Apa itu hernia ?
HERNIA atau dikenali juga sebagai burut atau angin
pasang lebih dikenali sebagai penyakit lelaki, kerana hanya orang lelaki
mempunyai bahagian khusus dalam rongga perut (abdomen) untuk mendukung
fungsi alat kelaminnya. Hernia ialah suatu benjolan tidak normal bagi
organ dalaman melalui pembukaan normal atau tidak normal. Hernia
biasanya berlaku pada pangkal paha yang dinamakan inguinal hernia dan
femoral hernia. Hernia juga boleh berlaku di kawasan pertengahan
bahagian depan abdomen dan ini dikenali sebagai epigastric (bahagian
atas pada abdomen), paraumbilical (atas dan bawah umbilicus)
dan umbilical hernia (pada umbilicus).

Bahagian hernia terdiri dari cincin, pundi (kantong) dan isi hernia
itu sendiri. Isi hernia iaitu usus, ovarium dan jaringan penyangga usus
(omentum). Bila ada bahagian yang lemah dari lapisan otot dinding perut,
maka usus dapat keluar ke tempat yang tidak seharusnya, yakni boleh ke
diafragma (sempadan antara perut dan dada), boleh juga di lipatan paha
atau di pusat.
Biasanya hernia tidak menyebabkan sakit. Namun, akan terasa sakit
bila isi hernia tersepit oleh cincin hernia. Infeksi akibat hernia
menyebabkan penderita merasakan sakit yang hebat dan infeksi tersebut
akhirnya menjalar dan meracuni seluruh tubuh. Jika sudah terjadi keadaan
seperti itu, maka harus segera ditangani oleh doktor kerana dapat
mengancam nyawa penderita.Hernia dapat terjadi pada semua umur, baik tua
maupun muda. Pada kanak-kanak atau bayi, lebih sering disebabkan oleh
kurang sempurnanya proses vaginalis untuk menutup seiring dengan
turunnya testis atau buah zakar. Biasanya yang sering terkena hernia
adalah bayi atau anak laki-laki. Pada orang dewasa, hernia terjadi
kerana adanya tekanan yang tinggi dalam rongga perut dan kelemahan otot
dinding perut kerana faktor usia.
Tekanan dalam perut yang meningkat adalah disebabkan oleh batuk yang
kronik, susah buang air besar, adanya pembesaran prostat pada lelaki,
serta orang yang sering mengangkat barang-barang berat. Penyakit hernia
akan meningkat sesuai dengan penambahan umur. Hal tersebut dapat
disebabkan oleh lemahnya jaringan penyangga usus atau kerana adanya
penyakit yang menyebabkan tekanan di dalam perut meningkat.
Mungkin ramai di kalangan masyarakat yang tahu tentang gejala awal
penyakit hernia, namun seringkali tidak menyedarinya. Pada awalnya,
gejala yang dirasakan oleh penderita adalah berupa keluhan benjolan di
lipatan paha. Biasanya akan timbul bila berdiri, batuk, bersin, meneran
atau mengangkat barang-barang berat. Benjolan dan keluhan sakit itu akan
hilang bila penderita berbaring.
Hernia akan berbahaya jika sudah terjadi sepitan isi hernia oleh
cincin hernia. Pembuluh darah di daerah tersebut lama-kelamaan akan mati
dan akan terjadi penimbunan racun. Jika terus dibiarkan, maka racun
tersebut akan menyebar ke seluruh daerah perut sehingga boleh
menyebabkan terjadinya infeksi (jangkitan) di dalam tubuh.
Sebenarnya tidak semua hernia harus dilakukan pembedahan. Bila
jaringan hernia masih dapat dimasukkan kembali, maka tindakannya adalah
hanya menggunakan penyangga (penyokong) atau korset untuk mempertahankan
isi hernia yang telah teralih kedudukannya kepapa asal. Pada anak-anak
atau bayi, reposisi spontan dapat terjadi kerana cincin hernia pada anak
lebih kenyal (elastik). Bila sudah tidak dapat diperbetulkan balik
kedudukannya, maka satu-satunya tindakan yang harus dilakukan adalah
melalui pembedahan.
Punca Hernia
Berdasarkan penyebab terjadinya, hernia dapat di kategorikan seperti berikut :
1. Faktor baka atau hernia bawaan (congenital) dan hernia dapatan (akuisita).
2. Faktor menurut posisinya, hernia boleh dibezakan menjadi hernia
inguinal, umbilical, femoral, diafragma dan masih banyak lagi nama
lainnya.
Jenis-jenis atau peringkat hernia
1. Boleh dikurangkan – Kandungan hernia boleh ditolak masuk ke dalam.
2. Tidak boleh dikurangkan – Pembengkakan tidak boleh dikurangkan walaupun diberi tekanan menggunakan tangan.
3. Halangan – Sekunder kepada irreducibility dan edema, pesakit mungkin
mengalami halangan pada bahagian usus. Dalam kes sebegini, pesakit akan
mengalami rasa kembung pada abdomen, muntah dan sembelit. Ini merupakan
pembedahan kecemasan.
