Tuesday, October 14, 2014

TAKWIN PERSEKOLAHAN TAHUN 2015


Assalaamualaikum w.b.t.....dan Salam 1Malaysia

Tentu ramai yang ternanti-nanti Takwin Persekolahan Tahun 2015 kan...jadi entri kali ni saya nak share takwim tersebut untuk rujukan anda semua...naaah..lepas ni dah boleh plan bercuti bersama family pada cuti persekolahan tahun depan kan.....Saya lagilaa seronok dapatlaa intai-intai tiket flight nak balik kampung tahun depan....mudah-mudahan adalah rezeki saya nak dapatkan tiket murah tahun depan...hahahhah...stok koya...kata orang kelantan....apapon harapan untuk pindah hujung tahun ni menggunung tinggi...dapat tak dapat itu belakang kira...yang penting isi borang dan banyak2 berdoa...

Pelbagai perancangan di benak fikiran terutama bagi pasangan yang ingin mendirikan mahligai cinta...Lepas ini saper2 yang merancang untuk berkahwin ke..bertunang ke..bolehlaa pilih2 tarikh yg sesuai yer....Jom kita tengok takwim persekolahan 2015



                  
 Yang penting...cuti tahun hadapan diharap dapat kita nikmati bersama keluarga tersayang.....



 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-
 Nor Azimah binti Deraman
 SID: 1069185
 Call/whatsapp/sms : 012-3925240 
Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare
 emel: mia_idora2000@yahoo.com

Monday, October 13, 2014

Punca Rambut Gugur || Cara Mengatasinya


Assalaamulakum w.b.t...salam 1Malaysia..

Apa khabar uolls arini...diharap semuanya ceria2 selalu..pernahkah anda semua mengalami masalah rambut gugur...kalau setakat sehelai dua tu masih dikira normal laa kan...tp kalau sekali sikat sampai bergulung-gulung rambut melekat kat sikat tu dikira anda salah seorang yang mengalami masalah rambut gugur. Jadi..apa punca sebenarnya masalah rambut gugur nie...jom kita tengok punca-punca masalah rambut gugur

PUNCA MASALAH RAMBUT GUGUR


  1. HORMON
      Seperti yang kita sedia maklum, hormon merupakan faktor utama masalah rambut gugur. Hormon yang tidak stabil juga di sebabkan oleh monopous. Maka tidak hairanlah jika masalah ini di alami oleh wanita yang lanjut usia. Apabila seseorang itu berada dalam keadaan tertekan atau stress, maka ia akan menjadikan hormon dalam badan tidak stabil. Ini secara tidak langsung memberi kesan terjadinya masalah rambut gugur. Jadi uolls cuba kawal diri dan jangan terlampau stress yer....

2. PRODUK
     Rambut adalah sangat sensitif dengan bahan kimia. Contohnya jika anda selalu mewarna rambut ataupon membuat teknik rebonding, kadang-kadang bahan yang digunakan adalah tidak sesuai untuk rambut anda. Selain itu juga, jenis syampu juga memain peranan menyumbang kepada masalah rambut gugur ini. Jadi anda hendaklah kenalpasti terlebih dahulu syampu yang manakah sesuai untuk rambut anda.

3. KURANG VITAMIN
    Rambut yang tidak sihat adalah rambut yang bermasalah seperti kelumumur, bercabang dan gugur. Oleh itu, anda perlulah mengambil makanan yang berkhasiat seperti buah buahan, sayur sayuran dan makanan yang berprotien tinggi. Kalau orang tua2 cakap..bila baby dah pandai main bubbles air liur..maka rambut mak yer akan banyak gugur......issssh....betul ke ni??

Jadi, bila dah banyak rambut gugur sampaikan bleh nampak kulit kepala tu..takkan nak biarkan saja kan...Di sini saya nak cadangkan Cara untuk mengatasinya.


CARA MENGATASI MASALAH RAMBUT GUGUR DENGAN SET RAMBUT GUGUR SHAKLEE




Antara produk Shaklee yang boleh mengatasi masalah rambut gugur adalah seperti berikut:-


1. ESP
     Menyihatkan rambut,  memulihkan rambut rapuh dan bercabang.

2. REVITALIZING SHAMPOO 
    Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambt tanpa terlalu mengeringkan dan melembapkannya. Humektan bertindak melembutkan dan melebatkan rambut.

