Sunday, October 26, 2014

ZINC COMPLEX Membantu Menyembuhkan Luka Jahitan Bersalin

Pengalaman melahirkan anak adalah pengalaman yang terindah dalam hidup setiap ibu2. Setiap anak yang dilahirkan adalah tidak sama cara atau kaedah kelahirannya. Ada yang bersalin dengan cara yang sangat mudah dan ada yang sukar. Ianya juga bergantung kepada usia seseorang ibu. Saya masih ingat ketika mula2 nak melahirkan anak yang sulong, doktor bagi dua pilihan samada bersalin normal atau secara ceasarean. Pada hakikatnya, dalam hati ingin memilih kaedah ceasarean namun mak saya menghalangnya...katanya susah nak berpantang. Biasalaaa bak kata orang..orang tua2 lebih dulu makan garam daripada kita. Alhamdulillah ketiga-tiga anak saya lahirkan secara normal.



Ok, berbalik kepada tajuk entri saya pada hari ini, apabila kita bersalin secara normal atau secara ceasarean, ibu2 perlulah mengamalkan pemakanan yang sihat bagi menyembuhkan luka selepas bersalin. Jadi kenalah berpantang betul2...kalau tak...silap haribulan luka jahitan tersebut boleh terkena jangkitan kuman yang menyebabkan luka lambat sembuh dan bernanah. Sudah tentulah ia merupakan satu mimpi ngeri buat ibu2 yang melahirkan anak.





Antara punca luka jahitan bersalin lambat sembuh adalah :

  • Kawasan perineum (kemaluan) kurang bersih dan tidak kering
  • Baring atau duduk terlalu lama
  • Sembelit
  • Jangkitan kuman

 Zinc adalah sejenis logam yang kuantiti kecil sahaja diperlukan oleh manusia. Zinc merupakan mineral yang sudah menjadi kebiasaan di ambil oleh ibu berpantang untuk proses penyembuhan luka jahitan bersalin lebih baik. Zinc biasanya terdapat di dalam sesetengah makanan.

Tahukah anda tujuan segelintir ibu bersalin mengamalkan ikan haruan bagi mendapatkan nutrien zinc di dalamnya? Namun kelemahan ikan haruan adalah dari segi rasa yang kurang enak kerana ikan haruan antara ikan yang hanyir. Walaupun telah dijadikan pati, kehanyirannya masih tak dapat dibuang. Berikut adalah 12 jenis makanan yang kaya dengan Zinc.


sumber zink
 
Oleh itu apakah sumber zinc yang selamat yang boleh kita ambil? Ia amat penting kerana ibu berpantang perlu amat berhati-hati dalam bab pemakanan supaya tidak bisa atau memudaratkan pada luka jahitan bersalin. Anda boleh mendapatkan sumber zink dari daging, tiram dan kekacang tetapi perlu di ambil dengan kuantiti yang banyak. Pada masa yang sama ada sesetengahnya tidak boleh di ambil oleh ibu lepas bersalin .

Untuk menngatasi masalah tersebuat ibu2 berpantang anda juga bolehlah mengambil suplement Shaklee iaitu Zinc Complex. Antara sumber zinc terbaik adalah daripada Zinc Complex Shaklee. Ia amat penting kepada ibu berpantang dan mahu luka jahitan bersalin dengan cepat dan ia termasuk dalam Set Berpantang Shaklee. Ianya khusus untuk merawat luka dalaman atau luaran selepas bersalin. Luka jahitan akan cepat sembuh dengan pengambilan Zinc Complex. Jadi, ibu2 tidak lagi perlu risau untuk memaksa mengambil makanan yang mengandungi Zinc lagi.
zinc complex shaklee

Kadang2 risau jugak kalau luka lambat sembuh, nak bergerak pon susah. Kena berpantang betul2 sebab kalau tak berpantang, kesan bukan kita dapat rasa untuk sehari dua nie...nanti tak sampai umur 40 dah sakit2 badan dan lenguh2 urat...Jadi dapatkan set berpantang Shaklee sekarang..Konsultasi sebelum dan selepas penggunaan adalah PERCUMA.





