi dengan betul. Dengan penyusuan yang betul, jaundis akan hilang.
Bagi bayi yang kurang menyusu, ibu perlu mendapatkan nasihat cara dan teknik untuk menyusu bayi dengan betul. Dengan penyusuan yang betul, jaundis akan hilang.
Jaudis Pathologic
Terjadi
akibat keadaan perubatan seperti berlainan jenis darah(kerap berlaku),
kelahiran pra matang, pembedahan caesarean, infeksi, kerosakan hati
akibat rubella, siplis atau toxoplasmosis. Bagi bayi dan ibu dari jenis
darah berlainan kerap berlaku bagi ibu berdarah jenis O atau Rh negatif.
Ianya mula dikesan dari hari pertama kelahiran dan meningkat dengan
mendadak. Masalah Rh juga pernah menyebabkan demam kuning yang teruk.
Kini ia dapat dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh pada ibu dalam
tempoh 72 jam selepas kelahiran.
Jaudis Susu Ibu
Ini
berkemungkinan dari susu ibu yang terhasil menyebabkan kelewatan atau
memanjangkan tempoh membuangan lebihan bilirubin melalui usus. Ia
bermula dari hari ke minggu ke 2 dan hilang selepas 3 hingga beberapa
minggu atau beberapa bulan kemudian. Walaupun mendapat susu yang
mencukupi bayi masih mendapat jaundis. Jika kadar bilirubin meningkat,
doktor anda mungkin menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan badan
selama 2 ke 3 hari. Dalam masa itu, anda bolehlah memerah susu bagi
mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap
bilirubin menurun.
Rawatan
Pemeriksaan akan dibuat dengan menekan kulit bayi atau mengambil darah bayi untuk mengukur tahap bilirubin bayi. Untuk memeriksa sendiri, bagi kulit bayi berkulit cerah, boleh diletakkan di tempat banyak cahaya atau lampu. Tekankan kulit secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada, jika terdapat kesan kekuningan apabila jari diangkat bermakna bayi anda mengalami jaundis. Bagi bayi berkulit gelap, boleh periksa gusi atau mata putih. Jika tahapnya didapati tinggi, bayi perlu diberikan rawatan.
Biasanya tidak memerlukan rawatan. Jika memerlukan rawatan, rawatan yang dibuat ialah menggunakan phototerapi iaitu menggunakan cahaya. Bayi dibogelkan, mata ditutup dan diletakan dibawah cahaya 'bililight'. Rawatan ini diteruskan sehingga tahap bilirubin menurun. Kini rawatan ini boleh dilakukan di rumah.
Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan dilakukan.
Jaundis Normal/Physiologic
Kebanyakan
kes jaundis ini tidak memerlukan rawatan phototerapi. Berikut
disenaraikan langkah yang boleh dibuat untuk mengelak atau merawatnya.
- Menyusukan bayi dari awal dan dengan kerapnya. Kolostrum akan bertindak sebagai laxative dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin. Perhatikan pengeluaran air kencing dan najis.
- Elakan mengambil air tambahan. Hanya 2% bilirubin keluar melalui air kencing dan 98% keluar melalui najis. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar. Jika bayi anda kenyang dengan air dia akan kurang menyusu.
- Galakan bayi anda berjaga dan menyusu setiap 2 jam. Jaundis menyebabkan bayi anda mengantuk.
- Jika bayi anda tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari 3 kali sehari, cuba perah susu anda menggunakan tangan atau pam. Dan berikan menggunakan cawan, sudu atau syringe. Jangan menggunakan botol kerana bayi anda akan keliru dengan puting getah ketika peringkat ini.
- Dedahkan kepada cahaya secara tidak terus. Buka pakaian dan diaper dan letak di dalam bilik yang terdapat banyak cahaya. Kulitnya adalah sensitif jangan diletakan secara terus kepada cahaya.
- Elakan ubatan seperti aspirin dan dadah sulfa. Pastikan doktor anda tahu dadah yang anda ambil, jadi anda boleh hentikan atau mencari penganti yang lain jika ubat adalah penyebabnya
Jaudis Pathologic
Bayi
perlu mendapat rawatan segera. Penyusuan badan perlu diteruskan.
Kolostrum dan susu yang diterima akan membantu pembuangan najis dan
mempercepatkan pengeluaran bilirubin. Bayi yang sakit memerlukan lebih
susu badan berbanding bayi yang sihat. Dalam kes tertentu bayi akan
perlu menjalani penukaran darah. Ini adalah langkah paling cepat dan
perlu jika bayi mencapai tahap tertentu melebihi 26mg/ld. Namun kurang
dilakukan kerana proses phototerapi biasanya mujarab. Bayi akan
mengantuk dan lemah untuk menyusu. Anda mungkin memerlukan pam untuk
memastikan bekalan susu mencukupi untuk bayi anda.
Jaudis Susu Ibu
Penyebabnya
kurang dapat dipastikan. Bayi boleh diberi susu formula buat seketika.
