Assalaamualaikum...dan salam ceria untuk semua.
Di pagi jumaat yang penuh berkat ini, saya nak kongsikan tentang khasiat air kelapa muda. Sebenarnya, bila disebut kelapa...dari akar sampailah ke ujung daun pokok itu, ianya memberi manfaat yang berguna kepada mausia.
Ok, air kelapa muda sangat banyak khasiatnya. Rasanya pun sangat sedap dimunim...lebih2 lagi time cuaca panas. Sesetengah restoran telah mempelbagaikan cara penyediaan air kepala muda. Ada dibuat puding, kelapa bakar, aiskrim dan abc kelapa muda.....semua yang saya sebutkan itu memang sedap2 dan menjadi kegemaran saya.
Pokok kelapa sememangnya terkenal dengan seribu satu kegunaan. Selain
daripada itu, airnya juga turut memberikan khasiat kepada tubuh badan
manusia. Antara kebaikan air kelapa terhadap tubuh badan anda adalah……
(1) Khasiat air kelapa membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.
(2) Air kelapa mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Selain itu, khasiat air kelapa juga boleh dijadikan minuman tenaga.
(3) Air kelapa juga adalah merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.
(4) Apabila seseorang bersenam,
tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa
boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air
didalam badan anda.
(5) Khasiat yang ada didalam air kelapa membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.
(6) Air kelapa boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.
(7) Khasiat air kelapa turut membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.
(8) Air kelapa turut boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini
kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan
seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.
(9) Seorang peminum air kelapa juga akan meningkatkan sistem
imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan
penyakit.
(10) Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.
(11) Khasiat air kelapa terkenal untuk membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.
(12) Air kelapa membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.
(13) Khasiat air kelapa turut digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.
(14) Khasiat air kelapa membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah di dalam tubuh seseorang.
Jadi, tak rugi sebenarnya minum air kelapa muda nie yer..pasni bleh laa tanam sendiri pokok kelapa kat tepi umah..yang jenis renek2 tu..nak ambil buah tak payah panjat2 lagi dah...