Wednesday, December 17, 2014

6 Cara Berkesan Basmi Anai-Anai

Assalamualaikum...
Hari ini saya nak berkongsi tips tentang bagaimana nak membasmi atau nyahkan anai-anai. Haa...siapa yang suka kalau kat rumah ada anai-anai kan...Anai-anai ibarat macam musuh dalam selimut laaa...kenapa saya kata macam tu...haaa sebab anai-anai diam-diam jer menyerang rumah kita...lebih-lebih lagi rumah kayu..sedar tak sedar dah nak roboh rumah barulaa tahu dimakan anai-anai. 


Anai -anai merupakan serangga perosak yang berwarna putih. Kebiasaannya anai-anai ini akan memakan kayu yang sudah lapuk. Namun, terdapat juga kes anai-anai makan kayu yang masih elok dan baik seperti yang terdapat di tiang atau bumbung rumah yang sememangnya berasaskan kayu.

Sarang anai-anai adalah di dalam tanah dan dipanggil busut  kerana anai-anai sukakan tempat yang lembab, dingin dan terlindung.Anai-anai menimbulkan masalah besar jika ia menyerang rumah anda kerana ia boleh merosakkan perabut, syiling rumah, pakaian, dokumen dan lain-lain lagi.

Tempat kebiasaan anai-anai bersarang:

  • Kerangka pintu.
  • Kerangka tingkap.
  • Parquet atau lantai kayu.
  • Skirting kayu.
  • Siling rumah.
  • Binaan kabinet kayu.
  • Wardrobes.
  • Stor.

Cara Mengesan Kehadiran Anai-Anai

  • Laluan Anai-anai
Anda dapat mengesan laluan anai-anai pada dinding rumah yang biasanya muncul keluar dari kerangka pintu atau tingkap, dari skirting lantai atau dari perabot. Laluan ini selalunya bersaiz pensil. Terowong laluan anai-anai yang dirosakkan akan dibaiki oleh anai-anai dengan cepat dalam masa sejam sahaja atau lebih.
  • Kesan Perubahan Warna “Texture Color” Pada Bahan Kayu
Sekiranya terdapat perubahan warna kayu pada pada lantai paquet, kerangka pintu, kerangka tingkap dan sebagainya, itu menunjukkan kehadiran anai-anai di situ. Contohnya warna yang berubah dari coklat gelap kepada coklat cerah.
  • Kehadiran Kelkatu
Satu lagi tanda kehadiran anai-anai adalah apabila anda melihat banyaknya kelkatu keluar dari tempat tertentu. Kelkatu akan keluar dari kawasan sarangnya bagi membina koloni yang baru.
  • Rekahan atau Lubang
Dengan menggunakan pemutar skru, cucuk dan ketuk perlahan-lahan untuk mengesan lubang pada kayu. Bezakan bunyi yang keluar dari ketukan anda. Lihat dengan teliti jika terdapat sebarang rekahan pada tepi kerangka berkayu di rumah anda dan suluh dengan lampu suluh jika terdapat selut berpasir di dalam rekahan tersebut.
  • Bunyi Anai-anai – “Tik-Tik-Tik”
Pasang telinga anda pada bunyi tik-tik tik kerana bunyi tersebut adalah berpunca daripada aktiviti anai-anai yang sedang memecahkan struktur kayu. Kadangkala ia juga menghempaskan kepalanya pada kayu bagi memberikan isyarat bahaya pada rakan-rakan yang lain yang juga menghasilkan bunyi tik-tik-tik.

6 Cara Membasmi Anai-Anai 


1. Minyak Tanah
Caranya cukup mudah iaitu semburkan minyak tanah di kayu yang telah diserang anai-anai dan juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini.Untuk kesan yang lebih omptimum,tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah itu.

2. Tembakau
Tembakau berkesan terhadap anai-anai tetapi untuk kesan yang lebih efektif,anda boleh anda boleh mencampur tembakau tersebut dengan air lalu dibiarkan semalaman agar memperoleh larutan tembakau. Kemudian,semburkan air campuran itu pada kayu yang diserang dan juga sarang anai-anai itu.

3. Air Cucian Beras
Ramai yang tidak tahu air pertama daripada basuhan beras dapat mencegah anai-anai. Caranya mudah sahaja,siramkan air tersebut di sekeliling sarang anai-anai itu.