"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"


 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-
Nor Azimah binti Deraman
 SID: 1069185 
 012-3925240
  https://www.facebook.com/znzHealthcare
mia_idora2000@yahoo.com 

 COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

Bagaimana Memandikan Bayi Secara Selamat

Assalaamualaikum...dan salam sejahtera.

Ramai ibubapa diluar sana yang baru mendapat cahaya mata tidak tahu cara yang sesuai untuk memandikan bayi mereka. Kadang2 sesetengah suami tidak berani untuk memandikan bayi mereka. Biasanya proses memandikan bayi diseraHkan kepada ibu mereka. Yerlaa baru pertama kali jadi bapa, tapi tak semua bapa begitu yer..ada yang sangat perihatin tentang baby mereka. Jadi  di sini saya kongsikan bagaimana kaedah untuk memandikan bayi secAra selamat.



Bayi anda mungkin amat suka bermain air, namun begitu ada peraturan-peraturan yang harus dipatuhi untuk membuat waktu mandi selamat selain menyeronokkan. Perkara yang paling utama dan paling penting ialah jangan tinggal bayi anda berseorangan dalam besen atau tab mandi. Teruskan membaca untuk mendapatkan tip-tip tentang bagaimana memastikan bayi anda bersih dan selamat. 
 

Apakah suhu yang sesuai untuk air mandian bayi saya?

 

  • Pastikan air mandian bayi suam dan selesa tetapi tidak panas sebelum memasukkan bayi anda ke dalamnya. Air yang dipanaskan sehingga 37 darjah C adalah paling sesuai.
  • Anda boleh membeli termometer untuk menentukan suhu air mandian itu. Sesetengah termometer direka bentuk seperti mainan mandi bayi yang selamat dan menyeronokkan. Jika anda tidak mempunyai termometer, celupkan siku anda ke dalam air untuk menguji samada ia terlalu panas atau terlalu sejuk.
  • Tuangkan air sejuk ke dalam besen dahulu, kemudian barulah air panas. Ini akan mengurangkan risiko melecurkan bayi anda. Jangan sekali-kali meletakkan bayi anda dalam besen atau tab semasa air paip sedang mengalir. Suhu air boleh berubah dengan pantas.
  • Jika anda menggunakan tab orang dewasa, tutupkan semua kepala paip. Ajar bayi anda supaya tidak menyentuh kepala paip. Walaupun dia masih tidak tahu membuka paip ketika ini, tetapi tidak lama lagi dia akan mempunyai cukup tenaga untuk membukanya, dan dia boleh melecurkan kulit sendiri.
  • Jika anda mempunyai kedua-dua kepala paip air panas dan sejuk, anda boleh memasang injap kepada kepala paip panas yang mencampurkan air. Ini akan mengawal suhu air supaya tidak terlalu panas apabila ia keluar daripada kepala paip. Kanak-kanak boleh melecur darjah kedua dan ketiga dalam beberapa saat sahaja dia berada dalam air yang terlalu panas.
  • Walaupun air mandiannya mungkin suam, suhu badan bayi anda boleh menurun dengan pantas apabila anda keluarkannya daripada air, jadi pastikan bilik anda panas dan selesa. Apabila mengangkat bayi daripada besen mandi, balutkan dia dengan tuala dan tutup kepalanya sebelum memakaikannya lampin.
  • Selepas itu, balutkan bayi dengan tuala kering atau selimutkannya sekali lagi, dan peluk dia selama 10 minit untuk memanaskan badannya. Apabila dia sudah memakai baju, balutkan dia dalam selimut yang kering dan suam. 

Berapa dalamkah sepatutnya air mandian itu?


Untuk bayi baru lahir sehingga usia enam bulan, isikan besen sedalam kira-kira 13cm. Atau pastikan air cukup untuk bayi berbaring dalam air dengan bahunya betul-betul terendam.
Jangan sekali-kali meletakkan bayi yang lebih besar dan juga anak kecil dalam air yang kedalamannya lebih tinggi daripada pinggang mereka (posisi duduk). Dan jangan sekali-kali meletakkan bayi anda dalam besen atau tab semasa air sedang mengalir. Kedalaman air boleh naik sehingga menjadi terlalu dalam. 

