Monday, October 13, 2014

RESEPI KEK PUDING CARAMEL

Assalaamualaikum w.b.t....dan salam 1Malaysia...

Hari ni saya nak berkongsi dengan uolls satu resepi. Semalam anak2 request suruh buat kek..dalam kepala jenuh duk fikir kek apa plak nak try buat kali ni. Asyik2 kek carrot dan kek coklat jer...Yer laa semalam kan hari minggu..so dapatlah ummi yer penuhi permintaan anak2 tercinta...Nasib baiklah diorg semua tidur..hujan lagi tu..syok laa mereka tidur....selamatlaa ummi yer ini berperang kat dapur sorang2 tanpa pembantu tambahan....

So kali ini tertarik dengan satu resepi KEK PUDING CARAMEL...tengok bahan-bahan mudah n dah ada kat dapur...tp tukar kelainan skit..tak pakai oven...just guna periuk kesayangan beta...kikikiki....

OK..untuk resepi kali ini saya refer DI SINI.
Lepas kek masak tunggu biar sejuk..lepas tu baru masukkan dalam peti ais...baru sedap di makan sejuk-sejuk...Kek puding ni best di makan time waktu petang.Ok, malas berceloteh panjang2..so ini resepi yang anda semua tunggu tu yer...Sorry coz tak sempat nak snap kek yang dah dipotong..sbb kalut dengan anak2 yang baru bangun tidur...hiihihih...Selamat mencuba.


Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
  • 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
  • Loyang 8 inci / 20cm
Cara-cara:
  1. Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair.
  2. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur. 
  3. Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau. 
  4. Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang seperti gambar 1.
  5. Ketepikan dan sediakan pula adunan puding. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.
Bahan-bahan untuk Puding (Gambar 2)
  • 400ml fresh milk / susu cair
  • 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
  • 2 biji telur
  • 140 gram gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
  1. Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
  2. Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih .
  3. Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  4. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. Rujuk gambar 2.
  5. Semasa memasukkan bancuhan puding,  gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
  6. Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek adunan 1.

Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan 1 (Meringue)
(rujuk gambar 3)
  • 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
  • 70 gram gula castor
  • 1 sudu kecil cream of tar tar
Cara-cara:
  1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
  2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
  3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku. .
  4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.(Gambar 3)
  5. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.

Adunan  2:
  • 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
  • 130 ml air
  • 50 ml minyak masak
  • 70 gram gula castor
  • 140 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder(Saya gantikan dengan 1 sudu soda bikarbonat)
Cara-cara:
  1. Ayak tepung bersama baking powder/ sda bikarbonat. Ketepikan.
  2. Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
  3. Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
  4. Matikan mixer.
  5. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
  6. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak. Rujuk gambar 4.
  8. Warnakan dengan warna pilihan anda.
  9. Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding seperti gambar 10. Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
  10. Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan kuning diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 kali untuk 4 sudu setiap warna)
  11. Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan kuning sebanyak 3 kali lagi.
  12. Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 kali dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis. Hasilnya seperti gambar 5.
  13. Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
  14. Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
  15. Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang(Gambar 6).
  16. Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
  17. Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah. 
  18. Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.Tadaaa.....Selamat Mencuba...
TIPS:
Untuk memudahkan pemahaman Cara Membuat Layer Pelangi seperti di bawah:
 4 sudu besar purple diletakkan di atas adunan puding
 4 sudu besar hijau diletakkan di tengah adunan purple
 4 sudu besar kuning di letakkan di tengan adunan hijau
ulang sebanyak 2 kali lagi
 3 sudu besar purple diletakkan atas adunankuning
 3 sudu besar hijau diletakkan atas adunan purple
 3 sudu besar merah di letak atas adunan hijau
ulang sebanyak 3 kali lagi
 2 sudu besar purple diletakkan atas adunan merah
 2 sudu besar hijau diletakkan atas adunan purple
 2 sudu besar merah di letak atas adunan hijau

ulang sebanyak 2 kali lagi
1 sudu besar purple diletakkan atas adunan kuning
1 sudu besar hijau diletakkan atas adunan purple
1 sudu besar merah di letak atas adunan hijau
buat sehingga habis semua adunan.



Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:- 
Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185
 Call/whatsapp/sms : 012-3925240 
Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare
 emel: mia_idora2000@yahoo.com

Sunday, October 12, 2014

AWAS!! BAHAYA MINUM AIR PAIP


Tahukah anda bahawa air paip yang diminum dan digunakan sejak sekian lama, adalah salah satu penyebab barah yang utama? Ini bukanlah satu fakta baru yang mengejutkan. Para saintis telah mengkaji mengenai air paip yang dirawat menggunakan klorin dan kesannya terhadap hidupan. 

Seorang saintis bernama Dr. Herbert Schwartz menulis - "Klorin sangat berbahaya. Ia patut diharamkan!! !!!. Menambah klorin ke dalam air sama seperti memulakan satu bom jangka dan membuatkan kita tua sebelum masanya dengan munculnya bermacam-macam simptom penyakit."

Air paip tidak sekadar mengandungi klorin, tetapi terlalu banyak bahan tercemar terkandung di dalam air dan berpuluh-puluh jenis racun seperti arsenik, ubat gegat, plumbum, raksa dan banyak lagi keladak
daripada baja, racun serangga, racun rumpai dan bahan buangan industri. Pendeknya, jumlah kompoun yang terdapat di dalam air, secara langsung atau tidak langsung, adalah menghairankan. Di US, lebih 2100 bahan organik dan bukan organik telah dikenal pasti dalam air paip yang disalurkan ke rumah-rumah. Daripada jumlah itu, 190 daripadanya telah disahkan memberi kesan kepada kesihatan.

Penyakit yang datang daripada air tercemar amat banyak!!!!. Telah terbukti akhir-akhir ini, air menjadi salah satu penyebab utama kepada lebih daripada 30 jenis penyakit termasuk barah, asthma, diabetis, bisa tulang dan lain-lain. Untuk menjamin tubuh badan yang sihat, tidak memadai sekadar meminum air yang mencukupi setiap hari, tetapi air tersebut hendaklah berkualiti dan tidak mengandungi bahan-bahan beracun.

Seorang pakar motivasi kesihatan yang tidak asing lagi di negara kita, air memberi kesan yang cukup ketara terhadap kesihatan seseorang itu. Beliau yang pernah menghidap barah darah (Non-Hodgkins
Lymphoma) beberapa ketika dahulu mendapati, pengambilan air yang berbeza memberi kesan yang berbeza terhadap kesakitan yang dialaminya setiap hari. Sebagai pakar motivasi kesihatan yang sentiasa
mengamalkan gaya hidup sihat, beliau menyedari bahawa air paip yang digunakan sebagai air minuman sejak sekian lama itulah yang menjadi sebab utama kepada penyakit barah yang dihidapinya.

"Semasa menjalani sesi kimoterapi, saya amat sensitif kepada jenis air yang saya ambil. Ketika itu saya terpaksa mencari air yang tiada 5K (klorin, karat, kuman, kimia dan kotoran) untuk menjamin agar sel-sel badan saya sentiasa sihat.

Terdapat pelbagai jenis air untuk kesihatan yang terjual di pasaran negara kita. Misalnya air mineral, air RO (reverse osmosis), air oksigen, air beralkali di samping pelbagai jenis dan bentuk penapis air yang berfungsi meningkatkan kualiti air tersebut. Sebagai pengguna, kita harus bijak memilih air yang terbaik untuk 'mandian' sel-sel di dalam tubuh kita yang sentiasa dahagakan air. Air yang rendah kualitinya tidak dapat memberi tenaga kepada tubuh, sehingga menjadikan seseorang itu berasa lemah, hilang semangat, mengantuk, lembab dan malas.

