Sunday, June 22, 2014

Kebaikan CoQ10 untuk Kulit lebih Cantik dan Menawan


 Kesan Koenzim Q10 atau CoQ10  pada kulit adalah mengurangkan kemunculan kedut dan mengekalkan kulit lembap dan kelihatan lebih muda. Ia juga boleh mengurangkan kesan gelap atau merah disebabkan oleh jerawat, pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari, atau penuaan. Ramai orang juga mengambil Koenzim Q10 atau CoQ10 ada kulit untuk mengurangkan dan mencegah selulit.

Apa itu Koenzim Q10 atau CoQ10 dan fungsinya pada kulit?

Koenzim Q10 atau CoQ10, atau ubiquinone adalah bahan kimia semulajadi yang dihasilkan oleh sel-sel, terutamanya dalam mitokondria, iaitu tempat 'punca tenaga' sel. Dengan kata lain, bahan ini sangat menyumbang kepada pengeluaran tenaga untuk keseluruhan tubuh badan, terutamanya di organ-organ penting seperti buah pinggang dan jantung. Malah, 95% daripada tenaga yang diperlukan oleh badan manusia dibekalkan dengan Koenzim Q10 atau CoQ10.

Kajian saintifik juga telah menunjukkan Koenzim Q10 atau CoQ10 bertindak seperti antioksidan dengan menghalang tekanan oksidatif dari merosakkan sel-sel. Apabila kita semakin berumur,Koenzim Q10 atau CoQ10 kurang menghasilkan ubiquinone dan kulit akan menunjukkan kesannya apabila ia semakin kendur dan kurang menarik.




Kebaikan Koenzim Q10 atau CoQ10 pada kulit

Ramai mendapati kedutan muka dan garis-garis halus pada muka mereka berkurang selepas menggunakan Koenzim Q10 atau CoQ10 secara konsisten. Apabila seorang wanita semakin berumur, sel-sel kulit yang semakin tua tidak digantikan dengan yang baru kerana kekurangan penghasilan ubiquinone dan kekurangan tenaga oleh mitokondria sel. Ia boleh menyebabkan kedutan pada kulit dan menjadikan kulit kusam dan tidak bermaya. Untuk mengatasinya, kita boleh menggunakan produk yang mengandungi Koenzim Q10 atau CoQ10 bagi membantu mempercepatkan proses pemulihan dan menyegarkan kulit dengan sel-sel kulit baru.

Koenzim Q10 atau CoQ10 membantu kulit untuk lebih anjal dan lembut

Satu lagi kesan Koenzim Q10 atau CoQ10 pada kulit ialah dengan meningkatkan kelembutan dan kelembapan kulit. Kulit wanita yang berumur tidak mampu mengekalkan kelembapan dan sentiasa terhidrasi, menyebabkan ia kurang lembap dan menambah garis-garis halus. Kurang penghasilan ubiquinone oleh sel juga menyebabkan sel kurang penghasilan kolagen dan kurang kenyal atau elastik. Tidak hairanlah jika kulit semakin tidak anjal mengikut peredaran usia. Suplemen Koenzim Q10 atau CoQ10 akan menggalakkan menghasilkan kolagen pada kulit seterusnya melembapkan kulit dan menjadikan ia lebih lembut.



Koenzim Q10 atau CoQ10 mengurangkan tompok-tompok hitam pada kulit akibat faktor umur

Pengurangan  kesan tua pada kulit akibat faktor umur merupakan satu lagi kesan Koenzim Q10 atau CoQ10 di mana ia mengurangkan kedutan disebabkan penggantian sel mati yang cepatUbiquinone juga membantu tubuh menyerap vitamin C dan E, kedua-duanya membantu pembaharuan sel-sel kulit dan mencerahkan tompok-tompok hitam.

Keupayaan Koenzim Q10 atau CoQ10 untuk membekalkan tenaga membantu mempercepatkan metabolisme badan, dan oleh kerana itu,  ia sering dimasukkan ke dalam krim anti-selulit yang sering digunakan pada kaki dan punggung, kawasan-kawasan yang sering mengandungi paling banyak lemak pada wanita. Keupayaan bahan untuk mengurangkan keradangan kulit juga boleh menyumbang kepada kesan anti-selulit itu.

sumber: http://www.wisegeek.com/what-are-the-effects-of-coenzyme-q10-on-skin.htm

 Shaklee menawarkan produk baru untuk bekalan CoQ10 anda iaitu CoQHealth Plus. Hanya satu capsul untuk sehari, mengandungi 30 biji dalam satu botol. Sesuai untuk keperluan sebulan.




- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:- 
Nor Azimah binti Deraman
 SID: 1069185 
Call/whatsapp/sms : 012-3925240 
Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare 
emel: mia_idora2000@yahoo.com
Fully Design By izza sakura