Assalaamualaikum dan salam sejahtera buat semua....
Haaa...hari nie saya nak kongsikan satu resepi Lokang...eh3...sebut betul2..Lokang yer...bukan Longkang tau...ish3..kebetulan saya pergi ke Tamu Marudu...(pasar pagi)..round punya round...jumpa benda nie...murah plak tu..3 bungkus rm5..haaa..apalagi..terus rembat 3 bungkus.So teringatlaa makan Lokang Bakar kat Jalan Sulaman jalan otw pegi KK. Biasa klau nak balik ke Pitas dari KK..kami akan singgah situ...tapi jarang2 laa...kat situ kira best jugak ada kelapa bakar..
RESEPI LOKANG CHEESE BEREMPAH
3 bungkus lokang (dalam 3 kilo)10 ulas bawang merah **
5 ulas bawang putih **
2 inci kunyit hidup **
2 inci halia **
5 batang serai **
5 tangkai cili padi (nak lagi pedas boleh tambah ikut suka)**
garam secukup rasa
1 sudu kecil gula
2 keping cheddar Cheese
Cara2:-
1. Rendam dan basuh lokang hingga bersih.
2. Kisar atau tumbuk bahan yang bertanda ** campurkan garam dan gula secukup rasa.
3. Bakar lokang terlebih dahulu...buang air yang berlebihan. Bakar atas pan atau tempat grill pon ok..takde masalah.
4. Apabila cengkerangnya dah terbuka...pisahkan cengkerang yang tak ada isi...susun balik di atas grill kemudian barulah diletakkan bahan2 yang dikisar atau ditumbuk tadi..bakar dalam 15 minit.
5. Hiriskan cheddar cheese dan letakkan di atas setiap lokang bakar tadi. Bakar sehingga rempah betul2 sebati dengan cheese...jangan sampai hangit dah laaaa...hihihi
Taddaaa...siap untuk di makan..mudah jer kan..selamat mencuba...
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"
-
Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-
Nor Azimah binti Deraman
SID: 1069185
Call/whatsapp/sms : 012-3925240
Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare
emel: mia_idora2000@yahoo.com