"Kita tak sedar selama ini bahawa sel-sel tubuh kita sengsara kerana tidak mendapat air yang berkualiti. Air yang diminum mestilah yang terbaik. Ia mestilah bersih, tulen dan menyihatkan. Ia juga harus memulih, memperbaiki dan membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan," dan menyarankan agar setiap rumah menyediakan penapis air yang baik, dan menganggapnya sebagai satu keutamaan yang perlu diberi perhatian.

"Pada zaman moden ini, kebanyakan rakyat kita sudah mampu menyediakan pelbagai peralatan dan kemudahan di rumah seperti televisyen, telefon
bimbit, kereta dan sebagainya. Oleh itu tidak ada sebab mengapa mereka tidak boleh menyediakan kemudahan untuk kesihatan. Tidak sepatutnya kita menunggu sakit, baru hendak mencari penawar. Sebelum sakit, kita perlu menghindarinya. Kalau sudah sakit, kita terpaksa mengeluarkan kos yang lebih tinggi dan tidak menjamin sihat sepenuhnya di samping menyakitkan, " ujar beliau.

Beliau menyedari bahawa kebanyakan rakyat Malaysia kurang bersenam dan tidak mengambil berat tentang kesihatan. Oleh itu, pada masa ini beliau giat berkempen agar rakyat Malaysia mengambil air yang
berkualiti untuk menjamin kesihatan yang baik, kerana air merupakan keperluan utama yang tidak boleh diabaikan.
Untuk dapatkan penapis air mesra alam...sila klik DI SINI

Kempen Hargai Air Kita
- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:- 
 Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185
 Call/whatsapp/sms : 012-3925240
 Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare 
emel: mia_idora2000@yahoo.com

Air Bersih Dan Selamat Dengan Water Pitcher Shaklee

Assalaamualaikum dan salam 1 malaysia...

Kali ni nak citer pasal air...yer laa bukan nak merungut...tapi bila dah hampir seminggu tak ada air paip...tension jugak kan...bila dah ada air plak...buka jer paip...naaah kuar air warna coklat...macam mana nak basuh baju klau air paip pon macam teh pin atau milo pin...huhuuhuhu...takkan laa nak masak guna air tu kan...nak minum apatah lagi....tak sanggup teman nak minum air rupa gitu...

Macam-macam risiko plak tu kalau minum air yang tercemar. Sekarang ini, macam-macam jenis dan jenama penapis air..tinggal kita jer kena bijak memilih nak guna yang mana satu..

Untuk pengetahuan anda semua, Shaklee juga ada penapis air iaitu GET CLEAN WATER PITCHER

Bila sebut penapis air...biasa yer kita bayangkan yang besar dan di sambungkan dengan paip singki..tapi ia sangat berlainan dengan Water Pitcher Shaklee. Ia tidak perlu di sambungkan ke paip singki, ringan dan mudah di bawa dan diletak di mana-mana sahaja yang perlu.
Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Kelebihan Penapis Air Shaklee

Ini kelebihan penapis air Shaklee :

  1. Ringan, mudah dibawa ke mana-mana sahaja.
  2. Cara pemasangannya ringkas. Boleh jer pasang sendiri  di rumah berdasarkan manual yang diberi. Tak perlu nak pasang kat paip singki. Jimat masa dan tenaga....jimat memang jimat..
  3. Tidak perlu penyelenggaraan untuk membersihkan 'filter'. Cukup 303 liter atau 80 gelen, filter hanya perlu ditukar kepada 'filter' yang baru. Filter ni tak mahal pun harganya, harga memang sangat mampu milik.
  4. Rasa airnya sangat segar dan air yang ditapis oleh penapis comel ini jugak sangat jernih.
  5. Sangat mudah digunakan. Hanya tuangkan air ke dalam jag, apabila selesai ditapis, kemudian bolehlah air tersebut diminum..rasa air pon lebih sedap. 
  6. Yang  paling best harganya mmg mampu milik berbanding dengan penapis air yang lain. Hanya rm470 termasuk postage. Rugi kalau tak memilikinya di rumah anda.


