Wednesday, November 12, 2014

Cara Mengatasi Penyakit Tonsil

Assalaamualaikum..
Hari nie saya nak berkongsi tentang penyakit tonsil. Kesian kan bila tengok kanak-kanak terkena tonsil nie..yerlaa nak makan pon susah...asyik merengek jer..Jom kita tengok apa sebenarnya tonsil nie....

Tonsil sememangnya wujud pada semua orang terutamanya pada golongan kanak-kanak. Tonsil bertindak sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan badan sewaktu masih kecil kerana pada waktu tersebut sistem imuniti badan belum lagi mencapai tahap kematangan sepenuhnya.Imuniti yang dibekalkan oleh ibu sewaktu dalam kandungan juga sudah beransur-ansur hilang.

Pada awal usia kanak-kanak, saiz Tonsil ini akan meningkat sedikit demi sedikit sehingga mencapai ke suatu tahap yang kekal atau plateau. Apabila kanak-kanak mencapai usia persekolahan, maka saiz kelenjar ini lama-kelamaan akan menjadi semakin kecil. Hal yang demikian menerangkan mengapa Tonsil jarang kelihatan atau jika dikesan pun adalah dalam saiz yang agak kecil pada golongan dewasa.


Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. 

Sebenarnya ada 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-
  •     Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
  •     Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
  •    Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.

Apa Itu Radang Tonsil:-

Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.
Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.

Penyebab dan Gejala Tonsil

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara Gejala Radang Tonsil:-

1. Sakit tekak yang kadang-kadang teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit bila menelan
3. Demam yang kadang-kadang sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur

Komplikasi Radang Tonsil

Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun.
Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam akibat tonsilitis. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.
Oleh kerana kanak-kanak yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.
Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).
"Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.

Cadangan Suplement Shaklee Untuk MasalahTonsil

Untuk sistem pertahanan badan, ada beberapa produk shaklee yang boleh membantu tapi bagi bayi berumur setahun ke bawah memang TIDAK digalakkan untuk mengambil sebarang supplement.
  • Umur 1 hingga 3 tahun ada alternatif iaitu Mealshake (multivitamin dalam bentuk serbuk perisa vanilla).
  • Untuk 3 tahun ke atas boleh diberi Vitamin C / chewable vita C Shaklee bagi mengukuhkan sistem imun dan juga boleh diberi suku sukatan daripada paket Nutriferon untuk imun booster. Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster)

Nutriferon (immune booster Shaklee) ini sangat digalakkan diambil oleh mereka yang punya masalah ANTIBODI yang LEMAH, SENANG SAKIT dan sakit yang lambat recover.


Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. Nutriferon merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.

Memandangkan tonsilitis disebabkan jangkitan kuman, maka nutriferon adalah pilihan terbaik untuk sistem pertahanan badan / imunisasi. 

Jadi, hubungi saya untuk mendapat SET CEGAH TONSIL, konsultasi sebelum dan selepas pembelian poduk adalah PERCUMA jer tau...


 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-

 Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185 
012-3925240
 https://www.facebook.com/znzHealthcare 
mia_idora2000@yahoo.com 

 COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"

26 comments:

  1. Sedih tengok kalau anak2 kecik kena tonsil. Mak ayah kena be extra alert. Sediakan anak2 dengan makanan tambahan yang sesuai mengikut keperluan mereka.

    BAWANG PUTIH DALAM BOTOL COMEL

    ReplyDelete
  2. kita yang dewasa kena tonsil pun nangis..apatah lagi anak2 yang masih kecil kan?mak ayah kena alert pasal tonsil

    makanan tambahan untuk ibu hamil

    ReplyDelete
  3. Kesian bila tengok anak-anak kecil yang kena penyakit ni. Nutriferon pula masih tiada stok... Harap2 dengan konsisten mealshakes dan vita c chew ni dapatlah mencegah penyakkit dari menyerang anak2...


    pernah cuba Air Detox ?

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah shaklee dpt membantu..tp memang kesian tgk budak2 yg kena radang tonsil..saya sendiri pun nangis2 tahan sakit kalau kena radang tonsil ni.

    ReplyDelete
  5. Anak-anak yang kena sakit ulser mulut pun sedih nengok, inikan tonsil. Insyallah jika amalkan mealshake dalam diet harian pasti kesakitan itu berlalu dengan cepat..

