Sunday, November 2, 2014

Cara Mengetahui Jantina Bayi Dalam Kandungan


Assalaaamualaikum..
Saat yang paling teruja ketika mengandung adalah ketika telah sampai masa untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan. Berdebar kan. Lagi-lagi kalau bayi ‘menyembunyikan’ kemaluannya ketika proses scanning dilakukan. Ada sesetengah bayi tu.sampai waktu nak bersalin pon masih tak nampak jantina apabila scan.


Alhamdulillah. Sepanjang mengandungkan ketiga-tiga anak, tiada perbezaan ketara yang saya alami. Saya tidak mempunyai alahan langsung sepanjang mengandung. Mengidam pun, makanan yang mudah didapati. So takde laa cerewet sangat ketika saya mengandung. 
Bila kita tahu yang kita dah mengandung, perkara yang bermain di fikiran adalah nak tau samada bayi dalam kandungan nie lelaki atau perempuan...emmm..betul tak? Kebiasaanya orang akan tengok bentuk perut kan. Rupa-rupanya ada macam-macam cara untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan.


Di sini saya ingin berkongsi dengan semua tentang satu artikel di dalam akhbar.Tapi tidak semestinya bertepatan. Hanya Allah yang Maha menentukan segalanya. Tapi apa salahnya baca untuk menambah pengetahuan kan. 

Tanda-tanda mengandungkan bayi LELAKI



  • Jarang mual atau loya
  • Sikap sebelum hamil dan semasa hamil lebih kurang sama
  • Degupan jantung bayi rsekitar 140/minit
  • Bentuk perut bulat seperti bola
  • Cenderung menyukai makanan yang masin dan masam
  • Cenderung menyukai makanan yang tinggi protein seperti telur dan daging
  • Kaki terasa lebih sejuk daripada biasa
  • Warna puting payudara lebih gelap
  • Bulu kaki dan tangan tumbuh memanjang dan lebih subur semasa mengandung
  • Kulit lebih kering
  • Posisi tidur cenderung ke arah utara
  • Air kencing lebih berwarna cerah
  • Hidung kelihatan lebih kembang
  • Sering diserang sakit kepala
  • Bayi akan mula bergerak dari arah kanan


Tanda-tanda mengandungkan bayi PEREMPUAN



  • Sering mual setiap pagi di awal kehamilan
  • Degupan jantung bayi biasanya kurang darip 140/minit
  • Punggung kelihatan lebih besar
  • Berat lebih tertumpu di bahagian pinggul
  • Dada sebelah kiri lebih besar
  • Tubuh kelihatan lebih tinggi
  • Perut kelihatan seperti tembikai dan melebar
  • Menyukai makanan yang manis
  • Lebih cerewet
  • Emosi kurang stabil dan suka marah-marah
  • Sering mual pada menu beraroma tajam
  • Puting payudara berwarna merah jambu dan lebih cerah
  • Rambut kelihatan lebih merah
  • Warna air kencing lebih gelap daripada biasa
  • Lebih suka tampil ringkas tanpa solekan
Biar apa pun jantina bayi di dalam kandungan, percayalah kita tentu sekali mahukan anak yang bakal dilahirkan itu sihat dan sempurna kan. Jagalah diri sepanjang tempoh kehamilan ini. Jaga pemakanan dan amalkan amalan-amalan rohani seperti zikir, solat sunat dan membaca Al-Quran sepanjang kehamilan ini.
Jangan lupa ambil vitamin untuk ibu mengandung.Vitamin bukanlah penyebab bayi menjadi besar. Vitamin sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi.

Akhir kata, anak adalah saham kita di akhirat kelak. Jadi berilah didikan yang baik seawal bayi di dalam perut ibu. insyaAllah....

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"

14 comments:

  1. Kalau akak, memang boleh agak jantina dari segi morning sickness. Kalau xde morning sickness tu perempuan lah baby nya... kalau morning sickness tu datang, dah sah boy... Anyway thanks for sharing this info...

    Apa Itu Gastrik? Bagaimana Merawatnya?

    ReplyDelete
  2. ahaa setuju tang kalo peknen anak ppuan punggung besor..saya dua2 anak ppuan gitu

    ReplyDelete
  3. Anak adalah anugerah Allah yang tak terhingga. Ianya pengikat kasih suami dan isteri serta keluarga. Tapi tak semua mempunyai anugerah ini. Maka hargailah pemberian Allah ini.

    Di Shaklee terdapat Set Kesuburan Shaklee dan Set Hamil

    ReplyDelete
  4. Saya ngandungkan anak laki memang xmual.ms ngandung ank sulung dl 4 bln mabuk teruk smpai ambl unpaid leave.

    punca rambut gugur selepas bersalin

    ReplyDelete
  5. betul2..saya pregkan kedua2 anak lelaki..langsung takde alahan, muntah-muntah teruk macam orang lain..siap lalu makan lagi ada la..hihi

    ReplyDelete
  6. Good info sis.. tapi dah ikat.. huhuhu.. tp alhamdulillah, dah lengkap anak2 lelaki & perempuan..

    http://zarahealthylife.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. kalau anak perempuan tu lebih cerewet ye.. baru tau.. hehe..
    Salah satu cara untuk kurus

    ReplyDelete
  8. Boleh dijadikan panduan

    ninyfariza82.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. good info!!ada juga sedikit persamaan dengan saya masa preggy

    ReplyDelete
  10. Betoi..masa anak sulung-laki, loya apa semua dak.kira dalam tempoh mngandung tu xdak masalah lgsung.alhamdulillah.AND bila anak no2-pmpuan, mmg alah sgt2.macam2 lah..huhuu

    http://jommsihatdancantik.blogspot.com/2014/11/manfaat-memakan-pisang.html?m=1

    ReplyDelete
  11. saya hamil anak dua-dua alahan teruk, sehingga nak bersalin pon ada lagi alahan.. air liur sntiasa pnuh dlm mulut (asyik nak meludah je), kalau bjalan jauh lg lah.. mesti 2 3 kali muntah masa nak boleh sampai tu.. dua-dua anak lelaki, keadaan mengandung 2 org ank ni sama je.. tak taulah kalau hamil anak perempuan nanti mcm mana..hihi (teringin nak dapat anak perempuan pula)

    ReplyDelete
  12. Sy mengandungkan kelima-lima anak lelaki, semuanya teruk asyik muntah2 dlm 4bulan pertama. puting payudara pla mmg gelap.

    ReplyDelete

Fully Design By izza sakura