Jadi..klau anda pening nak memilih penapis air yang mana satu...apa kata anda cuba GET CLEAN WATER PITCHER ini...anda pasti akan berpuas hati...Jangan segan silu ..hubungi saya untuk dapatkannya hari ini...


- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:- Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185
 Call/whatsapp/sms : 012-3925240 
Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare
 emel: mia_idora2000@yahoo.com

Saturday, October 11, 2014

ESP Shaklee Penawar Gastrik

Assalaamualaikum w.b.t...dan selamat berhujung minggu..

 Alhamdulillah....dah makin ramai orang yg jatuh cinta pandang pertama dengan ESP Shaklee ni...Lebih2 lagi bulan ni promosi ESP...apalagi....ramai yg tak nak lepaskan peluang keemasan ni...


Seperti kita sedia maklum, orang yang ada gastrik ni kena disiplin bab2 makan. Contohnya kalau biasa dia sarapan pukul 8.00 pagi, maka kena sarapan waktu tersebut..kalau biasa lunch pukul 1.00 petang, maka kalau pukul 3.00 petang tak lunch lagi ...alamat yer gastrik terus menyerang....rasa mual-mual, nak pitam, pedih ulu hati dan rasa nak pitam....bahagian kaki harus dijaga sebab angin paling senang masuk dari bahagian kaki. So kalau rasa kaki sudah mula sejuk-sejuk tu pakai la stokin. 

Oh ya,bila gastrik melanda sebaiknya sapu minyak angin dekat bahagian perut dan kaki untuk melegakan kesenakan perut,buat perut rasa panas dan membuang angin dalam perut. Kadang-kadang gastrik ni disebabkan oleh angin juga tau. Seperti yang kita ketahui penyakit dan kesembuhan dari penyakit tu semua dengan izin Allah,so selain mengamalkan petua ni kita berdoa la juga minta kesembuhan. pernah ke anda mengalami gastrik??...Antara salah satu produk Shaklee yang dapat membantu mengatasi masalah gastrik ialah ESP Shaklee.




Untuk mengetahui Set Lengkap Shaklee Untuk Gastrik, Sila klik DI SINI

 ESP membekalkan protien yang diperbuat dari kacang soya yang memang diketahui umum sebagai tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya. Oleh itu, ia sangat berguna untuk meneutralkan semula keasidan dalam perut yang merupakan punca utama gastrik. Ia juga membantu membina semula sel-sel yang baru bagi menggantikan sel-sel yang telah lemah dan rosak.

 

Berikut adalah Testimoni ESP untuk Gastrik:-




Petua yang harus di elak ketika gastrik:-


1.Elakkan minum air sejuk ketika gastrik. Sebab wap sejuk itu boleh menyebabkan angin yang mana perut akan menjadi senak dan sukar bernafas.

2. Elakkan makan makanan yang berminyak dan berlemak.

3. Cuba elakkan mandi dengan air yang terlampau sejuk dan mandi terlalu lama.

ok..itu sahaja yang dapat saya kongsikan untuk entri kali ini...psssss!!..saper2 nak ESP tu jom cepat2 pm saya...lagi satu jangan lupa bulan ni PROMOSI ESP BUY 6 FREE 1..anda juga layak untuk KEAHLIAN PERCUMA..

- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. 

- Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-
 Nor Azimah binti Deraman
 SID: 1069185
 Call/whatsapp/sms : 012-3925240
 Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare
 emel: mia_idora2000@yahoo.com

Panduan Saat Akhir Sebelum Peperiksaan



 Assalaamualaikum w.b.t.....