4. Air Kapur Sirih
Air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi anai-anai kerana sifat panas dari kapur tidak disukai anai-anai kerana ia memiliki kulit yang tipis dan lembut. Oleh itu,siramkan air kapur sirih ke kayu yang diserang dan juga sarangnya.

5. Garam Dapur
Campurkan garam dengan air dan juga tembakau. Biarkan semalam dan semburkan air di tempat yang berkemungkinan diserang anai-anai. Anda juga boleh menaburkan sahaja garam itu di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garamnya hanya dibahagian permukaan sahaja.

6. Racun
Pilihan yang terakhir yang boleh anda lakukan adalah beli sahaja racun anai-anai di pasaran. Namun, pastikan racun tersebut digunakan mengikut aturan. Pastikan anai-anai dihapuskan daripada bermaharajalela di dalam rumah anda untuk menyelamatkan harta benda dan mengelakkan daripada menanggung kerugian.  Selamat mencuba.

12 comments:

  1. Anda ada masalah anai anai..
    Kami bole membantu anda....hubungi kami atau wassp saya puan aisyah 0146521134..

    ReplyDelete
  2. Anda ada masalah anai anai..
    Kami bole membantu anda....hubungi kami atau wassp saya puan aisyah 0146521134..

    ReplyDelete
  3. Saya ada dengar kalau rumah kena serang anai-anai kena tanam hati ikan pari dibawah rumah. Betul ke?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum... Anda mengalami masalah anai2 ..kami sedia membantu anda...harga pun berpatutan
    Lokasi
    Kl, selangor, kelantan ,terengganu
    Jika anda meragui Saya bole tgk fb Saya umi esah enterprise.. Lihat testimoni customer Saya... Jika berminat bole cool atau wassp Saya 0129549985 aisyah

    ReplyDelete
  5. hello.. saya aisyah,dari umi esah enterprise
    pest control service,

    anda di luar dah puas dengan cara petua atau tukar semua benda dlm rumah kan,seperti toto,tilam,sofa..mesti anda rasa nak ganti bila ada nya pepijat kan...jgn risau,kami sentiasa membantu anda,
    harga pun murah jee,,saya yakin service kami ni anda pasti berpuas hati...testimoni kami ada untuk anda di luar nak tgk..
    lihat testimoni kat facebook saya umi esah enterprise..
    jika anda berminat boleh wassp saya atau coll saya aisyah 0129549985,

    area kl,selangor

    kami bukan saja hapus kan pepijat,
    anai anai
    semut,lipas,tikus,
    nyamuk
    pun saya boleh bantu...

    talian service kami 24 jam,,,tq,,

    ReplyDelete
  6. Salam,saya nak tanya ..saya ada masalah anai-anai di dalam longkang..macam mana saya nak buat.

    ReplyDelete
  7. KAMI ADALAH PENYELESAIAN MASALAH ANAI2. INSYAALLAH 100% BERKESAN. YG PENTING IA DIPERBUAT DARI BHN2 ORGANIK, IAITU TIDAK BERACUN.. BLH LAWAT KAMI (TESTIMONI DLL) DI https://www.facebook.com/proinsectmalaysia

    KETERANGAN LANJUT BLH SMS SY DI TALIAN 0195713534 atau wasap sy www.wasap.my/60195713534

    ReplyDelete
  8. saya punya satu ekar kebun buah2an (durian, manggis, langsat, dokong dan rambutan). Kebun di jaga dengan baik. Tanpa di sedari, 1 busut anai2 ( sekarang setinggi 1.5 kaki ) wujud.

    Apa kah racun rawatan yang baik untuk menghapuskan anai2 tersebut dan serangan nya? Saya khuatir racun akan meresap ke pokok2 buahan yang berhampiran, yang boleh membawa bahaya kepada pemakan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Kebun saya terletak 3km dari bandar Kuala Pilah.

    ReplyDelete
  10. Cari furadan korek lubang tanam....jarak2...bila hujan racun serap dlm tanah....racun x bahaya utk pokok. Org makan bahaya. Pastikan pakai sarung tangan

    ReplyDelete

Fully Design By izza sakura