Assalamualaikum..
Pernahkah ibu-ibu diluar sana mengalami masalah plasenta previa? Semasa mengandungkan anak pertama dulu..saya pernah mengalaminya. Risau jugak sebab dah laa masa itu first time pengalaman mengandungkan anak. Saya dapat tahu masalah tersebut ketika kehamilan saya masuk tujuh bulan. Doktor yang scan bagitahu yang uri saya berada di bawah. Tapi alhamdulillah, dah dekat nak bersalin tu..doktor scan..uri dah naik dan memang waktu tu doktor dah putuskan supaya melahirkan bayi secara ceaserean. Alhamdulillah..Allah makbulkan doa saya dan saya dapat melahirkan anak sulong secara normal tanpa sebarang komplikasi. Saya percaya, masih ramai ibu-ibu di luar sana sana yang tidak tahu apakah itu plasenta previa.
PLASENTA PREVIA ialah suatu keadaan yang mana plasenta (uri yang melekat pada dinding rahim) terletak sebahagiannya ataupun keseluruhannya pada segmen bawah pada dinding rahim itu.Plasenta previa (placenta praevia) adalah plasenta atau uri yang terletak rendah. Ia adalah komplikasi kehamilan yang mana plasenta berada di bahagian bawah uterus dan menutupi sebahagian atau kesemua serviks atau pembukaan rahim. Plasenta Previa boleh mengancam nyawa ibu dan bayi.
Plasenta Previa merupakan salah satu penyebab utama terjadinya pendarahan pada semasa mengandung.Dalam setiap 1,000 wanita, antara tiga hingga enam orang mempunyai masalah ini. Perdarahan mungkin berlaku sebagai satu simptom keadaan ini. Apabila bahagian bawah rahim atau uterus mulai regang pada peringkat kedua kehamilan, plasenta mungkin terpisah, menyebabkan perdarahan yang teruk. Bayi tidak boleh dilahirkan melalui vagina jika plasenta menutupi pembukaan rahim secara menyeluruh.
Pendarahan yang tidak dapat diberhentikan (haemorrhage) boleh menggugat nyawa kedua ibu dan bayi, walaupun ini jarang berlaku. Jika perdarahan tidak berhenti, atau jika ibu terus maju ke peringkat kelahiran pramatang, bayi akan terpaksa dilahirkan melalui pembedahan caesarean walaupun jangkaan tarikh bagi kelahiran bukan untuk beberapa minggu lagi.
Plasenta previa boleh dibahagikan kepada empat jenis, yang disenaraikan di bawah, di mana yang dua terdahulu adalah yang paling biasa.
I plasenta terletak rendah di bahagian bawah rahim, namun begitu, bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina.
II bahagian bawah pinggir plasenta bertemu dengan pembukaan serviks, tetapi tidak menutupinya, jadi bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina.
III plasenta menutupi sebahagian pembukaan serviks, oleh itu, bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.
IV plasenta menutupi pembukaan serviks sepenuhnya, oleh itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.
Jika anda ada membuat imbasan ultrasound semasa awal kehamilan dan plasenta ternampak seakan-akan terletak berdekatan dengan serviks atau menutupinya, jangan pula anda merasa terlalu bimbang. Itu semestinya bukan plasenta previa. Semasa bayi anda membesar, uterus anda yang mengembang itu akan secara semulajadi, menarik plasenta dan memisahkannya dari serviks. Walaupun plasenta masih terletak rendah semasa imbasan minggu ke-20, ini mungkin bukan lagi merupakan satu masalah apabila anda sudah cukup bulan. Ini adalah disebabkan semasa pembesaran bahagian bawah rahim anda, kebanyakan plasenta seakan-akan "bermigrasi" ke atas di waktu trimester ketiga.

Apakah beberapa petanda amaran plasenta previa?
Perdarahan vagina yang tidak sakit semasa tiga bulan terakhir kehamilan selalunya merupakan petanda amaran dan anda perlu memanggil doktor dengan segera jika ini berlaku. Namun begitu, mungkin tiada petanda amaran langsung dan kenyataan yang anda mempunyai plasenta previa mungkin hanya diketahui semasa imbasan ultrasound.Apakah rupa plasenta previa?
Adakah sesetengah wanita lebih berisiko dari yang lain?