UPSR baru sahaja berlalu...tapi masih ada tips terakhir yang saya nak kongsikan khasnya untuk pelajar PT3 dan SPM yang akan menduduki peperiksaan yang penting ini tidak lama lagi...Semoga panduan dan tips ini dapat membantu para pelajar dalam persediaan terakhir sebelum dan semasa peperiksaan. Antara persediaan yang harus dilakukan di saat-saat genting sebelum peperiksaan adalah seperti berikut:-

SEHARI SEBELUM HARI PEPERIKSAAN


1. Baca secara imbas semua panduan, tips dan rumusan penting untuk matapelajaran yang akan anda ambil esok.
2. Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat “SAYA BOLEH LAKUKAN!”
3. Sediakan segala peralatan untuk menulis (pensil 2B siap diraut tajam – 2 batang, pemadam – 2 butir, peraut pensil – 1 & pastikan tajam bagi mengelak pensil patah berulang kali, pembaris – 1 batang pendek & sebatang lagi yang panjang, pen – 2 batang, warna kayu – satu set & set geometri – jika perlu.dan lain-lain.
4. Mohon ibu bapa doakan kejayaan anda.
5. Tidur seawal pukul 9.00 malam bagi membenarkan otak memproses semua maklumat yang anda imbas sebentar tadi.

SEMASA HARI PEPERIKSAAN

1. Bangun awal.
2. Sembahyang Tahajud, Subuh , Hajat
3. Bersiap sedia ke sekolah
4. Jangan lupa untuk bersarapan. Jangan terlalu berat. Takut nanti, anda sakit perut atau merasa tidak selesa semasa berada dalam dewan peperiksaan.
5. Pastikan anda membawa:-
a) Semua peralatan untuk menulis yang telah anda sediakan semalam.
b) Surat lahir / kad pengenalan
c) Slip angka giliran anda.
6. Sebelum bersalaman dengan ibu bapa, lakukan perkara2 berikut:-
a) Baca Surah Al-Fatihah – 3X

b) Takbir – 7X

c) Selawat Ke atas Nabi Muhammad S.A.W – 3X

7. Salam & cium tangam ibu bapa.
8. Langkah kanan bila keluar rumah dan jangan toleh belakang.
9. Bertolak ke sekolah lebih awal dari biasa. – Ini bertujuan untuk mencipta suasana tenang. Tergesa-gesa akan mencetuskan perasaan panik.

BILA TIBA DI SEKOLAH

1. Sampai je di sekolah, duduk di suatu sudut dan baca semula secara imbas semua panduan, tip-tip penting dan rumusan.
2. Tarik nafas dalam2 dan relaks.
3. Baca:-
 Surah Al-Fatihah – 3X

,Takbir – 7X

Doa Penerang Hati – 1X 

Selawat Ke atas Nabi Muhammad.

DALAM DEWAN PEPERIKSAAN


1. Duduk dengan tenang. Tarik nafas dan bertawakal. Yakin dengan usaha anda selama ini.
2. Baca :-
Doa Penerang hati
Doa Tidak Lupa
3. Sebelum buka kertas soalan, bacalah surah Al-Fatihah dan mula mejawab.
4. Sekiranya ada maklumat, fakta atau rumusan penting yang anda terlupa,jangan panik. Berselawatlah ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.., insya’Allah boleh ingat semula.

SELEPAS PEPERIKSAAN


Selesai sahaja menjawab setiap kertas soalan JANGAN BINCANG KERTAS SOALAN ATAU JAWAPAN DENGAN SESIAPA PUN SEHINGGALAH HARI PEPERIKSAAN BERAKHIR.

Semoga kejayaan menjadi milik anda semua. Amin.

