Apa kbabar semua..Siapa yang suka kan kalau kat rumah banyak tikus..lagi satu air kencing tikus nie boleh membawa maut. Kata orang tua-tua..tak boleh sebut tikus kat rumah..nanti terus ada tikus..hihihi..kebetulan jer tu rasanya...masa kat rumah sewa..pernah berperang dengan tikus...tutup lubang nie..ia buat lubang baru..ahamdulillah..sekarang dah tak ada lagi...tapi kena berjaga-jaga jugak...Haa..jadi hari ini saya ingin berkongsi petua bagaimana nak menghalau tikus di rumah anda..
Berikut beberapa cara yang boleh anda cuba:
1. Daun Pandan
Daun pandan memiliki aroma wangi bukan sahaja boleh menyedapkan bau ruang kediamanan. Keharumannya itu tidak disukai oleh tikus.
2. Kucing
Peliharalah kucing di rumah, terutama kucing jenis tertentu yang dapat membunuh tikus.Kucing merupakan musuh utama bagi tikus!
3. Buah Mengkudu
Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potonglah mengkudu tersebut menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia dalam sebuah mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat membuatkan tikus pergi dari rumah.
4. Minyak Mint
Sapukan minyak yang diperbuat daripada daun mint (MenthaCodifolia) pada sehelai kain dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan tikus. Sudah pasti tikus tidak akan datang lagi kerana tikus tidak menggemari bau mint.
5. Kapur Barus (DryobalanopsAromatica)
Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan-kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus itu. Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat!
6. Cat BadanTikus
Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan badannya dengan cat berwarna terang seperti warna merah, kemudian lepaskan. Tikus tersebut tidak akan datang lagi, malahan turut membuatkawan-kawan tikusnya yang lain berasa takut untuk mengganggu kediaman anda.
7. Buah Durian
Sediakan dua atau tiga biji buah durian. Mana-mana bahagian isinya yang sedap itu, anda makanlah. Kemudian, letakkan potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus. Tentunya bau durian yang menusuk hidung dan kulitnya yang berduri membuatkan tikus berasa gerun untuk singgah di kediamanan anda.
8. Durian Belanda
ambil beberapa helai daun durian belanda. Letakkan daun tersebut di tempat yang sering menjadi laluan tikus.
Kalau cara yang saya guna adalah guna gam tikus atau perangkap tikus..letak umpan makanan dalam tu..insyaAllah tikus akan masuk perangkap..
Ambil beberapa helai
daun durian belanda dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi
laluan binatang tersebut. Letakkan juga di dalam almari makanan.
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Ambil beberapa helai
daun durian belanda dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi
laluan binatang tersebut. Letakkan juga di dalam almari makanan.
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Keberkesanan cara-cara membasmi dan mengusir tikus-tikus tersebut bergantung pada banyak faktor, contohnya keadaan ruang dan kawasan persekitran kediaman anda itu sendiri.
Jadi, anda harus sentiasa peka dengan keadaan sekeliling anda. Elakkan daripada melakukan perkara yang boleh mengundang penyakit yang disebabkan oleh tikus, seperti penyakit kencing tikus!
Penyakit kencing tikus ini adalah antara penyakit berbahaya kerana kebanyakan yang menghidapinya berisiko untuk maut. Jagalah setiap pemakanan, persekitaran dan akitiviti anda dan keluarga setiap hari.Pastikan juga kediaman ada terjamin bersih dan bebas dari pada binatang bernama ‘tikus’ ini!
Selamat mencuba...
Bagus tips ni. Nanti nak suruh mak kat kampung cuba. Tq kak sudi kongsi..
ReplyDeleteOwh.. Tau kucing je.. Yg lain tak tau.. Kalau letak makann dlm sangkar pn mengundang jgk ye.. Tpi bab cat badan tikus tu mcm geli je.. Huhu.. Tapi blh Cuba smua tips ni di rumah.
ReplyDeleteTIPS DAPATKAN PERUT KEMPIS
Bab cat badan tikus ni memang susah nak buat sebab tikus mmg susah nak ditangkap. Larinya pun laju. Kucing sekarang pula kebanyakan jenis manja, takut pads tikus.
ReplyDeleteJom Lawat Blog Raikankasih
Memang xkan sempat nak cat tikus tu sbb confirm dibuang dulu..hihii..
ReplyDeleteJommSihatDanCantik -> JAWAPAN KEPADA SEBUAH KEHIDUPAN YANG LEBIH BERMAKNA
wah....wah...tips yang sangat bermanfaat sekali, rasa nak buat jugak ni....kat rumah takde tikus, tapi kat rumah di kampung banyak.....kena buat projek kat kampung ni.... hhihiihi....thanks sudi tips dear.
ReplyDeletePedas Yang Membawa Banyak Manfaat Bagi Kesihatan
Kencing tikus boleh menyebabakn kematian dalam kes2 tertentu...
ReplyDeleteMasalah Kesuburan
Tips no. 6 tu yang paling menarik sekali
ReplyDeleteBiasa yang tahu utk halau tikus adalah kucing
ReplyDeleteATASI MASALAH KEDINGINAN
Tq kongsikan tips yang berguna
ReplyDeleteJana Pendapatan Sebagai Persediaan Masa Kecemasan
Kucing sy takut tikus..tupai pun dia takut
ReplyDeletemacam kelakar pulak huhu
umah mak mertua bnyak jg tikus.. boleh la suh mil buat ikut tips2 ni..
ReplyDelete