Apakah itu bercerai susu?
Bercerai susu membawa dua makna:
- memperkenalkan bayi anda kepada makanan pepejal bayi;
- menghentikan penyusuan badan atau botol.
.
Dalam artikel ini, kita bercakap tentang menghentikan penyusuan badan.
Anda boleh mendapat maklumat tentang makanan-makanan pertama bayi dalam
artikel kami memperkenalkan pepejal.
Adalah baik jika anda tidak memberikan bayi anda makanan selain susu ibu bagi enam bulan pertama dalam kehidupannya. Selepas itu, anda boleh mula memberikan dia pelbagai makanan termasuk juga susu ibu.
Apabila usia bayi anda sekitar satu tahun,
dia akan mendapatkan semua nutrisi yang diperlukan dari makanan. Jadi,
pada masa itu anda mungkin boleh membuat keputusan untuk menghentikan
penyusuan badan sama sekali. Ini diberi nama menceraikan bayi dari tetek
anda.
Jika anda mahu menghentikan penyusuan badan cara perlahan-lahan sebelum
bayi berumur satu tahun, anda perlu menggantikannya dengan susu formula.
Anda boleh mencampurkan susu ibu dan formula semasa bayi anda membuat transisi ini.
Penyusuan badan adalah masa yang amat istimewa dalam kehidupan seorang
ibu, dan menghentikannya merupakan satu pengalaman penuh emosi. Anda
mungkin sedih yang tempoh masa ini sudah selesai, tetapi juga gembira
sebab mendapatkan kembali badan anda.
Berita baik ialah bahawa bercerai susu tidak akan menamatkan ikatan
mesra yang anda dan bayi telah jalinkan sepanjang tempoh menyusu.
Sebenarnya, penyusuan badan merupakan permulaan dalam hubungan istimewa anda berdua.
Bilakah masa yang sesuai bagi bayi bercerai susu?
Itu
terpulang kepada anda sendiri. Anda mungkin mahu mempertimbangkan
bahawa pakar-pakar penyusuan badan mengesyorkan perceraian yang
digerakkan bayi. Ini bermakna membiarkan bayi anda atau anak bertatih menentukan bila dia mahu berhenti menyusu tetek.
Bagi anak anda, penyusuan badan bukan bermakna mendapatkan makanan
semata-mata. Ia adalah cara untuk merapatkan hubungannya dengan anda,
dan menerima keselesaan dan rasa selamat. Jika anda biarkan dia berhenti
mengikut perkiraannya sendiri, kemungkinan yang anda akan menghadapi
masalah berkurangan.
Bagaimanakah saya mula menceraikan susu?
Sebaik
saja bayi anda memakan berbagai jenis makanan, anda akan mendapati
dengan sendirinya dia kurang meminta susu badan. Jika anda mahu membantu
menggerakkan proses ini, ikutilah langkah-langkah ini:
Langkah satu: Biarkan bayi menghabiskan penyusuan sepenuhnya,
kemudian berikan dia hidangan kecil makanan. Di ketika ini anda hanya
membolehkan bayi anda menguji rasa-rasa dan tekstur. Dia masih
mendapatkan kebanyakan makanannya dari susu ibu.
Langkah dua: Sebaik saja bayi anda mula makan dengan baik
(tandanya kelihatan daripada najisnya), barulah anda membuat beberapa
pertukaran. Cuba dengan beberapa sarapan dahulu; berikan dia makanan
sebelum menyusukannya. Lepas itu, anda boleh berikan makanan dahulu
sebelum menyusukan dan lakukan ini untuk setiap kali penyusuan.
Langkah tiga: Lama kelamaan, berikan bayi anda air dalam bikar bermuncung lembut untuk menggantikan penyusuan badan.
Berapa lamakah masa untuk bercerai susu?
Anda
akan mendapati yang anda mengambil masa beberapa minggu sahaja untuk
menghentikan penyusuan badan, terutama sekali jika bayi anda pun sudah
mula bosan dengannya. Atau anda mendapati ianya mengambil masa
sekurang-kurangnya sebulan, atau sehingga enam bulan, atau satu tempoh
antara jarak ini.
Memang setiap kes itu berbeza, dan semuanya bergantung kepada berapa
cepat dan berapa senang bayi anda membuat penyesuaian. Bercerai susu
akan mengambil masa lebih lama jika anda mencubanya sebelum bayi anda
bersedia.
Adalah baik jika anda tidak menghentikan penyusuan badan dengan serta
merta, sebab ianya akan mengganggu bayi dan membuatkan anda tidak
selesa. Anda akan mengalami payudara bengkak dan kemungkinan mastitis, satu penyakit radang tetek.
Pendekatan yang tidak tergesa-gesa adalah yang paling baik. Namun
begitu, berapa cepat pun anda cuba bercerai susu, anda masih perlu
mematuhi tiga langkah yang digariskan di atas.
Jika anda berbuat demikian, bekalan susu anda akan mengurang apabila permintaan baginya turun.
Macam mana jika bayi saya tak mahu berhenti menyusu?
Jika bayi anda tidak menunjukkan tanda dia mahu berhenti menyusu,
bersabarlah. Dia suka berada di tetek anda sebab itu menenangkan dia di
samping memberikannya makanan. Dengan pertimbangan ini, anda boleh
membantu dia menyesuaikan diri:
Beri keselesaan dengan cara-cara lain
Dengan perlahan, gantikan penyusuan badan dengan cara-cara lain untuk
memupuk anak anda. Jika anda lazim menyusukan bayi anda untuk
menenangkannya, cuba pula cara lain untuk membuat dia tenteram. Anda
boleh membaca buku bersama-sama, nyanyikan dia, atau main mainan sebagai alternatif.
Cuba lewatkan penyusuan
Melewatkan penyusuan adalah efektif jika anak anda itu lebih tua dan
boleh memahami penerangan anda. Apabila anak bertatih anda minta
disusukan, katakan yang anda akan menyusukannya dalam sedikit masa dan
alihkan tumpuannya kepada aktiviti lain. Jangan menyusukannya di awal
petang, dan beritahu dia yang dia mesti tunggu sampai masa tidur.
Pilih masa anda
Peristiwa besar dalam hidup membuatkan bercerai susu lebih susah. Adakah
anak anda sakit baru-baru ini? Selalunya bayi yang tidak sihat mahu
menyusu lebih kerap. Sebenarnya, penyusuan badan mungkin mendatangkan
kebaikan untuk bayi yang sakit.
Begitu juga jika anda baru kembali bekerja,
atau pindah rumah, anak anda mungkin masih menyesuaikan diri kepada
pertukaran itu. Jika demikian, mungkin sekarang bukanlah masanya untuk
membuat perubahan besar dalam kehidupan anak anda. Cuba lagi dalam masa
sebulan. Lambat laun, ianya akan berlaku.
kredit
Fisha Hasan · 542 minggu tadi
CARA RAWAT SENGGUGUT DENGAN BERKESAN
fisya · 519 minggu tadi
My recent post Gemuk Buatkan Sukar Hamil??