"Aku nak diet tapi tak tahu nak makan makanan apa". Ada makanan yang baik dan sudah semestinya ada makanan yang tidak baik yang mana patut dikurangkan atau dielakkan bersesuaian dengan diet anda. Membakar lemak dan menurunkan berat badan boleh menjadi sangat mudah jika anda tahu membuat pilihan dan membezakan antara makanan yang baik dan tidak perlu dalam menu harian anda. Jadi apakah kategori makanan yang tidak sesuai untu diet? Berikut adalah jenis makanan yang tidak sesuai untuk diet.
Roti Putih
Ramai
orang ingat roti lebih baik daripada nasi. Kalau kita bandingkan,
kebanyakan roti putih dan roti serat, kandungan nutrisinya berbeza. Roti putih sekarang lebih pada gula segera.
Makan sikit tak mengenyangkan. Kebanyakan yang ambil roti putih
cenderung untuk makan lebih. Kalau begitu, lebih elok ambil nasi. Roti
serat lebih baik daripada roti putih.
Marjerin
Kalau boleh, elaklah sebarang makanan yang menggunakan marjerin. Marjerin tinggi kalori, yang dihasilkan daripada lemak tepu. Penyakit jantung, dan sebagainya selalu dikaitkan dengan marjerin dan adik beradiknya, minyak sapi.
French fries bukan seperti kentang sebenar. Ia tinggi lemak tepu dan juga karsinogen. Jadi jangan samakan makan french fries dengan makan kentang.
Biskut
Biskut juga bukan pilihan yang baik kecuali sebahagian fiber serat. Kandungan utama dalam kebanyakan biskut adalah gula segera. Makan sikit tak kenyang, sedar-sedar dah habis satu bungkus chipsmore.
Sosej
Sosej
Mesti sedapkan makan sosej? Sampai ada yang ingat, itu protein. Tidak, yang sedap itu lemak. Lembut je rasa. Sosej dan burger sangat tinggi lemak.
Ia diproses daripada campuran sisa-sisa ayam, bahagian lemak dan
sebagainya dan akhirnya jadi bentuk yang comel untuk dimakan.
Cereal
Kebanyakan cereal sangat tinggi gula. Jika anda berniat untuk makan cereal, cari cereal khas untuk diet. Terdapat pelbagai kini dalam pasaran.
Donut
Donut
Donut antara makanan yang boleh naikkan berat badan dengan cepat. Ia dipenuhi kalori daripada lemak tepu, gula, gula dan gula. Sebab itu sedap. Lagi-lagi sekarang ada kedai jual sekali 12. Bulat macam donatlah anda.
Makanan Berlabel ‘sugar-free’
Walaupun ia berlabel ‘sugar-free’ tetapi ianya mengandungi pemanis tiruan.
Pemanis tiruan tidak menaikkan berat badan tetapi merbahaya jika
diamalkan selalu daripada aspek kesihatan. Gula tiruan yang biasa
digunakan adalah aspartame. Aspartame dikaitkan dengan pelbagai penyakit
seperti brain tumor, kemurungan, sawan, migrain, sakit sendi, insomnia,
PMS, dan senarainya berterusan.
Makanan Dalam Satu Kategori
Makanan Dalam Satu Kategori
Maksudnya, jangan
hanya makan satu makanan yang majoritinya karbohidrat, atau mungkin air
semata-mata. Makanan seimbang kunci kepada diet yang berjaya. Lihat
piramid makanan.
Bihun
Bihun
Ramai juga yang fikir, bihun itu pilihan yang baik. Bihun boleh menyimpan lebih banyak minyak berikutan ruang diantaranya yang halus, lebih-lebih lagi bihun goreng. Kalau diperah, minyaknya boleh digoreng semula kut.
Air Buah
Air buah yang dimaksudkan di sini adalah air buah dengan gula segera. Boleh dikatakan majoriti produk air buah dalam kotak dan botol dipasaran adalah gula segera. Sebab itu murah. Biasanya jus 100% berganda lebih mahal.
Sushi
Sushi
Adakah sushi
pilihan yang baik untuk diet? Tahukah anda shrimp tempura roll itu
mencecah 540 kalori. Purata kalori dalam 1 menu sushi sekitar 250
kalori. Tapi cukup ke sikit itu? Belum campur dengan sosnya yang tinggi
sodium. Elakkan sushi segera. Shashimi lebih baik.
Jika boleh, elakkan makanan proses dalam tin dan sebagainya. Dapatkan makanan segar yang baru dimasak.
Mee
Mee, mee segera? Apa kebaikannya? Gantikan dengan spagetti atau pasta. Lebih baik dan sedap jika sesuai dengan masakannya.
Mee
Mee, mee segera? Apa kebaikannya? Gantikan dengan spagetti atau pasta. Lebih baik dan sedap jika sesuai dengan masakannya.
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"
-
Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-
Nor Azimah binti Deraman
SID: 1069185
Call/whatsapp/sms : 012-3925240
Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare
emel: mia_idora2000@yahoo.com
COD AREA KOTA MARUDU, PITAS