Monday, October 13, 2014

RESEPI KEK PUDING CARAMEL

Assalaamualaikum w.b.t....dan salam 1Malaysia...

Hari ni saya nak berkongsi dengan uolls satu resepi. Semalam anak2 request suruh buat kek..dalam kepala jenuh duk fikir kek apa plak nak try buat kali ni. Asyik2 kek carrot dan kek coklat jer...Yer laa semalam kan hari minggu..so dapatlah ummi yer penuhi permintaan anak2 tercinta...Nasib baiklah diorg semua tidur..hujan lagi tu..syok laa mereka tidur....selamatlaa ummi yer ini berperang kat dapur sorang2 tanpa pembantu tambahan....

So kali ini tertarik dengan satu resepi KEK PUDING CARAMEL...tengok bahan-bahan mudah n dah ada kat dapur...tp tukar kelainan skit..tak pakai oven...just guna periuk kesayangan beta...kikikiki....

OK..untuk resepi kali ini saya refer DI SINI.
Lepas kek masak tunggu biar sejuk..lepas tu baru masukkan dalam peti ais...baru sedap di makan sejuk-sejuk...Kek puding ni best di makan time waktu petang.Ok, malas berceloteh panjang2..so ini resepi yang anda semua tunggu tu yer...Sorry coz tak sempat nak snap kek yang dah dipotong..sbb kalut dengan anak2 yang baru bangun tidur...hiihihih...Selamat mencuba.


Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
  • 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
  • Loyang 8 inci / 20cm
Cara-cara:
  1. Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair.
  2. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur. 
  3. Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau. 
  4. Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang seperti gambar 1.
  5. Ketepikan dan sediakan pula adunan puding. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.
Bahan-bahan untuk Puding (Gambar 2)
  • 400ml fresh milk / susu cair
  • 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
  • 2 biji telur
  • 140 gram gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
  1. Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
  2. Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih .
  3. Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  4. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. Rujuk gambar 2.
  5. Semasa memasukkan bancuhan puding,  gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
  6. Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek adunan 1.

Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan 1 (Meringue)
(rujuk gambar 3)
  • 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
  • 70 gram gula castor
  • 1 sudu kecil cream of tar tar
Cara-cara:
  1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
  2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
  3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku. .
  4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.(Gambar 3)
  5. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.

Adunan  2:
  • 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
  • 130 ml air
  • 50 ml minyak masak
  • 70 gram gula castor
  • 140 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder(Saya gantikan dengan 1 sudu soda bikarbonat)
Cara-cara:
  1. Ayak tepung bersama baking powder/ sda bikarbonat. Ketepikan.
  2. Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
  3. Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
  4. Matikan mixer.
  5. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
  6. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak. Rujuk gambar 4.
  8. Warnakan dengan warna pilihan anda.
  9. Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding seperti gambar 10. Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
  10. Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan kuning diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 kali untuk 4 sudu setiap warna)
  11. Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan kuning sebanyak 3 kali lagi.
  12. Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 kali dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis. Hasilnya seperti gambar 5.
  13. Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
  14. Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
  15. Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang(Gambar 6).
  16. Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
  17. Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah. 
  18. Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.Tadaaa.....Selamat Mencuba...
TIPS:
Untuk memudahkan pemahaman Cara Membuat Layer Pelangi seperti di bawah:
 4 sudu besar purple diletakkan di atas adunan puding
 4 sudu besar hijau diletakkan di tengah adunan purple
 4 sudu besar kuning di letakkan di tengan adunan hijau
ulang sebanyak 2 kali lagi
 3 sudu besar purple diletakkan atas adunankuning
 3 sudu besar hijau diletakkan atas adunan purple
 3 sudu besar merah di letak atas adunan hijau
ulang sebanyak 3 kali lagi
 2 sudu besar purple diletakkan atas adunan merah
 2 sudu besar hijau diletakkan atas adunan purple
 2 sudu besar merah di letak atas adunan hijau

ulang sebanyak 2 kali lagi
1 sudu besar purple diletakkan atas adunan kuning
1 sudu besar hijau diletakkan atas adunan purple
1 sudu besar merah di letak atas adunan hijau
buat sehingga habis semua adunan.



Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:- 
Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185
 Call/whatsapp/sms : 012-3925240 
Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare
 emel: mia_idora2000@yahoo.com
Fully Design By izza sakura