Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina.
Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang
berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis
denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom
Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi
akan berada di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6
hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami
demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak
khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedesalbopictus).
Simptom Demam Denggi
Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever)
dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik
merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada
sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda
pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan
diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan
gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh
mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga
dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
Demam denggi
klasik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali
memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan seldarah pembeku (platelet)
akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir
plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga
(third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.
Petua Sembuhkan Demam Denggi
Petua ini
bukanlah untuk menggantikan perubatan moden, tetapi anda boleh
jadikannya petua sampingan jika anda juga disahkan menghidap penyakit
ini. Untuk pengetahuan semua juga, penyakit demam denggi ini belum
mempunyai vaksin dan setakat ini cara rawatan yang digunakan di
hospital-hospital adalah dengan hanya menambahkan jumlah kandungan air
di dalam badan agar suhu kembali normal.
Kajian ringkas
didapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat
membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus
denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan
platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti
virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan
jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.
SUPLEMENT ALTERNATIF UNTUK DEMAM DENGGI
Bagi mengatasi masalah dehidrasi dan suhu badan yang tinggi, anda boleh cuba Performance Drink Shaklee. Ianya adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat (tidak bergas) dan kurang gula. Anda mungkin telah biasa mengambil minuman isotonik yang ada di pasaran, tetapi sedarkah anda minuman isotonik tersebut mempunyai gula berlebihan dan berkarbonat.
Bagi
meningkatkan tahap imun atau rintang kepada penyakit, cubalah Nutriferon
Shaklee. Nutriferon Shaklee adalah “immune booster” ciptaan pakar imun
dari Jepun, Dr. Yasuhiko Kojima. Nutriferon meningkatkan interferon
semulajadi badan dan sekaligus menguatkan tindak balas imun badan.
Lagi satu..jangan lupa banyakkan berdoa semoga cepat sembuh...antaranya boleh baca doa seperti di bawah untuk meredakan demam...
Doa Demam Panas
Malik bin Isma’il menceritakan kepada kami, (ia berkata) Zuhair
menceritakan kepada kami, (ia berkata) Hisyam menceritakan kepada kami
(yang diterima) daripada Urwah (yang berasal) dari ‘Aisyah r.a. (yang
diterima) dari Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demam panas
adalah dari serpihan api neraka Jahannam, maka dinginkanlah dengan air.”
(sahih al-Bukhari, no. 3023)
(sahih al-Bukhari, no. 3023)
Dalam dunia perubatan, salah satu cara untuk mengurangi rasa panas
badan adalah dengan meletakkan air @ ais di bahagian dahi @ kepala.
Sehingga suhu tubuh yang belebihan boleh berkurang dan kembali pada
keadaan yang normal.
Hadith lain berkaitan dengan deman atau penyakit, antaranya ialah;
“Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”.
(HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihah no. 1821).
(HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihah no. 1821).
“Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, kerana sesungguhnya
(dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam
sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”.
(HR. Muslim no. 2575).
(HR. Muslim no. 2575).
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).
“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan,
kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya,
melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”.
(HR. Bukhari no. 5641).
(HR. Bukhari no. 5641).
- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
-
Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-
Nor Azimah binti Deraman
SID: 1069185
Call/whatsapp/sms : 012-3925240
Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare
emel: mia_idora2000@yahoo.com
fatihah Salleh · 543 minggu tadi
My recent post Testimoni Mak Nampak Makin Muda Lepas Makan Minyak Ikan