1. Timba ilmu sepanjang masa
Setelah selamat melahirkan
bayi, anda perlu menanam sikap rajin membaca bahan bacaan berkaitan dan
melayari laman web atau forum yang banyak mendedahkan maklumat penting
tentang penyusuan susu ibu seperti La Leche League Leader (LLLL), Kellymom atau susuibu.
Sekiranya anda mengalami apa-apa masalah berkaitan,
dapatkanlah pandangan dan penjelasan bagi menjawab apa jua kemusykilan
yang dihadapi daripada kaunselor dan pakar laktasi yang diiktiraf. Anda
boleh merujuk kepada rangkaian Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
untuk menimba ilmu penyusuan ibu.
2. Mulakan dengan betul
Ingatlah, bahawa
salah satu intipati kejayaan penyusuan susu ibu bergantung kepada
kekerapan penyusuan. Untuk itu, anda harus menyusukan bayi mengikut
keperluannya. Selanjutnya, anda digalakkan untuk tidur bersama bayi
(co-sleeping) sepanjang tempoh penyusuan agar berupaya untuk
menyusukannya pada masa-masa yang diingini si manja.
Sementara
itu, anda diingatkan juga agar tidak menggunakan puting kosong dalam
usaha menenangkan bayi yang meragam. Hal ini secara tidak langsung akan
menyebabkan dia mengalami masalah keliru puting. Sama juga halnya dengan
penggunaan botol ketika menyusukan bayi. Alternatifnya, anda boleh
menggunakan picagari, sudu atau cawan khas bagi membolehkan bayi
meneruskan penyusuan susu ibu ketika anda tidak berada di sampingnya
sepanjang tempoh bekerja.
3. Simpan stok susu
Dalam pada itu, anda lebih disyorkan untuk memerah
susu ibu menggunakan tangan menerusi aplikasi teknik Marmet. Namun, jika
kesuntukan masa dan/atau masih belum mahir untuk melakukan teknik ini,
anda boleh menggunakan pam payu dara yang bersesuaian.
4. Peralatan penyusuan berkaitan
Jika
keliru tentang peralatan penyusuan yang benar-benar perlu dimiliki, anda
boleh bertanya dan merujuk kepada para ibu lain yang telah berjaya
menyusukan bayi masing-masing. Kongsi pengalaman mereka dan jadikan ia
panduan untuk anda membuat keputusan yang tepat untuk diri dan si manja.
5. Bincang dengan majikan
Amat penting untuk anda mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan pihak majikan bagi membolehkan anda menggunakan sedikit waktu daripada masa kerja untuk melakukan rutin memerah payu dara. Ini bagi mengelakkan sebarang isu tidak puas hati antara kedua-dua belah pihak.
Pada
masa yang sama, anda boleh mengutarakan pandangan kepada majikan untuk
menyediakan ruangan khas bagi membolehkan anda dan rakan-rakan lain yang
turut sama mengamalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk
memerah susu ibu. Jika pandangan anda diterima baik oleh majikan, sudah
pasti anda dan yang lain boleh melakukan rutin harian itu dengan tenang
yang secara tidak langsung membantu pengeluaran susu yang lancar dan
berkesan.
6. Perah susu di pejabat
Anda amat digalakkan untuk memahirkan diri mengamalkan teknik Marmet ketika memerah payu dara. Namun, jika pam payu dara menjadi pilihan, gunakan pam yang bersesuaian dengan corak kerja anda. Hal ini penting untuk memastikan rutin mengumpul stok perahan susu ibu berjalan lancar tanpa perlu menghadapi banyak masalah.
Sekiranya bekerja 8 jam sehari,
anda digalakkan untuk memerah payu dara sekurang-kurangnya 2 hingga 3
kali sepanjang tempoh berkenaan. Bagi yang perlu bekerja untuk tempoh
masa yang lebih lama daripada itu pula, tingkatkan kekerapan sesi
memerah payu dara.
7. Kurangkan tekanan
Antara lain, anda juga boleh menutup lampu ketika melakukan
rutin itu. Saat ini, bayangkan bayi sedang menyusu sambil menutup mata.
Anda pasti dapat mengumpul amaun susu yang lebih banyak daripada biasa.
8. Makan secara sihat
9. Ikut keperluan bayi
Dalam apa jua amalan yang ingin dipraktikkan, pasti akan timbul masalah. Jangan khuatir. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jika anda berhadapan dengan masalah susu semakin berkurangan, ambil cuti dan luang lebih banyak masa untuk menyusukan bayi secara eksklusif.
Di
rumah, gunakan masa yang ada semaksimum boleh dengan lebih kerap
menyusukan bayi secara langsung, ia berupaya merangsang penghasilan
susu. Jika keadaan memaksa di mana susu anda masih tidak mencukupi, anda
boleh memerah payu dara ketika berada di rumah.
INGATLAH...
Sumber: Majalah Pa&MaSetiap titis air susu ibu itu ada pahala baginya ...