Sunday, November 9, 2014

Khasiat Buah Mullberry

Assalaamulaikum dan selamat berhujung minggu semua..
Sambil2 melayan karenah anak2 di rumah, hari ini saya ingin berkongsi satu entri tentang khasiat Buah Mullberry. Pokok Mullberry ini ada mak saya tanam kat halaman rumah...rajin sangat berbuah. Lupa plak dari mana mak ambil pokok ini..kalau tak silap ada orang yang bagi hadiah. Pokok ini rasanya ada jer berbuah sepanjang tahun...rasanya sedap...masam-masam manis gitu..best..tak sempat pun buat jus..sebab biasanya sambil2 siram terus kutip 2, 3 tangkai....terus makan...hahahha..

Ingatkan pokok nie pokok biasa jer...rupa2 yer banyak jugak khasiat disebalik buah Mullberry nie..Jom kita tengok apakah khasiat buah Mullberry.



Khasiat buah Mulberry ialah :

1.  Pokok Mulberry adalah makanan utama ulat sutera terutama daunnya. Maka disebabkan itulah jika di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram. 

2. Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas. 

3. Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol. 

4. Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban. 

5. Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua. 

6. Buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin.

7. Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok juga mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan. 

8. Buah mulberi ini juga sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja dengan cara mengambil jus mellberry
9. Buah mulberi juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberry, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit. 

10. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa , sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut. Ubat kebas tangan dan kaki. 

11. Daun mulberi pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah. 

12. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut. 

13. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang , bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas. 

14. Akar pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki. 

15. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit. 

Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan Mulberry, namun perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

 Haaa..dah tau buah nie banyak khasiat..pasni balik rumah mak nak ambil benih nak tanam banyak2 kat laman rumah...

 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"

18 comments:

  1. info best.. nanti nak carilah pokok ni.. nk tanam =D

    Rahsia Kecantikan Semulajadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak silap..kat cameron highland ada jual pokok nie..

      Delete
  2. teliurnya tengok...banyak betul khasiat buah mulberry ni ya...

    ReplyDelete
  3. Bestnya ada tanam pokok ni.banyak pula tu kebaikkan nya..


    kek keju mentega

    ReplyDelete
  4. Byknya khasiat...

    Peminatvitamin.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Wow...xprnh try lgi buah nie.blh lah cari nnti.

    ReplyDelete
  6. banyaknya khasiat buah mulberry nie, br saya tahu.

    ReplyDelete
  7. perkongsian yang best, teringinnya nak tanam sendiri

    ReplyDelete
  8. kat halaman rumah sy pun ada pokok ni.. kalau tak trim dahan dia, dia ssh nak bbuah.. skali potong2 sikit dahan dia, byk gila jadi buah..
    My Recent Post : CARA RAWAT JERAWAT BATU DARI LUAR DAN DALAM

    ReplyDelete
  9. wah bestnya ada tanam buah mulberi kat rumah..pertama kali tengok orang tanam dan tulis dalam blog hehe

    ReplyDelete
  10. Senang ye nak tanam pokok ni..? Tangan panas..

    tips memilih pengasuh

    ReplyDelete
  11. Banyak khasiatnya mulberry ni... Tak pernah tengok lagi pokoknya secara live ...tengok dalam google je... hihihi...

    Jemput baca>>> Bakal Pengantin Risau Nak Menghadapi Malam Pertama Kerana Masalah Dalaman. Bacaan untuk 18SX Sahaja!!!

    ReplyDelete
  12. Wahhh.. byknye khasiat buah mullbery nie.

    http://anakummicomel.blogspot.com

    ReplyDelete

Fully Design By izza sakura