Bagaimanakah cara memegang bayi dengan selamat di dalam air?


Anda mungkin mahu menggunakan alat penyangga untuk membolehkan tangan anda mencuci badan bayi dengan bebas. Jika bayi anda belum boleh duduk, endul mandi bayi akan membendungkan bayi di dalam air. Jika dia sudah boleh duduk sendiri, anda boleh menggunakan kerusi mandi bayi.
Sentiasalah berada di samping bayi semasa dia sedang mandi, samada anda menggunakan besen atau penyangga mandi. Bayi boleh lemas dalam air yang kurang daripada 3sm, dan dalam beberapa saat sahaja bayi boleh tergelincir ke dalam air dan tak berupaya menyelamatkan diri. Walaupun dengan penggunaan alat sokongan semasa mandi, bayi masih boleh lemas atau mengalami kecederaan yang serius jika ditinggalkan berseorangan.
Jika anda menggunakan tab mandi, letakkan pelapik getah di lantai tab. Tatkala bayi anda sedang membesar, latih supaya dia duduk diam dalam tab pada bila-bila masa. Ini dapat mengelakkannya daripada berdiri, tergelincir atau hilang imbangan. 

Berapa kerapkah harus saya mandikan bayi saya?

 

Terpulang kepada anda berapa kerap anda mahu memandikan bayi anda. Waktu mandi boleh menjadi acara harian yang seronok dan relaks bagi anda dan bayi anda. Tetapi, jika anda tidak mahu memandikan bayi anda setiap hari, sekali atau dua kali seminggu adalah sesuai semasa bulan pertama.
Asalkan anda mengelap seluruh badannya dari atas ke bawah, dan membersihkan semua kotoran yang dapat dilihat pada hari-hari dia tidak dimandikan, bayi anda sudah cukup bersih.
Apabila bayi anda berusia dua bulan anda mungkin mahu menjadikan mandi sebagai sebahagian daripada rutin tidur bayi. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu membasuh rambut bayi setiap hari. Rambutnya mengeluarkan hanya sedikit minyak sahaja, jadi sekali seminggu sudah memadai.
Gunakan sabun lembut dan tidak mengandungi pewangi atau produk cecair mandian bayi dengan pH neutral. Jika kulit bayi anda terasa kering atau kemerahan, anda boleh mencampurkan sedikit emolien mandi ke dalam air mandian. Menggunakan emolien boleh membuatkan kulit bayi anda licin, jadi peganglah bayi anda dengan kukuh tetapi lembut semasa dia di dalam air.

Adakah selamat untuk berkongsi tab mandi dengan bayi saya?


Adalah selamat untuk berkongsi tab mandi dengan bayi anda apabila dia berusia dua bulan, selagi anda yakin boleh memegangnya dengan baik. Anda akan memerlukan seorang berdekatan untuk membantu menghulurkan bayi kepada anda dalam tab, dan mengambilnya daripada anda semasa anda keluar daripada tab.
Sebagai alternatif, suami anda boleh masuk bersama bayi dalam tab, dengan anda membantu. Tiada yang boleh menandingi sentuhan kulit-ke-kulit untuk mengukuhkan ikatan antara bapa dan bayi.
Sesiapa yang akan bersama bayi dalam tab mestilah mandi atau mencuci badannya terlebih dahulu. Kemudian siapkan bilik mandi dan tab mandi seperti disebutkan di atas. 

Bolehkah saya keluar daripada bilik mandi untuk seketika?


Tidak. Jangan sekali-kali meninggalkan bayi anda dalam besen atau tab tanpa kawalan. (Ya, ini adalah penting, sebab itu kami mengulanginya sekali lagi.)
Sediakan semua yang anda perlukan untuk memandikan bayi anda sebelum bermula, iaitu tuala, sabun dan kelengkapan mandian yang lain, lampin yang bersih dan baju tidur, di tempat yang senang untuk dicapai. Jika ada orang mengetuk pintu atau jika telefon berbunyi dan anda rasa anda perlu menjawabnya, angkat bayi, balutkan dia dengan tuala dan bawa bersama anda.

