Wednesday, October 15, 2014

PAVLOVA ARJUNA BETA


Assalaamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Hari ni saya nak berkongsi satu resepi pavlova. Ni dikira pavlova ekspress sebab untuk potluck kat sekolah. Bahan-bahan pon kebetulan dah ada. Pagi tu kena berkejar ke pejabat pos lagi sebelum ke sekolah..balik2 tu dah jam 11 pagi...Alhamdulillah sempat jugak masak untuk tengah hari sambil2 buat pavlova ni. Memang mudah sangat, ringkas dan sedap....

Ok, saya rujuk resepi pavlova ni kat SINI

Pavlova Arjuna Beta

Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
3/4 cawan gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :

1- Pastikan ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak.

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'.

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.


Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Tapi kali ni saya guna periuk serbaguna. Saya panaskan 15 minit lebih awal.

2- Masukkan adunan meringue. Masak selama 45 minit. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak dan berkejar ke sekolah lagi...nama lagi pavlova ekspress..hiihi

3-Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 
3- Kali ini saya guna jer buah yang dah ada kt dalam peti ais....buah kiwi dan strawberry. Tak brape cantik sangat hias sebab nak cepat...hihihi

Sedia untuk dimakan...


 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-
 Nor Azimah binti Deraman
 SID: 1069185
 Call/whatsapp/sms : 012-3925240
Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare
emel: mia_idora2000@yahoo.com
Fully Design By izza sakura