4. Penjerutan – Sekiranya bekalan darah pada kandungan dalam pundi
hernia dipotong, kandungan itu akan mati kerana tiada bekalan darah. Ini
merupakan suatu kecemasan dan boleh meragut nyawa sekiranya tidak
dibedah awal.
5. Keradangan hernia – Apabila kandungan pada pundi hernia mendapat
jangkitan, ini dinamakan keradangan hernia. Ini berkemungkinan berlaku
sekiranya hernia mengandungi apendiks yang radang. Ini juga memerlukan
rawatan pembedahan kecemasan.
Apabila hernia berlaku pada bahagian lama parut selepas pembedahan, ini dikenali sebagai incisional hernia.
Simptom-simptom Hernia
Simptom yang biasa bagi hernia adalah pembengkakan yang tidak sakit
pada peringkat awal, tetapi lama-kelamaan dan apabila hernia bertambah
besar, kesakitan mula dirasai.Jangkamasa lama yang diambil untuk berdiri atau
berjalan dan berasa tidak selesa. Pembengkakan akan meningkat dari segi
saiz dan menonjol apabila batuk atau peregangan.
Biasanya pembengkakan boleh ditolak menggunakan tangan ke dalam
rongga abdomen, tetapi apabila hernia bertambah besar, ini tidak mungkin
boleh dilakukan lagi.
Faktor-faktor yang menyebabkan hernia adalah:
1. Kelemahan pada dinding dalam perut seperti yang berlaku pada
pesakit obes, lemak yang terdapat antara otot-otot mengasingkannya dan
membuatkan ia lemah.
2. Peningkatan dalam tekanan intraabdominal seperti yang dilihat pada
kanak-kanak dengan batuk kokol, orang tua dengan kelenjar prostat yang
membesar menyebabkan kesukaran untuk buang air kecil, seseorang dengan
batuk kronik atau sukar membuang air kecil disebabkan sembelit. Ia juga
boleh berlaku pada pengangkat berat kerana jangka masa yang lama diambil
untuk mengangkat berat.
3. Kadar kejadian hernia adalah lebih tinggi pada perokok disebabkan oleh kekurangan aktiviti kolagen.
4. Pada bayi ketidakmatangan adalah salah satu penyebab hernia. Hernia ini dikenali sebagai hernia sejak lahir (kongenital).
Cara Rawatan:
Selain daripada umbilical hernia yang kecil, bagi semua jenis hernia
yang lain hanya terdapat satu rawatan iaitu pembedahan. Sama ada hernia
akan menjadi berkurangan / halangan atau penjerutan, ini bergantung
kepada saiz leher pada pundi hernia dan tidak bergantung kepada saiz
hernia. Semakin sempit leher, kebarangkalian mendapat komplikasi adalah
lebih tinggi.
Adalah dinasihatkan supaya tidak meletakkan syiling, tali pinggang dan
lain-lain ikatan pada hernia kerana ini akan mengakibatkan hakisan pada
kulit dan kebarangkalian mendapat halangan akan meningkat.
Masa untuk pembedahan:
Bagi kes umbilical hernia yang kecil (berlaku pada kelahiran), boleh
menunggu sehingga umur antara tiga hingga empat tahun bagi ia menutup
secara semula jadi. Kesemua hernia yang lain pula seelok-eloknya dibedah
secepat mungkin bagi mengelakkan kejadian semula komplikasi.
* Hernia internal berada dalam tubuh dan tidak
boleh dilihat secara mata kasar. Contohnya hernia diafragmatika di mana
hernia terjadi akibat adanya di celah diafragma (otot pemisah antara
bahagian perut dengan dada) kerana pembentukan diafragma yang tidak
sempurna. Contoh lainnya adalah hernia hiatal esofagus, iaitu hernia
terjadi melalui celah masuknya esofagus yang masuk dari rongga dada,
serta banyak lagi jenis lainnya.
* Hernia eksternal. Dari jenis hernia ini yang
paling sering dijumpai adalah hernia inguinalis yang muncul di lipat
paha dan hernia umbilikalis yang muncul di daerah pusat. Bayi umumnya
mengalami hernia eksternal yang boleh dikesan secara mata kasar kerana
kelihatan secara langsung. Proses terjadinya hernia eksternal pada bayi
umumnya disebabkan penyakit kongenital, yakni penyakit yang muncul
ketika bayi dalam kandungan dan umumnya tidak diketahui penyebabnya.
Secara umum bayi laki-laki lebih sering mengalami hernia dibandingkan
perempuan kerana proses penurunan testis/ buah pelir (buah zakar) yang
merupakan organ reproduksinya dijadikan lebih kompleks. Hernia pun
lebih sering terjadi pada bayi prematur (tidak cukup bulan), sebab pada
saat kelahirannya proses penurunan testis dan pembentukan ligamen belum
sempurna.