Saturday, October 25, 2014

Tips Mengesan Kecacatan Pada Rumah Baru

Assalaamualaikum dan salam sejahtera..
 
Selamat berhujung minggu semua. Hujung minggu ni biasanya ibu2 yang bekerja ambil peluang membersihkan dan mengemas rumah. Haaa...sebut pasal rumah ni..saya terfikir plak tentang apa yang perlu dilakukan kita lakukan apabila kita dah dapat kunci rumah daripada pihak pemaju. Yerlaa mesti excited nak deko rumah baru kan. Sebelum nak hias sana sini tu..kita hendaklah periksa dahulu samada ada tak sebarang kecacatan pada rumah yang baru kita terima kunci tu.
 


Kebiasaannya pihak pemaju akan memberi satu tenpoh untuk kita membuat inspection pada rumah dan kita boleh complaint apa sahaja kerosakan atau kekurangan yang ada baik di dalam atau di luar rumah. Semua ini adalah hak-hak kita sebagai pembeli maka periksalah sebaik-baiknya keadaan di dalam rumah tu yer. kalau mengikut peguam yang mengurus pembelian rumah saya, tempohnya lebih kurang 6 bulan dari tarikh penerimaan kunci rumah. So, dalam tempoh itu, kita boleh periksa mana-mana kerosakan atau kekurangan rumah tersebut. Maklumat ini yang berguna ini saya dapat dari Queen Of Butterfly .Diharap, ianya berguna  kepada bakal-bakal pembeli rumah atau yang dah hampir nak berpindah ke rumah baru.

PERALATAN yang diperlukan semasa check defect pada rumah.

  • Masking tape - Tape yang kaler putih/cream tu. Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda.
  • Marker Pen - Warna merah pun ok. Senang nampak tulis nombor dan problem atas masking tape.
  • Kertas A4 - Tulis kan senarai kecacatan atau defect itu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari.

Apa perkara penting yang perlu kita periksa?


A) Air.
1. Pastikan meter air ada dan berfungsi. Semua kepala paip, shower tu dan benda-benda yang sewaktu dengannya ada.
2. Tutup semua kepala paip, pastikan sambungan betul dan tiada yang tercabut/longgar.
3. Buka pili air pada meter dan biarkan air masuk ke dalam tangki sampai penuh. Kalau rajin boleh pergi panjat tengok tangki dulu.
4. Bila air dah penuh dalam tangki pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti, kalau tidak kemungkinan paip bocor sebelum sampai ke tangki.
5. Check air kat semua bilik air. Test satu persatu.
6. Drain pipe untuk aircond. Kena test masukkan air, takut tersumbat atau mungkin di tipu (paip tak sambung setakat gimmick je).
7. Mangkuk tandas kena test juga. Kalau air tak lancar, kemungkinan terdapat lebihan simen yang dibuang kedalamnya oleh kontraktor terbabit.


B) Elektrik
1. On kan main suis... kemudian on kan suis fius tu satu persatu...
2. Test Soket 3-pin tu satu persatu... guna tester atau lampu tidur kecik tu pun bleh... so kita bleh tau mana satu yang problem..
3. Test semua suis kat rumah tu, pastikan tiada yang ketat atau tak leh nak tekan...
4. Ketuk kat tepi semua soket/suis.. pastikan dah simen tepi tu.. takut ada ruang kosong, next time mudah pecah..


C) Jubin (Tiles)
1. Check satu persatu tile dalam rumah tu... kena ketuk, kalau bunyi kosong... pecahkan saja, minta pemaju tukar...
2. Kalau ader yang pecah sikit atau retak... minta tukar juga...
3. Kena check kat semua tempat, kat bawah sink/wash basin dan tempat tersorok...