Biasanya tahapnya akan turun dan meningkat semula apabila menyusu badan.
Namun anda tidak patut memberhentikan penyusuan badan kerana susu badan
adalah susu yang terbaik.
Mengapa bayi mengalami jaundis?
Bayi
yang sihat atau bayi yang tidak mengalami jaundis
yang teruk sebenarnya mengalami jaundis
fisiologikal. Kadangkala jaundis diakibatkan oleh
beberapa sebab dan ujian akan dijalankan ke atas
sampel darah untuk mengetahui penyebabnya.
Apakah yang menyebabkan Jaundis?
Jaundis
mungkin disebabkan sel darah merah yang tak normal
seperti kekurangan G6PD atau ibu dan bayi mempunyai
kumpulan darah yang berbeza. Bayi yang menghidapi
jangkitan juga boleh mendapat jaundis.
Apa yang akan terjadi selepas bayi dibenarkan keluar dari hospital?
Jika bayi anda dimasukkan ke dalam wad akibat jaundis, anda tidak perlu membiarkan bayi dirawat di wad sehingga bayi pulih seperti sediakala. Selalunya bayi masih mengalami sedikit jaundis semasa bayi dibenarkan keluar dari wad. Namun ia dijangka akan hilang dalam masa beberapa hari. Adalah penting untuk memastikan jaundis akan pulih sepenuhnya. Anda perlu membawa semula bayi anda untuk menjalani pemeriksaan seminggu selepas dikeluarkan dari wad. Jika bayi anda masih berwarna kuning, maka mungkin perlu menjalani beberapa ujian untuk mengetahui sebab-sebabnya. Jika jaundis masih hadir dan bayi anda mengeluarkan najis yang berwarna pucat, ini mungkin disebabkan saluran hempedu tersumbat dan bayi anda perlu dirawat dengan segera.TANDA-TANDA BERBAHAYA
1 Kekuningan kulit yang sampai kebahagian bawah dada.
2 Kekuningan dikesan dalam masa 24 jam selepas bayi dilahirkan.
3 Bayi yang kekurangan enzim G6PD.
4 Bayi sentiasa menangis dengan gerak-geri anggota yang tidak normal.
5 Najis bayi berwarna pucat.
6 Bayi kurang aktif dan enggan menyusu.
7 Kuning bayi yang melebihi 14 hari umurnya.
KESAN-KESAN BURUK JAUNDIS YANG TERUK
1 Kecacatan otak
2 Kecacatan anggota (Cerebral palsy)
3 Masalah pendengaran, termasuk pekak
4 MAUT sekiranya berlanjutan
TINDAKAN PENTING YANG PERLU DIAMBIL OLEH IBU BAPA DAN PENJAGA
1 Maklumkan
kelahiran dengan segera kepada jururawat masyarakat di klinik kerajaan
yang berdekatan supaya beliau dapat membuat lawatan ke rumah.
2 Bawa bayi ke klinik kesihatan atau hospital dengan segera sekiranya bayi kuning.
3 Teruskan penyusuan ibu dengan lebih kerap.
4 Elakkan ubat tradisional atau herba secara minum atau mandi/sapu untuk bayi dan ibu.
5 Menjemur bayi di bawah matahari adalah tidak berkesan dan merbahaya.
PERANAN DOKTOR DAN JURURAWAT
1 Pemeriksaan bayi secara keseluruhan.
2 Pemeriksaan darah bayi untuk menentukan tahap dan sebab jaundis.
3 Rawatan fototerapi / lampu khas adalah cara senang dan berkesan untuk mengurangkan jaundis.
4 Pertukaran darah kadang-kadang diperlukan untuk kes jaundis yang teruk.
5 Pemeriksaan darah sekurang-kurangnya sekali sehari untuk menentukan pemulihan.
Adakah ianya merbahaya?
Kebanyakan kes jaundis tidak merbahaya. Namun jika tahapnya adalah tinggi dan dibiarkan tanpa rawatan ia akan menyebabkan kerosakan kekal ke atas sistem saraf. Ia boleh menyebabkan pekak dan pertumbuhan yang lembab dan membentuk cerebral palsy.
Jika bayi anda mendapat jaundis dalam masa 24 jam selepas lahir, ini dianggap serius dan perlu pemerhatian rapi dan rawatan. Ia boleh disebabkan oleh masalh yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, infeksi atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pra matang sebelum 28 minggu.
Paras
kepekatan bilirubin yang tinggi di dalam darah
boleh merosakkan otak bayi. Bayi perlulah mendapat
rawatan segera tak kira apa punca yang menyebabkan
jaundis itu berlaku. Bayi perlu diberi rawatan di
hospital apabila paras kepekatan bilirubin sangat
tinggi manakala paras jaundis yang rendah tidak begitu
membahayakan.
Bayi yang menghidap jaundis perlu mendapat susu yang cukup untuk mengelak menjadi kekeringan. JAUNDIS (DEMAM KUNING) (Kredit)