Thursday, October 23, 2014

JERUK MANGGA ASAM BOI IN THE HOUSE

Assalaamualaikum...
Haaa...dah jadi fenomena ke apa ni..Bila tengok ramai yang duk post gambar jeruk asam boi dalam fb macam dah jadi viral laa plak jeruk mangga asam boi ni..tak aci laa kan kalau tak merasa and buat sendiri. Jadi terpanggil jugak untuk try dan buat sendiri...Apalagi..pergi ke tamu semalam terus beli mangga. Kebetulan asam boi dah ada kat rumah, so hanya beli mangga dan cili jer laaa kat tamu. Buat jeruk ni memang mudah je pon..semudah ABC...

Rasanya walaupun simple tapi...uuurrmm...walllaaa...best sangat2. Adooi..sambil2 cerita nie pon dah terliur...eh3..mengalahkan orang mengidam laa plak. Lagi satu ..cari mangga yang muda..jangan cari yang dah masak...Ok, jom kita tengok macam mana cara nak buat Jeruk Mangga Asam Boi nie.

Cara Membuat Jeruk Mangga Asam Boi

Bahan2:

10 biji Mangga muda

15 biji Asam Boi

15 tangkai Cili padi

garam (secukup rasa)

6 sudu gula (nak lebihkan pun tak kisah)

Mangga dan cili yang dibeli kat tamu semalam
Cara2 Membuatnya:

1. Kupas kulit mangga dan bersihkan.

2. Potong mangga mengikut citarasa anda sendiri.

3. Potong cili padi..hati2 yer sebab pedas.Kalau nak lebih pedas boleh jer tambah cili padi tu.

4. Gaulkan semua bahan2 di atas di dalam mangkuk besar. Asam boi tu kalau nak lebihkan lagi sedap. Terpulang kepada anda.

5. Masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti ais lebih kurang 4-6 jam.

Haaa...baru best nak makan sebab sejuk n bahan2 pun dah sebati...rasanya memang sedap...nak tahu kena try laa buat yer...

Lepas ni nak buat tiap2 hari pun tak apa...hammmboooi3...Jadi siapa2 yang ter mengidam tu...cepat2 laa buat...tak payah beli pon..sebab senang dan mudah jer membuatnya. Kalau yang kaki jeruk memang wajib buat ni...Saya dah buat...anda bila lag..hihihihi....Selamat mencuba





INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM" 


 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:- 
 Nor Azimah binti Deraman
 SID: 1069185 
Call/whatsapp/sms : 012-3925240 
Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare
 emel: mia_idora2000@yahoo.com 

COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

Fully Design By izza sakura