Thursday, November 13, 2014

Cara Melaksanakan Sujud Syukur

 
Assalaamualaikum..
Sering kali kita mendapat nikmat dan kita hendak bersyukur. Adakah memadai dengan ucapan 'Alhamdulillah'. Untuk menzahirkan kesyukuran kita adalah terlebih baik kita melakukan sujud syukursetiap hari. Ini kerana nikmat Allah SWT tidak terbilang banyaknya. Allah SWT akan menambahkan nikmat kita jika bersyukur. Dan yang pastinya selepas kita sering kali melakukan sujud syukur ini kita akan dapati nikmat kita melimpah ruah dan kita sering dimudahkan dalam apa sahaja kesulitan yang kita alami. Insya Allah.... 

DEFINASI 
Sujud Syukur ialah sujud terima kasih kerana mendapat nikmat (keuntungan) atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yg besar. Elok diamalkan setiap hari selps selesai solat. 
 
 Jika hajat kita telah tercapai, maka hendaklah kita menzahirkan rasa penghargaan kita terhadap Allah melalui sujud syukur. Sujud syukur bermaksud sujud yang dilakukan kerana mensyukuri nikmat Allah. Sujud syukur ini disunatkan kepada seseorang yang terlepas dari bahaya atau orang yang mendapat nikmat dari Allah SWT.Abi Bakrah meriwayatkan bahawa Nabi SAW apabila datang kepadanya sesuatu yang mengembirakan atau khabar suka, baginda terus sujud berterima kasih kepada Allah”.(Riwayat Abu Dawud dan Tarmizi) Firman Allah SWT:
Dan (ingatlah juga), ketika Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Quran, surah Ibrahim, 14:7)
Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya . Boleh dilakukan secara duduk iftirasy atau berdiri. 
Dalilnya 
Daripada saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Mohammad s.a.w. Apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik,beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah taala. Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi r.a. 
 
Rukunnya 
1 Niat ' Sahaja aku sujud syukur krn Allah Taala' dilintaskan semasa menyebut 'Allahu Akbar'.
2 Takbiratulihram ..' Allahu Akbar' sambil mengangkat tangan.
3 Sujud ..sekali shj
4 Memberi salam , slps sujud duduk tawaruk (tahiyat akhir) dn beri salam.
 
Syarat-syaratnya 
Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat : 
a. Suci dari hadas besar dan kecil 
b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat 
c. Menghadap ke kiblat 
d. Menutup aurat 
 
Fadhilat:

  1. Syaitan menangis semasa kita sujud. Diceritakan dalam hadith dari Abu Hurairah (r.a.): Ertinya “Apabila anak Adam membaca ayat sajdah, dan ia sujud, maka Syaitan akan melarikan dirinya serta menangis lalu berkata: celaka ia, diperintah untuk sujud lalu ia sujud, dan baginya Syurga, dan aku pernah disuruh sujud tapi aku enggan dan bagiku neraka”(Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, no 133; dan Ibn Majah)
  2. Salah satu cara untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.
  3. Salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. Ini kerana sehina-hina dan serendah-rendah martabat kita adalah sewaktu kita sujud kepada-Nya.

Cara-cara melakukannya

Pertama : Niat, SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA 
Kedua : Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR ) 
Ketiga : Sujud, sepertimana sujud dalam Solat 
 

Bacaan dalam sujud 

1. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR (3kali)
2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu (peringatan kalau dilafazkan dalam bahasa melayu batal sujud syukur tersebut) 
A. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU 
B. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI
C. YA ALLAH AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI, KEDUA IBU BAPA DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN 
D. YA ALLAH JAUHILAH RUMAH DAN TEMPAT KERJA KAMI DARI BENCANA DAN MALAPETAKA 
E. YA ALLAH KAMI BERJANJI UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH-MU DAN MENJAUHI SEGALA LARANGAN-MU 
Keempat : Duduk selepas sujud lalu memberi salam.
 
Semoga menjadi panduan buat semua...

1 comment:

  1. Info yang baik..Inshaa Allah semoga bermanfaat

    bondaseri.blogspot.com

    ReplyDelete

Fully Design By izza sakura