Saturday, November 22, 2014

Tips dan Panduan Ketika Banjir

Assalamualaikum...
  
Hari ini saya ingin berkongsi tips ketika banjir..sebenarnya hari ini saya sekeluarga baru jer pulang ke kampung halaman di Terengganu...memang sangat penat...dari dalam flight sebelum mendarat di Airport Terengganu saya nampak keadaan banjir di daerah sekitar Gong Badak masih lagi teruk. Rumah-rumah masih lagi ditenggelami air banjir...entah kenapa banjir kali ini beralih arah ke daerah sekitar Gong Badak pula..ada hikmah disebaliknya..di harap mangsa-mangsa banjir tabah menghadapi dugaan yang besar ini. Di sini saya ingin memberi tips kepada kita semua bagaimana persediaan menghadapi banjir.



Persediaan menghadapi banjir

* Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda seperti sistem amaran banjir dan lokasi pusat pemindahan
* Periksa dan bersihkan semua lubang air semada longkang atau saluran perparitan
* Pastikan seluruh ahli keluarga mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan


Tindakan semasa banjir

Di dalam rumah
* Dengar pengumuman dari radio dan televisyen
* Simpan air bersih
* Bawa masuk perabut dari luar rumah
* Simpan dokumen penting di tempat yang selamat
* Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas
* Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan
* Ikut laluan yang ditentukan


Di luar rumah
* Berpindah awal dan semasa hari siang, ianya lebih mudah dan selamat
* Pergi ke tempat tinggi dan selamat
* Jangan bersiar-siar di kawasan banjir
* Jangan sentuh kabel atau wayar yang jatuh
* Jangan minum air yang tercemar
* Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan
* Awasi kanak-kanak


Tindakan selepas banjir
* Jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan
* Beri bantuan kepada jiran atau orang kurang upaya
* Jangan terus memasuki rumah. Periksa kerosakan dinding, lantai, siling, pintu dan tingkap.
* Lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan
* Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan di lantai rumah. Periksa kehadiran binatang atau serangga berbisa dan berbahaya
* Periksa paip saluran gas, wayar elektrik, peralatan elektrik dan bahan-bahan mudah terbakar.
* Periksa kerosakan tangki septik
* Buang bahan-bahan makanan dan minuman yang terendam
* Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak berkuasa

 

Jika kenderaan anda terperangkap di dalam banjir

* Kurangkan kelajuan kenderaan anda ketika hujan
* Nyalakan lampu kerana ini membolehkan anda melihat dengan lebih jelas
* Pilih laluan yang lebih selamat
* Jangan melalui jalan yang sedang dinaiki air
* Jangan memandu di dalam keadaan hujan yang terlalu lebat
* Berhenti di tempat yang selamat dan nyalakan lampu isyarat kecemasan (hazard light)
* Ikut arahan pihak berkuasa
* Jika enjin kenderaan anda mati di tengah banjir, keluar segera dan beredar ke kawasan yang lebih tinggi
* Jangan cemas dan bersedialah untuk meninggalkan kenderaan anda
* Segera tinggalkan kenderaan anda apabila keadaan bertambah buruk
* Segera ke tempat yang tinggi dan dapatkan bantuan
* Hubungi polis atau bomba untuk mendapatkan bantuan
* Ingat, tindakan awal dapat menyelamatkan nyawa anda dan orang yang disayangi




Berikut pula adalah panduan penjagaan kesihatan semasa banjir

• Sentiasa minum air yang telah dimasak
• Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman
• Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
• Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling
• Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas
• Guna tandas yang sempurna
• Buang sampah di tempat yang betul
• Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
• Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah


Di harap tips ini dapatkan menjadi panduan kepada kita semua ketika berhadapan dengan musim banjir ini.

15 comments:

  1. Yang penting anak-anak jangan dibiarkan main banjir. Ada je korban banjir huhuhu

    ReplyDelete
  2. ujian allah untuk umatnyaa yang sabar...insyallah ada hikmah tuu sis

    risaukan budak2 je la, boleh pulak main dalam banjir. kuman banyak,bahaya pun banyak

    ATASI MIGRAIN TANPA UBAT

    ReplyDelete
  3. Info yang sangat berguna.sama-samalah kita berdoa agar dipermudahkan segalanya oleh Allah.Amin

    ReplyDelete
  4. Ujian Allah setiap tahun utk merek.. Smoga mereka Sabar.. Insyaallah pasti ad hikmah.. Moga tips ini dpt mmbntu.
    Tips Atasi Kulit Kering

    ReplyDelete
  5. Allah.. moga cepatlah surut air banjir. Tingginya. Betul saya setuju semua tips ni dan dengar arahan yang dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  6. tips yg berguna sgt2.
    teringat masa banjir kat kpg dulu...tgk org bukan main lgi suka main banjir.nth knp xde perasaan nak join skali.tpi ade je kes lemas lah...karam lh.takut nyer...nsb baik rumah 2 tingkat.xdelah kena pindah.

    Karnival Upin & Ipin 2014,PICC Putrajaya

    ReplyDelete
  7. Setaip kali masuk musim banjir ada je orang mati lemas kan...yang paling risaunya anak-anak, minggu depan nak blk kampung ni...tak tahu mana ni boleh lalu ke tidak...tarap2 banjir di kelantan tak teruk.

    kelebihan kacang soya

    ReplyDelete
  8. kesian dgn mangsa banjir. bnyk nak kena buat. tp memang kena jaga ank2.
    JommSihatDanCantik -> JAWAPAN KEPADA SEBUAH KEHIDUPAN YANG LEBIH BERMAKNA

    ReplyDelete
  9. Sangat risau kalau kawasan rumah adalah kawasan banjir..perlu sentiasa berhati2..

    Idea Kabinet Dapur

    ReplyDelete
  10. Moga banjir kali ni tidak seteruk sebelumnya. Memang sedih sangat bila banjir, habis rosak rumah dan barang-barang yang lain.
    Baca Tentang Set Berpantang Terbaik

    ReplyDelete
  11. tips dan panduan yang sangat berguna

    ReplyDelete
  12. Terkenang kenangan waktu ITU ketika banjir.

    Idam IPad Air 2

    ReplyDelete

Fully Design By izza sakura