D) Pintu dan Kunci
1. Tukar semua kunci depan dan belakang...sebab keselamatan, maybe dah diduplicate..
2. Tukar pintu belakang, pintu plywood tu tak leh caya... guna kunci yang ok skit.. double lock & dead lock..
3. Kalau tak tukar main gate, make sure gate tu tak boleh diangkat/cabut pada ensel tu...
4. Pintu kat pagar belakang tu kena kunci, pasang padlock yang weatherproof... jgn simpan tangga kat belakang rumah...
5. Sliding door... pasang penyendal keselamatan besi/kayu panjang...letak pada rel sliding tu supaya tak leh tolak drp luar...
6. Gunakan padlock yang berkualiti, bukan pasar malam punya... nanti rosak haru pulak tak boleh buka..
7. Padlock yang baik seperti ABUS & ABLOY mahal sgt.. guna kan YALE, SOLEX atau setara pun ok..


E) Grill besi atau Geriji
1. Design ikut budget.. tapi mesti yang agak kukuh, sebab ada design yang guna besi halus jer, mudah dipotong nanti..
2. Kunci mesti double lock.. boleh tambah selak atau kunci daripada dalam...
3. Telinga ker apa.. untuk pasang padlock tu mesti kukuh kat joint dia.. kat situ yang paling tak secure, guna tukul jer dah tercabut...
4. Mounting ke dinding, terutama tingkap mesti kuat.. skru mesti cukup kuat, kalau boleh guna besi yang ditanam dan weld ke tingkap..
5. Kalau guna grill yang boleh dibuka/safety tu.. pastikan tak boleh dibuka drpd luar... nanti mudah perompak pecah cermin dan buka..


F) Bumbung, atap atau ceiling (roof)
1. Kalau boleh naik ler atas tu, try tengok apa yang ada... mana ler tau ada benda asing atau defect kat situ...
2. Time hujan lebat, atau hujan.. tunggu dalam rumah atau check kat siling.. selalu time hujan lebat jer bocor atap tu..
3. pastikan tiada atap concrete tu yang retak atau pecah atau sumbing.. minta pemaju replace segera...
4. Kalau boleh masuk atas siling, sambil tengok tangki air.. tengok sekali joint kayu yang support bumbung tu..
5. Pastikan kayu tu elok keadaannya dan sambungan betul... bukan kayu terpakai/rosak atau yang disambung-sambung...
6. Pastikan dinding memisahkan rumah sebelah proper keadaannya, tiada lubang dan tiada retakan...


G) Tangki air
1. Kena naik atas siling, baru boleh check tangki air... yang penting tengok kekuatan support/penyokong kedudukan dia..
2. Tengok kat dalam tu, takut ada benda asing... masa install pemaju pakai letak jer.. bersihkan tangki air daripada kekotoran/batu/pasir...
3. Kalau ada plan nak install Outdoor filter, mereka akan servis bersihkan tangki air sekali.. so, minta pakar yang settelkan...
4. Paip limpah tu kena check juga, kalu pelampung rosak, air tu pegi mana...
5. Nak lagi best, pasang air kat meter... pastu check air masuk kat tangki, baru tau camner tangki tu function...

Haaaaa... inilah antara perkara-perkara penting yang you all kena periksa satu persatu dan teliti. Walau rumah tak semahal dan tak sebesar mana tapi itukan harta kita..Jadi biarlah kita berpuas hati...InsyaAllah..Lepas bolehlaa nak deko2 rumah yer..

CINCH SHAKE MIX Membantu Menurunkan Berat Badan




Ramai orang diluar sana yang inginkan badan yang kurus dan sihat. Apa yang penting, kita hendaklah bijak memilih produk yang sihat dan berkesan. Salah satu produk Shaklee  untuk penurunan berat badan adalah Cinch™ Shake Mix. ia adalah minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot. Yang best yer ia menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Baunya memang best..ada 2 perisa iaitu Vanilla, Coffe Latte dan Chocolate. Jadi terpulang kedapa anda nak pilih perisa apa yang anda suka.


Ianya diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang m
eransang kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Setiap kali anda mengambil Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting.

Cinch Shake Mix sesuai diambil bersama susu rendah lemak. Ini kerana ai melengkapkan kandungan nutrisi yang diperlukan oleh badan dan mengoptimumkan penggunaan protien dan leucine. Jadi tidak hairanlah kenapa Cinch Shake Mix ini digunakan untuk penurunan berat badan.