3. B-COMPLEX
    Inositol, salah satu vitamin B, membantu pertumbuhan rambut. B12 pula adalah satu lagi vitamin B yang menghalang keguguran rambut kerana B12 merupakan komponen rambut itu sendiri. Membantu peradahan darah terutama di bahagian kepala yang melibatkan rambut.

4. ZINC COMPLEX
    Berfungsi untuk mengawal hormon dalam badan dan membantu penyelenggaraan kelenjar minyak yang dirembeskan pada kulit kepala.

Jadi apa tunggu lagi, mencegah lebih baik dari merawat...hubungi saya untuk dapatkan SET MASALAH RAMBUT GUGUR SHAKLEE dan konsultasi percuma tentang produk.


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit



 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:- 
 Nor Azimah binti Deraman
 SID: 1069185
 Call/whatsapp/sms : 012-3925240 
Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare 
emel: mia_idora2000@yahoo.com

RESEPI KEK PUDING CARAMEL

Assalaamualaikum w.b.t....dan salam 1Malaysia...

Hari ni saya nak berkongsi dengan uolls satu resepi. Semalam anak2 request suruh buat kek..dalam kepala jenuh duk fikir kek apa plak nak try buat kali ni. Asyik2 kek carrot dan kek coklat jer...Yer laa semalam kan hari minggu..so dapatlah ummi yer penuhi permintaan anak2 tercinta...Nasib baiklah diorg semua tidur..hujan lagi tu..syok laa mereka tidur....selamatlaa ummi yer ini berperang kat dapur sorang2 tanpa pembantu tambahan....

So kali ini tertarik dengan satu resepi KEK PUDING CARAMEL...tengok bahan-bahan mudah n dah ada kat dapur...tp tukar kelainan skit..tak pakai oven...just guna periuk kesayangan beta...kikikiki....

OK..untuk resepi kali ini saya refer DI SINI.
Lepas kek masak tunggu biar sejuk..lepas tu baru masukkan dalam peti ais...baru sedap di makan sejuk-sejuk...Kek puding ni best di makan time waktu petang.Ok, malas berceloteh panjang2..so ini resepi yang anda semua tunggu tu yer...Sorry coz tak sempat nak snap kek yang dah dipotong..sbb kalut dengan anak2 yang baru bangun tidur...hiihihih...Selamat mencuba.


Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
  • 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
  • Loyang 8 inci / 20cm
Cara-cara:
  1. Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair.
  2. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur. 
  3. Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau. 
  4. Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang seperti gambar 1.
  5. Ketepikan dan sediakan pula adunan puding. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.
Bahan-bahan untuk Puding (Gambar 2)
  • 400ml fresh milk / susu cair
  • 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
  • 2 biji telur
  • 140 gram gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
  1. Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
  2. Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih .
  3. Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  4. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. Rujuk gambar 2.
  5. Semasa memasukkan bancuhan puding,  gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
  6. Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek adunan 1.

Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan 1 (Meringue)
(rujuk gambar 3)
  • 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
  • 70 gram gula castor
  • 1 sudu kecil cream of tar tar
Cara-cara:
  1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
  2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
  3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku. .
  4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.(Gambar 3)
  5. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.