Wanita yang mengandung bayi kedua dan seterusnya lebih berisiko daripada wanita yang mengandung bayi pertama. Lebih berisiko lagi adalah wanita yang sebelum itu bersalin melalui pembedahan caesaraean, atau mereka yang sudah melalui kehamilan dengan plasenta previa, atau yang merokok. Namun begitu, kebanyakan wanita dengan plasenta previa tidak mempunyai sebarang faktor risiko yang ketara.Plasenta previa 3 juga daripada jenis major iaitu ia menutupi pintu rahim. Maka cara kelahiran hanyalah secara pembedahan Caesarean kecuali jika berlaku pendarahan banyak. Ini disebabkan plasenta sudah pun lekang dari dinding rahim (dan janin lazimnya tidak dapat diselamatkan lagi akibat ketiadaan bekalan darah serta ibu juga mengalami pendarahan yang banyak) dan keluar dahulu sebelum bayi dilahirkan.
Tetapi dalam keadaan plasenta previa yang mempunyai komplikasi lain, kelahiran mungkin dipercepatkan kepada satu hingga dua minggu lebih awal lagi iaitu sekitar 36 hingga 37 minggu. Kemungkinan komplikasi yang anda alami (jika ada) muncul pada penghujung sembilan bulan terbabit tanpa jangkaan awal.
Bagaimana untuk menangani plasenta previa?
Ini bergantung dengan sama ada anda mengalami perdarahan dan pada minggu kehamilan yang berapakah ianya berlaku. Jika keadaan ini didiagnos selepas minggu ke-20, tetapi anda tidak mengalami perdarahan, anda mungkin dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang senaman yang terlalu kencang dan supaya banyak berehat. Sekiranya anda turun darah dengan banyak, anda akan dimasukkan ke hospital supaya pendarahan boleh diawasi dan walaupun ianya berhenti selepas itu, anda mungkin akan diminta tinggal di hospital sehingga bayi anda sedia untuk dilahirkan. Anda akan dinasihatkan untuk tidak mengadakan hubungan seks semasa kehamilan itu sebab ianya akan menerukkan lagi perdarahan dari plasenta yang terduduk rendah. (Sumber)Wanita yang pernah mengalami plasenta previa (dan juga menjalani pembedahan Caesarean) perlu berbincang dengan doktor mengenai peningkatan risiko berikut:
- Risiko berkaitan pembedahan Caesarean sebelum ini.
- Risiko berkaitan plasenta previa.
- Risiko mengalami plasenta accreta (uri tertanam lebih dalam pada dinding rahim sehingga menembusi lapisan otot rahim).
- Risiko plasenta abruptio (uri lekang dari dinding rahim).
- Risiko pendarahan berlebihan dan kaitannya misalnya transfusi darah, pembedahan mengikat saluran arteri iliak interna, pembedahan membuang rahim (histerektomi).
Sebagai contoh, wanita yang pernah mengalami plasenta previa mempunyai peningkatan risiko sebanyak empat hingga sembilan kali ganda untuk mengalami plasenta previa dalam kandungan berikutnya.
Selain itu, wanita yang pernah menjalani sekali pembedahan Caesarean, didapati mempunyai peningkatan risiko sebanyak 50 peratus untuk mengalami plasenta accreta tetapi jika dia juga mempunyai plasenta previa dalam kandungan ini maka risiko mengalami plasenta accreta meningkat lebih tiga kali ganda.
Anda disarankan berbincang dengan lebih mendalam bersama doktor anda. Selain itu, eloklah anda mengambil suplemen vitamin untuk meningkatkan paras hemoglobin darah serta menjalani pemeriksaan kesihatan berkaitan termasuk pemeriksaan tekanan darah.
SET KEHAMILAN SHAKLEE : NUTRISI LENGKAP UNTUK IBU HAMIL
Untuk SET HAMIL SHAKLEE (1, 2 & 3 trimester) :
- Vitalea (Multivitamin)
- B Complex (asid folik)
- Vitamin C
- Ostematrix (pil kalsium)
- Omega
Dan boleh tambah dengan pengambilan ESP supaya ibu lebih bertenaga dan mengoptimum kan penyerapan vitamin. ESP juga dapat berfungsi untuk menguatkan rahim anda.