Sesungguhnya DOA merupakan senjata orang-orang Mukmin yang paling ampuh.
Usaha yang diiringi dengan doa mampu membuahkan hasil diluar jangkaan.
Yang selebihnya.., kita hanya mampu bertawakal & redha.
Sesungguhnya hanya Dia yang maha mengetahui akan segalanya.



sumber


- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:- 
Nor Azimah binti Deraman
 SID: 1069185 
Call/whatsapp/sms : 012-3925240 
Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare 
emel: mia_idora2000@yahoo.com

Wednesday, September 10, 2014

Tips Penjagaan Powerbank Dengan Betul

 Sebut sahaja powerbank, pasti ramai yang tahu di era teknologi ini kan. Ada yang jenis silinder lah, petak lah, dan macam-macam lagi keluaran powerbank yang mambang jumpa di pasaran. 


TIPS : 4 Cara Penjagaan Powerbank Dengan Betul
Namun, adakah anda semua tahu Cara Penjagaan Powerbank dengan betul supaya tahan lebih lama ? Di sini, mambang nak kongsikan beberapa tips penjagaan powerbank kepada anda.

Simpan Powerbank dalam Kereta !

Jangan simpan powerbank anda dalam kereta. Ini kerana biasanya suhu dalam kereta akan mencecah 40 Celsius atau lebih tinggi apabila berjemur di bawah matahari dan suhu tinggi ni akan mengurangkan lifespan powerbank anda. Kekadang ada sahaja antara kita yang malas untuk membawa keluar powerbank berjalan-jalan bersama kita, maka ditinggalkannya di dalam kereta. Betul tak ? Hehehe

TIPS : 4 Cara Penjagaan Powerbank Dengan Betul | Mambang.my


Menggunakan Car Charger Port yang Berkualiti

Jika nak charge powerbank anda dengan Car Charger, sila pastikan car charger anda jenis yang berkualiti. Low kualiti car charger biasa output current dia tak stable dan senang merosakkan circuit powerbank. Selalu menggunakan car charger yang low kualiti jugak salah satu battery phone anda cepat kembung.

Simpan Powerbank dalam Bag Ketika Mengecas

Jangan charge phone anda dgn powerbank dan simpan dlm bag. Ini disebabkan apabila anda charge phone anda dengan powerbank dalam bag, udara panas yang dikeluarkan daripada powerbank dan phone tidak dapat disingkirkan sebab udara dalam bag dalam keadaan tertutup. Selain tu, charge dalam bag akan menyebabkan kabel-kabel terhimpit dan cable anda akan cepat rosak. Try charge dalam keadaan terbuka.

TIPS : 4 Cara Penjagaan Powerbank Dengan Betul, powerbank, murah


Cas Powerbank Menggunakan USB Port dari Laptop/DVD Player/PC

Jangan charge powerbank anda dengan menggunakan USB port dari laptop atau PC ataupun DVD Player. Ini adalah kerana output dari USB port alat-alat tersebut terlalu rendah dan anda kena ambil masa yang lebih panjang utk mengecas powerbank anda.
Sumber:  daripada emel

- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:- 
Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185 
Call/whatsapp/sms : 012-3925240 
Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare 
emel: mia_idora2000@yahoo.com

Thursday, August 14, 2014

GLA COMPLEX penting untuk lelaki dan wanita

 GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin texture, skin repair dan buat skin glowing.



 Kebaikan GLA COmplex Shaklee :

• Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
• Meningkatkan kesuburan.
• Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
• Membantu dalam menangani menopause.
• Menguatkan kuku & rambut.
• Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
• Membantu menangani ekzema.
• Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
• Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
• Menguatkn immuniti badan.
• Mempelahankn process penuaan.
• Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
• Mengawal kencing manis
• Mengawal kolesterol.
• Bagus untuk saraf.


GLA boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. GLA juga mampu menangani masalah kulit kepala berkerak, berkuping, bersisik.


- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

. - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:- 
 Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185 
Call/whatsapp/sms : 012-3925240
 Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare 
emel: mia_idora2000@yahoo.com
Fully Design By izza sakura