Adunan  2:
  • 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
  • 130 ml air
  • 50 ml minyak masak
  • 70 gram gula castor
  • 140 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder(Saya gantikan dengan 1 sudu soda bikarbonat)
Cara-cara:
  1. Ayak tepung bersama baking powder/ sda bikarbonat. Ketepikan.
  2. Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
  3. Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
  4. Matikan mixer.
  5. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
  6. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak. Rujuk gambar 4.
  8. Warnakan dengan warna pilihan anda.
  9. Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding seperti gambar 10. Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
  10. Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan kuning diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 kali untuk 4 sudu setiap warna)
  11. Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan kuning sebanyak 3 kali lagi.
  12. Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 kali dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis. Hasilnya seperti gambar 5.
  13. Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
  14. Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
  15. Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang(Gambar 6).
  16. Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
  17. Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah. 
  18. Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.Tadaaa.....Selamat Mencuba...
TIPS:
Untuk memudahkan pemahaman Cara Membuat Layer Pelangi seperti di bawah:
 4 sudu besar purple diletakkan di atas adunan puding
 4 sudu besar hijau diletakkan di tengah adunan purple
 4 sudu besar kuning di letakkan di tengan adunan hijau
ulang sebanyak 2 kali lagi
 3 sudu besar purple diletakkan atas adunankuning
 3 sudu besar hijau diletakkan atas adunan purple
 3 sudu besar merah di letak atas adunan hijau
ulang sebanyak 3 kali lagi
 2 sudu besar purple diletakkan atas adunan merah
 2 sudu besar hijau diletakkan atas adunan purple
 2 sudu besar merah di letak atas adunan hijau

ulang sebanyak 2 kali lagi
1 sudu besar purple diletakkan atas adunan kuning
1 sudu besar hijau diletakkan atas adunan purple
1 sudu besar merah di letak atas adunan hijau
buat sehingga habis semua adunan.



Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:- 
Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185
 Call/whatsapp/sms : 012-3925240 
Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare
 emel: mia_idora2000@yahoo.com

Sunday, October 12, 2014

AWAS!! BAHAYA MINUM AIR PAIP


Tahukah anda bahawa air paip yang diminum dan digunakan sejak sekian lama, adalah salah satu penyebab barah yang utama? Ini bukanlah satu fakta baru yang mengejutkan. Para saintis telah mengkaji mengenai air paip yang dirawat menggunakan klorin dan kesannya terhadap hidupan. 

Seorang saintis bernama Dr. Herbert Schwartz menulis - "Klorin sangat berbahaya. Ia patut diharamkan!! !!!. Menambah klorin ke dalam air sama seperti memulakan satu bom jangka dan membuatkan kita tua sebelum masanya dengan munculnya bermacam-macam simptom penyakit."

Air paip tidak sekadar mengandungi klorin, tetapi terlalu banyak bahan tercemar terkandung di dalam air dan berpuluh-puluh jenis racun seperti arsenik, ubat gegat, plumbum, raksa dan banyak lagi keladak
daripada baja, racun serangga, racun rumpai dan bahan buangan industri. Pendeknya, jumlah kompoun yang terdapat di dalam air, secara langsung atau tidak langsung, adalah menghairankan. Di US, lebih 2100 bahan organik dan bukan organik telah dikenal pasti dalam air paip yang disalurkan ke rumah-rumah. Daripada jumlah itu, 190 daripadanya telah disahkan memberi kesan kepada kesihatan.

Penyakit yang datang daripada air tercemar amat banyak!!!!. Telah terbukti akhir-akhir ini, air menjadi salah satu penyebab utama kepada lebih daripada 30 jenis penyakit termasuk barah, asthma, diabetis, bisa tulang dan lain-lain. Untuk menjamin tubuh badan yang sihat, tidak memadai sekadar meminum air yang mencukupi setiap hari, tetapi air tersebut hendaklah berkualiti dan tidak mengandungi bahan-bahan beracun.

Seorang pakar motivasi kesihatan yang tidak asing lagi di negara kita, air memberi kesan yang cukup ketara terhadap kesihatan seseorang itu. Beliau yang pernah menghidap barah darah (Non-Hodgkins
Lymphoma) beberapa ketika dahulu mendapati, pengambilan air yang berbeza memberi kesan yang berbeza terhadap kesakitan yang dialaminya setiap hari. Sebagai pakar motivasi kesihatan yang sentiasa
mengamalkan gaya hidup sihat, beliau menyedari bahawa air paip yang digunakan sebagai air minuman sejak sekian lama itulah yang menjadi sebab utama kepada penyakit barah yang dihidapinya.

"Semasa menjalani sesi kimoterapi, saya amat sensitif kepada jenis air yang saya ambil. Ketika itu saya terpaksa mencari air yang tiada 5K (klorin, karat, kuman, kimia dan kotoran) untuk menjamin agar sel-sel badan saya sentiasa sihat.