Hernia inguinalis :
* Pada bayi laki-laki terjadi kerana kegagalan proses penutupan
pundi (kantung) yang menutupi testis. Ketika di dalam kandungan, testis
turun dari bahagian perut ke bawah dan berhenti setibanya di skrotum
(kantung pelir). Proses penurunan ini di mulai waktu bayi masih berada
dalam kandungan. Ketika turun, testis akan membawa selaput dari perut ke
bawah sehingga membentuk kantung. Ketika lahir cukup bulan, umumnya
proses perpindahan testis ini sudah selesai. Namun pada beberapa bayi,
proses penutupan hingga menjadi ligamentum (jaringan ikat) tidak
berjalan sempurna yang akhirnya menyisakan lubang . Lubang inilah yang
nantinya boleh menimbulkan herniasi. Bila hanya berisi cairan saja
disebut hidrocele. “Pada hernia inguinalis, paling biasa ditemukan di
sebelah kanan, sekitar 67 % , selebihnya sebelah kiri,” jelas Cosmas. *
Pada bayi perempuan hernia terjadi melalui proses seperti ini : seperti
halnya bayi laki-laki, bayi perempuan pun mengalami proses pembentukan
organ tubuh bahagian bawah yang hampir sama. Namun, bila laki-laki
mengalami proses penurunan testis, maka perempuan tidak. Hernia
umbilikus : Pada bayi laki-laki dan perempuan hernia umbilikus terjadi
bila penutupan umbilikus (bekas tali pusat) tidak sempurna. Seharusnya,
bila penutupan membuat umbilikalis tetap terbuka. Bila hal ini terjadi,
tentu akan menyisakan lubang sehingga usus boleh keluar masuk ke daerah
tersebut.
CARA MENGESAN HERNIA
* Merasa benjolan
Yang perlu diketahui, secara umum hanya dapat mengesan hernia
eksternal, kerana hernia internal terjadi dalam tubuh dan sukar dikesan.
Mengesani keberadaan hernia pada orang dewasa juga jelas lebih mudah
berbanding pada bayi. Ketika buang air misalnya, orang dewasa boleh
merasakan adanya benjolan di bahagian perut yang umumnya lebih terasa.
Namun pada bayi, meskipun terasa ada yang tidak selesa pada tubuhnya, ia
tidak boleh mengungkapkannya dengan jelas. Itulah mengapa hernia pada
bayi lebih sulit dikesan sehingga memerlukan ketelitian orang tua.
Walaupun sulit, lihat dan rabalah bahagian lipat paha atau pusat si
bayi. Hernia eksternal umumnya akan diketahui dari munculnya benjolan di
bahagian tersebut.
Bagaimana Mengesan Hernia:
1. Reponible : Benjolan di daerah lipat paha atau
umbilikus tampak keluar masuk (kadang-kadang terlihat menonjol,
kadang-kadang tidak). Benjolan ini membezakan hernia dari tumor yang
umumnya menetap. Ini adalah tanda yang paling sederhana dan ringan yang
boleh dilihat dari hernia eksternal. Boleh dilihat secara mata kasar dan
diraba, bahagian lipat paha dan umbilikus akan terasa besar sebelah. Labia adalah bahagian paling luar dari alat
kelamin perempuan.
2. Irreponible : benjolan yang ada,
baik di lipat paha mahu pun di daerah pusat. Pada hernia inguinalis
misalnya, air atau usus atau omentum (penggantungan usus) masuk ke dalam
rongga yang terbuka kemudian tersepit dan tidak boleh keluar lagi. Di
fasa ini, meskipun benjolan sudah lebih menetap tapi belum ada
tanda-tanda perubahan penyakit pada anak.
3. Incarcerata : benjolan
kerana sudah terjadi sumbatan pada saluran makanan sudah terjadi di
bahagian tersebut. Tidak hanya benjolan, keadaan masalah kesihatan pada
bayi pun mulai berubah dengan munculnya mual, muntah, perut kembung,
tidak boleh buang air besar dan tidak mahu makan.
4. Strangulata : ini
adalah peringkat hernia yang paling parah kerana pembuluh darah sudah
tersepit. Selain benjolan dan gejala masalah kesihatan pada peringkat
incarcerata, gejala lain juga muncul, seperti demam dan dehidrasi. Bila
terus didiamkan lama-kelamaan pembuluh darah di daerah tersebut akan
mati dan akan terjadi penimbunan racun yang kemudian akan menyebar ke
pembuluh darah. Sebagai akibatnya, akan terjadi sepsis iaitu beredarnya
kuman dan toxin di dalam darah yang dapat mengancam nyawa si bayi. Besar
kemungkinan bayi tidak akan boleh tenang kerana merasakan sakit yang
luar biasa.