Assalamualaikum..
Cuti sekolah yang panjang nie korang mesti pergi berjalan atau bercuti bersama keluarga kan...yer laaa luangkan masa bersama anak-anak sempena cuti sekolah. Bagi yang memilih untuk cuti-cuti Malaysia...mesti anda semua memilih kenderaan sendiri sebagai pengangkutan ke destinasi pilihan kan. Tapi macam mana kalau jarak perjalanan yang jauh memakan masa 7 hingga 12 jam..mesti memenatkan..lebih-lebih lagi kalau ada antara ahli keluarga yang alahan atau muntah kalau naik kereta lama..yerlaa pening denganjalan yang berliku-liku...akhirnya rasa mual dan nak muntah...Jadi di sini saya ingin berkongsi sedikit tips macam mana nak hilangkan rasa mual dan muntah ketika dalam perjalanan atau menaiki kenderaan semasa pergi bercuti..
1. Jangan set di minda yg anda akan pening bila naik bas atau kereta
2. Tampal plaster berubat atau (biasanya orang panggil koyok) di pusat
3. Makan keledek mentah...yang nie saya belum pernah cuba lagi tau..
6. Peppermint Ginger Plus
Suplemen yang boleh menghilangkan rasa mual atau nak muntah..
Memang mudah dan simple tips yang saya berikan di atas. Selamat mencuba..semoga percutian anda sekeluarga merupakan detik terindah dalam hidup anda..insyaaallah..
Sekiranya dengan tips-tips yang saya kongsikan ini tidak memberi kesan
kepada anda, maka segeralah berjumpa doktor. Siapa ada tips lagi boleh
kongsi di ruangan komentar ya...