Terdapat pelbagai jenis air untuk kesihatan yang terjual di pasaran negara kita. Misalnya air mineral, air RO (reverse osmosis), air oksigen, air beralkali di samping pelbagai jenis dan bentuk penapis air yang berfungsi meningkatkan kualiti air tersebut. Sebagai pengguna, kita harus bijak memilih air yang terbaik untuk 'mandian' sel-sel di dalam tubuh kita yang sentiasa dahagakan air. Air yang rendah kualitinya tidak dapat memberi tenaga kepada tubuh, sehingga menjadikan seseorang itu berasa lemah, hilang semangat, mengantuk, lembab dan malas.

"Kita tak sedar selama ini bahawa sel-sel tubuh kita sengsara kerana tidak mendapat air yang berkualiti. Air yang diminum mestilah yang terbaik. Ia mestilah bersih, tulen dan menyihatkan. Ia juga harus memulih, memperbaiki dan membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan," dan menyarankan agar setiap rumah menyediakan penapis air yang baik, dan menganggapnya sebagai satu keutamaan yang perlu diberi perhatian.

"Pada zaman moden ini, kebanyakan rakyat kita sudah mampu menyediakan pelbagai peralatan dan kemudahan di rumah seperti televisyen, telefon
bimbit, kereta dan sebagainya. Oleh itu tidak ada sebab mengapa mereka tidak boleh menyediakan kemudahan untuk kesihatan. Tidak sepatutnya kita menunggu sakit, baru hendak mencari penawar. Sebelum sakit, kita perlu menghindarinya. Kalau sudah sakit, kita terpaksa mengeluarkan kos yang lebih tinggi dan tidak menjamin sihat sepenuhnya di samping menyakitkan, " ujar beliau.

Beliau menyedari bahawa kebanyakan rakyat Malaysia kurang bersenam dan tidak mengambil berat tentang kesihatan. Oleh itu, pada masa ini beliau giat berkempen agar rakyat Malaysia mengambil air yang
berkualiti untuk menjamin kesihatan yang baik, kerana air merupakan keperluan utama yang tidak boleh diabaikan.
Untuk dapatkan penapis air mesra alam...sila klik DI SINI

Kempen Hargai Air Kita
- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:- 
 Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185
 Call/whatsapp/sms : 012-3925240
 Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare 
emel: mia_idora2000@yahoo.com

Air Bersih Dan Selamat Dengan Water Pitcher Shaklee

Assalaamualaikum dan salam 1 malaysia...

Kali ni nak citer pasal air...yer laa bukan nak merungut...tapi bila dah hampir seminggu tak ada air paip...tension jugak kan...bila dah ada air plak...buka jer paip...naaah kuar air warna coklat...macam mana nak basuh baju klau air paip pon macam teh pin atau milo pin...huhuuhuhu...takkan laa nak masak guna air tu kan...nak minum apatah lagi....tak sanggup teman nak minum air rupa gitu...

Macam-macam risiko plak tu kalau minum air yang tercemar. Sekarang ini, macam-macam jenis dan jenama penapis air..tinggal kita jer kena bijak memilih nak guna yang mana satu..

Untuk pengetahuan anda semua, Shaklee juga ada penapis air iaitu GET CLEAN WATER PITCHER

Bila sebut penapis air...biasa yer kita bayangkan yang besar dan di sambungkan dengan paip singki..tapi ia sangat berlainan dengan Water Pitcher Shaklee. Ia tidak perlu di sambungkan ke paip singki, ringan dan mudah di bawa dan diletak di mana-mana sahaja yang perlu.
Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Kelebihan Penapis Air Shaklee

Ini kelebihan penapis air Shaklee :

  1. Ringan, mudah dibawa ke mana-mana sahaja.
  2. Cara pemasangannya ringkas. Boleh jer pasang sendiri  di rumah berdasarkan manual yang diberi. Tak perlu nak pasang kat paip singki. Jimat masa dan tenaga....jimat memang jimat..
  3. Tidak perlu penyelenggaraan untuk membersihkan 'filter'. Cukup 303 liter atau 80 gelen, filter hanya perlu ditukar kepada 'filter' yang baru. Filter ni tak mahal pun harganya, harga memang sangat mampu milik.
  4. Rasa airnya sangat segar dan air yang ditapis oleh penapis comel ini jugak sangat jernih.
  5. Sangat mudah digunakan. Hanya tuangkan air ke dalam jag, apabila selesai ditapis, kemudian bolehlah air tersebut diminum..rasa air pon lebih sedap. 
  6. Yang  paling best harganya mmg mampu milik berbanding dengan penapis air yang lain. Hanya rm470 termasuk postage. Rugi kalau tak memilikinya di rumah anda.