 Ianya bebas kaffien kecuali yangb berperisa latte kerana ia mengunakan perisa kopi asli. Kandungan kaffiennya adalah kurang dari 1 mg dalam setiap hidangan. Kalau kalau malas nak makan tengah hari boleh laa ambil Cinch Shake Mix ni kerana ia mengenyangkan.


Siapa yang Tidak Boleh Ambil Cinch Shake Mix?

  • Ibu Mengandung dan Menyusu - Ibu hamil dan menyusu tidak digalakkan berdiet kerana mereka memerlukan nutrien yang lebih terutamanya kalori.

  • Kanak-kanak di bawah 12 tahun - Ia tidak sesuai untuk  kanak-kanak di bawah umur 12 tahun kerana kandungan nutrian dan kalori dalam setiap hidangan adalah tinggi dan tidak sesuai untuk kanak-kanak.

 

Keistimewaan Cinch Shake Mix

  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
  • Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan..(soya bukan GMO)
 Harga Cinch Shake Mix adalah RM173 dan mengandungi 15 hidangan. Satu hidangannya adalah mengandungi 35% khasiat yang kita perlukan setiap hari.

Jadi jangan segan silu untuk mendapatkannya hari ini, konsultasi sebelum dan selepas pembelian adalah PERCUMA..

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"


 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-
 Nor Azimah binti Deraman
SID: 1069185
 012-3925240 
https://www.facebook.com/znzHealthcare 
 mia_idora2000@yahoo.com

 COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

Friday, October 24, 2014

Kelebihan Vitamin C Shaklee Berbanding Dengan Vitamin C Lain

Tahukah anda apa itu vitamin C? Vitamin C adalah vitamin yang sangat diperlukan olah badan kita. Ia mampu membuat kulit anda cerah, cantik dan licin. Vitamin C boleh diperolehi dari sumber makanan seperti buah oren, strawberi, brokoli, tomato dan lain-lain. Namun, kita seringkali mengamalkan pengambilan makanan yang tidak seimbang dimana sumber vitamin C ini diambil dalam kadar yang kurang mencukupi, maka terjadilah masalah kulit kedut, kusam, bermasalah, gelap dan kasar. Haaa..saper tak nak cantik kan..

Inilah sebabnya vitamin C ini sesuai untuk anda yang mementingkan paras wajah yang cantik berseri khususnya dari dalam. Jadi tak hairanlah Vitamin C ini amat laris di pasaran. Harganya amat mampu milik dan tahan sehingga 6 bulan untuk satu botol. Memang sangat berbaloi.
Sustained Release Vita C Plus 500mg ialah vitamin C keluaran shaklee, dimana ia diperkayakan dengan Citrus Bioflavonoids.

Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. Dan di dalam Vitamin C Shaklee mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex daripada lemon, orange, grapefruit.

Ianya juga bersifat larut air maka, sesiapa yang mengambil  vitamin c ini dinasihatkan agar minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.


 Fungsi Vitamin C :

  1. Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  2. Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran 
  3.  Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti. 
  4. Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis. 
  5. Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress. 
  6. Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi. 
  7. Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang. 
  8. Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya. 
  9. Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas. 
  10. Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah. 
  11. Merawat jangkitan saluran kencing. 
  12. Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

Khasiat Utama Vitamin C

  • Mencantikkan kulit - Pengambilan Vitamij C setiap hari dapat membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama pembentukan jeragat. Kulit and akan jadi lebih berseri dan glowing gitu!!
  • Membentuk Kolagen - Ia dapat merangsang pembentukan kolagen yang mana kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
  • Memperbaiki simptom Pendarahan - Kekurangan Vita C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, megukuhkan sistem imun, peningkatan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, dan juga mengurangkan simptom selsema.
  • Memperbaiki Insomnia - Ia dapat memperbaiki insomnia, stress dan masalah keresahan.
  • Mengekalkan Kolesterol Sihat - Ia dapat mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalan pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.
 