Jadi, hubungi saya jika ingin mendapatkan SET IBU MENGANDUNG SHAKLEE...
Tq sharing info ni sis.. Selalu dengar mak ckp uri ke bawah. Hari ni sy dpt tau dgn lebih detail.
ReplyDeleteTips & Info Checklist: Apa yang perlu ada dalam 'Beg Hospital'?
Sekarang baru saya faham macam mana keadaan uri kat bawah tu. Selalu dengar orang tua2 cakap je. Alhamdulillah tak pernah mengalami. Cuma anak pertama tu, songsang semasa lahir. Tak berani nak urut betulkan kedudukan bayi coz takut risiko bayi terbelit tali pusat.
ReplyDeleteJom baca --> KESAN KEKURANGAN COLLAGEN PADA TUBUH
Perkongsian yang menarik..baru jelas pasal plasenta previa..alhamdulillah bersalinkan ketiga-tiga anak dengan normal
ReplyDeletebolehkah kurus dengan minyak ikan?
Sy yang belum hamil berpendapat info sis sangat membantu bakal ibu yang alami perkara yg sama atau tidak dapat info yv lebih jelas..tp opkos nasihat doktor tu lebih pnting.tengs for sharing the fud info..
ReplyDeleteSELAMAT HARI DIABETES SEDUNIA 2014
setiap kali mengandung perasaan risau mesti ada...kita sebagai ibu perlu berhati2 sama ada dalam melakukan kerja harian ataupun pemkanan harian..
ReplyDeleteIkan Budu
Info yang bgus...baru faham mcm mna bila uri di bawah...
ReplyDeleteAnak sulung dulu partial, tapi trimester ketiga, placenta naik alhamdulillah risau juga...
ReplyDeleteMak selalu cerita pasal uri rendah. Tapi saya tak tau detail on that pun. thanks dear for this fantastic info!
ReplyDeleteJommSihatDanCantik -> TERLAMPAU KEMARUK MAKANAN UNDANG PELBAGAI MASALAH
Perkongsian yang padat.tq for sharing
ReplyDeletemitos-cantik-faktaauta
Alhamdulillah Allah mudahkan urusan kak zie untuk bersalin normal.
ReplyDeleteAlhamdulillah Allah mudahkan urusan kak zie untuk bersalin normal.
ReplyDeleteAlhamdulillah. . Tq sis sharing.. Br faham macam mana Rupanya uri di bawah.. Sgt Bhaya ye. Jadi ibu2 take note tntg msalah ni..
ReplyDeleteCegah Pelbagai Penyakit Dengan Hanya 1 Botol Penawar
Alhamdulillah... Allah permudahkan akak bersalin. Macam seorang kwan saya. masa scan memang uri dah di bawah dan doktor nak bedah tetapi takdir Allah menagatasi semuanya... Dia boleh melkahirkan anak secara normal... syukurlah semua selamat
ReplyDeleteKisah Benar!!! Sembelit Ibu Muda Ketika Berpantang Undang Masalah Jiwa
Uish takutnya sebab ada kawan punya kawan placenta previa meninggal sebab pendarahan.. baby kat ICU.. huhu... papepon kena banyak berdoa..
ReplyDeleteJemput baca: Makanan yang menurunkan kandungan gula di dalam darah
Alhamdullah semasa saya hamil saya juga risau jika uri ke bawah..alhamdulillah allah permudahkan segalanya..info yg sangat berguna :)
ReplyDeletehttp://cahayaummurizqi.blogspot.com/2014/11/tip-menjayakan-penyusuan-badan-hingga-2.html
Sentiasa berdoa semoga selamat semuanya
ReplyDeleteTenaga Terlebih Tak Boleh Tidur
Risau kalau tau uri di bawah. macam kes kawan saya uri di bawah, akhirnya kena ceaser sebab takut terbelit leher semua. Doktor xmau ambil risiko.
ReplyDeletePesakit Diabetes Sujud Syukur Kerana Kaki Tak Jadi...
owh, yg nilah kan yg dipanggil uri bawah tu.. sebelum ni tak faham apa maksud uri bawah, tp lps baca penjelasan di atas dah mula faham sikit2.. nty nak kena search lebih lagi nak bagi faham betul2..
ReplyDelete