    Anak selalu sakit? Baca ni>>> Rahsia Anak Jarang Sakit

    ReplyDelete
  6. Ada anak saudara kna sakit tonsil ni. Sampai skrg kurus je bdan sbb susah nak makan. Boleh suggest ambil produk shaklee utk dia nt.

    ReplyDelete
  7. Org dewasa kna tonsil smpai demam.. Apatah lg Kanak2.. ibu Bapa kn mncari makannnn tmbahan yg Sesuai utk knak2.. Sblm no Tnggu stok nutriferon.. Blh Cuba Mealshake n chew Vit c.. Insyaallah
    APA ITU SIRAP AJAIB??

    ReplyDelete
  8. Tak pernah tahu pun bahawa ada penyakit yang jenis macam ni...Ya Allah bahayanya.

    ReplyDelete
  9. Baru tahu kanak kanak juga boleh terkena tonsil...
    perlu lebih perhatian untuk anak...

    mrskeciksangat.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. saya penah mendengar jangan selalu sangat beri ubi kentang dalam bubur nasi anak-anak kerana kanak-kanak yang selalu makan ubi kentang ada potensi untuk kena tonsil ni..saya pun tak tahu sejauh mana kebenarannya tetapi ini adalah perkongsian daripada ibu yang berpengalaman sebab anaknya semua kena tonsil


    :: anmashealthcare.blogspot.com ::

    ReplyDelete
  11. anak saya yang sulung juga sudah 2 kali kena tonsil akibat minum air bergas.. setelah dia minum air gas dia akan muntah dan akan demam dengan suhu yang tinggi.. lepas ini kena berhati-hati apa yang anak makan..

    BAGAIMANA MAHU KURUS DAN DIET DENGAN JAYANYA

    ReplyDelete
  12. YaAllah ngerinya kalau kena tonsil. Pesakit boleh alami penurunan berat jugak kan? Sebab tak lalu makan sambil tahan pedih di dalam mulut.

    ReplyDelete
  13. Risau pulak tengok penyakit tonsil ni...

    ReplyDelete
  14. mak jemah pernah tengok sepupu kena operate sebab tonsil ni..ngeri jugakla dia kata lepas operate tu rasa pedih..

    ReplyDelete
  15. Cukup la sekali shida kena sakit tongsil..nk makan memang susah.telan air pun sakit tau..

    ReplyDelete
  16. tonsil ini kita yang dewasa kena pun azab rasanya apatah lagi anak kecil kan..tak sanggup

    ReplyDelete
  17. Memang sakit bila kena tongsil ni. Dah pernah kena beberapa tahun yang lepas. Mudah-mudahan dengan mealshake dan vitamin C dapat menguatkan imun kanak-kanak dan mengelakkan masalah tongsil yang berulang.

    Makanan Penyebab Batuk dan Selsema Anak

    ReplyDelete
  18. kesian bila tengok anak-anak yang kena tonsil,sebab nak makan dan nak minum pun susah...

    ReplyDelete
  19. Thanks atas info. Anak saya sendiri dulu kerap dpt tonsillitis ni,hampir operate. Bila dia stop ke taska, baru lah xde kena dh

    ReplyDelete
  20. Mintak anak kita semua dijauhkan dari tonsil ni...kesian anak kecil jika kena tonsil ni...

    ReplyDelete
  21. Selalu dengar je perkataan tonsil tapi tak tau tahap sakit macam mana. Bagus info ni.

    Akhirnya Tadika Al Falah untuk Najihah

    ReplyDelete
  22. Tonsil bukan main-main. Sakit Tonsil akan berlarutan sehingga beberapa minggu sekiranya tidak dirawat. Anak bos saya kena Tonsil sampai kena injection di tekak selama seminggu. Beliau terpaksa diberi injection kerana beliau alergik dengan penisilin.

    Jom tambah ilmu di blog Aju@VitaSyopz Suplemen untuk sakit tekak Tonsil

    ReplyDelete
  23. tonsil ni nampak je macma penyakit biasa..tetapi jika tak dikawal dari awal..merbahay juga tu..jom baca entri saya pasal vitamin shaklee bagus untuk kesihatan

    ReplyDelete
  24. saya amat setuju dengan mealshake amat2 membantu meningkatkan sistem imunasi, anak sy alhamdullilah sukar nak demam

    ReplyDelete

Fully Design By izza sakura