Assalaamualaikum...
Hari nie saya nak share gambar-gambar air terjun yang tercantik di dunia. Yerlaa pemandangan air terjun nie sebenarnya dapat menenang hati...betul tak..tapi ada jugakkan yang fobia dengan air terjun. Biasanya time cuti saya akan bawa anak2 and fmaly berkelah dan mandi manda kat kawasan air terjun...kat Malaysia jer laa...belum berkesempatan untuk sampai kat kawasan air terjun tercantik di dunia....insyaAllah suatu hari nanti, harap2 dapat laa sampai kat sana...hihhihi...Jom kita layan gambar2 air terjun tercantik di dunia.
1.Air Terjun Niagara
Terletak di sempadan Canada dan USA. Walaupun bukan
dalam kategori tertinggi atau terlebar, namun ia dianggap air terjun
tercantik terdapat di mukabumi. Menjadi tarikan pelancong paling
popular, Air Terjun Niagara juga dikenali sebagai “Honeymoon Capital of
the World”.
2. Air Terjun Angel di Venuzuela
Dengan ketinggian 979 meter,Air Terjun Angel di Venezuela merupakan air terjun paling tinggi di dunia. Memandangkan tiada perhubungan jalanraya, ia hanya dapat dilawati dengan menggunakan bot atau ekspedisi berjalan-kaki.
3.Air Terjun Victoria
Adalah antara paling cantik di dunia. Airnya yang
menderu turun membasahi hutan hijau berserta kehadiran hidupan liar
menimbulkan satu pemandangan yang mengasyikkan.
4. Gullfoss Falls
Air terjun terbesar di benua Eropah dan tercantik di Iceland, Gullfoss
Falls menjadi bualan dalam cerita dan misteri masyarakat tempatan. Ia
juga punca pembentukan ‘Golden Circle’, tempat di mana terdapat kumpulan
geiser (pancutan air panas) dan kolam air panas yang menjadi tumpuan pelancong.
5. Upside Down Falls
Sesuai dengan namanya,Upside Down Falls yang terletak di Gunung
Konahuanu, pulau Oahu, Hawaii sangat unik. Ini kerana apabila menerima
hujan yang mencukupi, air terjunnya hanya sempat turun beberapa meter
sahaja. Angin kencang di kawasan gunung akan meniup air yang turun ke
bawah menjadi titisan kecil berterbangan ke atas.
6. Giessbach Waterfalls
Kerap dipaparkan dalam poskad sebagai tarikan destinasi pelancongan
benua Eropah, keindahan Giessbach Waterfalls di Switzerland kekal
popular hingga ke hari ini. Pemandangan bertambah indah bila ia
dikelilingi oleh tasik berair jernih bak kristal dan gunung ganang yang
diliputi salji.
Lower Falls berada di tepi sungai Yellowstone dalam kawasan terkenal Grand Canyon, USA. Dengan dikelilingi oleh batu-batu gunung berapi dan kawasan pergunungan, ia menawarkan pemandangan yang cukup indah.
Lower Falls berada di tepi sungai Yellowstone dalam kawasan terkenal Grand Canyon, USA. Dengan dikelilingi oleh batu-batu gunung berapi dan kawasan pergunungan, ia menawarkan pemandangan yang cukup indah.
7. Aspat River Falls
Aspat River Falls terletak di kawasan iklim sejuk daerah Kodar, Russia.
Pengunjung yang datang ke sini akan terpukau dengan keindahan rupabentuk
air terjunnya. Kerana memiliki permukaan cerun yang curam, Stalin
pernah mendirikan kem tahanan di sekitar kawasan tersebut.