Jadi..klau anda pening nak memilih penapis air yang mana satu...apa kata anda cuba GET CLEAN WATER PITCHER ini...anda pasti akan berpuas hati...Jangan segan silu ..hubungi saya untuk dapatkannya hari ini...


- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:- Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185
 Call/whatsapp/sms : 012-3925240 
Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare
 emel: mia_idora2000@yahoo.com

Saturday, October 11, 2014

ESP Shaklee Penawar Gastrik

Assalaamualaikum w.b.t...dan selamat berhujung minggu..

 Alhamdulillah....dah makin ramai orang yg jatuh cinta pandang pertama dengan ESP Shaklee ni...Lebih2 lagi bulan ni promosi ESP...apalagi....ramai yg tak nak lepaskan peluang keemasan ni...


Seperti kita sedia maklum, orang yang ada gastrik ni kena disiplin bab2 makan. Contohnya kalau biasa dia sarapan pukul 8.00 pagi, maka kena sarapan waktu tersebut..kalau biasa lunch pukul 1.00 petang, maka kalau pukul 3.00 petang tak lunch lagi ...alamat yer gastrik terus menyerang....rasa mual-mual, nak pitam, pedih ulu hati dan rasa nak pitam....bahagian kaki harus dijaga sebab angin paling senang masuk dari bahagian kaki. So kalau rasa kaki sudah mula sejuk-sejuk tu pakai la stokin. 

Oh ya,bila gastrik melanda sebaiknya sapu minyak angin dekat bahagian perut dan kaki untuk melegakan kesenakan perut,buat perut rasa panas dan membuang angin dalam perut. Kadang-kadang gastrik ni disebabkan oleh angin juga tau. Seperti yang kita ketahui penyakit dan kesembuhan dari penyakit tu semua dengan izin Allah,so selain mengamalkan petua ni kita berdoa la juga minta kesembuhan. pernah ke anda mengalami gastrik??...Antara salah satu produk Shaklee yang dapat membantu mengatasi masalah gastrik ialah ESP Shaklee.




Untuk mengetahui Set Lengkap Shaklee Untuk Gastrik, Sila klik DI SINI

 ESP membekalkan protien yang diperbuat dari kacang soya yang memang diketahui umum sebagai tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya. Oleh itu, ia sangat berguna untuk meneutralkan semula keasidan dalam perut yang merupakan punca utama gastrik. Ia juga membantu membina semula sel-sel yang baru bagi menggantikan sel-sel yang telah lemah dan rosak.

 

Berikut adalah Testimoni ESP untuk Gastrik:-




Petua yang harus di elak ketika gastrik:-


1.Elakkan minum air sejuk ketika gastrik. Sebab wap sejuk itu boleh menyebabkan angin yang mana perut akan menjadi senak dan sukar bernafas.

2. Elakkan makan makanan yang berminyak dan berlemak.

3. Cuba elakkan mandi dengan air yang terlampau sejuk dan mandi terlalu lama.

ok..itu sahaja yang dapat saya kongsikan untuk entri kali ini...psssss!!..saper2 nak ESP tu jom cepat2 pm saya...lagi satu jangan lupa bulan ni PROMOSI ESP BUY 6 FREE 1..anda juga layak untuk KEAHLIAN PERCUMA..

- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. 

- Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-
 Nor Azimah binti Deraman
 SID: 1069185
 Call/whatsapp/sms : 012-3925240
 Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare
 emel: mia_idora2000@yahoo.com

Panduan Saat Akhir Sebelum Peperiksaan



 Assalaamualaikum w.b.t.....

