Saturday, June 21, 2014

10 TIPS MUDAH UNTUK CEPAT BAIK DARI DEMAM

 Dalam musim hujan dan cuaca tak menentu, ramai antara kita yang alah dengan cuaca dan mengalami demam. Bila dah demam, banyak urusan seharian terganggu, nak buat apa-apa pun tak larat. Lebih teruk lagi kalau kena selsema, batuk dan sakit tekak.

Berikut ada beberapa cara mudah untuk segera baik dari demam.

1. Minum air dengan banyak.
Minum air yang banyak boleh mengelakkan tekak kita jadi kering dan sakit. Selain ia elakkan hidrasi pada badan, air boleh buang toksin dalam badan. Badan pun lagi mudah lawan penyakit bila toksin dah buang. Aliran perkumuhan dalam badan jadi lebih lancar.


2. Elak dari minum kopi

Kopi memang sedap di minum, tetapi ia tidak digalakkan minum bila kita demam. Kenapa? sebab kandungannya boleh menyebabkan badan terdehidrasi / hilang air. Orang demam perlukan air dalam badan dengan banyak.


3. Wap Air dan Mandi Air Panas

Mandi air panas dipercayai boleh membantu hilangkan demam. Cara lain adalah dengan menggunakan wap air yang dimasukkan dalam besen, dan hidu wap panas itu. Ia boleh hilangkan hidung tersumbat. Dengan suhu tinggi itu, dipercayai ia boleh membantu mematikan virus melalui saluran pernafasan.

4. Sup Panas
Dari sumber orang barat, sup panas adalah salah satu cara tradisional untuk membantu baik dari demam. Selain ia mempunyai kandungan air yang tinggi untuk elak hidrasi, ia boleh membantu mengurangkan jangkitan virus melalui wap panas. Ada juga pendapat menyatakan bahawa ia juga boleh mengatasi masalah pernafasan ketika demam.

5. Gunakan wap humidifier
Humidifier bagus untuk tambah wap dalam udara. Rongga pernafasan pun akan bertambah lancar apabila guna humidifier, dan melegakan hidung tersumbat. Perlu diingat, penggunaan humidifier pun kena dipantau supaya tiada kulat disebar bersama wap.


6. Rehat
Orang demam perlukan lebih rehat. Kena rehat, rehat dan rehat. Badan yang cukup rehat boleh lawan virus dalam badan dengan lebih berkesan dan cekap. Sekiranya demam, anda disaran duduk rumah dan matikan telefon bimbit. Cubalah untuk rehatkan mental dan fizikal.


7. Kumur-kumur dengan air garam.
Sakit tekak akan menyebabkan demam semakin teruk. Kumur dengan air garam dipercayai boleh membantu mengurangkan sakit tekak. Larutkan setengah sudu garam ke dalam segelas air dan kumur sebanyak 5-6 kali.


8. Jangan merokok
Merokok akan menyebabkan demam bertambah teruk. Simptom demam seperti sakit tekak dan sakit kepala akan lebih memudaratkan jika merokok. Cuba jauhkan diri juga dari perokok kerana ia mungkin menyebabkan kesan yang lebih teruk dari merokok.

9. Kawal pemakanan
Makan makanan yang mengandungi vitamin C seperti sayur dan buah-buahan boleh membantu badan melawan virus punca demam. Vitamin C boleh menguatkan daya tahan badan kepada penyakit. Ia juga membantu sel darah putih untuk menentang virus. Contoh makanan adalah:

  • Bawang putih
  • Madu
  • Peppermint
  • Oren, Lemon, Anggur, Parsli, Kobis Bunga
  • Makanan yang mengandungi mineral Zink
10. Elakkan dari senaman
Anda di galakkan berehat dari aktiviti senaman supaya badan dapat menyimpan tenaga melawan virus dalam badaN.

Sekarang saya dah tak perlu risau lagi...bila dah rasa tak sedap badan tu, saya terus ambil NUTRIFERON SHAKLEE. Memang dah simpan stok nutriferon kat umah...dah tak perlu risau...memang bebas dari dadah dan bahan kimia yang lain....memang dah tak ada stok ubat kt dalam peti sejuk..babai panadol...kejap jer demam saya kebah...saya dah cuba...jadi anda bila lagi...cepat2 pm saya kalau nak order yer...

sumber:http://www.manageyourlifenow.com/10-simple-ways-to-cure-cold/

- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:- 
Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185 
Call/whatsapp/sms : 012-3925240
 Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare 
emel: mia_idora2000@yahoo.com
Fully Design By izza sakura