Beza antara Vitamin C Shaklee Dengan Jenama Lain


A. 1 tablet Vitamin C Shaklee (500mg) bersamaan dengan 7 setengah biji oren!Bayangkan dengan hanya memakan 1 biji tablet Vitamin C Shaklee, anda mendapat manfaat sebanyak anda memakan 7 setengah biji oren setiap hari! Kadang-kadang kita nie nak makan sebiji limau pun susah dalam satu hari..inikan pula 7 biji...betul tak? 


B. Vitamin C Shaklee mempunyai bioflavonoids 
Vitamin C sintetik tidak mempunyai bioflavonoids, manakala Vitamin C Shaklee mempunyai bioflavonoids.Vitamin C sintetik cuma semata-mata asid askorbik sahaja.  Ia tidak mampu bertindak seperti vitamin C yang sebenar. Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi.

C. Vitamin C Shaklee adalah natural
Suplemen Shaklee semuanya terdiri daripada vitamin natural-termasuklah Vitamin C. Tahukah anda bahawa Vitamin C sintetik mempunyai kesan antioksidan dan pro-oksidan dalam masa yang sama! Bermakna walaupun ia menghapuskan radikal bebas dalam tubuh, pada masa yang sama ia juga menghasilkan radikal bebas.
D. Vitamin C shaklee bersifat Sustained Release
Apabila kita makan 1 tablet vitamin C Shaklee, ia akan dilepaskan secara perlahan-;ahan ke dalam badan kita. Ini membolehkan vitamin C ini sentiasa berada di dalam badan kita. Ia akan kekal di dalam badan kita lebih kurang selama 5 jam.

E. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan
 Vitamin C Shaklee adalah bebas dari bahan tiruan atau sintetik. Semuanya natural!

Siapa yang memerlukan Vitamin C?

  • Orang yang mudah stress kerana stress akan mempercepatkan penyusutan Vitamin C dalam badan.
  • Orang yang mengalami masalah sinus.
  • Orang yang menghadapi jerawat di tubuh badan.
  • Orang yang makan pil perancang sebab pil perancang juga akan menyerap Vita C dan mengakibatkan pengurangan Vita C dalam badan dengan cepat.
  • Orang yang ingin mencantikkan kulit atau yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat atau eczema memerlukan Vita C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan memperbaiki tisu kulit.
  • Semua orang yang menginginkan kesihatan tubuh badan yang baik kerana Vita C menyokong sistem Imun dalam badan dan mengurangkan selsema yang berpanjangan. 
Jadi, buatlah pilihan yang bijak. sekiranya anda mahukan Vitamin C yang natural dan benar-benar bermanfaat untuk anda, maka Vitamin C Shaklee adalah pilihan yang paling tepat sekali. Hubungi saya untuk dapatkan Vitamin C sekarang.

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM" 


- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-
 Nor Azimah binti Deraman
 SID: 1069185
 Call/whatsapp/sms : 012-3925240
 Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare 
emel: mia_idora2000@yahoo.com 

 COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

Doa Awal Tahun dan Akhir tahun Hijrah

Assalaamualaikum w.b.t...

Hari ini adalah hari terakhir bagi tahun kalendar Islam 1435Hijrah. Pada tahun ini 30 Zulhijjah 1435H jatuh pada 24 November 2014 (Jumaat) dan 1 Muharram 1436H jatuh pada 25 November 2014 (Sabtu). Bulan di mana catatan buku amalan kita ditutup dan digantikan dengan buku amalan yang baru.

Jadi sebelum buku amalan saya ditutup, saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon kemaafan kepada semua orang termasuklah yang membaca entri saya ini. Jadi untuk peringatan bersama marilah kita sama-sama  membaca kedua-dua doa akhir tahun (1435H) dan doa awal tahun (1436H) ini supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT, insya Allah….


Doa Akhir Tahun



Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Doa Awal Tahun



Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1436 (Hari Jumaat malam Sabtu).

Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka. 




14 perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):



  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
  9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.























Kisah Hijrah Rasulullah s.a.w :

RASULULLAH s.a.w berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira'. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad s.a.w, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.


Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.


Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah s.a.w mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.


Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah s.a.w diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.


Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: “Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah.” Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.


Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.


Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakar (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.


Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.


Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.


Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.


Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.


Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.


Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.


Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.


Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.


 Kredit

Fully Design By izza sakura