UPSR baru sahaja berlalu...tapi masih ada tips terakhir yang saya nak kongsikan khasnya untuk pelajar PT3 dan SPM yang akan menduduki peperiksaan yang penting ini tidak lama lagi...Semoga panduan dan tips ini dapat membantu para pelajar dalam persediaan terakhir sebelum dan semasa peperiksaan. Antara persediaan yang harus dilakukan di saat-saat genting sebelum peperiksaan adalah seperti berikut:-

SEHARI SEBELUM HARI PEPERIKSAAN


1. Baca secara imbas semua panduan, tips dan rumusan penting untuk matapelajaran yang akan anda ambil esok.
2. Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat “SAYA BOLEH LAKUKAN!”
3. Sediakan segala peralatan untuk menulis (pensil 2B siap diraut tajam – 2 batang, pemadam – 2 butir, peraut pensil – 1 & pastikan tajam bagi mengelak pensil patah berulang kali, pembaris – 1 batang pendek & sebatang lagi yang panjang, pen – 2 batang, warna kayu – satu set & set geometri – jika perlu.dan lain-lain.
4. Mohon ibu bapa doakan kejayaan anda.
5. Tidur seawal pukul 9.00 malam bagi membenarkan otak memproses semua maklumat yang anda imbas sebentar tadi.

SEMASA HARI PEPERIKSAAN

1. Bangun awal.
2. Sembahyang Tahajud, Subuh , Hajat
3. Bersiap sedia ke sekolah
4. Jangan lupa untuk bersarapan. Jangan terlalu berat. Takut nanti, anda sakit perut atau merasa tidak selesa semasa berada dalam dewan peperiksaan.
5. Pastikan anda membawa:-
a) Semua peralatan untuk menulis yang telah anda sediakan semalam.
b) Surat lahir / kad pengenalan
c) Slip angka giliran anda.
6. Sebelum bersalaman dengan ibu bapa, lakukan perkara2 berikut:-
a) Baca Surah Al-Fatihah – 3X

b) Takbir – 7X

c) Selawat Ke atas Nabi Muhammad S.A.W – 3X

7. Salam & cium tangam ibu bapa.
8. Langkah kanan bila keluar rumah dan jangan toleh belakang.
9. Bertolak ke sekolah lebih awal dari biasa. – Ini bertujuan untuk mencipta suasana tenang. Tergesa-gesa akan mencetuskan perasaan panik.

BILA TIBA DI SEKOLAH

1. Sampai je di sekolah, duduk di suatu sudut dan baca semula secara imbas semua panduan, tip-tip penting dan rumusan.
2. Tarik nafas dalam2 dan relaks.
3. Baca:-
 Surah Al-Fatihah – 3X

,Takbir – 7X

Doa Penerang Hati – 1X 

Selawat Ke atas Nabi Muhammad.

DALAM DEWAN PEPERIKSAAN


1. Duduk dengan tenang. Tarik nafas dan bertawakal. Yakin dengan usaha anda selama ini.
2. Baca :-
Doa Penerang hati
Doa Tidak Lupa
3. Sebelum buka kertas soalan, bacalah surah Al-Fatihah dan mula mejawab.
4. Sekiranya ada maklumat, fakta atau rumusan penting yang anda terlupa,jangan panik. Berselawatlah ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.., insya’Allah boleh ingat semula.

SELEPAS PEPERIKSAAN


Selesai sahaja menjawab setiap kertas soalan JANGAN BINCANG KERTAS SOALAN ATAU JAWAPAN DENGAN SESIAPA PUN SEHINGGALAH HARI PEPERIKSAAN BERAKHIR.

Semoga kejayaan menjadi milik anda semua. Amin.

Sesungguhnya DOA merupakan senjata orang-orang Mukmin yang paling ampuh.
Usaha yang diiringi dengan doa mampu membuahkan hasil diluar jangkaan.
Yang selebihnya.., kita hanya mampu bertawakal & redha.
Sesungguhnya hanya Dia yang maha mengetahui akan segalanya.



sumber


- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:- 
Nor Azimah binti Deraman
 SID: 1069185 
Call/whatsapp/sms : 012-3925240 
Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare 
emel: mia_idora2000@yahoo.com
Fully Design By izza sakura